Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

ROTI GULA

Friday, January 5, 2018 0 comments
Ini satu lagi makanan yang selalu sangat saya buat.  Tapi asyik berlengah aje nak share.  Kalau ada sisa roti/kulit roti... Buat aje macam ni.  Laku keras.  Kalau anak-anak yang tak suka manis, boleh gantikan butter gula tu dengan garlic cheese.  

Untuk garlic pula.. boleh gaulkan butter dan cincangan bawang putih dan cincangan parsley(daun sup) dan sapu.  Kalau suka ada rasa cheese, gaulkan sekali parmesan powder dlm bahan tadi.  Then bakar sampai kering.  Boleh dimakan kosong atau dicicah dengan cream of mushroom dll nya tu...

Saya sapukan butter pada roti dan taburkan gula.  Preheat oven pada suhu 160c, bakar dalam masa 15minit atau sehingga roti kering.  Nak make sure roti tu betul-betul kering, tunggu bahagian atas tu sedikit perang.  Saya potong kecik-kecik supaya senang nak simpan.  

saya buat stok untu anak-anak makan petang-petang... hehehe.. Biasanya sehari dua aje habis licin kalau sebalang ni... Make sure simpan dalam bekas kedap udara ye




ROTI CANAI BM K.GEE

Sunday, December 31, 2017 0 comments


Resepi Roti Canai
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
400ml air mineral
1bj telur gred B
2 sdt garam
2 sdb gula pasir
2 sdb susu pekat
30g marjerin pelangi (cairkn)
1 peket tpg gandum GPS
(729g).
* Satukn semua bhn2 ke dlm pan BM kecuali tepung. Kacau2kn dgn spatula hingga sebati. Baru masukkn tpg.
Uli gn option 8 DOUGH, uli 1x je.
Lps uli rehatkn 15mnt. Tutup doh tu.
Bulat2kn doh(sy timbang 60g/pcs)
Kemudian sapukn marjerin pd dasar satu bekas.
Salutkn doh td kesemuanya  dgn marjerin dn Susun dlm bekas td.
Tutup bekas tu. Perap doh. Elok buat awal mlm esok pg dh bleh menebar.

Doh agak lembik, tapi jangan panik ye.  Masa ni saya tambah jugak dlm 2sb tepung sbb bimbang doh tak boleh dibentuk nanti.
 Dah siap uli, saya biarkan dalam BM.  Saya pegi makan n mengemas meja, basuh pinggan etc.. dlm 40mins jugakla.  Alangkah happynya bila keluarkan tgk doh elastik aje...

Saya timbang doh 60gm dan bulatkan dengan bantuan marjerin.  Doh best sangat, senang diurus.  Cuma saya buat kesilapan yang besar, tak letak marjerin banyak2 doh melekat-lekat keesokan paginya.. huuhu...  Saya simpan doh dalam peti ais sbb bimbang jugak doh ni masam kalau lama-lama kat luar.  Saya menebar pon dah lewat, dalam pukul 10 pagi.  Lagipun ada telur dalam doh ni, tu yang bimbang.  Biasanya ramai yang simpan doh dalam minyak dan diperap pada suhu bilik aje...


Semua excited nak tgk Mama tebar roti
 Saya pernah belajar menebar masa kerja di Senai Airport (tahun 2002).  Tapi masa belajar tu takla pro mana, tebar untuk makan sendiri aje.  Mula-mula saya praktis dengan kain lap je dulu, then baru guna doh.  Frankly.. biasanya roti tebaran saya jaranglah kembang elok.. hehehe... Cuma tau yang basic aje.  benda-benda macam ni kena banyak praktis. 
Untuk menebar, kena renjiskan minyak.  sediakan bekas minyak kat tepi.  Leperkan doh dengan tapak tangan.. tenyeh-tenyeh aje.. Kemudian angkat doh dengan pegang bahagian tepi, cuba hamparkan dia dan pada masa yang sama, kita gerakkan tangan supaya kita menebar sambil memusingkan doh.  


Bila dah koyak, saya akan tarik guna manual.  Kalau diteruskan jugak, alamatnya jadi rupa kain burulah roti canai tu nanti.  Saya takde talam, jadi saya tarik atas silicone mat ni aje... Tarik senipis yang boleh.  

entah betul ke tidka cara saya bentukkan ni.  seingat saya penebar roti ada cara lebih mudah.  Tapi saya memang tak pandai, dah banyak kali saya cuba cara tu.  Yang ni saya gulung aje doh ala roti canai nenek-nenek kita dulu...

Leperkan, masak atas api.  renjis sedikit minyak.. 

Yang ni untuk dibeku.  Habis 10 biji roti dimakan anak-anak.  Walaupun roti canai saya ni tak gebu sangat (hasil crispy sbb doh tak cukup nipis) tapi anak-anak tetap suka... Mujurlah kann...
Alhamdulillah.. tertunai juga impian saya nak buat roti canai sendiri lepas sekian lama bertangguh-tangguh.  Memang prosesnya rumit, tapi sekali sekala apa salahnya.  Lepas ni taktau la berapa kurun saya nak mencanai lagi.. hehehe..




ROTI COKLAT

Wednesday, October 25, 2017 0 comments
Alhamdulillah.. kebelakangan mood meroti dan testing resepi saya datang membuak-buak. Agaknya lepas jiran-jiran yang tempah dan bagi feedback yang amat tak disangka.  Till today, setiap hari jiran saya datang beli makanan tengahari.  Saya pun dah makin kerap share masakan di FB.  Kalau dulu segan dengan kawan-kawan, bimang dikata menunjuk.

Tapi lately ni pandangan saya berubah apabila tengok respond kawan-kawan bila saya letak masakan harian saya.  Kurang-kurang saya boleh mencetus idea untuk orang lain memasak kan? Saya open aje kalau ada sapa-sapa nak minta resepi atau tips masakan. Malah agak ramai yang follow saya sebab nak kan imu masakan atau jahitan.  Jadi tak elok juga menghampakan mereka kan.  Harap-harap takde kawan-kawan yang rasa saya post makanan tu sebab nak menunjuk pandai ke apa lah ye.  Kalau kat blog saya tak segan sangat sebab saya tak kenal pun siapa reader saya.. :P

Awal-awal diet saya bercadang untuk stop meroti, buat kek atau makanan yang mengganggu diet saya. Bimbang asyik cheat je nanti.  Tapi makin lama menunggu, makin banyak ilham datang.  Bimbang nanti mood dan ilham tu hilang begitu saja.  Jadi saya dah mula meroti, mendonut dan mencuba pelbagai resepi tanpa kantoi diet.  Pegangan saya.. Alaa.. takpe.. nanti dah habis diet boleh buat lagi.. kannn...

Kali ni saya nak share roti coklat yang saya buat baru-baru ni.  Menggebu dengan jayanya cuma saya yakin boleh hasilkan roti yang lagi cun dari ni sebab ada kesilapan teknikal sikit masa buat tu.




Gebu ala-ala kek tekstur dalamnya tu
Saya tak boleh bagi sukatan yang tepat sebab masa buat ni tiba-tiba penimbang saya tak boleh nak on.  Jadi saya anggar tepung pakai cawan aje.  Kalau u all nak buat, adjust la sukatan tepung tu sampai jadi doh yang licin dan lembut ye..


DOH ROTI

250ml-270ml susu segar (sejuk)
7 sb gula
1 sk garam
3 sb serbuk coklat (rumbu)
3 1/2 cup tepung (1 cup tepung gandum, the rest tepung roti)
3/4 sb yis
3 sb butter (sejuk)

Saya masukkan semua bahan mengikut susunan ke dalam BM.  Kesemua bahan yang saya guna dalam keadaan sejuk.  Saya uli sebanyak 3 kali (setting 14minit 1 ulian).. nampak doh dah berminyak dan boleh ditarik nipis, siaplah tu. Masa ulian ni saya nampak doh masih lembik, jadi saya tambah lagi sikit tepung.

* ulian tangan seeloknya guna susu suam dan masukkan yis dalam tu.  biarkan yis naik.  Gaul semua bahan yang lain dan tuang yis tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. Kena uli sampai tak melekat di tangan ye..

Rehatkan doh sekejap kemudian saya leperkan dan gulung.  Saya leperkan semula dan gulung lagi sekali.  Masukkan dalam BM semula dan naikkan sekurang-kurangnya sejam.  Kalau doh besar macam ni, boleh naikkan lama lagi untuk roti yang lebih gebu.  Faktor cuaca pon membantu jugak pengembangan yis tu.

Dah naik elok, saya tekan button bake dan biar sampai siap.  Roti ni sedap sangat.  Makan kosong pon sedap.  Saya suka sapu butter dan grill atas oven.  Nak letak susu pun boleh, nak makan kosong pun dah ada manisnya.  Kalau nak tambah colat cip, boleh tambah masa kita leperkan doh tu ye.

Selamat mencuba!!

P/s : Nak bakar atas oven pon boleh.  Cuba set suhu 170c dan bakar selama 50minit (anggaran) sbb saya tak pernah try bakar dalam oven lagi.







BENGGALI / WHITE BREAD

Wednesday, May 3, 2017 0 comments
Ini satu lagi hasil kejadian roti guna Breadmaker Cosway ku sayang.  Asalnya saya uli roti ni dalam BM, dah siap nak transfr masuk pullman pan dan bakar dalam oven untuk hasil lebih ummphh.  Tapi bila siap uli.. rasa malas plak nak panjat ambik pullman pan saya yang dah bersawang kat atas nun.  Nanti nak kena cuci and nak kena panjat dan simpan semula pulakk... ahhahaha.. 

Maka.. keluarlah idea shorcut saya.  Once roti dah siap diuli.. saya keluarkan dari pan BM dan keluarkan sekali bladenya tu.  Saya leperkan doh, gulung, kemudian saya masuk semula dalam BM.  Selepas 1 jam, saya set 'BAKE'.  Masa membakar tu saya skodeng utk tengok dah masak ke belum.  Cukup 40 minit, saya off suis BM... dan inilah hasilnyaa... TADAAAAA... 





Nak resepi ??  Boleh aje.. Resepi asal ni dari Chef Garang.  Saya olah sedikit (kurangkan kadungan cecair) dan tak guna apa-apa softener, improver, superbake dan sebagainya tu...

Oh satu lagi nak pesan.. kalau guna BM, cukup sekadar guna air sejuk dari peti.  Kalau guna ais, alamat jenuhla BM tu.  Saya dah pernah try.. sampai ulian kedua, ketulan aisnya masih kekal.. butter pun kaku sekali!.. hehehe.. So kalau sayangkan BM anda dan nak cepatkan kerja, cukup sekadar guna air sejuk dari peti.  Tapi kalau guna mixer, ikut aje arahan chef tu ye...

Plain Open Loaf / Roti Bantal
.
1000gm Tepung roti tanpa peluntur
80gm Gula
20gm Garam
12gm Yis kering / 36gm yis basah
50gm Shortening
10gm #grsuperbake* (http://gronlinestore.shoppy.my/)
.
* penambah baik doh/roti berasaskan tumbuh-tumbuhan & semula jadi.
.
400gm Air
200gm Air batu
.
Cara Cara:
.
1. Masukan tepung, gula, garam, shortening, #grsuperbake dan yis ke dalam mangkuk penguli.
.
2. Putar bahan di atas menggunakan pencangkuk roti (dough hook) selama 2 minit.
.
3. Masukan air batu dahulu dan kemudian air perlahan lahan sehingga tepung bergumpal dan membentuk doh.
.
4. Naikan kelajuan menguli pada kelajuan no 2 dan uli sehingga doh menjadi extensible .
.
5. Untuk melihat doh sudah sempurna menguli, ambil sedikit doh dan regangkan menjadi seperti lapisan yang nipis.
.
6. Keluarkan doh dari mesin penguli dan bahagikan doh kepada :

A) kira isipadu loyang pembakar ( panjang x lebar x tinggi ) dan di bahagikan dengan 5

Contoh

Size loyang = 20cm ( panjang ) x 10cm ( lebar ) x 10cm ( tinggi )

Isipadu loyang = 2000

= 2000/ 5

Jumlah doh yang di perlukan = 400gm

* standard faktor 5 yang di gunakan oleh mendapatkan size roti yang sempurna

7. Doh yang sudah di bahagikan kemudian di bulatkan

8. Canai doh memanjang dan gulung mengikut panjang acuan loyang

9. Letak doh di dalam loyang pembakar dan biarkan proses pengembangan sehingga doh naik pada skala 2cm dari permukaan loyang

10. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 35 minit

Selamat mencuba!!  Banyak lagi resepi Benggali dalam simpanan saya ni tau... hihihi...

NEW BREADMAKER

0 comments
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pertama kali berjaya bersiaran dari laptop adik (yang dah lama jadi harta karun kami).  Adik dah habis belajar, jadi dah tak pakai laptop ni.  Banyak sangat jasa laptop ni kat kami.  Setelah banyak kali mencuba, tiba-tiba hari ni elok aje saya boleh access gambar-gambar dari HP... Legaaa.. Bolehlah saya berblog semula... 

Banyak sangat kisah yang dah tertinggal.  Contohnya ke 'nekadan' saya membeli BreadMaker yang baru ni.  Saya dah tak boleh bertahan dengan BM Kenwood lama saya yang leaking tu.  Then saya perlukan BM yang mampu uli doh 1kg ke atas... Takat 500gram.. habis sekaligus aje.  kalau buat 1kg, bolehlah simpan untuk sarapan juga kan.. hehehe... Then teringat Adik Ipar yang juga rajin memasak.  Terus offer kat dia kalau-kalau dia nak.  Daripada dibuang, eloklah sedekah kan kepada yang sudi kan.. Bukan main ceria dia bila dengar saya nak bagi BM yang dah semput tu.  Harap-harap BM tu masih boleh berkhidmat dengan tuan baru.  

Lepas buat sedikit kajian, pemerhatian, soalselidik dan lain-lain.. saya memilih BM Cosway.  Agak lama untuk saya buat keputusan ni.  Tak nak buat investment yang bukan-bukan. Sebab utama pemilihan BM ni, kapasiti dohnya yang besar.  Standard BM mampu buat 2pound bread aje tapi BM Cosway ni capacity nya 3pounds!  Kemudian blade penguli nya pula ada 2, yang mana lebh efektif dan lebih cepat dalam menganjalkan doh kita tu.  Last but not least.. Ramai yang cakap BM ni tahan lasak dan tak beri masalah kat diorang.  Ramai juga yang berbisnes roti dengan BM ni siap beli sampai 2,3 biji lagi.  Lepas dah very sure.. Saya grab BM ni time tengah offer RM299 untuk ahli sepanjang Mac lepas.  Harga asalnya RM500 lebih... Saya pinjam no. ahli orang lain aje.  Banyak kawan-kawan di FB yang baik hati, sanggup share segala-galanya termasuklah no. ahli diorang tau!.  Thx sangat-sangat ye... 

Selepas sebulan.. BM memberikan kerjasama dengan baik sekali... Harap-harap panjanglah usia awak ye.  Saya ni bukan takat buat BM dgn roti.. macam-macam lah BM tu kena buat utk saya.. 
Bawah ni antara yang terhasil...


Donut inti cheese & coklat... Yang bertanda ni inti cheese...
Pizza pun saya buat.. Kebetulan ada baki kuah pasta, nak makan dengan pasta, kuahnya tu tak berapa nak cukup... Last-last saya dapat idea utk buat pizza aje.  Kuah pasta dan cheese semata-mata.  Sedap tau!1




3 large pizza pun boleh habis dikerjakan anak-anak saya ni.. Biasanya ada baki half loyang, saya simpan untuk breakfast esoknya... 
Ehh.. bawah ni tak buat dengan BM... Pavlova.. Saya buat sebab nak clearkan peti beku.  Jangan tak caya saya gunakan baki putih telur dari biskut raya tahun lepas ni tau!.. Hahaha.. Bila saya share dengan geng-geng memasak, semua terkejut.  Boleh ke simpan lama-lama macam tu?  Untuk saya.. boleh je... Tapi sebenarnya mknn mentah seeloknya disimpan dan digunapakai dalam tempoh 3-6bulan.  Mungkin khasiatnya masih terjamin.. makin lama, makin hilanglah khasiatnya tu.  So.. kalau nak tiru macam saya, boleh je.  Janji kita tahu apa yang kita buat...



Mula-mula semua nak buat mini macam kat atas tu.. Tapi macam ambik masa lah nak bakarnya tu.  Maklumlah oven saya kecik aje.. jadi saya humban terus macam ni... Hahaha.. Kan senang tu??? 
Okaylah.. Saya nak siapkan lagi 1 entry...

EGG ROLL BUN CHICKEN FLOSS

Tuesday, February 7, 2017 0 comments
Entah betul ke tak nama roti ni macam tu... Lebih² kurang ajelah kan.  Nak update cepat² ni sebab banyak urusan lain lagi.  Entry tertunggak dalam koleksi toksah cakaplah.  Silap haribulan, habis lupa semua nanti tu.  Dahla resepi main campak², tak bercatat pulak tu.  Tu kadang² tak jadi post kat blog sebab saya pun dah tak sure apa benda saya campak dalam tu.  Sayang kan??

Roti kali ni lawa kejadian luarannya, tapi jujurnya.. doh asas saya kali ni langsung tak jadi.  Frust la sebab rupa dah cantik tapi rotinya tak sedap.  Bukan salah roti ni tau, salah saya sebab salah pilih dos asas.  So kalau you all nak buat, pilih mana² doh asas yang korang dah familiar.  Dalam blog saya pun ada beberapa doh asas yang saya share.  Bolehlah pilih yang mana you all berkenan.  

Untuk dapatkan gulungan macam ni, boleh tengok tutorial kat sini ye... Resepi saya copypaste balik untuk rujukan saya pada masa akan datang.  Yg ni pon boleh refer


Ni saya copypaste balik..

Assalammualaikum, Antara tutorial yang dinanti resepi dan tutorial ini dari saya dan cara saya, mengkali berlainan dengan tutorial chicken floss yang lain. istimewa dia adalah chicken floss yang mempunyai telur

resepi
adunan doh apa2 resepi bun ( 250 gm )

adunan telur =
-2 biji kuning telur
-2 biji putih telur
-daun bawang ( suka hati nak pakai apa2 sayur peria pun ok :P )
-lada padi hiris biar padas
-lengah hitam dan biji bijan ( tabur atas telur )
-pati ayam , garam
-chicken floss
-mayonis
-loyang 8x8 ( segi empat tepat )

cara2

-canai doh masukkan dalam loyang bakar macam biasa
-campur semua bahan untuk telur dan kacau sebati
-masukkan kedalam loyang segi empat tepat 8x8 ( alas kertas minyak )
-bakar oven 160, api atas bawah, 10 minit ikut korang punya oven kalau telur xgegar maksud nya dah masak.
-sejukkan dahulu telur baru bukak kertas minyak tadi perlahan2 takut koyak
-ok u all saya malas nak taip selebihnya ada kt gambar just FOLLOW tq

by Irfan Homemade Syaz Wani Wanie






BUN SARDIN (BASIC DOUGH)

Tuesday, January 31, 2017 0 comments

Salam... Agak lama saya tak share resepi roti at sini.  Nak ikutkan ada a few roti yang saya dah buat, donut pun dah banyak kali buat, walaupun gebu saya masih belum puashati tentang rupa parasnya.  Lately ni saya bersemangat sikit nak meroti sebab banyak teknik-teknik baru yang saya belajar.  Tapi tak dapatlah saya share semua sekaligus.  Saya akan mention part mana yang saya teringat aje lah ye.

Kalau cara saya yang dulu memang lain sangat.  Tapi bila tengok hasil roti baker lain yang memang amat memberansangkan, pelan-pelan saya perhati kaedah-kaedah mereka.  Masih terlalu banyak yang saya perlu perbaiki, insyaAllah kita belajar sama-sama ye.  

Resepi kali ni saya ambil dari Ina Marzuqi.  Dalam resepi dia gunakan supercream.  Since saya takde Supercream, saya gantikan dengan softener biasa aje.  Softener dengan improver ni korang boleh cari dekat bakeri.  Kalau tak nak letak pun takpe... masih ada cara lain untuk gebukan roti.  Part tu saya pun belum try lagi... So sabar sikit, saya ni memang akan buat dulu, dah jadi baru saya share.

Saya copypaste resepi dari Sis Ina yer..

400g tpg roti
100g tpg gndum
1 peket yis - 11g
100g gula kastor
1sdt b.improver
1 biji telor
2 sd besar susu pekat
200 - 220g anggaran air ais
100g margerin
10g supercream (1 sudu kecil +-)

Cara- kalau guna mixer.. sebatikn bhn kering.. masukkan bhn cecair.. bila dh bentuk doh masukkan margerin+supercream.. uli hingga doh licin berkilat (kalau uli tangan pun sama).  

Kalau guna breadmaker pula masukkan cecair dulu baru diikuti bahan kering dan diakhiri dengan yis.  On breadmaker, bila doh dah tergaul masukkan marjerin dgn supercream/softener.  Uli sampai elastik. Kalau ulian pertama masih belum elastik, boleh on semula BM untuk ulian sekali lagi.  Selepas uli terus keluarkan dari BM tak perlu tunggu doh naik ye. Masa masukkan air tu jangan tuang kesemua ye.. sesetengah tepung letak air sikit pun dah lembik.  Letak 3/4 air je dulu.  Masa BM sedang menguli, perhatikan or tekan-tekan doh dengan jari untuk rasa keras ke tak.  Kalau kurang air tambah sedikit demi sedikit sampai dapat doh yang licin dan tak melekat. (boleh juga diuli kat luar dulu, dah sebati barumasukkan dalam BM).



Doh yang dah siap uli.  

Saya timbang 30gram setiap satu. Kalau biasa yang bakeri jual doh 40gram ke 50gram ye.. So ikutlah nak buat saiz mana...

Kalau malas nak timbang boleh terus rounding sampai licin.  Kalau doh degil-degil sikit rehatkan sekejap (dalam 10 minit)

Tiha kurang terror rounding jd saya suruh dia buat cheesestick aje.  Nampak cinonet aje kan.. Tengoklah bila dah masak nanti...

Tiha tengah picit mayo dan taburkan cheddar cheese.  Kalau nak manis boleh gaulkan mayo dan susu pekat ratio 1:1 atau tabur gula.  Tapi doh ni dah manis jadi saya rasa dah ngam sekadar mayo dan cheese.

Yang ni Tiha nak deco untuk letak mayo dan chicken floss.  Boleh nampak rounding dia yg tak kemas tu.  Mama rounding semua doh, dia berjaya buat 2 doh aje.. itupun tak kemas.

Yang ni bun berinti sardin.  Tak kisah nak letak inti apa cuma inti tu seharuslah pekat dan kalau ada minyak, sila tapiskan minyaknya ye.  Letak inti kaya, red bean.. apapun boleh.  saya topkan dengan Mayonis (boleh juga paipkan kastad).  Ni inti sardin so lagi ngam dengan mayo lah 

Dah masak cheesestick Tiha... Tadi nampak doh cinonet aje kan... 

Bedah siasat cheesestick tadi

Bun Sardin nyam..nyam... Gebus macam kapas tauu... 

Tak sempat habis possingkan roti dah hilang 2 biji??? Sedapnyaaa...
Satu lagi lupa nak bagitau.. bila doh dah bentuk cantik, kita naikkan sehingga 3x ganda.  Kadar kenaikan ikut suhu semasa dan juga kandungan yis.  Roti kali ni saya naikkan selama sejam aje dan tutup dengan wrapping cling masa nak tunggu dia naik tu.  Boleh juga guna kain lembab atau apa-apa penutup.  Boleh tunggu lebih lama untuk lebih flavour.. tapi AWAS jngan sampai roti jatuh pula.

Masa nak bakar, spray dengan air atau susu segar.  Saya bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit. Bila dah masak, boleh sapu marjerin/butter untuk nampak berkilat dan luaran roti sentiasa lembab dan lembut.  Selamat Mencuba!!!


ROTI GORENG CRISPY

Wednesday, January 11, 2017 2 comments
Ada macam cara kita boleh guna untuk habiskan stok² roti kat rumah.  As usual sandwiches, roti gulung sardin or sambal, bread pudding, lasagne roti, hamlet dll.  Ni salah satu cara lagi yang saya jumpa di FB.  Batter ni saya rasa sedap juga kalau digoreng dengan keledek or ubi kayu.  


Resepi :

10 keping roti
2 sd mkn penuh udang geragau
5 ulas bwg putih
4 sd mkn penuh tpg jagung
2 sd mkn penuh tpg beras
1 sd mkn penuh serbuk kari
Daun kari - x letak pn xpo
Garam secukup rasa
3/4 cwn + 1 sd besar air
*udang geragau bole tukar udang kering atau ikan bilis

Tuan empunya pesan, sukatan sudu dalam resepi ni alah dengan kadar membukit ye.  Campur semua, tambah air & kisar.  Kepekatan tu ikut suka masing².  Yang saya ni ada tambahan sedikit telur (separuh biji telur aje) tu yg nampak berkerak.  

Celup roti yang dipotong empat dalam batter tadi, goreng & siap!  Boleh makan kosong or cicah dengan sos... Mudah kan??