Showing posts with label Child Info. Show all posts
Showing posts with label Child Info. Show all posts

TRAGEDI DI PAGI HARI

Wednesday, November 16, 2016 0 comments
Saya masih lagi sibuk mengadap projek Batu Seremban. Walau tak serancak awal² hari tu.  Tapi tiap² hari masih ada order yang masuk.  Kadang² rasa penat juga.  Iyelah.. banyak lagi tugasan lain kat rumah, tapi nak kena mengadap Batu Seremban pulak.   Bila time free pulak, ehh.. apsal sikit sangat order hari ni? Hahaha... 

Tapi yang makin buat saya kepenatan, banyak lagi projek menjahit yang kena disiapkan.  Wallet saya pun dah terburai... Zipnya tercabut.. Uuwwaaaa!!!  Sekarang ni saya bertahan jugalah pakai wallet yang tak berzip tu.  Berterabur barang² dalam beg.  Time kat kaunter pembayaran mulalah kelam kabut selongkar bag nak cari kad itu ini... heheheh...  Aduhai... Masa Oh Masa.. Parti kelas pula ada 3 menanti.  Malam ni saya buat kek coklat karamel untuk parti kelas Ieqa esok.  Lagi 2 parti untuk kelas Tiha & Pengawas Pusat Sumber pula.   Belum lagi nak kena jahit Uniform sekolah untuk tahun depan.  Ieqa pun dah masuk darjah 1.  Track suit sekolah pun saya nak cuba jahit kali ni.  Harap² berjaya lah sebab kami tak pernah lagi jahit benda² ni semua.  Jenuh juga nak surf tutorial di FB & Blog nanti ni.  Moga² mission kami yang tak pernah habis ni tercapai lah.  

Dalam pada dok kelam kabut dengan hal ehwal rumah, Kina Kitchen dan lain² nya tu, ada pulak tragedi lain.  Tiha ke SK Selayang untuk masuk pertandingan bunga.  Jam 8.30 pagi saya dikejutkan dengan panggilan dari Baba.  Baba cakap Cikgu Tiha called bagitau Tiha jatuh di sekolah.  Baba takleh nak cakap banyak dengan Cikgu sebab customer tengah ramai.  Suara customer pun bukan main hiruk pikuk kat belakang.  Dahlah staff tak datang pulak sorang.  Aduhaiii... 

Saya called semula Cikgunya.  Mula² Cikgu mintak saya datang.  Tapi saya bimbang akan lambat sebab Ila dengan Misha tengah tidur.  Nak mandikan diorang & nak drive ke Selayang tu satu hal lagi lah.  Saya ni memang drive dlm Melawati aje.  Buta jalan pulak tu!!  Cikgu offer datang jemput Saya... still saya rasa hanya melambatkan situasi.  Saya minta Cikgu bawak Tiha untuk dapatkan rawatan dulu sebab Cikgunya kata gigi Tiha patah! ..  

Tak lama tu Cikgunya called semula.  Klinik Gigi Selayang tak bukak sebab masih under renovation. Kemudian Cikgunya minta izin saya bagi pihak Tiha untuk patah balik ke SK Selayang.  Katanya Tiha tak mau balik, dia tetap nak bertanding.   Sebenarnya saya dah jangka Tiha tetap akan masuk bertanding walau macam mana pun.  Langsung saya tak terkejut bila Cikgunya cakap macam tu.  Kalau dia sanggup bertahan sampai pertandingan habis, tak apalah.  

Masa ni Baba pun dah on the way ke SK Selayang.  By the time Baba sampai, Tiha dah bergegas masuk ke tempat bertanding.  Terkejut sangat bila dapat tau 2 batang giginya patah, bibirnya luka.  Baba cakap Tiha teresak² tahan nangis tapi tetap nak stay dalam pertandingan.  Mesti sakit sangat lah tu, kalau tak mesti dia tak menangis depan public macam tu.  Cikgunya pun tak pasti macam mana boleh jatuh teruk macam tu sebab masa tu Tiha tengah berjalan dengan kawan².  

Elok aje habis pertandingan, Baba ambil Tiha di SK Selayang, bawa balik rumah dan terus kami bergeas jumpa Paediatric Dentist USIM di Pandan Indah.  Masa on the way ni lah baru saya tengok keadaan dia... 


Ya Allah.. agak teruk rupanya.  2 batang gigi patah & bibir terkoyak!!  Aduh.. mesti sakit sangat ni.  Lapar pun ye sebab dia tak boleh makan dr awal pagi.  
 Cikgunya ada hantar gambar semasa pertandingan...
Tiha & ahli kumpulan...

Bunga hasil tangan budak² 10 tahun...

Pertandingan Daerah Gombak...

Group SK Melawati jadi JUARA !!!!  Kalau perasan boleh nampak muka Tiha dah makin membengkak masa ni... Bayangkan dari jam 8.30 pagi dia jatuh, tapi still nak bertahan di sana sampai jam 2.00
 Di Klinik Gigi USIM di Pandan Indah, jenuh juga kami nak dapatkan rawatan.  Macam² soalan diaju.  Kami datang pun atas saranan Adik Ipar.  Kenalannya Pakar Gigi Kanak-kanak kat sini (merangkap Lecturer).  Kebetulan pakar terbabit takde, jadi memang susah jugaklah kami nak terangkan.  Patutnya ada gambar kami di USIM dalam Hp, tapi tak jumpa la pulak.

Cuma kami tak bernasib baik sebab rawatan tetap dicaj (saya sangkakan boleh dapat rawatan percuma dengan membawa surat dari sekolah).  Saya pun tak begitu 'happy' dengan servis dari klinik ni.  Saya rasa layanan staff HKL jauh lebih berhemah terutama Doktor yang mula² attend Tiha.  Hampir saya ajak Tiha keluar & ke hospital lain aje.  Tapi memandangkan jam dah 4.00 lebih, saya bimbang hospital lain pun dah tak terima patient.  Mujurlah bila pakar gigi & Pakar Gigi Kanak-kanak datang, situasi ok sikit.

Saya pun tak faham sesetengah Dr yang suka 'membuli' pesakit yang datang.  Padahal tiapkali bertemu Dr, saya pasti akan maniskan muka dan lembutkan suara supaya Dr yang merawat tu jadi lembut kan.  Kita pun faham mungkin diorang penat sebab banyak patient.  Tapi janganlah 'buli' patient yang tak bersalah pula.  Tak habis² dia salahkan Saya sebab lambat bawa Tiha, kemudian dia sound saya pula macam mana saya boleh tak tahu macam mana anak jatuh... Siap tunding² jari suruh saya hulur tisu... Lagi saya geram bila dia dok korek² & tarik² bibir Tiha yang terkoyak tu.  Tiha dok mengerang² tahan sakit.  Lepas tu dia marah saya, kenapa tak hantar jahit kat klinik swasta dulu lah.  Aduhaiii Dr.. betulkan kamu ini Dr?  Kami sekeluarga berkejar terus ke sini sebaik Tiha sampai.  Langsung tak boleh fikir apa sebab bimbang klinik tutup.  Dari tadi kamu bising, rawatan langsung takde.  Bila pakar sampai.. ehh.. tak reti nak treat rupanya.  Yang tadi tu dok koyak² mulut budak tu agaknya tengah fikir macam mana nak jahit kot???

Bila Pakar Gigi Kanak² datang, barulah sejuk sikit hati bila dia bercakap elok & lembut dengan kita.  Takde sikit pun dia salahkan patient.  Masa ni rawatan jadi lambat sikit sebab Tiha yang tak berapa nak cooperative.  Dia asyik kemam bibir taknak bagi Dr treat & jahit bibir.  Saya rasa dia phobia dengan Dr kaki buli tadi tu kot.  Kalau jumpa Dr Zarin ke.. tak pernah lagi dia tak nak bekerjasama macam tu.  Mujurlah Pakar ni sabar aje pujuk elok²... explain situasi dll.

Tiha patient last yang keluar dari bilik rawatan.  Ruang menunggu dah lengang.  Staff yang tinggal pun cuma yang handle urusan pembayaran.  Elok aje keluar, anak² nak ke toilet klinik di sebelah lif... Tiga² beradik masuk toilet, saya jaga Ila di luar.  Kemudian ketiga² beradik berlari meluru keluar... TOILET KOTORRR.. jerit diorang... Aduh.. no komen... JOm lah kita pegi makan.  Kak Tiha mesti lapar gila tak makan & minum dari pagi.

Dah dapat rawatan... Dr pesan jangan makan/minum benda yang panas or suam takut jahitan terbuka.  Tampalan gigi pun tak berapa proper lagi tu.  Gigi Tiha masih sumbing sana sini.. Dr hanya korek kawasan saraf yang terdedah tadi untuk elak infection & cover sikit aje supaya tak terdedah.  
Untuk rawatan Tiha tadi, kena RM180.00.  Saya rasa murahla tu sebab dapat treatment under pakar.  Oh ye.. sampai sekarang kami pun tak tahu macam mana Tiha jatuh.  Dia pun cakap dia sedar² dia jatuh aje.  Apapun kes dah pun selesai.  Semoga jadi iktibar untuk kita semua & pesan kat anak² supaya berhati² selalu.  Satu lagi, Cikgunya memang ada simpan gigi yang patah & bagi ke Baba.  Tapi end up dia gigi tu tak digunakan.  Kenapa tak guna?  Tak pelah.. no komen.  Nanti makin panjang pulak saya bebel kat sini...

P/s : Cara terbaik untuk simpan gigi yang patah atau tercabut supaya saraf terpelihara & elak infection ialah basuh gigi tu dan letakkan dalam susu atau simpan dalam air liur empunya gigi tu sendiri. Nanti bawa jumpa dentist ok.


Fettucini for Misha

Saturday, March 16, 2013 0 comments
Haa.. makanan baby lagi... nak perabis entry dalam draft saya ni.  Rimas dah tengok.. hehehe... Ni saja nak tukar selera untuk Misha.  Sbb malam sebelumnya dia sibuk makan char kue teow.  Saya kemam kuahnya & bagi kue teow kosong kat dia, kemain excited dia makan... Memacam je la...

Saya fikir maybe dia muak kot makan bubur, org lain makan macam-macam.  Hari ni saya rebuskan pasta (baby 8 bulan ke atas baru boleh start makan pasta)... Saya rebus fettucini ni sampai betul-betul lembut, renjiskan olive oil & parsley, black pepper serta cheese.  Gaul rata-rata..

Bukan main excited dia makan.  Tapi yg bahayanya dia slurp pasta tu macam pro aje.. susah hati tau.. jadi saya potong pendek-pendek sikit.  Cheese tu saya letak parmesan yg grated tu.. harum kemain bau pasta Misha, mengundang selera kakak-kakaknya.

Last-last si Ieqa & Tiha berebut makan.  Isshh.. tak cukup plak jadinya.  Bagi Misha plak, memang dia excited makan pasta ni.  Tapi bila saya hitung jumlah yg dimakan tak sebanyak mana, maybe dia rasa letih nak mengunyah.  Jadi lepas makan lebih kurang, sessi ramas & baling pulak.  Hadooiii... Dah-dah.. esok Mama masak bubur balik!!

Bubur Baby

0 comments
Makanan standard baby Malaysia la ni kan.. bubur nasi... untuk Misha ni saya masak segenggam beras aje.  Tu pon boleh guna sampai 2 hari... Saya rendam dulu beras tu kejap sambil-sambil prepare bahan buburnya.

Buburnya tu saya pelbagaikan, tiapkali masak saya ubahsuai.  Yang pasti sentiasa ada kombinasi karbohidrat (beras), protein (bilis, daging atau ayam) & veggie (carrot, cauliflower, sawi dll).

Untuk bagi flavourful sikit saya suka tambah sedikit black pepper atau parsley ke.  Sometimes saya letak halia sikit kalau bubur tu ada ayam.  Kadang-kadang saya gunakan batang celery untuk harumkan buburnya.  Jadi setiapkali masak, bahan kat dalam tu berubah-rubah supaya dia tak bosan.

Walaupun macam tu, Mama still tolong bosan tengok bubur dia.. hehehe.. Nak tukar menu lain macam nampak dia makan ala kadar aje.  Jadi makanan ruji dia tetap bubur nasi.  Makanan lain tu kira sampingan aje.  Lagipun nampak lebih senang dia nak telan, gigi pun baru 4 batang.. budak kecik gigi beso!!.. hahaha..

Baby Finger Foods

Friday, March 15, 2013 0 comments
Bunyiknya macam canggey je kan.. Ni makanan Misha bila nak kasi dia tak membingit time org lain tengah makan.  Senang aje nak membuatnya... ape tu?

Tengah asyik makan lagi ni...

Dah sessi makan & luah balik.. 

Ni baki yg tinggal...
Ala... takat roti biasa yg saya grill kan aje.  Kalau bagi yg lembut biasa tu dia akan sumbat sampai tercekik.  Jadi saya potong kekecik then grill sampai garing.  Roti tu dipotong kecik-kecik supaya senang dia pegang & makan selain dari TAK MEMBAZIR sangat kalau dicampaknya.. hehehe..

Biasanya saya potong 6 utk sekeping roti.  Dia akan makan 3 aje, bakinya simpan dalam peti.  Bila nak kasi dia dok diam saya bagi satu.  Skrg ni saya stop dulu bagi kat dia, agaknya dah muak.  Asal bagi je, terus dia baling tanpa ragu-ragu.. hahaha..  Macam-macamla baby ni kan??

Baby Food - Apple Oats with Yogurt

Tuesday, February 19, 2013 0 comments
Makanan baby lagi.. saya ikut cara Yana.  Nampaknya si Misha pun enjoy makan.  Semalam bawak dia timbang, beratnya dekat border dah.. almost underweight.. :( .  Mujur kebelakangan ni tengok dia makin kuat makan.  Portion buburnya pun bertambah, breakfast dengan dinner pun dia sibuk nak joint.  Kemungkinan check up lepas ni lulus cemerlang.. hehhee..

Saya kupas & chop setengah biji epal.  
Rebus dengan sedikit air
Bila air dah hampir kering & apple lembut, saya masukkan 3 sudu besar oats.  Saya kisar oats yg biasa tu takpun guna instant oats.  Then saya tambah 2 sudu besar plain yogurt.
Dah siap.. Misha dah start jerit  Mamamama.. tak sabar nak makan la tu...
Bakinya saya simpan peti.  Biasanya saya akan habiskan makanan dlm peti dalam tempoh 3 hari, kalau nak simpan lama saya bekukan.  Tapi makanan baby ni sikit aje, boleh habis dalam 2, 3 hari.  Saya tak panaskan pun oats dia ni sebab saya tengok dia lagi enjoy makan yang sejuk.  Bila breakfast & pepetang, dia bolehlah join kakak-kakaknya makan sekali.  Sometimes Ieqa or Tiha aje yang suapkan.. senang keje Mama.. hehehe...

Baby Food

Wednesday, February 6, 2013 0 comments
Wahh.. dah 3 hari hujan, cuaca pun mendung aje.  Baju pun makin menimbun... kalau tak habis semua selimut cadar nak dibasuh.. heheeh... Dah jadi rutin, lepas Tiha pegi sekolah aje terus basuh baju.  Petang pulak melipat.  Kalau takde baju yg nak dibasuh, jadi tak tentu arah plak... hahaha.. tah pehapa je kan.  Tapi kalau ujan cenggini, sengsara la jugak.  Alamat takdak baju nak jalan-jalan ni.. Tiha cuti seminggu tuuu.. heheheh.. 

Okaylah, saja nak update sal makanan Misha.  Ada memacam makanan dah saya try dekat dia.  Frankly baby saya semuanya jenis tak kuat makan.  Jadi walau penat struggling buat menu apapun, Mamanya takleh expect baby tu akan melahap.  Berjaya suap suku mangkuk dah kira kejayaan yang amat besar.  

Bubur nasi kali ni lain sikit dari yang biasa saya buat.  Idea ni saya dapat dari blog Yana yang rajin bercerita pasal baby nya.  Saya pun nak try buat ke Misha.  

Bahan- bahan : olive oil & butter (untuk menumis), bwg putih & bwg besar, sayur (cauliflower, broccoli, carrot, celery) dan sedikit rangka ayam (malas nak defroze isi ayam.. hehehe). 
Tumis bawang2 tu menggunakan butter & olive oil then masukkan semua bahan dengan sedikit air.  Masak sampai lembut & kisar ikut kehalusan yang dikehendaki.  Siap.  Sedia dimakan dengan bubur nasi.
Lepas dikisar, banyak jugak hasilnya.  Sah-sah takkan habis dimakan oleh sicinonet ni.  Jadi saya bekukan separuh.  Dah 3 hari jadi lauk Misha.  Ada lagi 1 portion dalam peti.  Bila nak guna saya campurkan dalam bubur nasi yang dah nak siap dimasak.  Kalau nak bagi kelainan pada makanan baby bolehlah try.

Ada lagi makanan lain saya try buat utk Misha misalnya yogurt+apple+oats , bubur nasi biasa, wholewheat bread disapu fruits puree, digulung & dibakar.  Tapi semuanya takde gambarnya.  Roti bakar tu saya tak nak buat lagi dah sebab Misha ni memang kaki campak barang.  Bagilah apa saja, semuanya dibalingnya.. dah jatuh panggil org suruh kutip.  Jadi saya tidak sekali-kali bagi dia makan sendiri dah lepas berpuluh-puluh kali gigih mencuba.. jadi saya beli Farley Rusk, suap sikit-sikit.  Tiga anak, tiga peel.. hehehe..

Children Songs

Sunday, December 16, 2012 0 comments
Ok, ini aje yg saya nak upload.. ada byk lagi, tapi ni kira antara favourite le.  As usual nak d/load guna le Internet Download Manager. Format file ni 3gp, kecil & sesuai utk hp.  

Animal Song

Ten Little Indians

I Love You from Barney

Three Bears

If You Are Happy

ABC song

Round The Mulberry Bush

Hickory Dickory Dock

Row Row Row Your Boat

Twinkle Twinkle Little Star

Rain Rain Go Away

Children Songs

Saturday, December 15, 2012 0 comments
Koleksi lagu & clips favourite anak-anak.  Kalau si Mayesha tengah tak nak duduk or sakit pun boleh diam tengok video ni.  Lagu-lagu ni saya simpan dari Laieqa baby lagi.  Sekarang ni adiknya pulak yg ralit tengok.. hehehe.. enjoy!!!


The Annoying Thing

Hippo & Dog

Baa Baa Black Sheep

Lagu ni format 3GP sbb utk henpon & saiz pun kecik sikit.  Kalau nak tukar format carikla converter & kalau nak play kat pc boleh guna VLC player.  Nak cari kat Youtube pon ada... Saya share 3 je dulu, next time saya upload lagi. Oh ya, kalau nak download file ni bole cuba guna program Internet Download Manager.

HFMD Day 6

Friday, December 14, 2012 2 comments
Semalam masa lepak-lepak kat living dengan budak sakit (tapi dah membuas tak ingat) Mama try snap gambar lesion yang ada.  Lesion ni mengecut sikit dari semalam tapi still tak kecut sepenuhnya till today.  Kesan putih-putih tu saya sapu calamine lotion untuk bagi dia rasa selesa sikit.  Lesion yang pecah tu kebanyakkannya secara paksa, maklumlah budak buas, dia menggelupur la, merangkak la, mana tak pecah. Dalam mulut dah ok sepenuhnya kot sebab tengok dia dah tak ragu-ragu minum susu.  

Bawah jari-jari kaki & tapak kaki

Belakang betis (tumbuh sejak hari kedua) semuanya dah pecah tak tau lah secara rela or paksarela.. tapi ni antara kawasan lepuhan yang besar

Tapak kaki & tangan

Agak baru tumbuh, di ibu jari kaki

Lutut kiri, tumbuh dari day 1 & still membengkak (1 je pecah awal, time dia  menggelupur tak nak makan ubat)


Lutut kanan
Ini mana yang saya sempat snap aje.  Nampak mamanya pegang hp, sibuk nak rampas.  Budak ni suka tengok clip lagu kanak-kanak dalam hp saya.  Kat hospital dia dok melayan lagu-lagu ni la.  Nanti saya letakkan clip-clip lagu yang menarik tu dalam blog ni.  Sapa nak bolehlah try bagi anak-anak tengok.  Memang dari Laieqa lagi lagu-lagu tu jadi umpan nak bagi diorang dok diam.

Saya dah makin lega tengok Mayesha kembali ceria macam selalu.  Tapi tak berani mandikan lagi sebab takut dia pedih kalau kena air.  Setakat basuh muka, bawah leher & lap-lap sikit aje.  Sama-samalah kita berjaga-jaga & menentang habis-habisan penyakit sebegini.  Kalau boleh takde siapa-siapa lagi dah yang kena lepas ni.

Dah makin sihat.. syukur..

Thursday, December 13, 2012 2 comments
Gambar-gambar Mayesha masa di wad.  Ni time Mama tengah mati kutu tak tau nak buat apa.  Most of the time layan baby notti ni aje, bila dia tido mula la kebosanan.  Hari pertama dia ok lagi, maybe kesan jangkitan tak teruk mana.  Padahal masa ni dia tengah berkahak teruk.  Saya hantar ke emergency jam 6.00 pagi ni pun sbb bimbang dia kena pneumonia.  Langsung takde simptom HFMD lagi..

Tertido lepas ngamuk tak nak bg pakar sentuh dia.  Menggigit jari ialah  teknik dia tenangkan diri.  Biasa saya biarkan aje, pastu sure tetido punye..

Bangun tido aje sibuk skodeng org.  Tapi nyuruk muka kat bawah  file doktor..  tak sangka penakut jugak budak ni.  Saya sengaja tak tutup baju sbb dr & nurse asyik dtg cek aje

Dah boring skodeng, tergolek semula.  Masa ni saya dah nampak ada biji kat lutut tp jenuh bgtau dr & nurse diorang buat derk aje.  Agaknya diorg ingat saya saja nak buat kepoh kot


Masa ni dia ceria aje kat wad 5 tu, walaupun demam, kahak & susah nak nafas.  Sebelah malamnya bila pakar cek, nampak simptom HFMD (tadi saya bagitau, tak nak dengar), kelam kabut habis semua orang.  Dan dan tu jugak we all kena transfer ke isolation room.  Kalo jangkit kat budak-budak wad tadi, sapa nak jawab?  

Kat isolation room bilik lebih selesalah sebab besar, ventilation pun ok plus ada bilik air sendiri.  Pintu, tingkap semua bertutup, ada cermin aje untuk tengok keluar.  Arangement ala-ala bilik di private wing HUKM (Deluxe - non sharing).  Jadi tak susahlah saya nak menyusu & bukak tudung.  Tapi seram jugak waktu malam sbb saya dgn baby je dalam tu, depan bilik memang takde apa-apa.  Lampu pun kena dim aje sebab kesian kat Misha kang tak lena tido.  Nasib baikle saya ni dah biasa duk kat kolej bilik sorang², jadi tau lah cara nak buang jauh pemikiran² kurang sihat tu.. hehehehe.. (malam tu kan, out of nowhere ada seko kucing tah muncul dari mana, lintas keluar dari bilik... heran tak?  dahlah midnight & lampu suram.. padahal sepanjang saya stay dalam tu langsung tak dengar bunyi & saya dah pusing satu bilik, memang takde kucing.  Yang lagi best tu, tingkap semua tertutup rapi!!).  Tapi saya buat derkk je la, walaupun ada rasa musykil, jangan difikir sangat, fikir kesihatan baby aje dulu.  Hantu setan tu kita buang jauh².. hehehe.. 

Esoknya dia dah mula meragam, langsung tak nak minum.  Memang ada banyak lesion tumbuh dalam mulut. Doktor cakap kalau nampak makin kering diorang nak setup iv, tapi saya cakap saya try usahakan something dulu.  Lagipun pasang iv cuma masukkan air, tetap tak mengenyangkan dia.  Pasti dia akan menangis sakit sebab kena cucuk, melalak sebab lapar lagi then tau la dia mesti sibuk nak cabut segala mak nenek wayar yang lekat kat tangan dia.  Tapi kalau perlu, saya tak halang, saya tau risikonya tinggi kalau biarkan dia dehidrate.  Ni antara punca baby yng kena HFMD ni meninggal tau.  Syukur lepas saya paksa dia minum air & susu badan melalui syringe (saya perah dengan tangan aje), nampak dia still well hydrate.  So Doktor cakap continue je la teknik tu & diorang akan pantau aje.  Selang 4 jam ubat demam tetap kena bagi lah.. 
Babanya sampai elok je dia tido.  Maybe jugak keletihan merengek dari pagi.  Saya tau dia melalak sebab lapar sangat,  saya sumbat dengan syringe takde lah banyak.  Selang 5-10 minit saya sumbat 2-4cc.  Bukannya apa, dia memang menggelupur tak nak minum.  Jadi kesian jugak nak paksa minum banyak². Time dia tido pun saya titiskan air ke mulut dia.  Lagipun saya bukannya ada kerja nak buat, jaga lah dia 24/7 kan...  

Tenang sikit hati tengok dia tidur lena  



Ini masa hari ke 2, masuk hari ke 4, kesan ni berganda saiznya & betindan-tindan.. nampakla dia kesakitan kalau merangkak.  Saiz lepuhan yang besar hampir  mencecah diameter duit 5sen! 

Bayangkan lesion macam ni penuh dalam mulut merangkumi lidah, tekak, lelangit dan gusi... siksa kan.. 

Kat siku (ni baru gak develop)... hari ke 3 & 4 pun jadi bertambah teruk.  

Ni rupa baru nak naik, bila dah besar, lepuhannya seolah-olah kesan melecur /melepuh kena minyak panas.  

Dah masuk hari ke 5 Misha kena HFMD, syukur nampak dia mula ceria and request minum dah.  Lega tengok baby mama yg suka menyengeh ni tak merengek-rengek lagi dah.  Malah dah invent teknik merangkak baru!! Merangkak sambil mengangkat lutut!! Hehehe.. Misha..Misha.. kalau dah buas, sihat sikit aje dah start melasak.  

Saya share ni untuk kita semua tau apa akibatnya kalau penyakit ni menyerang.  Jadi berhati-hatilah dengan tahap kebersihan rumah & persekitaran.  Yang membimbangkan penyakit ni boleh berulang lagi!!! Walaupun saya rasa kebersihan rumah ni di tahap yang optima, tapi still terkena.  Ye la, tak kena kat rumah kita, kena kat rumah orang..  Ni yang buat saya benar-benar bimbang.  Dulu tak kena takde la fikir sangat.  Dah yakin kita dah jaga kebersihan rumah & anak² sebaiknya.. but now, macam² faktor lagi boleh jadi penyebab.  Hanya boleh berdoa mintak tuhan jauhkan kami sekeluarga dari penyakit² yang berbahaya seperti ini.  Amin.. 

Aduhai HFMD..

Tuesday, December 11, 2012 2 comments
Kembali sunyi sepi la blog ni.  Seminggu ni jenuh attend org sakit.. actually, perjuangan belum selesai pun.. Mayesha still tak ok.  Blister makin membesar & still ada yg baru tumbuh!! Dah 4 days since dia kena HFMD, 3 hari ditahan di wad.  Pakar released pon atas alasan, no treatment utk disease ni.. Saya pun prefer  handle sakit dia kat rumah so that dia lebih ceria sbb kakak-kakaknya ada sekali.  Kat hospital we all kena duduk isolation room.  Bilik VIP la tu.. boleh tgk org luar ikut cermin je... everything provided dalam tu.  Mula-mula rasa syok la sbb saya bebas tak bertudung & menyusu.  Tapi kalau dah sampai 3 hari, mati kutu!!

Right now kena pantau dia betul-betul.  Syukur hari ni dia makin nak minum.  Perkara utama yg jadikan penyakit ni bahaya sebab baby refused utk makan/minum.  Bayangkan dalam mulut, lidah, kerongkong, gusi, lelangit semuanya ditumbuhi biji² kecil (ala-ala kudis buta) & akan pecah.  Saya perhati lelehan air liur yg tumpah dekat bedsheet hospital ada kesan darah & sedikit nanah.  Mana la dia nak minum.  Nak elak dia kena IV utk masukkan drip, saya paksa dia feed guna syringe.  Setiap 5-10 minit saya titiskan air kosong & susu badan.  Alhamdulillah.. teknik tu berjaya.  Tu yang pakar lepas dari hospital.

For the time being we all takkan keluar ke mana-mana elak direct contact with other kids.  Tak nak jadi penyebar penyakit pula.  Kena responsible sikit & fikir juga fasal orang lain yang akan kesusahan kalau anak diorang kena penyakit ni.  Kalau balik ke kampung, hati² sikit ye, jangan jadi macam saya. Siapa yang anaknya dijangkiti please responsible sikit.  Jangan biarkan anak² keluar ke mana-mana selagi belum betul² sembuh.

Memang kasihan tengok baby sendiri suffer macam ni.  Hopefully cepatlah anak Mama recover from HFMD ni.  Nak merangkak pun tak boleh sebab kepala lutut dia ditumbuhi blister tebal (seakan-akan kulit katak puru), jadi kalau dia paksa diri, blister tu akan pecah & nampak amat memedihkan. Mayesha ni bukan jenis suka menangis, tapi for the last 2,3 days memang merengek² aje.  Mesti tak tahan sangat dah tu.  Baby sabar sikit ye, Mama tau baby sakit, that's why Mama tak marah baby buat perangai sikit sekarang ni...


Bertahanlah sikit

Wednesday, July 11, 2012 0 comments
Hari tu beria-ia nak beli hydrogel utk kurangkan sakit & fast recovery for my cracked nipple problem, tapi last-last tak belipun.  Firstly because takde hydrogel pad macam yg dikehendaki, yang ada pun jenis macam bawah ni.  Harganya sekitar RM25+.  Gel ni akan mengeras lepas ditampal pada luka, jadi macam salutan la jugak.
Tapi fikir punya fikir, bertahanlah sikit sbb saya bimbang benda ni tak effective mana.  Lagipun nak kena cabut everytime nak breastfeed, dibuatnya saya terlupa, mau baby tertelan gel tu.  Kebetulan luka tu di sebelah bawah nipple, memang invisible la..

Last-last saya korek almari cari apa lagi stok ubat yg ada (almari ubat tu dah separa farmasi).  Ooohh!! Tak teringat saya ada Bactroban (utk elak wound kena infection).  Bactroban ni prescribed by Dr Zarin (Paed Anak-anak).  So selain dari sapu susu badan pada kawasan yg luka, saya sapu juga Bactoran ni.  Alhamdulillah, kawasan cracked jadi semakin lembut & luka tak jadi nak bernanah (sblm ni dah ada nanah sikit-sikit).  Kalau dah jadi infection, nak kena makan antibiotikla plak kan.  Saya kan tak reti nak telan ubat.. so.. no..no.. saya akan jaga luka ni leklok.. hehehe..

Cracked Nipple

Friday, June 29, 2012 0 comments
Sakitnya tiapkali kena cracked nipple ni.  Saya sebut tiapkali coz saya kena cracked nipples ni sepanjang ketiga-tiga kali saya breastfeed anak-anak.  Haaiii.. bertuah betul babies saya ni... puncanya terjadi macam ni sama je.. MENGGIGIT!!. Bukan saya tak cuba stop they all & keluarkan nipple dgn masukkan jari utk elak dari terus digigit, tapi biasanya nipple saya dah mula terluka.  Mana taknya, bukan takat gigit, ditarik² sampai nak putus!! Untuk recover memang menyiksakan sebab bila luka tu nak bercantum, kembali terbuka bila baby menyusu.  Sometimes kesan luka terbuka semula bila melekat pada bra / baju yg dipakai.  This time memang extra lama luka saya nak sembuh.  Biasa dulu-dulu a few days dah ok.

Kalau dulu-dulu saya just elakkan menyabun kawasan nipple yg luka (utk elak dryness & memburukkan keadaan crack), basahkan dengan air susu (susu ibu mengandungi vitamin E yg boleh percepatkan proses penyembuhan) & bagi extra udara (dedahkan) nipple yg luka untuk instat recovery.  Tapi teknik tu nampaknya tidak berhasil kali ni.

Tadi saya try surfing & jumpa info fasal hydrogel dressing.  Esok nak try tanya farmasi ada tak produk ni.  Since cracked ni nampak macam tak recover or makin besar, maybe saya perlu try treatment cara lain pula.  Masalah besar saya ialah untuk elak kawasan luka ni dari melekat pada fabrik or bra pad. So i guess dressing ni boleh membantu.  Malah saya boleh terus menyusu dengan memakai dressing ni, jadi takle sakit sgt time baby menyusu nanti.  Harap-harap farmasi kat area sini ada la jual produk ni.

Haa.. ini antara contoh produk  hyrogel dressing for nipple healing yg saya jumpa kat google :



You can get more info about this product at  www.first-water.com/breasts/ and  http://www.urbanbaby.com.au/Rite-Aid-Hydrogel-Breast-Discs