Sambung sikit fasal entry sebelum ni... KAIN. Since ada yang request nak tau kat mana nak dapatkan kain² ni... saya share sikit kat mana sumber²nya ye. Ini antara penjual yang saya kira agak murah selepas dibanding kat sana sini. Hampir kesemuanya dari FB sebab saya ni takde istangram semua tu.
|
Antara kain² yang saya ada (ni kira sikit aje kan...). Yang paling atas sebelah kiri ialah kain cotton bidang 90 (untuk cadar), yang atas sekali warna hitam tu ialah heavy cotton, sebelahnya pula kain langsir (saki baki jahit sofa), hujung kanan - lycra moss crepe (gray), cotton lycra (black), white cotton & grey jersey (paling atas).
Rak bawah sebelah kiri pula - Japanese cotton, sebelahnya tu grey couldroy, knit cotton & kain flannel, kemudian printed lycra & kain lelong RM3 di Gulati's & paling hujung Dull satin (olive green) & cotton murah RM5 di Gulati's. |
Entah korang paham tak apa yang saya listkan kat atas tu... heheheh... Ala.. lebih² kurang ajelah yea...
|
Facemask yang saya jahit guna Japanese Cotton |
SELLER JAPANESE COTTON
Kain Japanese cotton yang terawal saya beli ialah dari Ika
Cottonlicious by Zurieka harga cotton kat sini RM16/m atau RM69 sepasang termasuk postage. Boleh tengok di page dia ye untuk detail.
Kemudian saya beli pula Japanese Cotton (sama kualiti) tapi remnant pada harga RM108/20m termasuk postage dengan
Amani D'Butik kainnya ada koleksi DComel, Kids & Kraft dll yang cantik. Harga sepasang kat sini RM68 termasuk postage.
Sorang lagi seller & rancak buat sale ialah Pengedar Multipurpose melalui page
Charm's Collection & Design. Saya cadangkan u all beli time this seller buat sales, boleh dapat harga RM15/meter.
Nak ikutkan banyak lagi seller lain, tapi saya share yang mana saya familiar dululah yea. Lagipun seler² ni jual kain yang sama kualiti. Kalau nak beli cotton yang murah saya prefer ke Kamdar berbanding secara Online ni. Pembelian online untuk kain² yang coraknya cute & terang, berbanding di kedai. Kalau saya jumpa harga yang lebih murah, kualiti yang sama, saya share lagi.. :)
SELLER KNIT COTTON
Baru² ni saya beli knit cotton Hello Kitty dari
Nuur Syamen. Kain knit cotton ni macam kain tshirt. Memang sesuai untuk baju muslimah, kanak² & baby. Saya suka menjahit guna guna knit cotton & lycra sebab tak perlu dijahit tepi & hasil selepas dijahit memang cantik, macam dibeli di pasaraya... ahakss... Knit cotton yang saya beli dgn Nuur Syamen ni kira OK kualitinya. Tapi ini first time saya beli knit cotton jadi tak boleh bandingla kan.
Kemudian saya dapat tau pula penjual knit cotton yang murah (RM15 ke bawah)
di sini . Saya kurang pasti tentang kualiti, biasanya saya akan order sedikit dulu utk tengok kualitinya macam mana & nak tengok jugak seller ni ok ke tak. Dah puas hati barulah repeat order... hehehe..
SELLER KAIN T-SHIRT
Kain t-shirt yang dijual ni taklah memeri banyak. Saya belum pernah beli, tapi bercadang nak beli. Kalau nak yang betul² best beli yang 100% cotton or kain totone. Nak tau detail, boleh contact Zaza
di sini yea.
SELLER COTTON (CADAR)
Kain berbidang besar (60, 90 & 120).. boleh belek di FB Eein or Page
dia atau boleh juga ke FB
Izz Amnisha. Harga semeter RM16.
SELLER LYCRA
Kedua² seller yang saya cadangkan ni ada juga jual kain jenis lain. Tapi saya aim lycra diorang tu sebab murah dari yang biasa saya beli. Boleh cuba contact sendiri Asiah dari
A.F Boutique & Tailor
Boleh juga belek kain lycra yang comel² dengan
Sakila Yahya. Saya baru je order knit cotton RM30 untuk 2meter dari dia. InsyaAllah esok atau lusa sampailah tu...
Kain lycra ni harganya berbeza² ikut ketebalan & jenis. Kalau nak buat baju seeloknya beli yang berat 320 grams ke. Jadi time nak beli tanya lah dulu berat kain tu ye. Lycra pula ada banyak jenis - denim, cotton, moss crepe dll tu. So tanyalah seller tu yang mana sesuai untuk kegunaan kita. Pengalaman saya, denim lycra is my favourite cuma pilihan warnyanya amat limited & kurang berseri.
Untuk kain² lain tu pula saya beli di kedai aje. Contohnya kain cotton lycra yang saya beli di Kamdar RM12/meter. Kain flannel (sesuai dibuat barut, selimut baby dll) RM6.80/m di Nagoya, Kain cotton murah RM5 di Gulati's, untuk heavy cotton (kain langsir, sarung sofa, beg dll) boleh beli di Tewah untuk RM15/m.
Buat sementara ni cukuplah dulu info tentang kat mana nak dapatkan kain² ni ye. Saya pun masih lagi belajar mengenali kain & dunia jahitan ni. Saya pun bukanlah menjahit sepenuh masa. Kadang² seminggu mesin jahit ni tak bersentuh pun... Tu yang slow sangat proses pembelajarannya tu... :P
P/s : Gambar² contoh kain saya ambil dari FB seller terbabit...