Saya masih lagi sibuk mengadap projek Batu Seremban. Walau tak serancak awal² hari tu. Tapi tiap² hari masih ada order yang masuk. Kadang² rasa penat juga. Iyelah.. banyak lagi tugasan lain kat rumah, tapi nak kena mengadap Batu Seremban pulak. Bila time free pulak, ehh.. apsal sikit sangat order hari ni? Hahaha...
Tapi yang makin buat saya kepenatan, banyak lagi projek menjahit yang kena disiapkan. Wallet saya pun dah terburai... Zipnya tercabut.. Uuwwaaaa!!! Sekarang ni saya bertahan jugalah pakai wallet yang tak berzip tu. Berterabur barang² dalam beg. Time kat kaunter pembayaran mulalah kelam kabut selongkar bag nak cari kad itu ini... heheheh... Aduhai... Masa Oh Masa.. Parti kelas pula ada 3 menanti. Malam ni saya buat kek coklat karamel untuk parti kelas Ieqa esok. Lagi 2 parti untuk kelas Tiha & Pengawas Pusat Sumber pula. Belum lagi nak kena jahit Uniform sekolah untuk tahun depan. Ieqa pun dah masuk darjah 1. Track suit sekolah pun saya nak cuba jahit kali ni. Harap² berjaya lah sebab kami tak pernah lagi jahit benda² ni semua. Jenuh juga nak surf tutorial di FB & Blog nanti ni. Moga² mission kami yang tak pernah habis ni tercapai lah.
Dalam pada dok kelam kabut dengan hal ehwal rumah, Kina Kitchen dan lain² nya tu, ada pulak tragedi lain. Tiha ke SK Selayang untuk masuk pertandingan bunga. Jam 8.30 pagi saya dikejutkan dengan panggilan dari Baba. Baba cakap Cikgu Tiha called bagitau Tiha jatuh di sekolah. Baba takleh nak cakap banyak dengan Cikgu sebab customer tengah ramai. Suara customer pun bukan main hiruk pikuk kat belakang. Dahlah staff tak datang pulak sorang. Aduhaiii...
Saya called semula Cikgunya. Mula² Cikgu mintak saya datang. Tapi saya bimbang akan lambat sebab Ila dengan Misha tengah tidur. Nak mandikan diorang & nak drive ke Selayang tu satu hal lagi lah. Saya ni memang drive dlm Melawati aje. Buta jalan pulak tu!! Cikgu offer datang jemput Saya... still saya rasa hanya melambatkan situasi. Saya minta Cikgu bawak Tiha untuk dapatkan rawatan dulu sebab Cikgunya kata gigi Tiha patah! ..
Tak lama tu Cikgunya called semula. Klinik Gigi Selayang tak bukak sebab masih under renovation. Kemudian Cikgunya minta izin saya bagi pihak Tiha untuk patah balik ke SK Selayang. Katanya Tiha tak mau balik, dia tetap nak bertanding. Sebenarnya saya dah jangka Tiha tetap akan masuk bertanding walau macam mana pun. Langsung saya tak terkejut bila Cikgunya cakap macam tu. Kalau dia sanggup bertahan sampai pertandingan habis, tak apalah.
Masa ni Baba pun dah on the way ke SK Selayang. By the time Baba sampai, Tiha dah bergegas masuk ke tempat bertanding. Terkejut sangat bila dapat tau 2 batang giginya patah, bibirnya luka. Baba cakap Tiha teresak² tahan nangis tapi tetap nak stay dalam pertandingan. Mesti sakit sangat lah tu, kalau tak mesti dia tak menangis depan public macam tu. Cikgunya pun tak pasti macam mana boleh jatuh teruk macam tu sebab masa tu Tiha tengah berjalan dengan kawan².
Elok aje habis pertandingan, Baba ambil Tiha di SK Selayang, bawa balik rumah dan terus kami bergeas jumpa Paediatric Dentist USIM di Pandan Indah. Masa on the way ni lah baru saya tengok keadaan dia...
|
Ya Allah.. agak teruk rupanya. 2 batang gigi patah & bibir terkoyak!! Aduh.. mesti sakit sangat ni. Lapar pun ye sebab dia tak boleh makan dr awal pagi. |
Cikgunya ada hantar gambar semasa pertandingan...
|
Tiha & ahli kumpulan... |
|
Bunga hasil tangan budak² 10 tahun... |
|
Pertandingan Daerah Gombak... |
|
Group SK Melawati jadi JUARA !!!! Kalau perasan boleh nampak muka Tiha dah makin membengkak masa ni... Bayangkan dari jam 8.30 pagi dia jatuh, tapi still nak bertahan di sana sampai jam 2.00 |
Di Klinik Gigi USIM di Pandan Indah, jenuh juga kami nak dapatkan rawatan. Macam² soalan diaju. Kami datang pun atas saranan Adik Ipar. Kenalannya Pakar Gigi Kanak-kanak kat sini (merangkap Lecturer). Kebetulan pakar terbabit takde, jadi memang susah jugaklah kami nak terangkan. Patutnya ada gambar kami di USIM dalam Hp, tapi tak jumpa la pulak.
Cuma kami tak bernasib baik sebab rawatan tetap dicaj (saya sangkakan boleh dapat rawatan percuma dengan membawa surat dari sekolah). Saya pun tak begitu 'happy' dengan servis dari klinik ni. Saya rasa layanan staff HKL jauh lebih berhemah terutama Doktor yang mula² attend Tiha. Hampir saya ajak Tiha keluar & ke hospital lain aje. Tapi memandangkan jam dah 4.00 lebih, saya bimbang hospital lain pun dah tak terima patient. Mujurlah bila pakar gigi & Pakar Gigi Kanak-kanak datang, situasi ok sikit.
Saya pun tak faham sesetengah Dr yang suka 'membuli' pesakit yang datang. Padahal tiapkali bertemu Dr, saya pasti akan maniskan muka dan lembutkan suara supaya Dr yang merawat tu jadi lembut kan. Kita pun faham mungkin diorang penat sebab banyak patient. Tapi janganlah 'buli' patient yang tak bersalah pula. Tak habis² dia salahkan Saya sebab lambat bawa Tiha, kemudian dia sound saya pula macam mana saya boleh tak tahu macam mana anak jatuh... Siap tunding² jari suruh saya hulur tisu... Lagi saya geram bila dia dok korek² & tarik² bibir Tiha yang terkoyak tu. Tiha dok mengerang² tahan sakit. Lepas tu dia marah saya, kenapa tak hantar jahit kat klinik swasta dulu lah. Aduhaiii Dr.. betulkan kamu ini Dr? Kami sekeluarga berkejar terus ke sini sebaik Tiha sampai. Langsung tak boleh fikir apa sebab bimbang klinik tutup. Dari tadi kamu bising, rawatan langsung takde. Bila pakar sampai.. ehh.. tak reti nak treat rupanya. Yang tadi tu dok koyak² mulut budak tu agaknya tengah fikir macam mana nak jahit kot???
Bila Pakar Gigi Kanak² datang, barulah sejuk sikit hati bila dia bercakap elok & lembut dengan kita. Takde sikit pun dia salahkan patient. Masa ni rawatan jadi lambat sikit sebab Tiha yang tak berapa nak cooperative. Dia asyik kemam bibir taknak bagi Dr treat & jahit bibir. Saya rasa dia phobia dengan Dr kaki buli tadi tu kot. Kalau jumpa Dr Zarin ke.. tak pernah lagi dia tak nak bekerjasama macam tu. Mujurlah Pakar ni sabar aje pujuk elok²... explain situasi dll.
Tiha patient last yang keluar dari bilik rawatan. Ruang menunggu dah lengang. Staff yang tinggal pun cuma yang handle urusan pembayaran. Elok aje keluar, anak² nak ke toilet klinik di sebelah lif... Tiga² beradik masuk toilet, saya jaga Ila di luar. Kemudian ketiga² beradik berlari meluru keluar... TOILET KOTORRR.. jerit diorang... Aduh.. no komen... JOm lah kita pegi makan. Kak Tiha mesti lapar gila tak makan & minum dari pagi.
|
Dah dapat rawatan... Dr pesan jangan makan/minum benda yang panas or suam takut jahitan terbuka. Tampalan gigi pun tak berapa proper lagi tu. Gigi Tiha masih sumbing sana sini.. Dr hanya korek kawasan saraf yang terdedah tadi untuk elak infection & cover sikit aje supaya tak terdedah. |
Untuk rawatan Tiha tadi, kena RM180.00. Saya rasa murahla tu sebab dapat treatment under pakar. Oh ye.. sampai sekarang kami pun tak tahu macam mana Tiha jatuh. Dia pun cakap dia sedar² dia jatuh aje. Apapun kes dah pun selesai. Semoga jadi iktibar untuk kita semua & pesan kat anak² supaya berhati² selalu. Satu lagi, Cikgunya memang ada simpan gigi yang patah & bagi ke Baba. Tapi end up dia gigi tu tak digunakan. Kenapa tak guna? Tak pelah.. no komen. Nanti makin panjang pulak saya bebel kat sini...
P/s : Cara terbaik untuk simpan gigi yang patah atau tercabut supaya saraf terpelihara & elak infection ialah basuh gigi tu dan letakkan dalam susu atau simpan dalam air liur empunya gigi tu sendiri. Nanti bawa jumpa dentist ok.