Showing posts with label Kina Cafe. Show all posts
Showing posts with label Kina Cafe. Show all posts

Nak Oven Besauuu!!!

Thursday, May 9, 2013 3 comments
Alahaii... budak yang dah lama tak demam, tiba-tiba demam.  Rasanya dah setahun si Tiha tak demam.  Org lain semua rebah, dia rilek je, langsung tak berjangkit.  Tup..tup.. kali ni tewas juga.  Balik sekolah tadi tiba-tiba ngadu dia demam.  Bila saya cek, 38.5 suhunya.  Patutla muka muram je balik sekolah tadi...

Kejap lagi nak bwak Misha ke pakar.  Bimbang tengok dia start cirit & mata kanannya cepet & merah.  Dah banyak simptom pelik keluar ni, eloklah ke paed terus.  Kang melarat, lagi susah.  Demamnya pun tak kebah lagi walaupun nampak dia aktif aje..

Sebenarnya nak story keinginan nak beli oven besar.  Tapi banyak faktor tengah difikirkan.. antaranya takde space!!  Nak beli oven built in tu, katanya kuat letrik berbanding convection biasa, walaupun yg convection tu nampak koman.  Saya ni beli untuk berniaga so faktor kuat letrik ke tak ni memang amatlah penting.... 

Ni le rupa roti benggali yg saya bakar semalam.  Ada cust order, jadi saya guna loyang 5x12, memang muat-muat aje oven ku...
Haa.. siap kena bumbung lagi tu.  Seb baikle tak hangus bahagian atas.  Masa tak tau teknik dulu, mmg asyik hangus je kat atas ni.  Kalau nasib tak baik, renyuk terus(colapse) coz heat yg teramat kuat... Lepas banyak kali eksperimen, berjaya jugak buat Benggali buncit tanpa hangus.. hehehe..
Saya ni ada gak teringin nak ambik tempahan biskut raya.  Tapi rasanya tak terbuat nanti bila memikir kapasiti oven ni.  Buat kuih raya untuk bawak balik kampung pun seharian membakar untuk satu jenis biskut.  Belum lagi berebut guna dengan masakan untuk rumah lagi... adduhh.. 

Haaii.. bila la nak dapat oven besau ni... :(

Benggali

Thursday, March 7, 2013 2 comments
Hari ni saya just nak share proses membuat roti benggali untuk Kina Cafe.  Dah lama saya mention tentang ni kan. Ye la supplier saya tu dah stop operation, jadi terkapai-kapai lah takde supplier.  Nasib baik le saya dah makin mahir buat roti, jadi makin gigihlah saya meroti setiap hari.  Saya buat roti benggali je sbb roti bakar Kina Cafe memang best tau.  Roti tu dipotong tebal & disapu kaya, susu atau gula.

Awal-awal dulu saya uli dengan tangan aje, tapi tak laratla jugak kalau banyak kuantitinya kan.  Last-last saya beli Breadmaker untuk membantu.  Memang berbaloi-baloi sebab setiap hari digunakan! Seawal 8.00 pagi akan  kedengaranlah bunyi breadmaker ni tekun menguli.

Selepas diuli saya naikkan dalam ni juga (tapi melimpah sakan la).  Sebelum² tu saya keluarkan dah transfer dalam bekas, tapi lecehlah sebab nak kena minyakkan bekas, cuci plak.. hehehe.  Jadi saya naikkan dalam BM aje. Saya kena fikir cara yang paling efisien memandangkan ini tugasan setiap hari.  Kalau banyak songeh sgt, saya jugak yang demotivated nanti.
Doh dinaikkan kali pertama.  Memang melimpah sampai terbuka penutup BM tu.  Ni dah turun sbb bhgn atas doh terkoyak (melekat pada penutup) semasa saya buka BM.  Tapi dah naik pon, tak kisahlah kan.
Habis dah colapse lepas saya tarik tangkai BM ni.. hehehe.. takpe.. nak kena uli keluarkan angin pon

Saya uli sekejap (sekadar keluarkan semua ruang-ruang angin dalam doh).
Doh ni untuk 2 loaves jadi saya potong 2 & timbang.  Kalau tak sama beratnya nanti tak sama tinggi plak naiknya
Saya uli lagi sikit & transfer masuk loyang.  Saya tekan-tekan hingga menutupi dasar loyang.  Saya tak minyakkan pon loyang tu.  Crumb roti sebelum tu pun masih ada lagi.  Tapi utk makan sendiri elokla sapu butter or spray minyak sblm masukkan doh.  Saya ni kan dah bereksperimen byk kali, tu yg dah tau teknik.
Doh tadi saya naikkan di dalam oven selama 1/2 jam supaya boleh terus dibakar.. :).  Saya tak preheat pun tau, bila doh dah naik 1/2 atau 3/4 loyang saya start bakar.  (pun jgn buat teknik tak preheat ni untuk roti biasa).. Saya gunakan taktik ni untuk dapatkan 'oven spring' ke atas benggali ni.  Panjang lebar kalu nak story...


Roti tu akan naik lagi masa dibakar.  Kalau dibakar satu biji saja dalam satu masa, roti benggali ni boleh naik mencecah ke penutup pemanas atas tu tau (saya dah alami banyak kali).  Tapi lastly saya decide bakar 2 biji sekaligus supaya jimat kos, masa & tenaga
Dah masak!  Keluarkan dari loyang untuk disejukkan.  Saya lapik jaring penyejuk untuk elak crumb roti bersepah atas meja.. :).  
Esoknya pagi-pagi roti ni akan jadi santapan pelanggan Kina Cafe.  Roti kami ni fresh sbb dibuat setiap hari tau. Kalau nak rasa datanglah ke Kina Cafe di Bangsar Utama.  Nak cari cafe ni senang aje, kami di bawah rem parking Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar).  Cafe kami berwarna oren & menghadap kedai Mamak Fatheema.

Laksa Utara & Kina Cafe

Thursday, January 3, 2013 2 comments
Saja nak tayang laksa utara.. lama dah buat.  Kalau nak rasa laksa ni senang aje, datangla ke Kina Cafe Bangsar Utama.  Kalau naik LRT turun stesen Bangsar, masuk dalam bangunan UOA, seberang jalan & perhatikan Kompleks Niaga Utama.  Cafe saya ni berada betul-betul bawah rem kereta untuk ke parking.  Satu lagi kalau senang nak cam kawasan ni, Kompleks Niaga Utama ni betul-betul belakang Dataran Maybank Bangsar. Nasi Lemak kami pun meletops kat sini tau.  Bila-bila datang area ni, jemputlah ke Kina Cafe.  Nasi Ayam pun ada, ayamnya dibakar sehingga lembut & berjus, memang yummy sangat.  Kena cuba baru tau!!

Dah ready untuk diserbu time lunch,  some of the roasted chicken for nasi ayam dah tersusun atas kaunter. Semua piring di wrap supaya sentiasa segar & bersih.  Ayam semua masih panas-panas lagi ni...

Kina Cafe dibuka dari jam 7.30a.m sehingga 7.00p.m.  Kami menjanjikan juadah yang lazat  & harga yang amat berpatutan.  
Inilah Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar Utama aje).  Seberang cafe kami ke kanan sedikit adalah bangunan UOA yang bersambung dengan LRT Pura stesen Bangsar.  Tak susah kan nak cari... 
Saja la nak promote cafe sendiri pulak kan.  Asyik promote kedai orang aje.. Sudilah datang ke Kina Cafe yang beroperasi sejak tahun 2011 lagi.  Syukur dengan sambutan yang amat memberangsangkan dan kami menjanjikan makanan yang sedap & berkualiti untuk anda!!!

Bread Pudding

Tuesday, May 8, 2012 0 comments
Masa saya kerja dulu, tiapkali keluar office selalu tengok staf restoran tengah buat puding roti.  Saya ni memang suka menyemak bila org tengah memasak, tambah-tambah bila memasak benda yg saya tak pernah buat.  Memang simple sangat, they all just campak-campak je bahan dalam loyang.  Tapi saya langsung tak pernah rasa walaupun puding roti ni agak laris.

Bila buka cafe sendiri, banyaklah kulit roti yg terbuang.  Ye lah baki sandwich, baki roti benggali yang dipotong dan sebagainya.  Jadi saya akan recycle untuk jadikan puding roti.  My husband pun nampak excited sangat sebab dia suka puding roti.. Saya pun try le campak mencampak macam budak-budak kat tempat kerja saya dulu buat, waahh!! Menjadi jee... seronotnyaaa.. less than 10 minutes dah siap.. tapi nak membakar je la lama sikit.

Pukul 3 biji telur, 2-3 sb marjerin, 10sb gula (tak perlu kembang, janji hancur gula aje), kemudian tuang 1 liter susu

Tuangkan dalam loyang yang dah disapu marjerin

Tambahkan roti.  Carik-carikkan roti (saya guna lebihan kulit) ke dalam susu.  Anggaran roti tu cukup sekadar tenggelam dalam susu tu.  Kalau suka puding yg basah-basah kasi extra berair sikit ye.  Then bakar pada 200c selama 50 minutes.  Siap!!!
Gambar ni dah lama saya ambil.  Saya bakar puding ni sebelah petang, then jual keesokannya.  Saya suka makan puding roti masa baru keluar oven sbb baunyaa.. Mmmm.. semerbak gitu.  Tapi kalau jual saya letak dalam chiller dan letak sedikit susu cair semasa dihidang.

Ni gambar bread pudding yg dah siap.  Nampak macam ada hangus-hangus.. tapi bukan tau...  kalau potong nanti cantik je hasilnya 

Imegresen lagi...

Friday, January 27, 2012 0 comments
Saya baru perasan, rupanya husband ada gambil gambar dua kanak² Ribena ni tengah tido kat KDN Putrajaya.  Ni dah keletihan tahap gaban la sebab sampai kol 4.00 pagi pon sibuk main lari² sana sini, melukis, melalak dan bermacam aktiviti yang tak sepatutnya.  Time ni saya yg ambik turn utk q. Time dengan saya dua² tgh hyperactive lagi.. so dengan saya sekali takleh nak tido.  Luckily by the time my husband ambil turn jaga dorg, dua² dah habis bateri.  Lucky him!! Boleh tido kat Aras 1 Imegresen dengan aman damai & saya beratur di bawah dengan ratusan yg lain.. :(

Tapi apepon lega rasanya sebab budak² ni memang langsung tak bagi karenah kalau bawak ke mana², takde makanan ke, minuman ke, ngantuk ke, memang takkan merungut.  Maybe dari kecik dah kena heret sana sini & diusung walau ke mana².

Oklah.. takleh mention sangat sal imegresen ni..  streesssss!!!!!!!!!  Hari ni ada lagi satu masalah baru dengan they all.  Please la.. I need some rest.. dah berbulan² nak hadap dorang aje.  Pejabat Imegresen Jalan Duta & Putrajaya tu dah jadi port lepak we all.  Hari ni sepetang kat Jalan Duta, esok nak kene dtg lagi.  I'm so tired & exhausted with all of this..  !!!!!!!!!!!!!

Phobia nak ke Imegresen... Part II

Tuesday, January 10, 2012 0 comments
Tak habis lagi saya mengomel fasal imegresen ni ye.  Bukannya apa, dalam zaman canggih & teknologi serba maju ni, kita still nak kena go through benda² macam ni?? Entahlah.. pelik saya.

Selepas kejadian 28/12, saya dah buat pakatan dengan suami.  Nanti suami yang akan beratur sampai dapat angka giliran.  Saya tidak berani ambil risiko lagi, tambahan kandungan saya semakin sarat dan mengalami sedikit masalah, jadi Gyno dah pesan jangan terlalu lasak dan banyak bergerak.  Jadi menunggulah kami login id yg diperkatakan itu.. lagi 7 hari bekerja tak sampai juga emailnya.. kena la call semula (saya yakin takkan dapat pun email tu).

Esoknya 29/01 saya ke KDN Jalan Duta pula untuk urusan pendaftaran pembantu rumah.  Memang tebal form yg kena diisi dan banyak lampiran yang perlu disertakan.  Tapi saya tak kisah, isi mengisi borang ni memang saya biasa sangat.  Sebelum ke KDN, kena ke LHDN untuk matikan setem dulu.  Dah siap, terus ke KDN.

Kat KDN Jalan Duta, masuk aje terus dapat angka giliran (haaa.. inilah gunanya mesin no. giliran tu, tanya apa urusan, picit aje dan bagi nombor).  Takdelah nak proses seorang sampai 15 minit sebelum bagi no.  Kalau sepuluh orang q, dah lebih sejam.. kalau ratus²? Ribu² orang??? 

Walaupun saya orang ke 5 dalam list tapi agak lama juga menunggu.  Tapi no hal lah.. bukan kena beratur kan.  Tengok ajelah bila turn kita.  Dah dapat giliran.. mak aii.. serba tak kena.. semua lampiran yg tak diminta, diminta pula.  Takpe.. cakap aje apa yang korang nak!!! Saya bawak satu folder penuh dengan segala dokumen yang berkaitan dengan hidup kami sekeluarga... hehehe.. (saya dah jangka pun diorang akan minta benda yang takde dalam list yg diberi tu).

Alhamdulillah.. 4x turun naik tangga pergi fotostat itu ini, buat surat akuan bersumpah.. etc.. last² borang diterima dan kena bayar RM100 since visa pekerja saya tu tamat 01/01/12 ni.  KDN renew sampai 27/01/12.  Lagi 20 hari saya kena buat panggilan untuk pastikan kelulusan permohonan tu.  OK!!! Fair enough.  Datang pagi, tengahari dah beres.  Tak perlu datang berkali²..

Jumaat 06/01/12, hari yang dinanti².. sekejap² saya cek email... hari dah hampir petang, sayapun call NERS maklumkan email masih belum diterima.. (biasalah kena menunggu turn).. dia cakap lagi sejam kalau tak dapat email, call balik.  Sebaik aje email sampai saya dan suami bertungkus lumus meng'edit' data² yang diperlukan. Berjam² mencuba akhirnya berhasil (asyik error aje).  Lepas maghrib terus keluar utk dinner, photostat dokumen.. bla² dan terus bergerak ke Putrajaya (katanya Imegresen beroperasi 24jam).

Sampai sekitar jam 10.00, suami mula beratur.  Katanya orang tidak seramai 28/12 dan hanya ada 1 barisan jadi kuranglah berebut kat depan nanti.  Anak² dah tertidur dlm kereta.  Tapi sejam kemudian saya bawa mereka keluar (temperature kereta mulai panas).  Dengan berbekalkan tikar, saya mencari port sesuai untuk kami duduk² dan tidurkan kanak² riang dua orang ni.  Mujurlah anak² memang jenis tak buat hal kalau di bawa ke mana², tengah tidur pon boleh bangun dengan senang.  Port yang saya ambil tu memang berangin & agak privacy.  Seronok betul diorang berlari ke sana sini.  Langsung tak nak tidur.. kejap berlari ke Babanya, kejap main pula..

Dah jam 4pagi  lebih, dua² beradik masih sibuk bermain.  Tiha dah semakin layu, tapi masih sibuk melukis, yg saya tensionnya si Ieqa, langsung tak nak lepak atas tikar.  Sibuk berlari sana sini.  Sayapun tak boleh nak tidur sebab bimbang dia berkeliaran ke mana².  Suami maklumkan sekarang ni dia dah dapat duduk, beratur mengikut urutan kerusi pula.  Seorang bergerak ke dewan, yang lain akan bangun dan bergerak ke kerusi sebelah.  Diapun dah mula mengantuk.

Saya pun tawarkan diri utk ambik giliran.  Kalau tak berebut, okaylah.  Cumanya tak boleh tinggalkan kerusi sebab kedudukan sentiasa berubah², nanti ada orang ambil tempat pula.  Suami bawa anak² ke tingkat 1 -port tadi semakin sejuk & ramai orang baring di sekitar.  Kini saya pula yang ambil giliran.  Suami dah boleh tidur lena sebab dua² kanak² riang tu pun dah pengsan.. heheh.  Dekat 5.00 pagi baru nak rasa letih.  Saya juga yang jadi zombie sepanjang malam... hehehe..

Walaupun boleh duduk, tapi selang 5-10 minit kena bangun bergerak ke kerusi sebelah.  Aduhai.. slow betul pergerakan barisan.  Saya agak menjelang subuh baru boleh dapat no. dan seterusnya kena menunggu giliran untuk temuduga dan submit borang.  Jam 6.15, saya berjaya tiba di kaunter.  Terkejut saya apabila melihat ke  dalam dewan.. keadaan lengang sama sekali.  Tiada pegawai yang bertugas pun.  Hanya kaunter no. giliran yang dibuka!!!!! Jadi sebaik dokumen disemak (semak aje tau, nak submit kat org lain pula), saya diberi no. dan diminta datang semula 24/02 nanti!!!

Alahaiii... kalau saya tahu, takdelah saya beratur bagai nak rak malam ni.  Katanya proses pemutihan dilakukan 24jam.. tertipu rupanya!!! Saya ingatkan boleh selesailah pendaftaran biometrik kali ni.. Tak taulah apa nak dikata.  Tak fasal² saya sambut birthday atas tikar di pejabat Imegresen Putrajaya!!!!!! 

Phobia nak ke Imegresen...

Sunday, January 8, 2012 0 comments
Assalamualaikum...
Terkejut saya tadi,  tengok² punya ramai kawan² yg wish Birthday dkt FB (dah 34 tahun umurku???)..  Bukannya apa, saya tak expect sangat dpt wish yg banyak since saya tak begitu aktif di FB utk sekian lama.  Saya masuk once in a while & sekejap² aje, jadi just baca any update dari kawan² sekurang²nya tahu perkembangan diorg.

Mostly jika kawan² yg memerlukan pertolongan & dilanda kesusahan.  Cthnya seorang kawan saya yg didiagnos menghidap Leukimia (Blood Cancer).. Betul² simpati dengan nasib dia.  Semoga Jue cepat sembuh & saya amat berharap diberi kelapangan untuk lebih kerap dapat lawat dia.

Tiada yang istimewa dengan sambutan Birthday saya kali ni, memandangkan kebelakangan ni banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan.  Saya pun semakin sarat dan bimbang urusan² penting ni tak beres sebelum saya due.  Jenuh la suami, mana nak jaga cafe, anak & berkejar sana-sini.  Lagipun memang dari dulu saya yg akan handle semua urusan kewangan, admin & sebagainya.  Biasanya suami memang serahkan 100% tugas tu kepada saya & jadi driver jika saya perlu berurusan di mana².

Ini kali ke 3 saya ke Putrajaya menguruskan Biometrik pekerja.  Pertama sekali pada November lalu, namun permohonan ditolak kerana pekerja melebihi had umur.  Kemudian saya kembali ke Putrajaya pada 28/12 yang lepas.  Punyalah ramai orang yg beratur untuk mengambil angka giliran, jadi sayapun turut beratur berganti² dengan suami. Keadaan menjadi semakin 'panas' bila menjelang tengahari (orang mula hilang kesabaran dan keletihan).  Di depan dewan sentiasa kedengaran tempikan, sorakan & terjadi rempuhan seolah² ada rusuhan.

Saya sendiri hampir jatuh dan dipijak orang ramai ketika sudah sampai giliran.  Syukur, 2 orang lelaki (Bangla & Melayu) dan seorang perempuan memangku badan saya kerana sudah tidak boleh mengimbangkan badan kerana teruk diasak dan dihimpit.  Saya hampir beralah kerana tidak mahu membahayakan kandungan, namun, untuk keluar dari ratusan orang yang sedang kemarahan dan terdesak macam tu, memanglah mustahil.  Alhamdulillah.. atas bantuan beberapa orang di sekitar, saya berjaya sampai ke kaunter.  Terkejut besar pegawai imegresen melihatkan keadaan saya yg mengandung 6 bulan dihimpit & ditolak.  Sebaik diberi no., beliau terus bertempik supaya memberi saya laluan keluar.  Syukur, saya diberi laluan..

Bayangkanlah.. saya mula beratur jam 8.00 pagi dan hanya diberi giliran pada jam 1.30 tgh.  Memang mengejutkan kerana proses mengambil angka giliran mengambil masa yg panjang kerana mereka akan menyemak dokumen & tujuan kedatangan terlebih dahulu & hanya 1 kaunter disediakan untuk urusan ini.  Patutlah lama sangat!!! Dahlah satu Malaysia yg datang ke sini & melibatkan jutaan pendaftaran.. memang menyakitkan hati melihat cara kerja yang tidak sistematik begini.

Setelah dapat angka giliran, barulah saya boleh duduk dan menunggu no dipanggil.  Sekurang²nya tak perlu lagi saya berdiri dan berasak².  Melihatkan pergerakan giliran yg amat perlahan, saya cuba keluar utk makan & mengambil angin.  Mujurlah lepas..

Akhirnya pada jam 8.15malam, barulah sampai giliran saya.  Alangkah kecewanya saya.. sebaik sampai.. pegawai hanya memaklumkan tunggu email dari kami dalam tempoh 7 hari bekerja dari sekarang utk dapatkan login id, edit dan datang kembali!!! Ya Allah.. Apa ni?  Kalau awal² tadi terus cakap macam tu, tak perlulah saya anak beranak tunggu sampai malam.  At least bagi aje no. awal² tadi or maklumkan sebaik sahaja borang yg lengkap diisi tadi disemak.

Sampai sekarang saya tak faham apa motifnya mereka menyusahkan orang ramai beratur dalam tempoh yg lama sebegitu.  Biasanya bila kita berurusan di mana² kaunter, terus sahaja ambil angka giliran dan urusan penyemakan dokumen dan sebagainya dilakukan kemudian.  Sekurang²nya orang ramai tidak perlu beratur, dan bebas ke mana² sementara mengunggu giliran masing².  Tidak mustahil orang ramai mengamuk kerana semua orang keletihan, lapar dan dahaga kerana perlu beratur lama dan sentiasa berjaga² kerana keadaan yang tidak terkawal menyebabkan akan ada org yg cuba memotong barisan.

Paling menyakitkan hati, sebaik sampai giliran, diminta kembali datang!!! Bayangkan mereka yang datangnya dari Kelantan, dahla penat travel jauh, kena beratur seharian, kemudian nak kena dtg lagi!!! Sistem apa ni?  Kebanyakan yang beratur dah berkali² dtg atas alasan yang pelbagai.

Ini baru cerita kes pada 28/12, nanti saya sambung lagi bagi kes 06/01 pula.  Yang mana membuatkan kami berkampung di Putrajaya dari Jam 10.00 malam dan hanya selesai selepas jam 6.15 pagi!!!  Kemudiannya disuruh datang kembali pada 24/02 ini utk interview & submit dokumen pula!!!

Yeeyy!!! Saya sambut Birthday di Pejabat Imegresen Putrajaya dengan baring² di atas tikar bersama anak² & suami beratur untuk ambil angka giliran sepanjang malam!!!!! 

Syukur Padanya

Thursday, November 10, 2011 0 comments
Alhamdulillah.. saya tidak perlu lagi ke kafe.  Nampaknya pekerja² baru ni sudah berpengalaman luas dalam bidang f&b.  Sekarang saya sibuk pula menguruskan pendaftaran mereka di pejabat imegresen.

Khamis lepas salah seorang staf baru saya (hampir sebulan bekerja) & kawannya yg baru sehari bekerja minta berhenti. Sebenarnya saya & suami memang kurang gemar dengan cara kerjanya yg terlalu perlahan & suka mengelak dari buat kerja.  Kasihan staf yang lagi seorang (Ratna), 80% kerja dia yg buat.  Mujurlah langsung dia tidak merungut, malahan semakin hari semakin ceria dia bekerja. Lebih baik saya bayar Ratna lebih berbaloi dengan usaha kerasnya.  Jadi bila dia bersuara minta berhenti, memang saya & suami tidak teragak² bayar gaji & berharap dia tak datang lagi dah.. hehehe.. (sebelum tu kami dalam dilema yg amat, macam mana nak suruh dia berhenti).

Jumaat tu hanya saya& suami serta Ratna aje yg buka kedai.  Umi pula pulang Kelantan sambut raya.  Alhamdulillah.. dengan bantuan Ratna sahaja, kami boleh beroperasi.  Seronok saya lihat Ratna begitu seronok bekerja & siap bawa 2 kawannya pula masuk.  Makin saya gembira kedua² kawannya juga amat cekap & tak perlu dilatih.  Dari bancuh air, memasak, membersih... boleh dikatakan mencapai standard saya. Moga² mereka kekal begini.  Saya sanggup berhabis sedikit untuk menguruskan permit kerja mereka sebagai tanda terima kasih terutamanya Ratna yg begitu mengambil berat tentang cafe walhal baru 2 hari saya kenal dia.

Inilah yang dikatakan hikmah .. Yakinlah setiap kejadian ada hikmahnya & Yakinlah selagi kita ikhlas dalam melakukan sebarang perkara Allah akan sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yg lemah ini.. Saya selalu yakin, biarlah apa orang hendak lakukan pada kita, hingga kita jatuh terduduk sekalipun.  Jangan sekali² balas dengan kejahatan, percayalah kepada kuasaNya.  Tiada kejayaan tanpa pengorbanan...

SORRY YE..

Saturday, November 5, 2011 0 comments
Seminggu ni sibuk betul saya di cafe.  Staff lama saya dah berhenti, jadi nak kena train budak² baru.  Mujur ada Umi yg sentiasa datang membantu.  Mesti penat Umi buat dua kerja pada satu masa.  Tapi memang lega tiapkali Umi datang menolong coz dia memang faham sangat dengan cara kerja saya ni.  Jadi tak perlulah saya pantau sangat, pesan sekali pun dah cukup.

Dah lama tak menjengah cafe ni, agak kekok juga saya mulanya.  Mostly bila cafe diserbu.  Mau lintang pukang jugalah, walhal kadang² sampai ada 6 orang dalam kaunter!!! Hehehe.. walaupun penat tapi seronok.  Tak sangka dengan perut yg makin membesar ni saya larat lagi buat kerja² heavy duty macam ni.  Biasalah time busy, mana terasa, dah sampai rumah.. mak aii penatnyaa! Tapi syukur alhamdulillah.. atas pemberiannya.  Saya percaya selagi kita ikhlas, Tuhan akan bantu.  Bantuannya sentiasa datang walaupun tanpa disangka².

Paling saya terkejut dengan Laieqa.  Selama ni punyalah susah nak tinggalkan dia pada sapa².  Jangankan dengan org luar, dengan datuk nenek pun dia tak nak.  Tapi kali ni dia agree & langsung tak menangis bila saya tinggalkan dengan neneknya.  First day tu je macam menangis sekejap, just tak sangka nak kena tinggal kot.  Dia memang tak pernah berenggang dengan saya.  Tapi malamnya bila saya tanya dia elok², boleh tak dia stay dgn Wawan bila saya pergi work.. dia cakap "ok".  Until now, dia langsung tak membantah.  Lagipun Kakaknya ada utk temankan dia selepas balik dari Kindergarten.

Saya pun memang tak memasak since that.  Makan simple² je kat luar.  Cuma semalam saja bawak anak² ambil angin malam sambil dinner.  Kami ke Sg Penchala atas cadangan kawan.  Katanya ada tempat makan best.  Tapi takde rezeki nak merasa, elok je sampai, dah tutup (ditutup jam 11.00).  Kemudian kami pergi ke sebuah lagi Restoran berdekatan, BORA ASMARA.  Jakun juga lah tengok environment kedai ni.  Bertambah jakun bila tengok harganya.. hehehe.. Menunya ada pelbagai.  Dari masakan Malaysia, Indonesia, Thai, Cina & Western.  Siap ada candle, live band (instrument yg diguna ala² group orkestra) datang perform setiap meja.. kalau nak celebrate anniversary or birthday ke memang sesuailah.  Makanan pula dihidangkan course by course.  Tapi saya just ambil starter & main dish aje, bimbang tak habis. Minuman saya try Asmaradana & suami saya pula ambil Soda drink (lupa nama minuman ni).

Insyaallah nanti saya upload gambar² makanan malam tu.  Saya tak ambil sangat gambar sekitarnya sebab suasana gelap hanya bertemankan lilin.   Gambar makanan pun tak berapa jelas (maklumlah phone murah).  Tapi bolehlah untuk bagi gambaran tentang makanan di sini.  Rasanya ok, just bagi saya harganya mahal berbanding apa yg disajikan.  Tapi untuk suasana, bolehlah bagi 5 stars.

Labu Sayong di Sayong

Monday, July 4, 2011 8 comments
Jangan tak tau, saya pernah berniaga labu sayong di KL Sentral.  Time tu saya kerja kat KL Sentral gak.  Ini la kiosk pertama saya!!!
Tengah menyusun gambar² lama, terjumpa plak gambar kiosk labu sayong saya.  Teringat zaman² berniaga kisok dulu².  Saya juga ada berniaga toys di kiosk & pasar malam, jual aksesori time ekspo ramadhan.. Macam² bisnes saya buat asalkan takde kaitan dgn MLM.. hehehe... itu dulu la.. skrg ni takde masa nak niaga lain dah.. fulltime dgn cafe tu je.  Toys plak saya cuma supply pada staf lama saya yg masih berminat meneruskan bisnes soft toys di pasar malam.

Jangan ingat Labu Sayong tu limited pada Labu Sayong yg kaler hitam tempat letak air tu je.  Ada pelbagai jenis labu sayong tau.. tempat nak cari labu sayong ni semestinya di Sayong, Kuala Kangsar.  Kampung Sayong ni memang dekat sangat dengan bandar Kuala Kangsar, so kalau dah sampai area sana bolehlah datang sini tengok tempat buat labu sayong.  Dari pekan Kuala Kangsar just keluar dari town & seberang jambatan Sultan Azlan Shah, boleh nampak signboard Kg Sayong betul² kat traffict light lepas jambatan tu.  Kalau nak beli labu sayong or nak buat tempahan utk door gift ke, dtg direct kat sini.  Harga di bandar 2 kali ganda lagi mahal dari harga di Kg Sayong ni. Pilihan pon lebih banyak.  Boleh request apa yg kita nak dekat pembuat dia terus.

KINA CAFE

Saturday, December 4, 2010 0 comments
Aduhaiii.. dah nak berkarat blog ni.. tuan empunya makin malas nak upload resepi baru. Most of the time memasak dlm keadaan rushing, so mmg x sempat le nak ambik gambar.  Tu lom masuk part malas nak ambik gambar.  Dulu ada potographer.. skg ni memasak sorg² sambil bkejar² layan baby, so might as well masak secepat mungkin sblm satu fams kelaparan.

Rite now tgh in dilemma.. nak continue update blog or abaikan begitu sahaja?? Since dah ada cafe sendiri, maybe just share makanan kat cafe je kot.  Sapa² yg interested nak rasa makanan saya.. bleh dtg ke KINA CAFE at Bangsar Utama.  Senang sgt nak reach cafe ni.. mostly if ambik LRT Putra.  Just turun kat stesen Bangsar, masuk UOA, cross the road.. nampak restoran Mamak Fathima.. haa.. di sbrg Fathima itulah letaknya KINA CAFE. KINA CAFE ni letaknya di luar Bangunan Kompleks Niaga Utama (UOA) & di belakang Dataran Maybank Bangsar Utama tu..

So far feed back customer amat menggalakkan.  Menu yg ada simple je since makanan di masak dlm kaunter cafe yg kecik tu, so agak limited.  For the time being menu yg sentiasa ada :

* Nasi lemak daun pisang (RM1.50)- 8.00 a.m. sampai habis (biasa by 11-12 noon.. abisss..)
* By 12.00 - Nasi ayam, Laksa Utara, Mee/Kue Teow, Bihun Sup (RM3.90 - RM4.50)
* Bread pudding, egg tart, blueberry cheese tart, egg sandwich, sardine sandwich (all day menu & while stock last.. )

Makanan² lain yg ada (supplied & delivered to the cafe & subject to availability) - pulut rendang, pulut inti, bubur² like cha-cha, pulut hitam, kacang, jagung, gandum, serawa pisang..etc.

Sapa yg suka roti bakar (RM1) bleh try roti bakar Kina Cafe.. we are using special bread.  Roti ni lebih tebal dr biasa.. roti bakar ni dpt respond positif gak coz rasa roti yg kenyal, tebal & crunchy & kaya nya yg.. YUMMY...

Bun² yg ada di KINA CAFE - pizza bun, chicken floss, sausage roll, kelapa bun, kaya bun, bilis bun, sardine bun, red bean bun..etc.

Ok.. saya x nak le angkat lebih² sal makanan di sini.. sapa nak tau, dtg & rasa.  If ada apa² komen bleh email direct kat saya or post your comment here kay.. CUBA DULU BARU TAU !!!! :)

New Baby & New Cafe!!!!!!!!!!!

Saturday, February 20, 2010 0 comments
Penattt!!!!!!!!!!!!!!!.. Penat minda & tenaga.. Sorry la.. maybe ambik masa sikit utk upload resepi baru & update blog ni.. bz with my newborn baby (1mth +) & my new cafe.  Sedih nak tinggal 1 mth old baby coz nak jaga cafe.. for the time being.. mmg diri sendiri la jadik tukang masak. Lagipon aku mmg suka masak.. kalo bleh semua benda nak masak & jual kat cafe ni.  Byk sgt menu dlm kepala ni.. tapi entah bila terlaksana.. masa amat limited, plus x boleh guna gas kat cafe.  Nak masak 1 kuah pon ambik masa.  Still tgh struggling nak selesaikan masalah ni.........

So.. to all my blog viewer, aku mmg dah stop ambik tempahan melalui blog ni.  Skg ni mmg bz yg amat dgn cafe ni.  Nantila.. bila x bz sgt aku upload gambar cafe dlm ni.  Sapa² nak try boleh la dtg nanti yee.........  x berani nak offer skrg (right now x sempat nak cater permintaan).. bimbg x de makanan je nak serve nanti.

Wish me luck ok!!!