Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

BROWNIE WITH CHEESE

Wednesday, March 22, 2017 0 comments
Ini resepi hentam keromo saya cipta semata-mata nak habiskan stok cheese dalam peti.  Tak sangka pulak bukan main suka tetamu saya dengan Brownies ni.  Bimbang juga saya masa nak jamu.  Siap terfikir untuk tak hidang brownies tu sebab was-was.. hehehe..

Saya masak 1 bekas ni.. Tinggal suku bahagian aje.  Sampai esoknya anak² dok tanya-tanya ada lagi tak Brownies???  Next time la Mama buat lagi..
Adunan Brownies tu you all boleh guna mana-mana resepi brownies yang korang suka atau boleh guna resepi brownie saya yang dulu-dulu ni.  Ada banyak juga resepi Brownie yang saya simpan, tapi tiapkali nak buat mesti aje nak cepat.  Jadi saya guna aje resepi lama ni sebab dah biasa & not bad kejadiannya.

Untuk bahagian cheese pula :

250g cream cheese
1 biji telur
Sedikit gula/susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
Sedikit perahan lemon/yogurt (tak nak pun tak pe)

Gaul sebati dengan mixer or senduk

Cara saya nak bakar brownie ni... Saya letak dulu adunan brownie di bahagian bawah dan simpan 1/4 cawan adunan Brownie tadi.

Tuang adunan Cheese sampai habis.

Tuang pula baki Brownie yang disimpan tadi dan lorek-lorek dengan lidi.

Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit.

Siap!!!





KEK KARAMEL COKLAT

Thursday, November 24, 2016 0 comments
Mula² tengok kek ni.. rasa macam tak berapa match la pulak coklat dgn karamel.  Tapi bila ramai yang show off hasil masakan masing²... Mulalah bergelora nak try jugak.  Banyak sangat resepi yang boleh kita jumpa.  entahlah yang mana paling sedap sebab tukang share semua claim sedap sangat.  Mencabar betul kalau banyak sangat pilihan resepinya.  So bila jadi macam ni saya buat pilihan dari segi hasil rupa kuih tu yang dah siap, bahan² (nampak logik ke tak, ada ke tak dalam stok) dan juga proses pembuatan (kalau boleh yang mudah la kan.. hehehe).... Kalau nak try satu² memang jenuhla kan... 

Kek karamel coklat ni kali kedua saya buat.  Kali pertama sempena Birthday Baba yang lepas.  Tapi masa tu kek kurang perfect gara² saya salah faham dari penggunaan 'cawan' penyukat.  Bila bancuhan nampak banyak semacam, barulah saya terfikir balik... "Eh.. cawan dalam resepi ni guna cawan minum teh or cawan metrik ye?"... Tapi dah siap bancuh, so continue aje lah... Maka hasilnya...

Inilah akibatnya... Bahagian kek tak nak beku sepenuhnya walau lebih sejam dikukus!  Ye lah.. memanglah lari kan.. kalau cawan minum tu isipadunya 160ml, cawan metrik 250ml.  Skrg ni kalau ambil resepi saya kene belek balik or tanya semula empunya resepi... guna cawan apa.  Biasa kalau resepi dari blogger, memang cawan yang diguna ialah cawan metrik.  Ada yang kata sama aje... guna cawan yang sama ok aje!  Eehh... mana plak... kuantiti telur pastinya berbeza.  Telur itulah yang bekukan kek & puding.  Kalau kita guna sukatan cawan yang besar, maka bilangan telur pun kena tambah tau.  So tak semua resepi kita boleh kata tak kisah guna cawan apapun. Mujurlah kek ni tetap sedap dimakan walaupun rupa buruk sikit... 
Kali kedua buat saya try resepi lain pula.  Bukan sebab merajuk or sebab resepi sebelum ni tak sedap.  Tapi saya pun dah tak pasti resepi mana saya guna sebelum ni... hahaha... 


Kejadian kali kedua... Perfect!  Kali ni saya guna cawan rice cooker untuk sukat bahagian kek coklat tu.  Next time kalau buat lagi saya nak guna half cup dari sukata metrik aje sebab bahagian kek ni agak tebal berbanding karamel.  Bahagian karamel pulak saya nak guna cawan besar sikit.. hehhe... 
Resepi yang saya copypaste dari FB ye... 
 Cuma satu yang saya nak highlight untuk self reminder kat sini.  Pls kurangkan kandungan gula tu sebab agak manis utk tekak kami.  Untuk sesiapa yang tak sensitif bab manis, boleh follow resepi sepenuhnya.. InsyaAllah menjadi.  Gunakan sukatan cawan yang kecil tu ye... 160ml mcm tu... :).

Since saya lupa nak ambil gambar bila dah keluar dari loyang, saya tempek gambar masa jamuan Prasekolah Laieqa.  Gambar ni Cikgunya share di group Wassap. Kalau perasan puding karamel coklat tdalam container sebelah dengan nugget (dekat dengan tangan orang tu...)... Saya hantar 2 bekas, satu bekas besar & yang dihidang ni bekas kecil.


Selamat mencuba!!!

DURIAN CREPES 1

Tuesday, October 1, 2013 0 comments
Ini aje bahan bukti yang ada sbb ari dah lewat, ingat nak beristiehat aje... :P 
Lama dah pon saya try men crepes kan diri, baru sekarang rajin nak letak resepi.  Memang banyak koleksi crepes yang disimpan, bahannya pon pelbagai.   Crepes ni sebenarnya berasal dari Perancis.. diorang makan buat breakfast macam lempeng kita jugak & bahan utamanya tepung gandum.  Tapi resepi Durian Crepes negara kita ni dah letak pelbagai jenis tepung (yg terbanyak saya pernah jumpa 7 jenis).  Maybe diubahsuai ikut citarasa tempatan & nak memberikan rasa yang berbeza kot.

Jadi kali ni saya nak cuba buat salah satu crepes yg guna pelbagai tepung dulu.  Yang guna tepung gandum aje pon nak try jugak.  Saya suruh suami angkut durian D24 kat Giant... semerbak baunya.. frankly.. rasa rugi je durian sedap² macam tu tak diratah terus... hahahah...

Ini resepi crepes yang saya buat kali ni... bakal menyusul resepi crepes durian yang lain plak.  Resepi ni saya ambik dari blog Hana

RESEPI DURIAN CREPE
sumber asal : eyna haneyna
sumber google: kak.zu@semanis gula

Bahan-bahan 
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

Kulit crepes ni dah ada rasa manisnya.  Tiha kemain suka ratah kulit crepes ni.  Tapi Mama kasi 2 keping aje sbb malas nak buat lagi 1 batch.. hehehe.. 

Nanti saya share kan plak resepi lagi satu eekk then komen yang mana manjadi idaman kalbu ku.

Agar-agar Peach

Monday, May 13, 2013 0 comments
Baby & Ieqa dah tak demam.  Tinggal Tiha aje lagi, dari Jumaat saya bagi dia ponteng.  Malam ni naik pula suhunya, jadi esok ponteng lagi lah.  Bimbang suhunya tinggi time kat sekolah nanti.  

Misha masih bertarung dengan alergik nya.  Last week saya bawak Misha jumpa pakar coz mata kanannya bengkak & merah.  Pagi-pagi mesti takleh buka sbb penuh dgn tahi mata keras.  Since masa tu dia pun demam, jadi saya bimbang juga dia ni kena infection bukan².  Dahla start diarrhea plak... Kalau setakat demam panas biasa, saya takde la sibuk bawak ke pakar kan...

Lepas jumpa pakar, baru dapat tau... Misha alergik kucing.  Sama macam kakak-kakaknya, tapi kesan alergiknya remain walaupun dah lebih 4 hari exposed dengan kucing.  Kan rumah parent saya banyak kucing, jadi esposure tu memang takleh nak elak.  Patutla dia macam perangai sikit kat kampung kali ni, saya ingatkan sbb demamnya.  Rupanya alahannya semakin teruk.

Akibat dari alahan tu, matanya terkena infection pulak.. since mata kanannya memang selalu berair (mmg dah lama saya pelik).  Ikut kata paed,  kedudukan saluran air mata dia yg buatkan matanya selalu berair & senang terkena infection tu.  So now kena treat dulu alergi tu then baru le matanya akan ok.  Dia kena makan 3 jenis ubat & ambil masa almost 2 minggu juga le untuk recover.  

Weekend baru ni saya terpaksa balik ke Jengka semula.  Walaupun memang berjaga-jaga tak bagi dia sentuh kucing,  saya nampak matanya makin merah.  Bengkaknya makin teruk.. dia pun nampak rimas sbb hidung mula berair.  So malam sabtu tu kami terus balik KL, kesian tengok condition Misha macam tu.  Sensitif betul dia dengan kucing ye... 

Alhamdulillah.. after 24hours kat KL matanya dah tak merah & bengkak sangat.  Still nampak sepet, tapi tak membimbangkan sangat.  Ubat pun continue macam biasa.  Nasib baik Misha ni senang makan ubat tak macam kakak²... hehehe...

Kali ni saya just nak share resepi agar² peach ni.  Saya buat ni masa Ieqa demam tonsil,  jadi senang dia nak makan.  Tapi macam banyak sgt, jenuh jugakla we all nak perabih.  Lagipun saya & suami lagi suka cocktail pudding... jadi for the sake of 'tak nak membazir',  perabis juga la... hehehe


Saya bagi tugas kepada Tiha untuk susun peaches.. sambil tu saya masak agar-agar.

Tuang atas peach, sejukkan & simpan dalam peti (basahkan dulu bekas dengan air supaya agar² tu senang lekang nanti)

Dah sejuk.. sedia dipotong.. (boleh tahan huru-hara susunan peach Tiha ni..)
Resepi : Agar-Agar Peach
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup - Amie guna jenama Ayam Brand
1 tin susu krimer sejat -  Amie gunakan F&N
air (campur bersama syrup peach dan susu krimer menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
setitik pewarna kuning telur
acuan agar-agar

Cara:
1. Susun buah peach di dasar acuan agar-agar. Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
3. Masukkan campuran 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur.
4. Masak hingga mendidih.
5. Tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach.
6. Biarkan seju dan membeku.
7. Untuk rasa lebih enak, simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.

Pavlova

Tuesday, October 30, 2012 0 comments

Patutnya saya share resepi ni sebelum post resepi Creme Brulee.  Tapi gambar dkt phone my husband lak, jadi postpone dulu le.  Pavlova ni katanya mendapat nama dari seorang Ballerina Russia bernama Anna Pavlova.  Pavlova ni memang nampak anggun juga, seanggun namanya.  Tapi tak syoknya ia tak bertahan lama.  Kalau nak buat, make sure perabis semuanya tauu... nanti rosak.  Saya ni nasib baik ada dua tempat biasanya kuih-kuih bakal bertandang.  Rumah orang sebelah (saya ada sorg neighbour aje, bujang lak tu) & Mak Mertua yang memang pemastautin Taman Melawati ni.  Fuuhh.. nasib baik.. kalau tak, membazir aje kan.

Oklah, saya share resepinya yg diambil dari sini

  • 3/4 cup sugar 
  • 2 teaspoons cornstarch 
  • 3 egg whites, room temperature 
  • 1 teaspoon vanilla extract 
  • 3/4 teaspoon white vinegar 
  • 2 cups heavy cream 
  • 3 tablespoons confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon vanilla extract 
  • 1 pint whole strawberries, stems removed (saya guna kiwi juga) 
  1. Preheat oven to 250 degrees F (120 degrees C). 
  2. Line a baking sheet with a silicone baking mat or parchment paper. 
  3. Whisk sugar and cornstarch in a bowl. Set aside. 
  4. Beat egg whites in a bowl until they are foamy and have a thick, ribbony texture, 2 to 3 minutes. 
  5. Pour 1/4 of the sugar mixture into the egg whites; whisk until completely incorporated, about 30 seconds. Repeat for the rest of the sugar mixture, whisking after each addition, until all of the sugar mixture is incorporated and the egg whites are glossy and thick. 
  6. Pour vanilla and vinegar into egg white mixture; whisk until you can lift your beater or whisk straight up and the egg whites form a sharp peak that holds its shape, 2 to 3 minutes. 
  7. Spoon egg white mixture onto prepared baking sheet; spread out into a 2-inch high by 6-inch wide disc. 
  8. Bake in the preheated oven for 1 hour. 
  9. Turn off the oven, crack open the oven door and let the Pavlova cool for one hour. 
  10. Whip cream, sugar, and vanilla extract in a bowl until soft peaks form, 3 to 4 minutes. 
  11. Transfer Pavlova to a serving plate. Top with whipped cream and fresh strawberries.

Sebelum pukul telur putih, make sure bekas & whisk tu bebas dari minyak & air. Telur putih juga bebas dari telur kuning. Saya guna bekas stainless steel sbb kalau bekas plastik, senang trap minyak. Time pukul tu, bila putih dah mula memekat & ada kesan panjang-panjang (ala-ala ribbon) atau try angkat & terbalikkan bekas utk tgk dah betul-betul set ke belum. Pelan-pelan le pusingkan bekas tu, kalau cair lagi, habis tumpah semua. Putih telur yg dah kembang takkan tumpah atau jatuh jika kita terbalikkan bekas. Then barulah boleh letak tepung jagung & gula tu. Pukul lagi sampai gula sebati (takde rasa kesat jika dirasa dgn jari). Adunan ni akan nampak bertanduk once dah ready.

Telur putih yg dipukul sampai kembang (ribboni like) - telur tu takkan jatuh walau terbalikkan bekas. Then dipukul lagi bersama gula & tepung jagung. Pukul sampai nampak bertanduk, siap la tu 
Saya lapikkan baking paper & sapu meringue tadi guna spatula 
Saya sapu rata aje, ada sesetengah org buat well (lubang) kat tengah.. 
Bakar pada suhu 120c selama 1 jam. Meringue yg dah masak ni nampak a bit golden & rapuh di luar. 
Dah siap tu sejukkan up to 1 hour. Kalau pavlova tu retak ke, jangan gusar ye, biarkan aje, nanti kena sapukan krim pun. Memang meringue ni tersangat rapuh & senang retak.

Bila dah sejuk bolehlah mula pukul whipping cream macam ni & sapukan kat atasnya sebelum ditabur potongan buah. Sedia dihidang.

Pavlova ni tak bertahan lama, seeloknya terus dimakan. Kalau disimpan juga (hatta dalam peti pun), whipping cream tu akan separated & gula pada meringue akan mencair. Jangan terkejut kalau pavlova tu jadi bubur nanti ye.. hehehe.

Bagi saya, cukuplah sekadar merasa Pavlova ni. Lepas ni tak berminat nak membuatnya kecuali lah ada org request. Saya & suami larat makan sepotong lebih aje sbb muak. Rasanya manis & amat creamy. Walaupun dah letak potongan buah yg masam, we all masih terasa manisnya.

So.. baki telur kuning tu saya simpan & keesokkannya terjadilah creme brulee. Ni pun sama juga, pemanis mulut yg amat manis, creamy & high in cholestrol. Ganazz lah dessert ni semua kan..

P/s :  cream Anchor yang saya guna ni mmg cepat rosak.  Better guna whipping cream yang lebih stabil ok!

Creme Brulee

Tuesday, October 23, 2012 0 comments
Baru keluar dari oven.  Kena keluarkan dr air tu & sejukkan dulu.
Creme Brulee ni berasal dari Perancis, sebab tu namanya lain macam.  Bahasa Perancis ni buatkan mknn tu berbunyi classy sikit kan. Biasanya Creme Brule memerlukan torch utk finishingnya.  Bahagian atas Creme Brulee mestilah retak jika diketuk-ketuk dgn sudu (mcm karamel yg mengeras).  Dah lama teringin merasa Creme Brulee, tapi tiapkali membelek bahan membuatnya, naik takut la pula.  Tapi kebetulan baru-baru ni ada lebihan kuning telur daripada Pavlova.  Jadi bolehlah mengetest.  Nak buatnya senang aje.  Cuma finishing tu aje la tak boleh jadi mcm yg asli sbb takde torch.  Takpelah, janji nak tau rasanya saja...
Saya gunakan 4 biji kuning telur digaul dgn 1/3 cup caster sugar.  Kemudian panaskan 2 cups cream atas api (tak perlu sampai mendidih tau)

Masukkan sedikit aje (agak-agak 1/4 bhgn) cream tadi ke dalam telur.  Kacau rata, kemudian baru masukkan kesemua bahagian cream tadi

Transfer ke dalam remekin (sepatutnya remekin yg nipis aje, tapi saya takde)

Tuang air panas dalam loyang tadi 
 Oh ye, sebelum tu panaskan oven 160c & bolehlah masukkan adunan tadi & bakar selama 30 minit (agak2 bhgn atas membeku).  Tak perlu cucuk utk lihat bhgn dlmnya.  Cukup sekadar atasnya membeku (tapi nampak bergegar bila digoyang-goyangkan).
Saya keluarkan dari loyang, sejukkan & simpan di peti ais.
Bekas tu kenala ditutup, jadi saya gunakan penutup plastik yg ada kat rumah.  Bolehlah guna piring atau sbgnya .  Ni  gara-gara sayang nak gunakan wrapping cling.. hehe

Dah sejuk, keluarkan dari peti & taburkan gula di atasnya.  Saya letak 1/4 sudu besar aje & bakar dgn pemetik api mcm ni

Lepas berminit-minit berjaya jugaklah.  Tapi takle menjadi mcm yg original tu.  Ni pun naik lenguh tangan.. haiisshh
Ini saya try grill dalam oven.. hehehe.. saya guna seting grill api atas & letak atas  rak yg tinggi (saya gunakan microwave oven), yang ni terhangus sikit sbb terlebih set.  Kalau set 6 minit, cun sikit tapi pembakaran tak betul-betul rata.  Certain tempat gula belum betul-betul hangus/hancur, jadi saya bakar dgn 'torch' canggih saya tu..  Lepas proses ni, masukkan semula di dalam peti & sedia dihidang setelah sejuk.
Walaupun creme brulee ni tak secantik yg dilihat di kaca tv.  Tapi rasanya agak sedap.  Memang creamy & lembut sgt.  Frankly saya agak enjoy dgn rasanya tapi decided takkan buat lagi dah dalam tempoh terdekat ni.  Sebabnya?? Saya pening kepala tiapkali lepas makan!!!! Pelik kan.. ni first time saya sakit kepala lepas try makanan.  Mula-mula ingatkan kebetulan aje, tapi 2 bekas saya mkn, dua-dua kali saya sakit kepala...Sah!! This one is too strong for me.!!

Caramel Cheese Pudding

0 comments
Heeellpp.. heellpp.. belom pukul 1, mata sudah kuyu.. apa kisahnya ni?  Aduhai mata, cepat betul ko nak rest ye.. kalau dulu-dulu nak berjaga sehari dua pon slumber je.. Ni menandakan mata pun dah makin takde kudrat macam tuannya yg dah makin meningkat usia.. Aii.. tua sgt pulak rasanya.. hehee

Takpelah.. alang-alang dah gatal tangan masuk blogger, saya nak update satu lagi resepi baru.  Pudding ni teramatlah sedap & senang nak buat.  Walaupun saya tersangat suka, rasa macam nak buat lagi dan lagi je.. tapi kena kontrol beb.  Takutlah nak makan benda-benda manis & berlemak byk-byk.  Layan seminggu sekali je ke okle.. Sbb tu tak banyak makanan manis² dlm blog ni sbb saya jarang buat.  Tukang makannya ada aje (saya & suami), tapi fikirkan kesehatan bersama, berjaga-jaga jugak la kan.

Kalau teringin sgt nak mengunyah, layanlah epal, pear or orange aje le.  Saya memang sentiasa pastikan stok buah tak putus dalam rumah ni.  Pengganti makanan manis & berlemak gitu..hehehe

Ini aje bahan bukti yg ada dalam pc saya (ni pun mujur saya teringat nak snap).  Rupanya ala-ala  puding karamel tapi rasanya amatlah cheesey.  Sedap sangat.  Sesuai dimakan sejuk.. aduhaiii.. terliur la pulakkk!!
Resepi ni saya ternampak dekat blog kak ita .  Kalau nak tengok gambar makanan cantik-cantik pergilah blog Kak Ita.  Saya tempekkan resepinya kat sini ye..


CARAMEL  CHEESE PUDDING
By : Yani
Rujukan : My Resepi

Karamel 
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding  
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

 

Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Thanks kepada Kak Ita & pastinyaYani yg sudi share resepi yg sedap sgt ni.

Custard Apple Pie

Friday, September 21, 2012 2 comments
Baru-baru ni lepas semua orang still tak puas makan potato bread hari tu, selasa baru ni saya buat lagi.  Saya pun nak makan puas-puas kali ni.  Saya bentukkan kecik-kecik dapat 16 pieces.  11 Pieces habis dimakan time tu juga, balance tu 2 pcs Tiha bawak ke sekolah, lagi 3 saya share dengan Ieqa buat breakfast.  Wahh!! Ini sudah bagus, sekali masak boleh cover dinner, bekal Tiha, breakfast saya & Ieqa.  Eloklah saya buat selalu roti ni.. hehehe..

Potato Bread percubaan kedua.. lepas ni pasti akan ada lagi percubaan lainn....
Hari ni saya nak try pula satu resepi ni.  Bahan-bahannya semua ada, cuma kena rajinkan diri aje..
Custard Apple Pie ready utk diterjah..
Masa untuk bersantap wahai kekanda & adinda ku semua.. 
Sblm ni plan nak buat Apple Crumble, tapi stok cinnamon plak takde.  Dah dua kali pegi BAGUS cari cinnamon powder, still takde stok.  Ni gara-gara banyak sangat guna cinnamon untuk buat Cinnamon Sugar Pull Apart Bread aritu le.  Puashati.. abis semua stok cinnamon rumah ni.. hehehe..

Apa pun saya tetap nak cari akal untuk perabiskan stok epal hijau kat dalam peti ni.  Naik menyampah dah tengok.  Beli bulan puasa lepas kot.. hehehe.. Nasib baiklah epal ni buah yang lasak giteww.. still anggun bergaya walaupun dah lama kena peram dalam petiku.

Oklah, resepi ni saya jengok kat dapur Rozz  

BASE PASTRY:
250g Flour
125g cold Butter
3 tbsp Castor Sugar
1 Egg Yolk
1-3 tbsp Water

1. Mix the first three ingredients using cut & mix method to produce breadcrumbs like.
You can use food processor or do it manually using blunt dinner knife to do so.
Make sure you do this quickly before butter is melt to ensure crispy pastry.
Don't worry if there are butter bits, you must not knead before adding egg & water.

2. Add in egg yolk & mix with finger and if a dough is not formed, add water a tbsp at a time until a ball of dough is formed.

3. Chill it for 20 minutes and then line the pie tin.

Saya letak terus badan chopper atas penimbang, senang tak payah transfer lagi dah since saya gunakan chopper ni utk adun butter & tepung.
Epal disusun atas doh & dibakar 200c selama 20 minit

 FILLING:
6-8 Red Apples (depending on the size of the apples & size of your tin)
1-2 tbsp Sugar for sprinkling
2 Eggs
½ cup Caster Sugar
1 tin (170ml) Nestle Cream
1 tsp Vanilla Essence

 METHOD:
1. Peel, halved, cored and sliced apples 3/4 through - see the picture above.
Arrange apples onto the prepared pastry base.
Sprinkle sugar & bake 200C for 20 minutes.

2. Beat eggs and sugar until well mixed.
Add in cream and beat to just mix.
Add in vanilla essence.
Pour onto baked apples.
Bake at 180C for 20 minutes or until custard is set.
Cool & chill.

3. Produce one 10-11 inch diameter pie

Dah siap bakar crust & epal, tuangkan custard & bakar lagi 180c selama 20minit
Riang ria dapat hidang menu baru & pastinya percubaan julung kalinya membuat pie.. yiieehaaa (dengan tak malunya mengaku!!.. hehehe).. Pie ni patutnya guna epal merah, tapi saya ubah sikit (kalau epal merah, tak sempat jadi masakan kot.. :P).  Tapi next time kalau nak buat pie, saya kena alert sikit tang crust dia tu.  Kali ni saya tak bakar sampai betul-betul kering / rapuh.  So crust kat tengah-tengah tu langsung tak rangup (plus epal tu keluarkan jus).  Takpelah.. kali pertama try, saya maafkan diri sendiri.. :)



Puding Karamel Mudah

Tuesday, August 28, 2012 0 comments
Puding karamel ni amat mudah utk dibuat.  Kredit kepada pemberi resepinya dari blog ni .  Rupa pudingnya pun amat menggoda sanubari.  Yg penting puding karamel ni disukai suami.  Asyik dok sebut-sebut teringin nak makan.  Saya ni kalau masak sesuatu benda tak suka ulang byk² kali, nanti muak pula.  Lagipun kalau dapat makan sekali sekala baru rasa makanan tu special sikit.. hehehe.. padahal nak membuatnya sekejap yg amat. 

Ni saya copy paste balik resepi dari blog tadi tu ye.. 

Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.


Senang je.. pukul kesemua bahan & tapis dalam loyang yg dah disapu karamel 

Saya masak gula terus dlm loyang.. tapi.. uuwwaaa.. abis gelembung² loyang saya jadinya.. agaknya kualiti loyang kurang bagus.  Frust tak terkata la loyang saya dah tak rata lagi dah.. iisskk..isskk.. 

Dah siap masak, nampak cantik kan?  Tapi lepas terbalik rupanya buruklah!!! Tak tau kat mana silapnya.  Saya tengok si Hana tu buat cantik gila.. kena praktis lagi nih..
Saya betul-betul tak puashati dengan rupa puding yg saya buat hari tu.  Saya pernah terbaca, kalau guna fresh milk memang kurang cantik hasilnya, mungkin tu puncanya sebab semua resepi yg guna susu cair saya akan gantikan dengan fresh milk. Bukannya apa, saya ni tak suka minum susu. Jadi saya akan letakkan susu dalam masakan dan minuman. Kalau sekali lagi buat jadi camtu jugak, buntu jugalah saya.  Nampaknya puding ni akan jadi hidangan keluarga ajelah.  Walaupun sedap tapi malu nak hidang dkt orang.. hehehe...

Portugese Egg Tart cara Mat Gebu

Friday, August 24, 2012 0 comments
Portugese Egg Tart.. tak sabarnya nak makannnn!!!
Saya pernah dah bgtau saya suka sangat makan egg tart style macam ni.  Saya kurang suka egg tart yg biasa tu sbb Portuguese Egg Tart ni teksurnya lebih lembut & creamy.  Alahai.. patutlah badan ku lambat kurus kali ni...

Dulu saya biasa guna resepi ni tapi kali ni saya nak try resepi dari Encik Mat Gebu pula.  Frankly hasilnya.. Voilaa!! Gebus sungguh!! Menepati citarasa saya.. ngaaaaa... suka sangat.  Saya copy paste resepinya walaupun saya tak ikut sebijik-sebijik macam diajar sbb saya terpaksa ubahsuai sikit ikut stok brg yg ada.  Saya copy paste resepi ni dari sini 




BAHAN-BAHANNYA :-)

Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya (saya habiskan semuanya -10 keping)

2 kuning telur (saya guna 2 biji telur, malas nak asingkan..hehehe)

200 ml whipping cream*

50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml)

40 gram gula halus

15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale) (saya letak sekeping)
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla) (stok vanilla abis, terpaksalah x letak)
1 - 2 titik pewarna kuning (tak letak jugak)

CARA MEMBUATNYA :-)


Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan...

Saya tekan puff pastry dalam remekin & tuangkan isinya

Sedang dibakar - tak muat lak dlm turntable tu, terus saya tindan aje atas tart lain.. hehehe.. tak senonoh kan?  
Saya terpaksa tambah masa lebih sikit sbb atasnya macam tak berapa garing (maklumlah, crowded sgt oven tu).  Tapi memang amat berpuas hati dengan hasilnya.  Sebab dapat banyak sangat, ada 3 tak habis.  Saya keluarkan dari remekin & simpan dlm freezer.  Bila-bila emergency boleh jadi breakfast anak-anak.  Nasib korangla budak-budak, maknya kalau bab ngelat mmg terre.. hehehe

Caramel Custard Pudding

Monday, June 11, 2012 0 comments
Tak puashati dengan pudding caramel sebelumnya (bagi saya rasanya agak muak & ala-ala tofee).. Saya suka yg light aje.. so saya try pula resepi ni  . Saya copy paste balik kat sini ye in case saya nak refer semula

Ingredients (makes 6):
Caramel:
40g sugar
10ml hot water
Custard:
200ml fresh milk
10g sugar
½ tsp vanilla essence
1 whole egg
2 egg yolks
30g sugar

Methods: Please refer to step-by-step pictorial guide here(updated on 15 Sep 2010)
  1. Caramel: Melt sugar in a sauce pan, stir until golden brown. Once it starts bubbling, stir in hot water then remove from heat.
  2. Lightly grease the moulds, then fill each mould with about 1 teaspoon of caramel. Swirl the mould to coat bottom of mould when the caramel is still hot. Set aside for later use.
  3. Custard: Bring together milk and sugar, bring to boil on low heat then stir in vanilla essence. Turn the heat off and set aside for later use.
  4. In a mixing bowl, lightly whisk eggs with sugar. Then pour in milk in stream, whisk rapidly until well blended.
  5. Strain the mixture then fill each mould with mixture, and steam on low heat for 15-20 minutes. If using oven, place moulds in a tray then fill tray with water. Cover tray with aluminium foil. Bake at preheated oven, 140ºC for 25-30 minutes.
  6. Turn the heat off, let puddings stay in the steamer or oven for further 10 minutes.
  7. Chill before serving.
Tips:
To produce smooth texture custard, the mixture must be strained to remove bubbles then pour into mould gently.

Seperti biasa, saya kurangkan kandungan gula di dalam resepi setiap dessert yg saya masak.  Itupun saya rasa masih manis.  Next time saya plan nak kurgkan karamelnya & tebalkan sikit pudding tu.  Satu adunan maybe saya akan jadikan 3 je instad of 6.
Rupa sebaik masak (saya kukus 8 minit aje sbb yg sblm tu overcook, jadi berlubang-lubang). 

Yummiesss.. Okla.. terubat sikit rasa nak makan Puding Karamel.  Tapi saya akan mencuba lagi resepi lain plak sbb saya kurg suka rasa 'telur' dalam dessert.  



Caramel Pudding

0 comments
Kat IKEA saya suka betul dengan Caramel Pudding dia tu.. RM1 je sebekas.  Jenuh saya mencari resepi yg ala-ala macam tu tapi tak berjumpa.  Since teringin nak makan dessert berkaramel, saya usha la a few resepi.  Ni salah satu yg saya try buat.  Senang je.. resepinya saya tiru kat sini  .  Tapi saya tak berapa enjoy dgn rasanya.. nak yg kat IKEA tu jugak!!

Tercapai Juaa

Thursday, May 24, 2012 0 comments
Hari tu saya teringin sangat nak makan cream puff kan?? Last week impian saya tu termakbul juga lah.  Saya buat dua adunan, means kena dua kali bakarlah.. Saya hantar sikit ke rumah mertua, yg selebihnya saya makan macam nak rak.  Saya sendiri tak sangka saya gilakan cream puff sampai macam ni.  Silap-silap sari dua lagi teringin nak makan pulak!!

Seronok pulak saya memicit adunan ni.. Kalau guna piping bag lagi senang kan..kannn.. (alasan nak menambah koleksi barang dapur)

Baru masak je ni..

Tengah sejukkan sekejap sebelum disumbat inti.  Tak sabarnya nak makan...!!!

Bread Pudding

Tuesday, May 8, 2012 0 comments
Masa saya kerja dulu, tiapkali keluar office selalu tengok staf restoran tengah buat puding roti.  Saya ni memang suka menyemak bila org tengah memasak, tambah-tambah bila memasak benda yg saya tak pernah buat.  Memang simple sangat, they all just campak-campak je bahan dalam loyang.  Tapi saya langsung tak pernah rasa walaupun puding roti ni agak laris.

Bila buka cafe sendiri, banyaklah kulit roti yg terbuang.  Ye lah baki sandwich, baki roti benggali yang dipotong dan sebagainya.  Jadi saya akan recycle untuk jadikan puding roti.  My husband pun nampak excited sangat sebab dia suka puding roti.. Saya pun try le campak mencampak macam budak-budak kat tempat kerja saya dulu buat, waahh!! Menjadi jee... seronotnyaaa.. less than 10 minutes dah siap.. tapi nak membakar je la lama sikit.

Pukul 3 biji telur, 2-3 sb marjerin, 10sb gula (tak perlu kembang, janji hancur gula aje), kemudian tuang 1 liter susu

Tuangkan dalam loyang yang dah disapu marjerin

Tambahkan roti.  Carik-carikkan roti (saya guna lebihan kulit) ke dalam susu.  Anggaran roti tu cukup sekadar tenggelam dalam susu tu.  Kalau suka puding yg basah-basah kasi extra berair sikit ye.  Then bakar pada 200c selama 50 minutes.  Siap!!!
Gambar ni dah lama saya ambil.  Saya bakar puding ni sebelah petang, then jual keesokannya.  Saya suka makan puding roti masa baru keluar oven sbb baunyaa.. Mmmm.. semerbak gitu.  Tapi kalau jual saya letak dalam chiller dan letak sedikit susu cair semasa dihidang.

Ni gambar bread pudding yg dah siap.  Nampak macam ada hangus-hangus.. tapi bukan tau...  kalau potong nanti cantik je hasilnya 

Pulut Mangga

Thursday, March 8, 2012 1 comments
Enak sungguh pulut mangga ni.  Berkali-kali saya makan, still tak puas.  Biasanya saya akan ulang makan sekali aje utk satu² makanan yg saya masak, tapi kali ni berkali² saya ulang makan.  Memang ngam betul lah dengan selera saya.

Simple dan sedap!! 
Sebenarnya saya dah biasa sangat makan pulut durian.  Bezanya pulut digaul dengan santan & ditabur gula.  Mak saya cakap kalau di belah utara pulut ni dimakan dengan sebarang buah yg lembik cthnya pisang, cempedak, etc.. tapi saya langsung tak berminat nak cuba.  Takat makan dengan durian oklah.

Tapi satu hari ni saya meronda ekspo Siam kat KL Sentral (zaman saya kerja dulu²).  Adalah gerai jual makanan dari siam.  Terasa teringin pula nak try pulut mangga.  Sepinggan RM5.  Tapi berbaloi², memang sedap sungguh.  Berbeza dengan pulut durian yg saya biasa makan, pulut mangga siam ni dah siap bergula.  Jadi kuahnya dah cukup lemak, masin manisnya.

Sekejap aje dah nak habis... oohh tidakk!! Habis diet diabetic saya!!!
Kebetulan masa pusing² Bandar Melawati nak beli barang² menjahit, saya nampak lori menjual mangga.  Apalagi.. terus saya serbu.  Saya sambar 5kg terus.. puas ati.. hehehehe.. Saya ni memang alah kalau nampak buah.  Peti ais rumah memang sentiasa ada stok buah utk saya kunyah bila lapar.  Ni menurun perangai ayah yang kaki makan buah jugak.  At least ada 2,3 jenis buah pada satu² masa.

Kalau nak try buat pulut mangga ni senang sesangat.  Saya suka tanak pulut macam tanak nasi tu aje.  Tak perlu rendam².  Sukatan airnya always 1:1.  Kiranya secawan pulut, ditanak dengan secawan air.  Insyaallah.. cantik aje hasil pulutnya.  Nak tanak atas dapur gas pon boleh, tutup periuk pulut & tanak dengan api perlahan.  Tutup api sebaik air kering & biarkan seketika di atas dapur (10 minit ke).  Hasilnya pulut langsung tak berkerak.

Untuk kuahnya pula saya gunakan santan kotak aje.  Kalau sekotak santan, sekotak air jugalah saya tambah (boleh tambah lebih jika mahu kurg lemak).  Kemudian sedikit garam & gula.  Saya tambahkan juga 1 sudu tepung jagung yg dibancuh sedikit air, didihkan.  Tepung tu just utk memekatkan kuah.  Hasilnya santan rasa lebih melekat pada pulut.

Tapi pregnancy kali ni saya takde rasa guilty sgt kalau tak ctrl sugar intake.  In fact Prof Azurah (Gyno saya) pon bebaskan saya dari sugar test.  Hoorraayyy!!! Saya sendiri memang sentiasa pantau dengan glukometer, memang tak pernah ada reading yg lebih dari 6.5 pon!!! tu kalau saya melantak tahap tak ingat punya.  Kalau biasa² reading sugar saya sekitar 4-5 lebih aje... :( .  Prof pon cakap, baby kecik aje.. scan baru² ni baru 2.1kg.  Alahaiii.. ni mesti gara² Mama tak berapa berselera.  Berat Mama pon baru 61kg aje. Cepatlah saya kurus lepas bersalin nanti... :)