Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

SUSHI KING

Saturday, December 30, 2017 0 comments
Ni pun kisah beberapa minggu lepas.  Memenuhi impian Tiha nak makan Sushi King (dulu takde status halal jadi saya tak benarkan).  Since result exam dia aritu agak ok, saya bagi dia 2 rewards. Dah settle Sushi King ni, ada lagi 1 dia bolh request.  Dia still buntu lagi tu nak mintak apa sebab katanya dia menyesal pilih Sushi King walaupun dia hantu Sushi. 
Semua jakun sebab konsep order yang gunakan ipad kat sini. Semua self service kecuali menu-menu yang takde dalam system.  Memang menarik kosep ni.. 

Dalam banyak-banyak menu, Teh Hijau ni yang jadirebutan.. heheheh...
Amat menghairankan bila Tiha yang hantu Salmon tak boleh makan Salmon Sushi King.  Mujur ada Baba yang boleh makan ikan mentah.  Kalau harapkan Mama seronoklah kucing-kucing kat rumah tu sebab boleh makan Salmon segar.. heheheh..
Cheesecake.. Yang ni memang le sedap.  Tapi saiz tak padan dengan regenya tu... Lagipun Mama biasa buat ni.  Cumanya Mama taknak benda-benda macam ni jadi kebiasaan.  Tu yang jarang-jarang sekali buat.

Awal-awal excited lagi laa

Teh hijau yang digilai anak-anak.  Tapi takde jenama la pulak...

Dalam banyak-banyak, saya suka yang ni,  Dalam ni ada soft shell crab.  Tapi kami order 2 je sbb service teramat slow plus berkali-kali salah hantar makanan.  Malas dah nak panggil2 waiter.
Total damage haritu.. RM90+.  Bagi saya tak berbaloi sebab tak puas pun makan.  Tiha yang hantu Sushi pun tak habis-habis merungut yang dia letak high expectation sangat sebab kawan-kawan cakap sedap.  Bertahun jugak dia asyik mention Sushi King ni.  Bagi dia, lebih kurang aje rasa dengan Sushi di Jusco dan pastinya tak sesedap pengalaman dia rasa Sushi di restoran berputar menara KL 360 tu. 

Maybe untuk kami tak ok, untuk orang lain sangat-sangat ok kan.  Kalau tidak, masakan tak putus-putus orang beratur nak makan kat sini.  Jadi tepuk dada tanya selera.  Tiha kata, dia dah tak kisah kalau tak datang dah ke Sushi King lepas-lepas ni.. Mak Aii.. frust sangat tu bunyinya.. Hehehe.. Mama paling lega sebab saya bukan pecinta Sushi dan selamat poket Baba & Mama!!




MENATE STEAKHUB

Wednesday, November 16, 2016 0 comments
Lama juga kami sekeluarga tak makan² kat tempat macam ni.  Masa nak ke sini memang dok congak juga duit dalam wallet ada berapa.  Bimbang juga tak lepas bayar nanti.  Harganya pun saya tak tau nak agak.  Saya siap called and tanya price range before buat reservation.  Semua ni sebab nak surprised kan Baba sempena Birthday dia.  Sepanjang tahun ni memang kami sekeluarga struggling dengan pelbagai dugaan yang datang & struggling dengan business baru juga.  Walaupun Kina Cafe sudah 6 tahun bertapak di Bangsar Utama, tapi kewujudan Kina Kitchen masih asing untuk warga setempat.  

Bila sampai ke Menate Steak, orang dah hampir penuh.  Mujurlah saya dah buat reservation tadi.  Mulanya kami nak try yang di Cawangan Wangsa Maju.  Rupanya outlet tu dah pun ditutup.  Jadi kami ke cawangan Setapak (berdekatan Festival City).  Walaupun kedai sesak, staff nya nampak tersenyum menyambut pelanggan & friendly.  Cuma agak lama kami terpinga² & menunggu menu.  Bila menu sampai barulah tahu range harga dan decide nak makan apa kan.

Oh... Rupanya untuk makan steak, terus aje pilih daging di display chiller nun di sana.  Sorry sebab tak banyak gambar saya ambik sebab keadaan agak busy masa ni.  Saya memang kurang suka ambik² gambar kalau ada orang... hahaha... Patutlah ramai orang mengerumuni chiller tu.  Pilihan dagingnya banyak.. pilih aje nak yang mahal or murah.  Range harga RM35.00 ke atas... So tengok budget ye.  Lagi mahal, lagi sedap dan lembut dagingnya tu. Harga pada daging tu dah merangkumi harga setelah dimasak.  Jadi jangan bimbanglah bill nak kena berapa sebab selain harga steak kita dah tau, minuman di sini adalah free flow ok!  Pilihan air pun sangat banyak... Jadi kalau bawa anak² kecil, tak bimbang sangatlah bab² air kan.. hehehe... 

Haa... dari segi rasanya???? Meh kita tengok ni...

Ini steak saya... Saya mintak dimasak medium well (steak well done biasanya lebih chewy)... Sampai aje saya terus cuba... "Mmmmm.... sedapnya steak ni Baba!!"  Ini barulah steak yang melt in your mouth!  Steak macam inilah yang saya dambakan selama ni.  Alhamdulillah ada kedai steak muslim yang sesedap ini.  

Ila makan onion ring, pasta & mushroom soup.  Tapi malam ni selera nya tak menyerlah sangat.  Dia makan serba sedikit aje

Tiha moyok sebab steaknya lambat... heheheh... Steak Mama dgn Baba dah nak habis pun... Kelaparan la dia menunggu...

Steak Tiha... Tak selembut steak saya tapi still Ok.  Agaknya sebab pilihan daging dan cara masak.  Steak Tiha ni saya request well done.  Tapi tetap licin sebab Ila, Ieqa dan Misha lawan perabis.  Yang paling mengejutkan, ketiga² budak kecik ni berebutkan salad!!  Musykil tak?  Anak² saya ni semua 'takut' kan sayur.  Tapi tak tahu lah macam mana tiba² diorang berani mencuba malam ni.  Sampai tak cukup & merayu mama buat salad kat rumah sebab tak puas makan.. hehehe...
Steak Baba tak kelihatan pulak.  Lupa snap kot???  Baba pastinya ambik kambing.  Tak habis² Baba puji Lamb nya tu.  Happy Mama sebab Birthday Boy enjoy sangat dengan dinner malam ni.
Saya lampirkan bil kami malam tu... Sorry gambar bergegar sikit.. ;P
Tercapailah impian Saya nak bawa Baba nak makan sedap² & nak try steak di Menate Steakhub ni.  Bagi saya tempat ni memang very recommended untuk korang cuba.  Rsanya memang sedapppp!!!! Steaknya juicy & terasa manis dagingnya tu.  Ohh.. bikin meleleh air liur ku saja...

Ok.. done for tonite.  Malam ni agak kepenatan, petang struggle siapkan 6 uncang batu seremban & start bancuh sekilo kulit karipap untuk parti kelas Tiha esok.  Nak tergolek sambil layan candy crush & segala ilmu masakan & jahitan di FB... Nite!!!


THE FICKLES

Tuesday, October 20, 2015 1 comments
Patutnya nak settlekan banyak kerja malam ni... tiba² mood berblog pulak datang... Biasalah kan.. time bz ni lah teringin nak update blog pon... :p... (Alasan typical untuk diri sendiri curi tulang).  Frankly... Saya penat sangat... banyak gila benda yang nak kena settle dalam tempoh terdekat ni.  Salah langkah, sentuhan kecundang akibatnya... Otak pun dah tepu, jem.. 

Then siang tadi Staff cafe call tanyakan tentang permitnya.  Adiknya meninggal di Indonesia, nangis² nak balik... Tapi macam mana dia nak keluar & masuk ke Malaysia kembali kalau permitnya takde??  Simpati saya.. ni gara² MYEG kurang asam itulah.  Dahlah diperamnya permit orang, mintak refund pun tak boleh.  Dah 8 bulan masih belum selesai.  Geram juga saya nak bawak kes MYEG ni ke court.  Kalau diorang tak boleh uruskan, kenapalah tak pulangkan duit tu supaya majikan boleh settlekan urusan dengan imegresen sendiri aje!  Tak pasal² staff saya ni tak boleh balik beraya & ada kematian pun dia tak boleh balik!  Saya memang harap sangat pihak imegresen masuk campur dalam hal ni. Jangan bagi muka dekat syarikat yang tak bertanggungjawab macam ni!

Sempena Birthday Baba yang ke 39 (lagi setahun nak masuk 4 series!!)... Mama bawakla Baba makan kat tempat special sikit.  Plan asalnya nak ke tempat lain, tapi rasa macam pricey sikit dikala kami tengah control budget ni.  Jadi last minutes kami ke TTDI di dalam missi mencari The Fickles ni.  

Tiha... Bab pilih makanan memang laju je dia.  Taste dia memang buat Mama nak jegil mata je kadang² tu.  Asalnya dia request Salmon... tapi Mama tak approve sbb Mama teringin nak rasa menu lain...hahaha.. Utk Tiha.. as long as makanan tu ada seafoods & western style... gerenti dia suka aje...

Budak gemuk yang buat Mama & Baba tak senang duduk!  Jangan harap dia boleh duduk diam kalau time makan...

Slider... sama juga macam burger, cumanya versi mini dipanggil slider.  Sedap... Cuma saladnya bagi saya kurang dressing... makan ajelah daun kosong je pon... 

Memangla nak kena cubit. Dia dok naik turun sofa tu sampai nak tercekik Mama dibuatnya.   


Linguine... Ok not bad.  Cuma anak² saya ni kalau dengan pasta diorang tak berapa excited sangat sebab dah muak kot.. heheheh... Pakat dok berebut Garlic Cheese bread tu pulak!  

Menu yang Mama trade dengan Tiha - Salted Egg Squid.  Ini antara yang famous dan disebut² kalau makan kat Fickles ni.  Sedap!!!  Saya suka sangat benda yang crispy dalam tu... tak tau pulak apa bendanya tu.  Mama yang Baba yang habiskan sebab anak² sibuk nak keluarkan sayur, jadi Mama suap diorang part yang takde sayur aje.  

Aglio yang ada sedikit sentuhan asia (cili padi).  Okla jugak.  Tapi Baba kan kurang suka kalau masakan barat di Asiakan.  Ni saja je dia try.  Tapi still sedap sebab masakan dekat Fickles ni taklah 'over' sangat.  Saya consider as comfort food jugaklah...
 Oleh kerana Fickles ni agak kecil saiznya.. seating agak limited.  Customer pun ramai coz kedainya agak dikenali kan.  Kami dapat duduk kat sofa betul² tepi pintu masuk.  Oklah untuk family, cuma tersiksa sikitlah nak makan sebab mejanya rendah... heheheh...

Cuma bagi saya harga air kat sini agak mahal... Mineral water biasa tu pun RM4, yang ni air kosong biasa je (filtered water) rasanya RM2.  Yang lain harganya semua RM9 ke atas (cold drinks, tak pasti pulak yang hot)

Baba Botak dengan Baby Gemok.. sama tapi tak serupa!! 

Ada life band.. tapi saya rasa kurang selesa sebab bunyinya terlalu kuat, nak bercakap sampai kena terpekik terlolong... dahla kedainya ni kecik aje.  Jadi bingitlah sikit suasana dalam ni sebab semua orang kena menjerit bila nak bercakap.  Patutnya pandai² le kontrol sikit bunyi speaker tu ye... 
Overall... makanannya okaylah.  Takdelah nak komplen dari segi rasa semua tu.  Cuma untuk kami travel ke sini untuk ulang makan, mungkin taklah kot.  Tak taulah kalau nanti² akan keluar menu baru yang menarik perhatian saya ke... :P

  P/s : Total bil kami malam tu RM108.65 (kami order 2 jenis air berperisa & 1 filtered water).. Satu lagi tentang status halal pula, owner nya Melayu muslim. InsyaAllah halalan toyyiban...



MY TURKISH HOUSE

Friday, October 9, 2015 0 comments
Baru² ni kami bukak Waze & try cari My Turkish House di Pandan Jaya.  Kami tau tentang kedai ni lepas menonton Selera Budget dekat HypTv.  Hari tu dah try makan Roti John di Keramat, kali ni kami nak try yang ni pula.  Mujurlah ada.. senang sikit... Follow aje Waze tu heret ke mana pun kan...

Sambil menunggu hidangan, Otak² menjadi pilihan.  Saya stress sikit kalau kat kedai makan tu jual Otak², sebab takat 10, memang kejap je licin.  Tiha tu kan memang jenis kuat makan.  Anak² yg lain pun agak suka Otak² ni.  Manalah Mama tak stress, langsung tak mengenyangkan! Makan la banyak mana pun takkan cukupnya.  Mama siap warning dah.. makan apa yg ada ni je, jgn nak mintak tambah dah.  Haa... antara benda yang saya paling nak komplen, air kat sini manis Ya Rabbi.  Dah takde rasa masam, kelat, lemak semuanya tu sebab rasa mcm minum air gula aje.  
 Bila belek menu, pilihan makanan tak lah banyak sangat.  Harganya pun biasa² aje (a bit pricey untuk medan selera coz lebih kurg harga makanan kat kedai Arab jugak).
Lamb Kebab, tak ingat exact harga, below RM10 for sure... Tiha makan separuh aje, yang half lagi dia bagi Baba.  Dia ckp dia kurang gemar, maybe dia bandingkan dengan Lamb Kebab yang biasa dia makan kat Saba' tu... 

Pembuatan Pizza Turki 

Tuan kedai offer ambikkan gambar... 

Turkish Pizza... Yang ni agak sedap sebab doh pizza ni rangup.  Kalau makan satu ni memang tak cukup (untuk kami yang kuat makan ni la).  Harganya RM6 - RM8 bergantung pada pilihan daging.  

Yang dalam foil tu pula fries yang ditabur daging, cheese & dibakar sebentar.  Yang ni rasanya tak berbaloi kot kalau nak order.  

Budak notti... Memang tak reti duduk diam ni... Kalau kerusi baby tu takde belt, memang jenuhla Mama & Baba nak pegang dia... Kat rumah pun sama.. kena make sure pakai belt ketat²!

Ada je akal budak ni.  Then.. cubalah cakap.. "comelnya..comelnya..." dia punya tersengeh... tak dapat cover² lagi dah.  Kalau orang gelakkan aksinya pulak, dia akan buat benda tu berulang² selagi orang gelak.  Inilah contohnya... bila Mama talakan handphone kat dia, teruslah dia buat aksi... hehehe... Budak ni perasan comel sikit.  Agaknya Kakak² selalu dok cakap "Comelnya " tiapkali dia buat aksi apa².  Tu yang perasan habis tuh...
So overall, Turkish Pizza tu aje le yang memang kena dengan taste saya.  Masa makan tu, saya siap order pulak Nasi Goreng Kampung kat kedai sebelah sebab rasa mcm tak berbaloi pulak nak order Pizza lagi sebijik (saya rasa takkan cukup sbb crustnya nipis aje)... hahahaha... Maklumlah saya dah terbiasa makan Pizza XL kalau masak kat rumah.

Pasni kalau nak datang lagi, kami nak duduk kedai sebelah order makanan heavy then order pizza untuk kudapan tambahan aje... :P






STEAK MEDAN SELERA BANGSAR

Wednesday, October 7, 2015 0 comments
Kebetulan terasa nak belek draft.  Banyak jugak koleksi draft saya yang terperam rupanya. Aduhai.. Ila pun masih baby lagi.  Yg paling tak best tu entry tentang Steak ni.  Medan Selera Bangsar ni dah pun tak wujud.  Uwaaa.. kenapa la port makan we all asyik disappear ajerrrr??







Kalau sesiapa tahu kat mana kedai steak ni dah berpindah, inform saya yer.. 

ROTI JOHN TITIWANGSA

Wednesday, August 19, 2015 0 comments
Hari ni bawak anak-anak bershopping.  Kami memang suka shopping time weekday, aman sikit... Cuma masa memang suntuk sebab nak kena ambik Tiha yang bersekolah sessi petang.  Saya terpaksa spend masa lama sikit dekat MRDIY sebab tengah plan susun atur & mencari idea untuk simpan barang jahitan, arrange bilik anak-anak (slowly tengah upgrade bilik tetamu jadi bilik anak-anak) dan juga nak buat tempat study yang proper sikit untuk Tiha.  Tapi bukan senang nak jumpa apa yang kita nak tu... Bila dah berkenan, saiz pula tak kena la, material tak ok la... Tak pe la.. sementara ni guna pakai je la apa yang ada dulu & kena survey lagi sana-sini.

Tempat menjahit pula dah kira agak urgent.  Mana tak nya... Shumaila dah terror panjat katil & dah boleh reach stok jahitan Mama!  Bahaya ni sebab banyak barang yang tajam & halus.  Pening nya Mama nak sorok or simpan mana.  Saya ni dahla tak suka barang yang tak boleh dicapai bila diperlukan.  Kalau boleh semua tersusun depan mata.  Cthnya nak menjahit, semua barang mesti reachable.  Kalau nak memasak, barang masak & alat masak pun reachable... Tak mau kena alih barang or panjat sana sini (jawabnya rela daku tak guna benda tu... hehehehe...)  Boleh tengok entry DIY saya yang dulu untuk tengok cara saya arrange barang...

Punyalah lama Mama membelek, akibatnya lambat betul kami fetch Tiha.  So kami terus aje singgah Masjid dekat rumah untuk solat & berdinner di luar aje.  Kali ni kami nak try makan Roti John Titiwangsa di area Keramat.

Roti John Titiwangsa... boleh cari dalam Waze yer untuk dapatkan lokasinya.. :)

Since takde kerusi baby, kita bagi Ila rasmikan meja kedai ni... hehehe.. Memang tak larat nak pegang budak yg tak reti duduk diam ni... 
 Meh kita tengok menu kat sini....
Ni roti bakar special namanya.  Roti bakar disapu butter & kaya, telur separuh masak & fries.  Not bad... 

Ini pula Roti John Special (daging).  Kami ambil yang besar... Ada 8 potongan... kami juga order Roti John Special (Tuna) kecil... Fries tu disertakan sekali.  Saya suka friesnya tu macam di Nandos, tak terlalu oily...
Memang meriah kedai ni... Masa kami sampai meja dah penuh, mujurlah ada yang dah siap makan.  Kami sampai masih awal, jam 8.  Masa tengah makan, makin ramai yang datang.  Ada jugak Chinese & Mat Saleh yang tengah beratur.. Kira agak glamour lah juga tempat ni rupanya... 

Dari segi rasa, bagi saya ok lah.  Telurnya memang banyak, cuma rempah ratusnya tak terasa macam Roti John Unan.  Apapun saya rasa berbaloi dan boleh lah kami bertandang lagi!  Shumaila pon kata ok sebab dia berjaya habiskan 3 batang fries... :P








DELIFRANCE

Wednesday, January 22, 2014 2 comments
Tiap² hari bila tengok blogger lain tayang makanan sedap², terasa jelous sungguh!  Rindu nak memasak & testing resepi baru.  Dah lama sangat saya tak memasak full menu or testing resepi.. kalau masak pun sekadar satu jenis lauk (hanya berasaskan telur) sebagai lunch Tiha sebelum ke sekolah.  Mujur Tiha ni tekak takde taste.. (hehehe.. lega Mama tau).. apa yg dihidang, licin disapunya.. siap menambah.  Tapi lepas tu, Mama order makanan lain dari Baba untuk tapau bawak balik... :P.  Memang tak selera sungguh tengok masakan sendiri plus,  saya kurang gemar telur sejak ngandung kali ni.  Bahan mentah pula saya langsung tak berani sentuh, kalau balik kampung,  semua bahan mentah saya mintak org lain yg uruskan.  

Yang paling syahdu tu, tekak saya ni mengada sikit... nak makan mskn western aje or kat tempat² yg hygenic/tak berbau.. jadi mmg kena pegi ke tempat makan yang bersesuaian la kalau nak elak dengar saya dok uweekk..uwweekk sambil dok kat meja tu.

Dan setelah sekian lama tak melayan Delifrance (not my favourite place tapi dah takde pilihan)... Laju je saya melangkah kaki masuk ke sini time ke Festival City aritu.  Time ni tengah loya teruk, itu tandanya perut perlu diisi secepat mungkin.  

Untuk kanak² ribena saya order soup of the day (ni macam add in/come with rasanya kot, tu yg dapat sampai 2)...  

Air standard diorang - Ice Lemon Tea & saya & suami share air apetah... karbonated drinks, ala² soda camtu... (sorry eek.. mmg saya langsung tak bermaya masa ni)..

Makanan anak² dah selesai barulah menu Mama & Baba sampai... My hubby pilih sandwich Turkey bersama Cranberry Bread.  The Turkey amat sedap & rasa butter nya seakan² cheese.. tapi rotinya agak kering.  Saya pula order Chicken Sandwich (saya minta Baguettes tapi diberinya croissant... frust jugak tp tengah tak larat nak complaint)...

Sandwich saya tu langsung tak kena taste ku... Rasa fillingnya teramat manis... satu bite aje saya dah surrender (plus saya kurg gemar croissant sbb oily- tgh sensitif dgn oily foods).  Jadi saya cilok satu slice sandwich my husband & trade dengan sandwich saya tu.

MAcam saya cakap, Delifrance bukanlah tempat pilihan saya dari dulu.. saya nampak makanan yg ada almost macam kat bakeri biasa tapi di up kan /upgrade kan sikit & dicaj pada harga mahal.  Tapi pandangan peribadi saya lah kan.. maybe some people suka makan kat sini.

P/s : Monitor pc ku mmg tak elok² lagi... susahnya nak menaip & mengedit... kalau ada typo or huruf kejap besar kecik tu, tandanya mmg saya dah takleh nak editlah.. kena kat blind spot dia.. hehehe...




WANGSA GRILL

Sunday, January 12, 2014 4 comments
Pasti ramai yang tahu kewujudan cawangan baru restoran Chef Zubir Masterchef di wangsa Maju ni kan?  Lepas agak lama adengan jeling menjeling ke Wangsa Grill, last² on my 36th Birthday, kami heret anak-beranak semua dinner di sini.   

Once duduk, dapat menu & tidbits.  Oh jangan salah sangka... Tidbits tu bukan free tau (biasanya free kan?).. tapi dicaj RM2 dalam bil nanti.. :)

Muka² mereka yang kelaparan.. melahap tidbits

Budak ni la yang paling suka makan jajan macam ni... 

Kami order Banana Milkshakes, Freshly squeeze Orange Juice (kat sini ada juga Chilled juice), Ice Lemon Tea & Cold water aje.  

Sedang testing Banana Milkshake... tapi dia tak suka... selamattt. air Baba...

Pasta Frutti de Mare Tiha (RM25.5) dah sampai.. dalam ni ada clams, tiger prawns (sepatutnya ada lagi Mussels & squid tapi saya tak jumpa pun)... Kuahnya ala Bolognese.  Tiha dok puji sedap tiapkali suap ke mulut.. tapi saya & hubby kurang suka... Tapi bab rasa saya takleh bagi Tiha vote sbb dia ni pasta kosong pon dikata sedap! Oh ye, prawnnya tidak dikopek, jadi susah nak makan!  

Saya ambik Ribe Eye steak (220grams) for RM44.50.  Steak ni dihidang dengan salad & potato cake.  For me the steak a bit chewy, maybe becoz saya request 'well done'.  I do understand the doneness of  steak can effect the tenderness.  The sauce is thick & good... But I don't really enjoy the potato cake & the salad pun biasa² aje... Daging pun tak terasa manisnya... Yang paling saya tak enjoy... Langsung tak kenyang!! 

Penyelamat of the day... my hubby Surf & Turf.  Set ni ada grilled vege, cheesy baked potato, tenderloin beef (small chunks aje..) & LOBSTER.  Beef dalam set ni jauh lebih lembut dari steak saya & the lobster is very delicious!  Actually inila kali pertama kami makan lobster... rasanya amat manis, juicy, garlicy & YUMMYY... tapi nak warning bab harganya ye.. set ni aje berharga RM79.50... (tapi teringin punya pasal kami buat² tak nampak aje la tang harganya tu)..  
FRankly.. lepas makan.. kami semua masih tak puas sbb tak kenyang!!  Biasanya kalau makan kat mana² dengan harga macam ni, portion nya cukup buat kami kenyang.. tapi this time... frust juga.. still kelaparan lepas menjamu selera.

Anak² pulak dok bodek lobster Baba.. saya yang tengah takde selera nak layan seafoods pun boleh terasa kesedapannya... inikan pulak diorang!  Ieqa & Tiha tak habis² cakap lepas ni kalau datang sini, diorang nak order lobster (Mama & Baba pandang each other sambil senyum simpul aje..).

Since kesian tengok anak² dok kikis kulit lobster, si Misha siap kunyah sepit Lobster.. Maka kami order dessert.  Ambik All Plater sebab bimbang tak cukup plak nanti.
All plater ni kiranya merangkumi hampir semua dessert yang ada kat sini pada half portion... Set ni harganya RM26.50

Yang ada dalam ni Red velvet (tak sedap!!), caramelized apple bread butter pudding (yang ada ice cream kat tengah tu), Tiramisu, sherbet & yang satu lagi tu saya tak tau... Dessert ni pun saya kurang enjoy... anak² aje excited tang ice cream tu...
Jadi overall kami takle enjoy sangat makan kat sini.  The environment & service very good.  The staff very friendly.. tapi untuk makanan.. Mmmm... tak seperti yang kami harapkan.  Takde la sampai tahap tak sedap, tapi tak cukup enjoy & rasa tak berbaloi dengan RM225+ yang kami spend malam tu.  Kami balik dengan perut yang lapar!!