Oh Tortilla ku!!

Saturday, January 9, 2010 0 comments



Percubaan pertama buat tortilla.. crowded sgt sampai xleh nak gulung.. heheheh..


2nd trial.. kali ni letak sikit je isi .. bleh la gulung tapi still x cukup kemas & memuaskan.  Bantai je la since teringin sangat nak makan (sebenarnya teringin kyros kebab tapi susah nak cari sekrg ni).  Bahan kat dlm tu aku just letak salad, timun, tomato & nugget je.. then just tambah sos cili & mustard.  If x suka mustard bleh ganti dgn mayonis je..

Garlic Bread & Mushroom Soup

0 comments



Celik2 mata.. perut lapar.. dah x de apa nak makan, buat je garlic bread & masak mushroom soup.  Garlic spread ni ada dijual kat pasaraya tapi biasanya x terhabis nak guna sbb sapu sikit je.  So better buat sendiri je.. caranya mcm dlm resepi garlic bread ni.  If ada oven toaster, lepas sapu trus je toast (gambar atas ni dimasak guna pan).

Kalo nak lagi sedap, ambil sekeping cheddar cheese & letak atas roti tu semasa toast.. yummy!!!

Grill Chicken & Potato with Gravy

0 comments

Potong kentang ikut citarasa.. then gaulkan dgn bwg putih yg diketuk, olive oil / butter, garam, pepper & mixed herb.  Perapkan seketika...
Then perapkan juga isi ayam dengan paprika, oregano (jika suka), pepper & sedikit garam.
Then sediakan pan utk memasak.. boleh tambah sayur² lain utk lagi best.  Carrot, brokoli, cendawan butang ke...

Renjiskan mixed herb semasa memasak ayam.


Kuah
Bahan²
2 cawan Air rebusan ayam/ 2 cawan air +kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil tepung gandum
1 kpg Bay leave (daun salam) - jika ada
Sedikit mixed herb
Sedikit oregano
Sedikit pepper

Masak stok ayam hingga sebati, bancuhkan tepung jagung & gandum dgn sedikit air.  Masukkan daun salam, mixed herb, oregano, pepper & tambah bancuhan tepung tadi.  Kacau² sampai sebati, if kurg pekat, tambah tepung lagi (kuah akan semakin memekat bila semakin sejuk.  Pastu rasa & hidang.



Inila lebih kurg rupa kuah yg dah siap.. tepung gandum tu sebenarnya nak bagi kuah ni x nampak clear sgt.. nanti nampak mcm gam tepung kanji lak.. heheheh