PERCUTIAN 2014 - 2

Monday, March 31, 2014 2 comments
SENTOSA VILLA, TAIPING PERAK


Selepas bersarapan & menyepahkan rumah Mak Ndak lebih kurang, kami pun bergerak ke Taiping.  Memang tak sabar nak tengok rupa bentuk villa ni.  Kalau dalam web memang nampak cantik sangat!  Ratenya agak berpatutan & kedudukannya amat dekat dengan Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Bukit Larut & juga bandar Taiping.  Nak datang ke sini bolehlah gunakan GPS, atau pergi ke arah Taman Tasik Taiping & carile signboard nya... 

Our room/house... Deluxe Villa - Bilik H1 (aras bawah..)...

Laluan tepi villa... di bawah villa ada air mengalir... 
 
Misha tido sepanjang K.Kangsar ke Taiping & langsung sambung membuta... Kalau tak, mesti dia yang paling over!

Luas kan? Ada living lagi... Ratenya RM228 (shoulder rate inclusive breakfast), kalau bukan public holiday tak sampai RM200.  Berbaloi tak?? 
 Kat bawah ni pemandangan sekitar dari tingkap bilik kami.. Saya bukak satu² tingkap & snap gambar.. sebab semuapun cantik!!!
Room's View

Room's View

Room's View

Room's View

Room's View
 Lepas tinggalkan barang dalam bilik, kami keluar luch di Port Well... Story pasal makan, next entry pulak ye... Kali ni cover Sentosa Villa aje... cantik oitt.. Tak tau nak pilih gambar mana nak letak!

Lepas lunch, kami pusing² sekitar Villa ni... Ada berbagai jenis katogeri bilik kat sini sama ada hotel (biliknya sebesar apartment kami! - 1000 kaki ++), Banglo (saya tak survey) & Villa (Biliknya sebesar living apartment kami)...

Masa jalan² ni, semua orang dah berpakaian mandi sebab dah ready nak berkubang... hehehe.. dalam ni airnya datang dari bukit.  Bukan buatan/swimming pool...


Banglo.. 


Sebelah kanan, berdinding kaca ialah hotelnya... Di seberang sana ialah Receiption...







Lepas berpusing sekitar Sentosa Villa yang amat besar ni... kami decide untuk main air kat banglo ini aje coz kemarau teruk, sungainya semua cetek sangat, mmg tak sesuai nak main... huhuhu... 

Stream dalam villa yang kekeringan....

Terbantut aktiviti main air kami....
 Sebenarnya sebelum sampai di Sentosa Villa, kami lalu tepi Taman Tasik Taiping.  Ini antara tempat yang teringin sangat saya nak lawat sebab dikatakan antara Taman Tasik tercantik di Malaysia.  Alangkah terkejutnya saya bila nampak dari dalam kereta, air tasik kering kontang.  Hinggakan saya menyangka ianya padang golf!  Lepas terbaca signboard, baru tau, inilah Taman Tasik Taiping.  Tasiknya kering, hanya nampak tompokan pasir putih di sana sini seperti padang golf!  Tak sangka Taiping/Bukit Larut yang dikatogerikan sebagai kawasan terlembab di Malaysia & kaya dengan kehijauan hutan ni pun dilanda kemarau.

Mama kemalasan, snap gambar dari atas hammock aje...

Maybe tak berapa syok main air, kejap je diorang berkubang... pastu datang menyemak.  Baby mintak duduk atas hammock, Ieqa pula tukang hayun... 

Sambil.....

Mendengar dendangan suara Ieqa yang amat sumbang itu (ekspresi Mayesha, menceritakan segala-galanya).. hehehe....
 Villa ni cuba mengekalkan identiti kampung lengkap dengan suasananya sekali.  Dekorasinya amat menarik... saya kagum dengan kegigihan pemilik resort ni menjaga persekitaran dengan baik sekali... Kat sini banyak juga binatang yang dibiarkan berkeliaran...
Ayam.... 

Itik....

Ayam Belanda....


Arnab..

Angsa...

Burung, kura-kura.... 
 Pendek kata, untuk budak² yang tinggal di bandar, memang jakun habis.  Ikan pula toksah cakapla... macam² jenis... KEbanyakan haiwan ni dibiarkan berkeliaran sekitar resort aje...


Jongkang Jongket & Ting Ting pon ada... 
Malam tu kami dinner di luar.. lepas dinner, kami tapau lagi makanan untuk makan lewat malam.. lagipon nak lepak luar vila untuk nikmati suasana malam di sini.
Ruang makan/lepas di luar bilik
Ini pula ruang lepak di tepi rumah...setiap rumah memang ada, jadi takyah susah hati nak berebut okey.. hehehe...

Sejak anak² makin membesar & bertambah, wajiblah kami mencari hotel yang besar ruangnya... (korang tido la reramai kat sini ye...)... Siap bawak toto & sleepong bag lagi tu... hehehe... 
 Esoknya kami pun bersedia untuk sarapan.  Sarapan kat sini agak lambat, 8.30-10.30 pagi.  Biasanya di hotel lain jam 7.00 dah start.  Pengunjung tak ramai, jadi pilihan makanan adalah ala carte (local atau western).  Di sediakan jem, roti, cereal serta teh/kopi/air strawberry ... yg ni unlimited.

Tapi makanan di sini bagi saya not recommended.  Dahla masa check in staf sibuk suruh saya beli voucher untuk anak², RM15 sorang, tak kira age.  Walaupun dia ckp kena beli masa tu jugak, saya decide untuk tengok menu dulu then baru decide nak breakfast kat sini ke tak.  Syukurlah saya tak bayar breakfast untuk budak² ni... memang tak berbaloi sangat. Air tehnya pekat (sama color dengan kopi!)... Lepas saya inform pun, tehnya masih pekat & kelat!.. Mujur juga budak² di cafe tak kisah anak² join breakfast.  Lagipun budak² ni sah² makan roti & butter aje... bukan ada pilihan lain pun kan...


Cafe...

Western menu - omelette... Misha makan baked beannya aje... Tiha & Ieqa langsung tak nak... 

Saya ambik menu local - mee goreng beserta cucur udang.  Okayla jugak.. & macam biasa Tiha tukang perabis & dok cakap sedap.  Mama malas nak komen... bab rasa, kita jangan tanya Tiha...
 Lepas makan, lepak² dalam bilik, kami pun bersiap ke destinasi berikutnya pula.  Bagi saya Sentosa Villa adalah hotel/resort terbaik dari segi persekitaran, kebersihan dan juga kadarnya.  Saya amat berharap Sentosa Villa boleh kekalkan kecantikan villa yang sarat dengan keaslian suasana tempatan & tumbuhan menghijau.  Untuk maklumat lanjut boleh ke web Sentosa Villa ...

P/s : Kadar di Agoda adalah RM238 sebelum tax & service charge... Saya booked over the phone direct dengan Sentosa Villa & bayar RM228.00 nett time check in. Biasanya saya akan call resort dulu untuk tanya rate & compare dengan Agoda utk check mana lagi murah...





PERCUTIAN 2014 - 1

Friday, March 28, 2014 0 comments
Indahnya ciptaan tuhan... Sayangilah alam kita! 

Malam ni nak bukak topik tentang percutian kami baru² ni... Percutian yang dirancang last minutes, mujurlah penginapan ada walaupun booked last minutes.

Kami bertolak ke Kuala Kangsar pada Ahad lepas & bercadang bermalam di rumah adik di sana.  Kami saja bermalam di sini dulu sebelum check in di sebuah hotel keesokkannya.  Alang² dah ke arah sini, eloklah kami check in di rumah adik sekali kan.. 

On the way ke Kuala.. kami singgah makan di Capati Corner Temoh.  Kami pun takde tempat makan tertentu di kawasan ni, jadi tak nak ambik risiko 'termasuk' kedai yang tak sedap, kami layan capati ajelah.. hehehe...

Saya & suami sukakan kuah sardin.  Budak² ni layan kari aje...
Masa bergerak ke Kuala, kami mintak bantuan GPS (waze) untuk mengelak laluan Ipoh.  Betapa seronoknya kami sebab berpeluang melalui jalan baru yang amat cantik!  Kami melalui kawasan Kampar, Batu Gajah, Bota, Parit & Tanjung Belanja seterusnya Kuala Kangsar.  Cantik sungguh pemandangan di kawasan laluan ni.  Pasti kami akan datang kembali untuk menikmati keindahan alam ini.  Lagipun saya rasa rugi sebab tak snap gambar sepanjang jalan ni sebab was² dengan jalan ni.  Jadi memang kami bergantung sepenuhnya pada map masa tu.  

Perjalanan yang amat indah.. sayangnya saya tak sempat snap gambar gunung ganang & juga sungai yang amat mendamaikan.  InsyaAllah jika panjang umur, kami akan kembali ke sini....
 Kami tiba dia rumah adik ketika hari hampir Maghrib.  Jadi sepanjang malam just beristirehat & adik belanja kami makan di tebing Sungai Perak.  Saya tak snap gambar kerana suasana agak gelap.  Lagipun saya ni kena tunggu mood juga bila nak ringankan tangan snap gambar.. hehehe...
Baby yang tak berapa nak baby suka menyemak dalam rocker Zarah.. Nasib baikla berat budak ni less than 10kg, kalau tak jgn hrp Mama kasi melepak dalam ni!
 Malam tu, tak di sangka² si Misha tak boleh tido.  Sepanjang malam bangun & berjalan keliling bilik & gelisah habis... Rupa²nya dia kepanasan!  Saya sendiri pun tak boleh nak lelap tengok dia tak duduk diam.  Last² kami angkut kipas extra & pasang maximum direct pada dia, barulah dia tido!  Mujurla Ieqa & Tiha tidur nyenyak awal² lagi sebab Mama & Baba pun join Misha kat kipas tu (tak tahan bahang).  Padahal kipas syiling bukan main kuat lagi.  Ingatkan KL aje panas macam ni... semakin panas kan cuaca Malaysia sekarang...

Esoknya Adik bawak kami breakfast pula.  Kedai yang dia bawa ni banyak betul pilihannya & menunya pula tak seperti menu sarapan biasa.  Malangnya, hampir kesemua makanan sudah 'yilek'.. Jadi kami sempat merasa beberapa jenis makanan aje..
Pak Ndak melayan Tiha & Ieqa sementara menunggu makanan.  Di belakang kedai ni ada kebun getah... sukala budak² ni...

Antara makanan kami - Mee Kari & Nasi impit kuah kacang...

Set Mee Kicap (nak order wantan kicap, tapi dah habis).  Bukan main suka Tiha makan.. dia memang sukakan noodles... any kind of noodles dia boleh telan.. 

Budak² jakun tengah berebut biji getah!
 Asalnya kami nak bawak kanak² ni memancing.  Boleh pinjam pancing Pak Ndak.. hehehe... Malangnya masa agak suntuk, nanti muncung pula bibir masing² kalau tak dan dapat ikan.  Jadi kami minta adik tunjukkan kami port memancing yang sesuai di kawasan ni.

Sebaik sampai... Ya Allah.. cantiknya kawasan ni.  Betul² berhampiran Istana Kuala Kangsar (dekat dengan rumah Adik)... InsyaAllah.. kami akan datang semula... Hari ni takleh.. dah ada plan lain plak...

 



Sebenarnya ada lagi satu pot mudah untuk memancing... Tapi curam skit, Mak Buyong macam saya tak boleh join... perati kan aje lah.. Lagipun saya takde la minat memancing.. boring sioott.. Kalau suruh terjun kuak lentang ke dalam air tu, okla jugak.. ni menunggu dediam kat tepi sungai.. aduhh.. stresss.. heheheh...

Pot paling senang.. belakang umah adik aje.. hehehehe.. 
Lepas teasing budak² ni lebih kurang dengan pot memancing yang cun tu.. kami bersiap² ke destinasi seterusnya.  Yang ni kena buat entry khas... sebab banyak sangat gambar nak share.. Cantik tau tempat ni... tungguu!!!!...