Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

KERIA GULA MELAKA

Friday, December 29, 2017 0 comments
Keria Gula Melaka ni saya buat masa Adik datang beberapa minggu lepas.  Last minutes dia cakap dah dekat nak sampai.  Memang tak sempat la saya nak adun roti bagai.. hehehe.. Kebetulan stock freezer pun kehabisan.  Asyik makan je, takde buat stok baru.  Nasib baikle ada baki keria ni dalam freezer tu.  Lama jugaklah bertapa dalam tu.  Saya keluar dan goreng semula.

Kalau tanya saya nak buat keria ni, senang aje.  Rebus ubi dengan garam, lenye halus dan gaul dengan tepung.  Nothing fancy.  Agihan tepung dan keledek tu mestilah tepungnya kurang.  Kalau terlebih tepung, liat la jadinya keria tu.  Kalau belum biasa, guna ubi putih ye.  Keledek oren susah nak handle sbb jenis lembik.  Nanti tak larat menambah tepung la jawabnya.  

Goreng sampai masak.  

Bahan sira - gula melaka, gula pasir dan daun pandan.  Kalau suka saduran yang rangup/berpasir lebihkan gula pasir.  Kali ni saya letak 2 ketul gula Melaka, 2sb gula pasir aje dan seketul gula batu.  Masak sampai berbuih dan pekat macam ni...

Masukkan keria, gaul rata.  Kalau dah nampak elok tersadur, boleh keluarkan dr kuali

Saya transfer ataswire rack supaya saduran kering dan tak melekat.  Kalau saduran guna gula pasir saya terus masuk dalam pinggan aje


Sekejap aje dah licin!!
Senangkan nak buat keria ni?  Nak resepi dohnya tu, boleh refer entri yang ni juga


CUCUR BADAK

Friday, December 9, 2016 0 comments
Cucur badak ni antara kuih yang selalu sangat Mak budat dari kami kecil² dulu.  Rasanya tak pernah lagi saya makan Cucur Badak yang betul² sedap macam yang kami nikmati dari kecik.  Biasa kalau beli intinya kering dan tak cukup masin manis serta lemaknya tu.  Pendek kata kalau nak makan cucur badak baiklah Saya buat aje.  Bab keledek luar tu takdelah susah sangat.  Cuma Saya memang fail sikit kalau guna keledek oren.  Kemain seksa nak membentuk sebab melekit & lembik.  Tapi kalau keledek putih memang langsung takde masalah.  

Baru² ni saya ternampak ada orang share resepi cucur badak.  Saya tak berminat mana nak tau sebab rasanya cucur badak saya dah cukup sedap... hihihi.. (jangan marah aaaa...).  Tapi bila nampak hasil kejadiannya yang cukup lawa & penggunaan tepung beras buat saya tertarik.  Maka....

Keledek putih+oren kukus yang ditambah tepung beras & tepung gandum 1/2 cawan.  Tapi rasanya terlebih letak tepung sikit ni.  Doh nampak kering & keras sikit.  Separuh adunan lagi saya guna tepung gandum semata² just untuk compare hasilnya tu.  
Bila buat dua² doh.. adunan yang guna campuran tepung ni amat senang dibentuk & langsung tak melekat ditangan.  Cuma saya kena adjust kandungan tepungnya tu ikut selera sendiri.  Lagipun masa buat ni saya taklah sukat & ikut resepi.  Saya just gunakan gabungan tepung gandum & tepung beras untuk tau hasilnya aje.  Lepas ni pasti saya akan cuba lagi sampai dapat adunan yang betul² memuaskan hati.


Terserlah orennya tu kan?  Padahal saya guna 2 ketul keledek oren berbanding 3 ketul keledek putih.. Kalau guna keledek oren sepenuhnya sure lagi berseri

Cantiknyaa.. Rasanya not bad.  kalau Tiha dia prefer yang ni berbading tepung gandum.  Baba pula tak kisah yang mana² pun dia suka.  Saya pula prefer yang tepung gandum (mungkin sebab doh saya ni terlebih tepung tadi)
Pendek kata.. dapat lagi ilmu baru.  Alhamdulillah... Ni resepinya ye.. Saya copypaste semula..

P/s Resepi inti saya lain dari ni... kalau nak resepi inti cucur badak cara saya boleh cari kat entry lama ye..

Cucur badak.
#Syukran #jazilan
Bahan..inti
1 biji kelapa parut
2 cawan air...
Didih kan atas api perlahan hingga kelapa nya lembut.atau air nye agak tinggal secawan..(klu pakai kelapa yg muda tak perlu )tujuan inti tidak terasa berhampas bila makan. ... sebab guna kelapa tua...
5 batang serai dihiris
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk cili mesin..(ikut pedas)
Gula-
Garam-
Perasa ikut mulut sendiri
Klu suka sedikit jintan manis..
Blend bersama bahan diatas..
1 mangkuk udang putih..
Sehelai daun pandan
Sedikit minyak utk menumis..
Panas kan minyak..
Tumis bahan blender hingga wangi
Masuk kan kelapa dan daun pandan
Masak dgn api perlahan hingga agak kering masuk kan udang...dan kacau blk hingga kering..siap..
Bahan doh
800 gm keledek kuning sy kukus...
Di rebus dgn sedikit garam hingga lembut..tos kan hingga kering air nye
Dan lecek hingga halus..
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Campur kan tepung dan ubi hingga menjadi doh yg lembut...klu masih lembik
Blh tambah tepung sedikit2 ...pasti kan guna tepung yg sudah bercampur seperti dibawah.dgn nisbah yg sama.tepung beras dan gamdum.
2 sudu tepung beras cap teratai
2 sudu tepung gandum
Di campur bersama..Guna tepung ini utk elak kan tangan melekat masa mengentil doh.
Bahagi doh kepada 25gm hingga 30.gm sebiji2 atau sebesar yg anda suka...😂
Buat bulat dan leper kan letak 1 k inti dan tutup..bulat kan dan leper kan. ...klu nak bulat2 pun blh je ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ
Buat lah hingga habis ...
Goreng dgn api yg sederhana sambil di balik2 kan...sehingga garing.selamat mencuba.

KARIPAP TERLAJAK RANGUP

Tuesday, September 20, 2016 0 comments
Resepi saya dapat dari FB.  Tertarik dengan bahannya yang satu ni.. iaitu 'cuka' jadi saya terus cuba.  Ramai yang tanya tak masam ke letak cuka?  Alaa.. takat sesudu untuk sekilo tepung, takde lah masam kan.  Dalam kek lagikan letak cuka untuk dapatkan tekstur gebu tu.. Pancakes and cucur pun boleh gunakan cuka sebagai pelembut & merangup.  

Karipap ni memang rangup.  Amat puashati dengan resepi ni.. 
Ini link FB tempat asal empunya resepi ni ye.  Saya copypaste kat sini balik sebagai rujukan masa depan.

1 kilo tepung gandum
1 cawan minyak panas melegakk
1 sk garam
1 sdb cuka
1+ cawan air ais (300 ml)..

* Untuk makluman, cawan yang digunakan bukanlah cawan metrik (cup) tu tetapi cawan kaca yang biasa kita hidang teh/kopi (bertangkai) tu ye.  Saya juga letak sedikit marjerin dalam cawan tu & tambah minyak secukupnya.

Caranya:

1. Gaul tepung gandum dan garam sampai sekata.
2. Panaskan minyak sampai mendidih & tuang di atas tepung, kacau rata menggunakan senduk
3.  Campurkan cuka dalam air sejuk & diuli dengan tepung tadi.  Ingat ye kalau nak buat doh pastri ni jangan diuli lama supaya doh lebih rangup.  Cukup diuli sebati.. tak perlu uli lama² macam roti tu tau

Selamat mencuba!!


DONUT TOFU

Sunday, December 29, 2013 0 comments
Dah lama saya geram tengok egg tofu yang dibeli terperam dalam peti.  Saya beli 3 packs & 2 packs dah selesai dimasak.  Tapi baki yang satu ni saya buntu plak tak tau nak buat apa. Nak masak dengan sayur & sos tiram, rasa muak la plak...

Tiba² teringat yang saya pernah buat donut tofu (gunakan soft tofu) suatu ketika dulu... Jenuh search dalam blog, takde la plak resepinya.  Ohh.. agaknya saya tak share resepi tu sbb dohnya kurang menjadi (doh terlebih lembik sbb masa tuang tofu, bukan main banyak airnya). 

Teringat tentang kejadian tu, saya lebih berhati² kali ni.  Masih gunakan resepi yang sama, tapi saya pastikan tofu tu dikeluarkan dari bekas dulu supaya boleh diasingkan air yang berlebihan.  Lepas diuli (guna BM), penyakit loyaku mula menyerang... terus takde mood nak continue... Saya masukkan doh dalam container, wrap & simpan dalam peti sejuk.  

Esoknya pagi² saya keluarkan... walaupun still rasa kemalasan.. saya gagahkan juga siapkan donut ni.  Saya gunakan acuan yang lebih besar dari selalu.  Tiha tak pandai plak nak guna acuan ni, jadi saya kenalah continue sorang²... Masa ni janji siap je.. lantakla donut tu senget ke, sumbing ke... 

Hasil terapan pertama... boleh tahan senget benget.. Janji siap!  Nasib baikla dohnya tak banyak sangat...  kejap je dah siap 
Bila dah siap... saya bekukan... mmg takde mood nak masak.  Nanti² bila takde idea nak buat sarapan, saya goreng aje donut ni.  Anak² saya ni memang pelahap dengan donut... tu yg saya gagahkan diri buat.

Resepinya seperti berikut...

Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Saya ambik gambar ni dari blog Ros - Ros guna 1/2 paket tofu ni, saya plak gantikan dengan tofu telur sebungkus 

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Dari segi rasanya, saya nampak tekstur donutnya lebih halus. Rasanya plak takde la perbezaan yang ketara.  Anak² saya ni makan aje, langsung tak kisah donut tu letak apa.  Bagi saya pula, donut kentang tetap my favourite sbb ada rasa lemak (maybe juga sebab saya ni penggemar kentang!).

Apapun terima kasih kepada Ros atas resepi ni.. :).  Mohon share ye... 



Cucur Udang Rangup

Friday, April 5, 2013 4 comments
Alhamdulillah.. sekian lama ber'hibernate' akhirnya berpeluang jua meluangkan masa menjengok blog sendiri.     Ni pun curi-curi masa sementara baby tidur, cepat-cepat masuk ke dapur, plan menu lunch hari ni.  Since semua orang kurang sihat, saya nak buat soto aje.  Maka mulalah saya mereneh rangka ayam & masak nasi impit.  Lama juga nak tunggu semua stok ayam & nasi impit tu masak kan.  Bolehlah saya curi tulang kejap.. heheh

Lepas balik vacation, cafe huru-hara sikit.  Staf ponteng keje le, yang sorang lagi plak macam dah start nak buat hal. Agaknya dah sense saya tak nak renew passport dia kot.  So sepanjang minggu ni memang kucar-kacir sikit.  Ditambah lagi sorang demi sorang dilanda demam.  Tekak ni perit takyah cakaple... adeehh..

So postpone dulu entry pasal vacation.  Really tak sempat nak upload pic lagi.  Ni pon entry yang dalam draft, pastinya saya masak sebelum kami bercuti.

Cucur udang ni saya ternampak di dapur CMG, bila dibelek resepinya nampak amatlah menyelerakan.  First time saya tengok teknik memasak cucur udang menggunakan cuka & putih telur!! Saya mesti cuba.  Saya suka sangat pelbagaikan gaya masakan, mostly cucur sebab tu favorite kami sekeluarga.

Resepi asalnya dari Delima Zamrud ye..

*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Gaulkan semua bahan bertanda *, kemudian tambah air.  Saya tak letak sedap rasa, saya ganti dengan lada sulah (sedap rasa tu pun kombinasi bawang & lada sulah...).


Saya sendukkan bancuhan ke tepi kuali & biarkan meleleh.  Siram-siram dengan minyak, cucur tu akan jatuh sendiri ke dalam kuali.  Ni cara shortcut nak dapatkan cucur yg leper
Sedap & rangup sungguh.  Memang licin dimakan semuanya, siap anak-anak request lagi esoknya.
Cuma saya agak ralat sedikit cucur saya ni memang takde bersayur.  Saya teringin sangat nak berkucai & bertauge, tapi nanti saya sorang aje yang makan.. sob..sob.. Nak buat asing pon, bimbang aje sayur tu rosak kalau ada lebihan nanti.  Tauge & kucai bukannya bertahan lama sangat pon.  Kalau letak sayur-sayur pasti lebih ummphh kan??

Geragau dari Miri

Friday, March 1, 2013 2 comments
Nak tayang sikit geragau yang MIL kasi sempena kepulangan dari Miri baru-baru ni.  Time dia pegi tu tengah raya cina, banyakla kedai yang tak bukak mostly kedai souvenir dan seangkatannya. Jadi terbantutla aktiviti shopping MIL. Kedai Rong Reng yang jadi tumpuan dia untuk shopping barang kraf pun tutup jugak... 

Kebetulan plak jumpa geragau fresh, sekilo RM5, jadi dia beli 5 kg.  Sekilo untuk setiap anak kot.  Adik Ipar cakap kalau time  musim geragau, memang murah boleh dapat sampai RM1 sekilo.  Selain dari tu budak-budak ni dapat baju baru dari Wawan dengan biskut Panda dari Brunei.  

Makaseh daun keladi Wawan... Nanti bekas geragau tu saya letak makanan sedap-sedap ye.. :)

Ni first time saya makan geragau fresh, jadi masak ikut suka ati ku aje le.  Takde la menu special, try & error aje.  Ala.. geragau tu memang dah cukup sedap, jadi takde masalah sangatlah kan..

Ada 1kg dalam peti beku, jadi saya rendamkan dalam air & tapis udangnya.  Yg masih keras tu saya simpan dalam freezer semula.  Tak elok thaw & frozenkan semula tau.. 
Saya cadang nak buat cucur geragau aje le.  Bahannya ikut campak-campak aje.
 Bater cucur tu saya letak - tepung gandum, telur (1/2 biji aje), serbuk kunyit, serbuk cili, bawang besar, lada sulah, gula & garam.  Kalau bancuhan cucur yang letak telur ni saya suka buat pekat sikit supaya tak terlalu lembut & makan minyak masa digoreng. Saya kurang suka letak baking powder sbb suami tak suka cucur yg kembong.  Gorengnya mesti garing yg amat, tak mo ada lembik-lembik.  Tau sangat dah taste dia, dah 7 tahun jadi personal chef dia kan.

Seperti biasa, saya capture gambar cucur dari dalam  jaring lagi.. hahaha.. takde la nak berhidang bagai.  Blogger masakan apola pemalas sangat nih!!!
Saya ni buat cucur ada mood jugak, kdg-kdg saya tak letak telur pun.  Tapi cucur saya ni pon ada mood jugak, kadang-kadang keras, kadang-kadang lembut & rangup aje.  Tu yg bila instinct kata cucur ku akan keras je, saya letak telur sudah-sudah... hehehehe.

Cucur Badak

Saturday, February 23, 2013 2 comments
Cucur badak & cek mek molek.  Yg badak utk Mama & babanya, yg molek untuk anak-anaknya.. hehehe
Saya ni sebenarnya memang dah biasa sangat buat kuih-kuih melayu yang simple macam ni.  Contohnya karipap, cek mek molek, ketayap, kek minyak dll.  Dulu masa zaman sekolah Mak saya suka berniaga kuih kat depan rumah.  Mak saya ni memang terre sangat masak almost apa saja makanan Melayu sebab duduk di Jengka ni jiran-jiran datang dari pelbagai negeri.  Jadi sedikit sebanyak faham cara masakan setiap negeri.  Tapi of course kepakarannya lebih pada makanan utara sebab berasal dari sana.  Kuih yang Mak jual memang sangat laris.  Biasanya sekejap aje habis licin.  Bulan puasa kami berniaga cucur udang aje depan rumah, berbesen bancuhan cucur udang kami buat.  Saya yang tukang goreng dalam rumah, goreng setalam besar habis, goreng lagi setalam pun habis.  Memang by Asar dah habis semuanya.  Tapi sejak kami adik-beradik dah sambung belajar ke luar, dia pun dah tak larat nak handle.  Lagipun dia berniaga suka-suka, jadi dia cuma pegi tolong ayah dekat kedai runcit pulak.  Nak buat camne, kami semua darah berniaga.  

Oklah, kalau saya start cerita pasal berniaga ni, banyak pulak yang saya merapik kang.  Banyak sangat pengalaman dengan bidang ni sejak dari sekolah rendah lagi.  Jadi baik saya tukar topik pasal kuih cucur badak ni semula.. heheheh..

Since selama ni saya buat ikut naluri aje (ceewaahh).. jadi saya memang kurang pandai nak bagi resepi.  Saya boleh anggar lebih kurang & bagi tips untuk tau cara senang nak masak aje.
Saya kisarkan - 3 batang serai dimayang, satu sudu besar jintan manis, segenggam udang kering & 15 tangkai cili kering digunting. 
Dah lumat semua bahan tadi saya tambah  kelapa  parut dari sebiji kelapa & air.  Saya kisar sekejap aje sebab saya suka inti yang lebih halus.  Kalau tak nak kisar kelapa parut tu pun takpe.

Tuang semuanya dalam kuali dan masak sehingga kering.  Perasakan gula & garamnya
Haa.. ni secret weapon nya.. saya kalau tak buat inti cucur badak / pulut panggang tak letak udang putih kecil ni memang tak sah.  Saya letak udang ni bila inti dah nak kering.  Once inti kering aje, siaplah....
Sementara tu saya kukus ubi keledek (saya buat 1 kg aje, inti yang lebih saya nak simpan).

Biasanya saya rebus aje keledek, tapi pengalaman saya dengan ubi merah ni memang akan lembik kalau direbus.  Saya lebih suka guna ubi putih kalau nak buat kuih macam ni, keledek merah ni sedap digoreng aje.  Tapi suami dah tersalah beli, so saya kukuskan je la.  Kalau direbus, tapiskan airnya dulu ye.
Saya lenyek ubi tadi & tambah sedikit garam & tepung.  Ubi senang dilenyek semasa panas, tetapi saya sejukkan dulu sebelum digaul tepung.  Tepungnya takde sukatan, asalkan tidak melebihi dari ubi lenyek tadi.  Kalau saya, cukup sekadar boleh dibentuk tu okla.

Oklah.. sempat buat banyak ni aje, tapi semua orang dah lapar.  Jadi saya  gorenglah dulu, lepas makan sambuang buat lagi.. hehehe
Itu aje dinner we all anak beranak malam ni.  Dah terbiasa makan ringan-ringan ni memang susah dah nak makan nasi malam-malam.  Lepas tu saya sambung buat cucur badak & bekukan kuih serta intinya sekali.  Esoknya Tiha request cucur badak lagi... habis semuanya dimakan.  Tak sempat badak-badak tu dok lama-lama dalam peti pun.. hehehe.

Monday baru ni saya suruh suami beli ubi keledek lagi 2 kilo, nak sambung buat sebab intinya ada lagi.  Lagipun senang kalau ada stok dalam peti.  Kalau teringin nak makan, boleh goreng aje.  Sekarang ni dalam peti beku saya ada stok - donut tofu, cannelloni, cinnamon rolls & pau kacang merah.. tengah gigih nak menambah stok lagi ni.  Time malas or tak larat, stok-stok ni la jadi penyelamat.. hehehe...  Tu belum cerita pasal stok inti, kuah, rencah dll lagi tu.. ;)



Burger Malaysia

Sunday, December 16, 2012 0 comments

Kuih favourite husband ni, burger malaysia.  Kalau pegi mana-mana nampak kuih ni, mesti dia nak beli.  Dulu memang tak penah buatle sebab ni antara kuih katogeri kena diuli.  Ni pestime saya try tau.. senang aje membuatnya, resepinya dari CMG.. sedappp!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula kastor
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur atau shortening
1/4 camca teh garam
1 camca teh yeast
100 ml air suam

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Bancuh yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula kastor (guna gula dalam resipi ini), bancuh rata dan biar ia berbuih. Sementara itu, satu kan tepung, baki gula kastor, garam, lemak sayur dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul hingga rata. Jika kurang air tambah sedikit lagi, dan gaul lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit, susun dalam loyang yang telah di tabur dengan tepung. Jarakan antara satu sama lain, dan perap 40 - 45 minit atau hingga saiznya berganda.
Goreng terendam dalam minyak panas bersuhu sederhana. Masak hingg kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Sejukkan.
Ambil satu pau tadi, belah dua tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis ikan bilis dan susun timun dalam dia, mat letak 2 hirisan nipis timun. Boleh dihidngkan untuk minum petang atau sarapan juga..


Sebenarnya terjadi tragedi sikit masa buat kuih ni.. hehehe.. (manjang je ada tragedi..) Kononnya uli mlm, simpan peti & goreng utk breakfast.  Lepas uli, tiba-tiba rasa was² plak nak naikkan dalam peti jadi ingat naikkan kat luar & simpan le dalam peti.  Tah macam mana, sibuk buat itu ini, surfing, ngadap blog semua.. baru teringatt!!! Kelam kabut pegi dapur, sekali tengok, doh sudah terjun menjunam.. uuwwaaa... (berjam-jam jugaklah doh tuh terperam)
Doh ku mula turun.. oh Tidakk!!!
Dengan hati yang lara, bawak masuk je lah dalam peti.  Kalau keras or liat, telan ajelah, nak buat macam mana, sendiri yg cuai.  Esoknya tanpa sebarang perasaan, saya gorenglah untuk dihidang kepada sang suami.. ceewwaahh.. sekali makan.. wahhhh!! sedap!! hehehehe.. rangup di luar lembut di dalam.  Walaupun leper² aje, rasanya tetap sedap.  Fuuhh.. terawat sudah luka di hati.  Pasti kan ku buat lagi dan lagi....

Kuih Kasturi

Thursday, September 6, 2012 0 comments
Ini aje gambar kuih kasturi yg ada pun.. blurr.. agaknya lens kotor la ni..
Stok kacang hijau banyak sgt kat peti beku.  Saya pun kurang gemar bubur kacang.  Suami & anak-anak apatah lagi.  Jadi saya berkreativiti sikit lah.. buat inti & jadikan kuih kasturi.  Saya tak berapa berani nak bagi sukatan, jadi saya cari resepi-resepi yg memang sama dengan cara saya buat kuih ni & saya C&P semula kat sini.  Lagipun saya ni buat main campak-campak aje, 10 kali buat, 10 rasa pun bleh jadinya.

Aikk.. banyak plak bebelnya.  Resepi ni saya cilok dari AlongRoz Homecreation.  Ni antara blog yg bagi resepi-resepi yg best.  You all bleh la try masuk blog dia untuk resepi-resepi lain.. Kulit kuih kasturi ni sebijik-sebijik rasa macam masa pernah makan time sekolah dedulu (adik saya yg buat).  Thanks sbb akhirnya saya dapat buat kuih kasturi sebijik macam saya nak (kalau beli, so far mengecewakan aje).  Intinya saya campurkan stok inti kelapa beku yg sedia ada di peti dengan kacang hijau yg dah direbus & saya adjust balik garam gulanya aje).  Oh ye, pekatkan dengan tepung supaya inti senang dibentuk..



By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2 INTI:

1 cwn Kacang Merah yg telah di rebus
½ cwn Gula Pasir
2-4 sb Kelapa Parut (ikut suka nak letak byk mana, sesetengah org tak suka rasa kelapa)
3-5 tbsp Flour (agak2 byk mana cukup2 supaya campuran boleh di bulatkan. Along guna kcg merah yg telah di bekukan, so kena letak lebih tepung sbb lembik)

TEPUNG GORENG:

½ cwn Tepung Beras
1 sb Tepung Kastad
½ st Air Kapur
Air & Garam


CARA2:

1. Campur sebati kesemua bahan2 inti. Bulat2kan kecil.

2. Bancuh bahan2 tepung goreng - biar sedikit pekat supaya melekat apabila di celupkan bebola kacang tu nanti.

3. Panaskan minyak dalam untuk menggoreng.

4. Penyekkan sedikit bebola kacang, celup ke dlm tepung goreng & goreng sehingga keperangan.

Lompat Tikam

Thursday, August 18, 2011 0 comments
Masa kecik dulu mak saya pernah cakap nak buat lompat tikam.  Saya pelik, macam mana rupanya kuih ni ye.. namanya pelik semacam.  Langsung takleh imagine rupa bentuknya.  Saya tanya mak, "Kuih apa tu??" Mak cakap, "Kuih ni asal dari Kelantan.  Kita orang kedah (tapi dok Jengka) memang tak pernah jumpa la". Bila dah siap, saya dah start mencebik.. "Tak Nak!!!".  Dahla ada lapisan hijau, nak kena makan dengan air gula melaka pulak tu.. eeiii.. dua² benda ni saya cukup anti.

Tapi nak jadi cerita saya tengok bersemangat ayah & org lain menghirup kuih tu.  Rasa rugi pula tak cuba.  Bagi saya tak suka takpe, janji cuba dulu.  Lagipun biasanya masakan mak saya mmg sedap, rugi tak try.  Kalau compare yg beli jaranglah boleh dapat rasa yang sama.  Akhirnya saya try la juga la.  Okla.. memang takkan jadi favourite saya, tapi once in a while, terasa la gak nak makan.

Puasa kali ni saya ingat nak bagi suami saya rasa kuih lompat tikam.  Dia memang tak tau kewujudan kuih ni.  Lagipun saya rasa guilty sebab saya tak pernah penuhi satu permintaan kuih dari husband - kuih lopes.  Saya tau sangat cara membuatnya.. (favourite mak & selalu tengok cara dibuat).  Tapi kuih ni sampai sekarang saya tak pernah rasa.  Bau pandan digabung dengan pulut & dimakan pula dengan air gula... rasanya saya takleh terima kot.  Saya dah cakap dengan husband, kalau nak makan lopes, tunggu balik jengka.  Sebut je, confirm mak akan buatkan.. hehehe.. Kiranya lompat tikam ni ganti lopesla sbb ada rasa pandan lepas tu makan dengan air gula, kira sama la tu kan.. hehehe..

Resepi Lompat Tikam ni saya ambil sepenuhnya dari Myresepi ni.  Saya paste la kat sini supaya senang saya nak refer kemudian nanti sebab hasilnya memang saya puas hatilah.


Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

  • *Lapisan bawah :-
  • 62 g tepung beras ( 8 sb ) - rumbu tau
  • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
  • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • *Lapisan atas :-
  • 25 g tepung beras ( 3 sb )
  • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
  • 1/2 sk garam
  • *Air gula :-
  • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus) - saya ketuk patah 2-3 dengan lesung aje.. heheh
  • 500 ml air ( 2 cwn )
  • 1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat. Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4.  Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.

Saya just nak pesan, kuih ni agak lembik.  Jadi paling sesuai kalau guna bekas kecik² & buat individually macam yang dicadangkan ni.  Saya takde bekas, terpaksa guna loyang.  Tapi leceyla sikit time nak makan tu sebab kena cedok & agak comotlah jadinya. 

Tengah panas² ni.. agak cair, mula² bimbang tak beku, saya tambah lagi 1 sudu tepung beras

Alhamdulillah.. mula menyejuk & membeku.  Baru saya berani nak masak kepalanya pula.  Bimbang nak tuang time tengah cair tadi, takut bercampur pula
Pon tengah panas² ni, baru nak membeku. Kepala santan memang senang beku..
Dah siap!! HIdang je dengan loyang² sekali.. hahaha..
Sorry.. buruk sikit ketika dicedok.  Nanti dah masuk bekas, siram air gula, okla.  Tapi saya suka la resepi ni.. hasilnya perfect!! Just macam yang saya idamkan.

Buah Melaka Badak Berendam

0 comments
Niat asal nak buat buah melaka.  Tiba² teringat pula kelapa parut dalam peti tu dah nak mencecah usia 3 hari. Rasanya tak selamat utk digaul dengan buah melaka nanti.  Jadi saya nak berendamkan buah melaka ni.  Saya gentel² kan gula melaka (mak aii azabnya nak potong, kena guna lesung batu bagai) dgn bancuhan tepung pulut.  Tapi saya buat gedebab sikitla, kalau buah melaka kena buat kiut miut.. hehehe..

Buah melaka yang akan diberendamkan

Kelapa parut dalam peti tu saya blend utk diperah (cara shortcut).. hehhe
Kepala santannya senang aje, saya gunakan perahan santan tadi, campur 3 sudu besar tepung beras & 1/2 sudu kecil garam, gaul sebati, tuang dalam loyang tepung pulut tadi & kukus sampai masak.

Biasanya kuih macam ni dipanggil badak berendam.  Tapi kuih badak berendam berintikan kelapa, saya dah terlebih rajin, saya letak gula melaka je.  Lagipun dah plan nak makan buah melaka, rasa tak best plak makan kuih lain.  Ni kira ala² buah melaka jugakla kan..

Ok siap dah.. cuma yg kurg best, time dikorek² boleh pecah.  Mungkin lepas ni saya prefer buat badak berendam biasa tu kot.. heheheh.. takpe.. kalau tak try tak tahu kan?

Bronok @ Kuih Sagu

Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Kuih ni antara paling senang nak buat.  Kosnya pon teramat murah.. hehehe.. selama ni saya panggil kuih sagu, lepas kawen baru tau kuih ni dipanggil bronok juga (adik ipar saya la yg cakap..).  Ni antara favourite anak²..

Bahan²nya

2 cawan sagu
2 cawan air
Pewarna merah
1/2 cawan gula
Daun pandan (jika suka)
Kelapa parut (digaul sedikit garam)

Basuh sagu & toskan.  Didihkan air bersama pewarna, gula & daun pandan.  Dah gelegak, slowkan api, masukkan sagu.  Terus kacau hingga sagu bertukar jadi jernih & pekat.  Jgn kuatkan api ye nanti sagu melekat ke kuali/periuk, rugi tau.
Kacau jangan tak kacau
Dah masak, tuang dalam loyang yg diletak sedikit air.  Supaya kuih tu tak melekat & lembut.
Nak makan nanti, potong & gaulkan dengan kelapa parut tadi.. senang kan???

Ketayap untuk Mertua

Tuesday, August 16, 2011 4 comments
Ahad lepas dapat order ketayap dari Ibu Mertua.. rasanya baru je saya hantar ketayap ke rumah Mertua awal puasa lepas.  Agaknya tak puas makan, dia order lagi.  Tapi kali ni agak bertungkus lumus juga lah saya nak siapkan sebab Ahad ni ada perjumpaan seisi keluarga.  Biasalah, pertengahan Ramadhan, Bapa Mertua akan ajak anak menantu berkumpul sebelum bertolak ke Makkah.  Setiap tahun Bapa Mertua akan berpuasa & beraya di sana.

Sebenarnya saya agak bimbang tak boleh melaksanakan tugasan kali ni.  Ye lah, lepas saya tewas Khamis lepas, keadaan saya still agak weak sehingga Sabtu.  Ni nak siapkan at least 50 pieces ketayap.  Mampu ke?  Tak pelah, in case tak larat sangat, saya gantikan dengan puding jagung ke, lompat tikam ke.. kuih² yg tak ambil masa sangat.

Alhamdulillah.. Ahad tu tiba² semangat nak buat kuih datang.  Lagipun saya mmg pantang mungkir janji dengan orang.  Selagi daya, saya akan tunaikan.  Akhirnya berjaya menyiapkan hampir 70 pieces ketayap.  2 biji di makan Tiha & Ieqa, 6 biji saya hantar ke jiran bujang sebelah ni.  Jiran saya ni bujang lagi & dok sorang².  So saya takle hantar banyak, kang tak habis plak.  Dah la ketayap saya ni besar saiznya.




Seri Muka

0 comments
Panaskan kukusan
Saya rendam 3 cawan beras pulut (guna cawan rice cooker) 4 jam. Tapis beras pulut, masukkan dlm loyang, tambahkan air santan 3 cawan, garam & minyak (1 sb).  Santan tu saya guna 1/2 kotak.
Dah siap kukus... tiba² alamak!! mcm banyak sgt pulut ni.  Nanti terlebih tebal , tak larat nak makan beb!! So saya transfer sebahagian pulut tadi ke dalam spring foam untuk dikukus bersama bahagian kepalanya. 
Balance pulut tadi.  Pulut ni habis dimakan dengan telur dadar  oleh anak².  Tak payah Mama fikir apa nak bagi they all makan tengahari ni.. hehehe..
Cerita seri muka ni terbantut di sini kerana gambar² selebihnya lesap dari memori hp.  Seri Muka yang biasa saya buat di rumah ni berlainan dengan seri muka biasa tu.  Saya tak gunakan pandan atau air gula merah sebagai lapisan atas.  Sebaliknya Milo atau coklat. Mula² dulu husband agak ragu² bila saya nak buat seri muka mcm ni.  Tapi lepas rasa.. hmm.. setengah loyang besar ni dia boleh habiskan.

Saya copy paste resepi Hanieliza je la ye sbb saya refer kat sini asalnya.  Tapi saya ubahsuaikan certain bahan cthnya saya gantikan pandan dengan serbuk coklat.  Telur juga saya tambah ektra sebiji.

KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam (saya guna 2 cawan air santan + garam je)

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
(kukus sekitar 20-30 minit)
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.



Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat - saya jadikan 3 cawan (daripada 1 1/2 kotak santan)
1/2 cawan jus pandan + warna hijau (tak letak, ganti dengan 1sb serbuk coklat)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad (saya gantikan dgn tepung jagung)
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.



Semuanya saya satukan, whisk & tuang atas pulut yg dikukus tadi.  Pulut tu saya ratakan dulu & tuang bahagian atasnya ketika pulut masih panas (saya tak keluarkan pulut dari kukusan, tuang direct aje).

Seri muka ni saya masak dalam springfoam (bekas cheesecake).  Oleh kerana springfoam saya tu dah tercedera,  saya terpaksa tanak pulut dalam loyang lain dulu, then baru transfer.  Kalau tak, habis meleleh air santan tu.. huhuhu.. sedihla.. baru berapa kali pakai springfoam IKEA ni.  Boleh tahan koman juga yea.

Yang bestnya buat kuih² kukus dlm springfoam ni,  kuih senang dipotong sbb boleh buka terus dari bekasnya & rupanya tersangatlah cantik.  Sayang plak nak potong.. hehehe..

Talam Ubi Kayu ku

Friday, July 8, 2011 0 comments
Dah lama sangat saya tak buat Talam Ubi Kayu.  Last monday saya pesan hubby belikan ubi kayu (dah byk kali pesan tapi tak muncul² ubi kayunya).  Akhirnya, muncul juga ubi kayu yg diidamkan tu.. TAPI.. saya terlupa suami saya mmg tak pandai pilih yg fresh.  Dah nak kehitam²an ubinya, ada part yg masam juga.  Kalau begini rupanya, mmg tak selamat direbus, elok dijadikan talam saja.  

Potong², buang kulit, masuk dlm food processor, then tapis.  Sambil tunggu bhgn ubi masak, saya ajak semua org dinner.  Takpe.. saya dah set timer, agak² 30 minit, masak la tu

Tepat 30 minit, timer dah berdering, ambil cake checker.. ok.. dah masak.  Tuangkan pula bahagian kepalanya.. set lagi 20 minit.. haaa.. elok je masak.  Cucuk gak la dgn cake checker just to be sure.. ok! Confirm masak.  Ini la rupa talam ubi kayu yg baru saja masak..
Letak atas meja makan utk disejukkan.. since saya tak overcook (sbb saya guna timer), takde la wap air kat atas talam saya.  Before ada timer, asyik buka tutup tudung pengukus, habis menitik air wap.  Esok pagi dah sejuk baru boleh potong.
6.30 pagi.. bukak je, terus ambil gambar.  Saya gunakan loyang kek yg boleh dibuka tu, senang je nak keluarkan & potong
Sebekas utk staf di cafe, sebekas utk bekal Tiha, 3 pieces tu habis saya ngap time tu jugak.. alamakk.. baru ingat nak puasa, dah kenyang ngap talam ubi kayu.  Suku bahagian lagi boleh lah hantar kat mak mertua plak..
Frankly, saya takde la mahir sangat buat kuih² ni.  Masa inila gunanya blog saya ni.  Saya pon refer resepi kat sini  sebelum memasak.  Tapi saya takde la sukat secara detail, saya just bukak utk tengok anggaran lebih kurang.

Contohnya.. dlm resepi saya tulis 1/2 kilo ubi & ada sukatan gula dan airnya.. saya tak berapa pasti berapa berat ubi semalam (byk yg dibuang), jadi saya anggar air yg dimasak agak² separuh dari ubi (cthnya 2 cawan ubi = 1 cawan air).  Sukatan gula merah & gula pasirnya pula sama dgn sukatan air.  Selepas air gula sebati, saya tapiskan sedikit demi sedikit ke dalam ubi tadi.  Sambil mengacau, saya anggar pekat sedikit dari bancuhan cucur, terus stop tuang air gula.  Saya rasa sedikit utk pastikan kemanisannya.  Jika tawar, gaulkan sedikit gula pasir.

Jangan bimbang utk bermain dgn sukatan.  Jika terbiasa, kita hanya perlu tahu bahan sejenis makanan, tak perlu sukatan.  Sama juga semasa membuat puding jagung , saya tidak pernah menyukat air.  Biasanya saya akan terus menambah air selagi puding yg dikacau berketul.

Kepala santan utk tepung talam juga sama.  Semasa menuang ubi ke dlm loyang, saya dapati ubi yg bakal terhasil agak tebal, jadi saya gunakan 2 kotak santan (200ml) & sedikit air, & saya tuangkan tepung beras (agak² secawan).  Semasa mengacau atas api, saya dapati bancuhan agak pekat, cepat² saya angkat & tuangkan ke atas loyang.  Jadi sisa tepung beras masih ada di dasar periuk (saya tidak kacau semuanya) dapatlah saya elak dari kepala santan tadi menjadi keras.

Ini adalah sebahagian tip yg saya rasa nak share dengan semua orang.  Tidak perlu terlalu mengikut sukatan & resepi.  Yang penting bahan di dalamnya & agihan garam serta gulanya. Di sinilah yg membezakan air tangan & keunikan masakan setiap individu tu.. betul tak?