Cream Cheese

Monday, April 29, 2013 3 comments
Masih lagi bertarung dengan demam Laieqa yang tak kebah-kebah.  Semalam temperature dia dah cecah 41c, walhal belum sampai 4 jam saya masukkan supp.  Jenuh jugakla sejukkan badan dia dengan kain lembab sampailah suhunya turun ke 38c barulah lega.  Budak sorang ni kalau demam memang macam ni.  Cepat betul suhunya naik & lebih sejam untuk turunkan balik suhunya tu.

Saya just nak share gambar cream cheese kat sini sbb kebetulan Cik Chinta bertanya mana nak cari cream cheese ni dalam entry lepas.  Maaf juga dekat beliau sebab saya tersilap bagi info.  Saya cakap kotak cream cheese tu warna biru (yg biru tu cheddar)... kalau cream cheese Philadelphia warna grey... sorry yee..

Ni contoh cream cheese yang biasa terdapat di pasaran.  Gambar ni semua saya google eekk...


Dari segi harga Tatura jauh lebih murah dari Philadelphia ni tapi dari segi rasa plak saya prefer Philadelphia le... :).  Kalau nak lagi murah, boleh try cari dekat kedai supply barang bakery, cthya sekarang ni dekat Bagus tengah offer RM26+ untuk 1kg cream cheese, which is tersangatlah murah.

Dulu masa zaman tak pandai nak masak benda² macam ni saya pernah tersilap beli cheese.  Bila nampak cheese dalam kotak & tengok bertulis Philadelphia, terus saya angkut.  Sekali bila saya try nak buat trifle, tak boleh nak lembutkan cheese tu walaupun ditenyeh dengan senduk.  Rupanya saya beli cheddar!!! Masa tu mana familiar lagi dengan bahan-bahan macam ni.  Pengajarannya berhati-hati lah semasa membeli, jangan main rembat aje ye.. :).

Kek Lapis Kukus Cream Cheese buat Bonda

Sunday, April 28, 2013 3 comments
Baru je lega sebab everybody dah sihat & bleh continue rutin harian semula.  Tambah-tambah sekarang ni demand untuk roti benggali semakin bertambah.  Jenuh jugak saya nak cater permintaan dengan microwave convection saya yang tecik tu.  Satu hari bertrip-trip benggali di bakar.  Tengah consider another oven ni tapi tak nak saratkan dapur dengan extra electrical goods lagi.. hhmm... tengokla macam mana nanti...

Dalam happy² tu, tiba-tiba Laieqa start demam plak kelmarin.  Patutla masa saya bawak dia ke Chow Kit untuk cari barang kedai, dia asyik tido aje.  Masa lunch pon dia tido aje kat meja makan, tak nak bangun.  Rupa-rupanya demam.  Dia ni kalau demam memang temperature tinggi, bleh cecah 40c kejap aje.  Jadi saya akan masukkan supp veron dulu, kalau after 1/2hour tempt naik lagi, saya guna poro lak sambil lap badan dia.  Kesian tengok dia menggigil sakan.  

Kali ni nak share resepi kek kukus yang dah lama saya buat.  Sebelum ke Redang, saya dah plan nak lawat Bonda (Pengetua sekolah saya dulu) yang dah lama lumpuh akibat kemalangan.  Saya dapat tau fasal kemalangan ni dari tahun 2000 tapi tak dapat nak cari alamatnya.  Sampailah dia dapat anugerah guru lagi tahun lepas, saya berjaya jumpa dia kat FB.  Banyak kenangan saya dengan pengetua kesayangan ni.  Bonda bukan sebarang Pengetua, Bonda telah mengubah status sekolah kami dari sekolah luar bandar yang tercorot sehingga menjadi yang terbaik di Pahang.  

Malam sebelum ke Pulau Redang, saya sibuk mengemas beg-beg & juga memasak kek kukus ni.  Saya pun dah takde idea nak bawak apa, jadi buat je la kuih yang simple macam ni.  Lagipun masa agak limited sebab saya sibuk dengan persiapan perjalanan untuk 5 hari.  Banyak persiapan & barangan yang nak kena kemas tu...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang dah masak... Ahamdulillah.. menjadi
OK.. resepi asalnya dari Kak Yatie, saya copy paste balik kat sini ye..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sebelum sampai di rumah Bonda kami singgah makan mee kari dekat Gambang.  Agak sedap mee kari nya, jadi saya bungkus sikit untuk Bonda.  Bonda ni masih single & hanya dijaga pembantu rumah saja. Bolehlah diorang makan untuk dinner nanti.

Bersama Bonda (idolaku).. masih ceria & positif seperti dulu walaupun sudah berbelas tahun terlantar di katil.  Selepas kemalangan Bonda aktif menulis buku sehingga diberi Anugerah Perguruan walau sudah lama bersara.  Bonda juga pernah mendapat Anugerah Principle of the Year (peringkat Kebangsaan) selepas menaikkan nama sekolah kami.  
Satu perkara yang tidak mungkin dilupai oleh anak muridnya, bunyi high heel Bonda.. hehehe... Kerajinannya meronda satu sekolah & memantau sendiri kelas-kelas amatlah digeruni.  Tiapkali dengar derapan sepatunya yang laju, memang kecut semua orang... habis bertempiaran lari duduk tempat masing-masing & pura-pura baca buku.  Kalau dia masuk ke kelas, lagilah kecut!! Bonda juga mempunya Masters dari US jadi kefasihan beliau berbahasa Inggeris juga menggerunkan kami pada masa tu.  Mana taknya,  kalau dia bertanya in English, mau terkucil nak menjawab... hehehe..

Masih teringat kenangan bersama Bonda menghantar saya pulang jika saya terpaksa stayback di sekolah ketika membantunya membuat tugasan.  Jika membrek kecemasan, cepat-cepat Bonda akan menahan badan saya dengan tangan kerana bimbangkan keselamatan muridnya.  Sungguh lembut hati Bonda yang seorang ini walaupun zahirnya nampak garang.  Terima kasih atas jasamu Bonda.  Saya pasti semua pelajar Bonda amat menghormati & menghargai Bonda selama-lamanya.

Soto

Wednesday, April 24, 2013 0 comments
Nak tayang menu lama... resepi kuahnya lebih kurg aje mcm buat sup ayam (saya suka gunakan rangka untuk dijadikan stok) & bergedil pon sama jugak.  Ni menu di kala semua orang sakit tekak & takde selera aritu.  Menu berkuah yang tak pedas, senang ditelan.. hehehe..

Main Air Lagi...

0 comments
Entry Pulau Redang lagi. Lama betul tertunggaknya.  Sampai hilang dah mood percutian.. hehehe...

Disebabkan sebelah malamnya semua orang dapat tido nyenyak, segar bukan main rupa masing-masing.  Laju je pegi breakfast & rilek-rilek sekitar resort sebelum bersiap naik bot ke Marine Park pula.  Tak sabarnya nak tengok Marine Park.. seumur hidup ni, baru first time berpeluang jejak kat Marine Park.  

Misha suka sangat duduk dalam hammock. Ni tengah kekenyangan lepas breakfast. Semua muka tak mandi lagi.. hehhee..
Untuk sampai ke Marine Park kami melalui kawasan Berjaya, tapi nampak dari jauh aje.  Bila dah sampai ke taman laut, memang meriah sungguh.  Sampai kena tunggu turn sbb banyak sangat bot-bot yang turunkan penumpang masing-masing.  Sementara menunggu, saya & suami amat terkilan melihat banyak tumpahan minyak terdapat atas air.  Macam mana Marine Park boleh biarkan tumpahan minyak memenuhi jeti diorang???  Bukan ke tempat ni sepatutnya paling terlindung & bebas dari pencemaran kerana tempat perlindungan hidupan marin? Frust sungguh saya...

Sampai aje dekat park, takde apa pon kat sini.  Macam park biasa aje,  cuma nampak ramai sangat orang snorkeling.  Kebetulan ramai yang tukang volunteer nak jaga budak-budak ni, jadi bolehlah saya snorkeling berdua-duaan dengan my hubby!! Yieehaaa.. excited sangat dapat snorkeling sama-sama.  The best part, boleh snorkeling & swimming sambil holding hand... really love that moment.

Paling kelakar tu saya excited sangat nak snorkeling sampai lupa pakai life jacket.  Patutla makin lama makin penat aje,  badan pon rasa berat.  Dah jauh ke tengah baru perasan saya tak pakai vest.. hehehe.. bertuah betul la.  Husband ku pon tak perasan bininya tunjuk terre swimming kat tengah-tengah laut.  Cepat-cepat saya tunjuk isyarat pada suami, nak patah balik ambik life jacket.  Penat wehh.. kalau muda-muda dulu larat la nak snorkeling togel cenggitu.  Skang ni stamina pon dah out,  then jarang swimming takut kaki senang krem.

Memang banyak sangat coral & ikan-ikan yang cantik kat sini.  Since kami ada banyak masa & tak perlu take turn, maka jauh jugaklah kawasan yang diteroka.  Cuma sayangnya takde camera je.. so takde la gambar underwater kat sini.

Cuma yang paling sadis, banyak sungguh coral mati!!!  Kalau di gigi air tu, terlalu banyak cebisan coral sehingga takde ruang pun nak berpijak.  Kena extra careful sebab takut kaki terluka sbb banyak sangat sisa coral yang mati!!  Saya tak faham kenapa tiada pengawasan yang dilakukan di sini?  Bukankah coral ni semua amat sensitif, tidak boleh disentuh, apatah lagi dipijak!!  Kenapa tak maklumkan pengunjung, coral akan mati jika disentuh & ambik masa berjuta-juta tahun untuk tumbuh semula!!!!

Buat mereka-mereka yang tidak tahu hargai nature, JANGAN DATANG, dok aje kat rumah diam-diam or jalan-jalan aje kat shopping complex.  Kalau nak tengok nature sangat pon, tonton di tv sajalah!!  Ni datang ramai-ramai pakat rosakkan alam semulajadi yang memang susah sangat nak jumpa.  Sorry aaa.. emo saya tau bila tengok benda-benda macam ni.

Sampai dari marine park dah tengahari, lepas lunch balik istirehat kejap sebelum ke next snorkeling site.  Oh ye, bot kami ditahan oleh pegawai marin masa balik dari marine park tadi.  Bot dah overload,  lesen untuk 14 penumpang aje, yg naiknya berpuluh orang..  lama jugakla kami berlabuh kat tengah laut, siap kena amek nama, no. ic & gambar lagi.. peace!!!

Takde apa nak story sangat pasal snorkeling site yg ketiga ni.  Sebenarnya coral kat sini tak cantik & suram je.  Sepanjang snorkeling, seekor ikan pun saya tak nampak!!.. Buang masa aje, baik main pantai kat depan resort aje.  Ikan pon banyak.. :(

Balik aje snorkeling terus ajak anak-anak minum petang & sambung main pantai!! Yieeehaaa... inilah suasana pantai di depan resort ni.  Meriah sungguh.  Tapi seronokkk sangatt...



Kami ambik 4 keping roti time breakfast tadi sebab nak feed ikan.  Banyak sangat ikan-ikan kat pantai ni, jerit-jerit baby suka tengok ikan.  Memang geli-geli jugakla sbb ikan ni main sondol aje.  Sapa bawak roti memang kena serbu.  Nasib baik budak-budak ni tak takut bila ikan ni kerumun..

Bergambar dengan sepupu yang jarang dapat jumpa... 
Petang ni memang all out la main pantai & pasir.  Esok by 11.00 nak kena check out dah.  Ingat pagi-pagi esok nak bagi dorang main air kejap lepas breakfast (sebenarnya Mama dorang yg teringin..hehehe).  Nampak semua orang tak puas lagi main air!!..

Baby Notti Mama

Friday, April 19, 2013 2 comments
Ni caranya saya nak Cakk orang, tonggengkan badan then skodeng dari kelangkang... Tak senonoh kan...
Tension tul sekarang ni tiapkali nak update blog, si Misha akan start buat bunyi-bunyian memanggil Mamanya.  Ni payah kalau budak terlebih sensitif.  Almost every night Mama try curi-curi online membelek resepi, blogwalking dll, tapi baru je Mama nak warm up... siaple dia buat bunyi-bunyian.  Kalau nak tekan kibod ni lagi lah pantang!!  Bunyi click mouse pun dia boleh terjaga!

Alahai.. alert betul si baby Misha ni.  Tak kasi can Mama nak ngular langsung!  Kalau siang-siang lagi le takde can.  Kalau dia tido,  masa ni lah peluang siapkan semua kerja secepat mungkin.  Kalau dia tak tido, memang tak jadi kerja sbb kena mengekor dia.  Banyak sangat aktiviti kurang sihat budak ni. - kejap-kejap panjat & berdiri atas sofa la, kejap-kejap korek benda-benda kotor la, selongkar tong sampah la then apa saja sisa yang ada di lantai disumbat dalam mulut...  Aduuhh!!  Mana Mama tak bimbang...  Laieqa sampai tak larat nak panggil Mama everytime adiknya buat benda bukan-bukan.

Tapi kesian juga nak bagi arahan kat budak 3 tahun mengasuh adik kan.  Kalau adiknya tu bersopan santun & mendengar kata ok gak.  Dia yang menyakat kakak ade la....  lagi Kakaknya larang, makin lebar sengihnya.. hehehe.. Jadi Mama kena lebih alert & sentiasa ada dengan diorang la.  Pendek kata, memang tak jadi kerja!!

Nampak macam tengah melalak sakan kan?.. hehehe

Nooppee... budak ni takkan melalak kalu time berjalan.. tapi menjerittt!!  Nak express happiness la kot...  (Kak Tiha saja suka-suka ajuk Misha)...

Mula-mula semua orang rasa funny bila dia jerit dengan suara nyaring... lama-lama... malas nak layan!! (Baba dah kebosanan dengar budak hyper plus jakun dapat berjalan-jalan.. hehehe)

Ni plak rakaman masa saya singgah solat di Masjid Sultanah Zahariah di Terengganu.  Kebetulan time saya solat, ada 2 mak cik je dalam tu tengah menunggu masuk Asar sambil berbual-bual.  Jadi saya biarkan dia mengganas kejap.  Bukan main suka la... permainan favourite dia pastinya tonggeng-tonggeng sambil skodeng orang!!