Dah lebih seminggu saya tak boleh buat lawatan sambil belajar ke blog2 lain. Kalau bukak blogger kat android memang selalu ada masalah ni ke?
Harap2 cepatla Google ni fix kan problem ni. Rasanya dah byk kali jadi. Blogger oh blogger..
PRODUCT REVIEW - KENWOOD SANDWICH MAKER SM650
Dah berbulan sandwich maker ku rosak. Walaupun usianya dah pun 9 tahun, tapi tetap ada sentimental value nya coz hadiah kawin kan. Bila takde sandwich maker, mula lah masing² request roti cheese favourite diorang tu. Maka kenalah saya mencari sandwich maker baru. Lagipun harganya takde lah mahal mana kan.
Sebelum² ni saya pernah ternampak 3 in 1 sandwich maker dekat Milk A Deal. Tapi brand yang saya tak familiar (China punya kot). Kurang sikit tahap confident nak membelinya. LAgipun berdasarkan pemerhatian saya, harga barang² kat Milk A Deal tu cekik darah. Kalau tak caya korang cek barang yang sama dekat Mr DIY, sometimes beza dekat 3x ganda tu. Saya compare ni brand yang sama tau, dah berpuluh product saya cek, sah.. harga diorang memang jauh lagi mahal dari MR DIY.
So saya start surfing mencari sandwich maker... sehinggalah terjumpa yang Kenwood ni...(gambar saya google)..

![]() |
| Sandwich maker ni boleh juga dibuka begini kalau kita nak menggril apa²... |
Haa.. menarik tak? Bila survey harga secara online.. semuanya sekitar RM139.00 tak termasuk delivery kecuali di Senheng RM129.00. Jadi laju aje saya call Choon untuk menempah. Saya ambik warranty yang ganti baru kalau rosak tu untuk 2 tahun. So extra another RM5, maka belilah saya pada harga RM134.00. Yabedabeduuuu!!!
P/S : Washer Dryer Samsung Ecobubble pon tengah offer tau, harga lepas offer below RM3,000 (kalau member)!! Murah tu tau.. Saya beli aritu RM3,200+. Agaknya Senheng nak habiskan stok kot sebab di web Samsung memang model ni takde lagi dah.
STEAMED FISH (CHINESE STYLE) / IKAN KUKUS ALA CINA
Semasa ke fishery baru² ni, saya hanya beli satu jenis ikan aje. Memang tak banyak pilihan pun yang ada. Tapi bila pekerja kat fishery tu dok cakap... "U try dulu kasi tengok, sekali U makan pasti teringat². U tak mau makan ikan pasar lagi dah tau!". Amboii.. kempen sakan nooo...
Alang² dah sampai pun kan, jadi saya beli lah jugak Ikan Bawal Putih ni sekilo. Saya ni bukan makan ikan pun, beli untuk Baba & Tiha. Kalau tiba² saya terasa terigin nak rasa, bagus jugak. Dah lama saya paksa diri belajar makan ikan, tapi susah betul tekak ni nak terima.
Dekat fishery kedua ni saya 'terbeli' juga udang lipan (yang sudah dikopek kulit RM20.00) dan juga udang kering yang kelihatan amat segar RM10.00. Masa beli ni, Chinese guy yang entertain saya tu siap pesan, ikan tu masak stim untuk dapat rasa keenakannya. Udang tu pula disuruh celup tepung. Okaylah Tan (rasanyalah namanya Tan.. heheeh).. Nanti saya cuba ye..
| 3 ekor ikan bawal putih yang sudah disiang & dibuang sisik.. Ehh.. macam ikan cermin pulak ye. Ikan ni langsung takde bau hanyir. Kurang pasti lah sebab ikan ni fresh or spesis ikan ni memang takde bau. Tapi si Tan asyik highlight ikan di pasar tu dah letak ubat, tekstur & rasanya takkan sama kalau beli direct di fishery. |
Saya refer video bawah ni untuk buat ikan stim. Boleh juga refer blog Kak Azie yang memasak ikan stim yang hampir sama dengan video tu, cuma dalam youtube tu tak letak bawang putih.
| Saya susun halia & sedikit daun bawang atas pinggan kukusan |
Siramkan pula campuran kicap yang telah disediakan & tabur daun bawang serta hirisan cili jika suka. Siap!
| Kicap cair yang dicampur halia, sedikit gula & lada sulah. Dalam resepi asal dicampur juga 'chinese wine' tapi bolehlah diganti dengan stok ayam (saya letak sedikit sos tiram). |
| Ikan yang dah siap dimasak. By rite kena taburkan daun bawang segar untuk nampak lagi menarik. Tapi tak nak bazirkan daun bawang, buat apa letak kalau tak nak makan daun tu kan... :P |
Saya pula? Pastinya mencuba juga secubit. Memang takde hanyir, tapi tetap tak suka ikan. Bilalah agaknya saya akan berjaya makan ikan ye.. :(
MASJID CONTOH
Tiapkali travel pelbagai jenis masjid yang dah kami singgah. Sorry to say, walaupun rumah ibadat... ramai yang tak bertanggungjawab dari segi kebersihan. Sampaikan saya phobia nak singgah masjid di luar bandar or yang nampak usang. Biasanya kami memang pilih masjid² yang baru & cantik di luaran kerana biasanya masjid baru ni keadaannya terjaga sikit. Sedih kan, kat rumah ibadat pun ada yang suka tinggal souvenir or tak reti bersihkan sisa sendiri. Kalau masing² pandai gunakan toilet sebaik mungkin, takde lah pelbagai sisa yang bukan² boleh jumpa di tandas tu. Hairan betul saya dengan orang macam ni. Patutnya ke rumah ibadat buat pahala, silap² dapat dosa pulak kan.
Jadi baru² ni bila nak mencari masjid, saya ingat nak singgah di Masjid Kuala Selangor yang nampak besar & bersih tu. Tapi sebelum tu, kami terjumpa masjid ni pula. Since rupanya boleh dikatogeri masjid lama, jadi saya minta Suami periksa dulu keadaan tandasnya sebelum kami decide untuk solat di sini or the next masjid.
| MAsjid Ar Raudhah Sabak Bernam |
| Massage chair & vending machine |
| Sebaik masuk... ada ruang untuk ibu & anak pula! kawasan bertirai tu pula ialah laluan nak ke tandas wanita, ada cermin |
| Saya duduk di ruang ibu & anak sementara menanti Baba solat |
Sebaik Baba solat, saya passkan baby, terus ke tandas... Elok je masuk, kat ruang sebelah kiri terdapat tempat menukar lampin bayi! First time saya jumpa kemudahan ni di masjid... (dan tiada diapers yang dah ada isi terbiar di sini)..
Ruang Wudhuknya siap berhias dengan bunga..
Selesai solat, saya baru perasan ada 2 orang pekerja sedang membersih masjid. Memvakum & mengelap kipas² syiling. Alhamdulillah.. sejuk hati tengok keadaan masjid ni. Walaupun lokasinya bukan di bandar, tapi susun aturnya betul² saya kagum. Cara masjid mengumpul dana juga patut menjadi contoh kerana ianya boleh digunakan untuk maintenance masjid tanpa mengharap dana kerajaan & derma 100 %.
Kalau sesiapa ke Sabak Bernam, singgahlah di masjid ini. Sebagai tanda support, bolehlah hulurkan sumbangan. Kalau tak mampu menghulur pun takpe, cukup sekadar jaga kebersihan masjid dengan tak meninggalkan pelbagai souvenir yang tak patut di sana!
Antara tandas masjid terkotor yang pernah saya jumpa ialah masjid India Muslim di Sungai Siput & Masjid Kemaman...Ya Allah.. terkejut sungguh saya hampir nak termuntah tengok keadaan tandasnya. Najis di hampir semua tandas & diapers kotor ternganga sana-sini.. Moga pihak² yang bertanggungjawab insaf... (mohon terasa kepada sesiapa yang tak reti membuang di lubang yang sepatutnya & tak reti nak simbah bekas kencing sendiri. Yang ada anak pula tak reti² nak buang diapers anak tu dalam tong sampah agaknya).
Pihak AJK masjid juga patut lebih kreatif dengan mengguna pakai ruang masjid bagi mengumpul dana macam yang masjid Ar Raudhah buat. Dengan adanya income, dapatlah mengupah pekerja pembersihan melakukan tugasan membersih & memantau masjid.
P/s : Tak dapat menahan emo melihat tahap sivik rakyat kita!
FISHERY & BUKIT MALAWATI
Pagi Sabtu yang lepas, kami anak beranak menuju ke Kuala Selangor. Lokasi kami ialah Fishery sekitar Sungai Yu. Ini kali pertama kami ke sini, dapat tau pun melalui kawan yang biasa membeli seafoods segar dari Fishery sekitar ni. Lepas lama dok terfikir² nak ke sini, akhirnya hasrat saya tercapai juga pada Sabtu lepas... :)
Nak ikutkan saya boleh order aje seafoods dari Suami yang akan ke pasar seawal jam 3.00 pagi setiap Jumaat. Tapi saya prefer memilih sendiri coz baru senang nak tengok kesegaran & nak decide menu masakan.. (Iyolah sangat...)..
Ok.. menurut kawan, ada a few Fishery kat sini, saya pergi ke dua tempat aje. Ini pengalaman pertama, jadi saya tak boleh share banyak info lagi. Bila dah mahir dengan selok belok kawasan ni, bolehlah kita story panjang lagi ok. Entry kali ni saya just browse serba sedikit apa yang kami buat Sabtu lepas. Oh ye, gambar very limited coz tak semua gambar ada di Google plus saya, so saya share mana yang ada ajelah ye...
| Kami sampai ke Fishery pertama ni sekitar jam 1.30. Masa sampai, ehh.. lengang aje.. ingatkan meriah dengan pembeli dengan pemborong. Tapi alang² dah sampai, saya turunjugaklah survey apa yang ada... |
| Dalam fishery & pastinya berbau fish! |
| Banyaknya stok garam.. |
| Inilah Apek yang peramah tu.. Ehh.. saya tak ambil gambar penuhnya. Dia sedang sibuk mengopek udang sambil sibuk menanya itu ini kat saya. Katanya udang ni dikopek untuk dibuat keropok. |
Kemudian kami ke fishery kedua pula.. Bot kat sini pon belum sampai lagi. Tapi ada a few jenis seafoods dijual. I guess baki² yang semalam punyalah kot.
| Ada ikan yu & a few jenis ikan yang bercampur aduk... |
| Saya beli juga sotong RM6.00 sekilo (kecik² comel aje sotongnya)... |
Lepas membeli kami ke masjid & cari tempat untuk lunch. Masa ni teringat ada satu kedai Mee Udang yang pernah kami makan 4 tahun yang lalu. Ohh.. makin meriah kedainya..
| Ieqa & Tiha layan Mee Udang |
| Baba makan Nasi goreng Udang |
| Saya pula ambil mee goreng udang |
Lepas makan, barulah turn anak² beraktiviti pula...
| Baby Shumaila yang suka makan angin... |
| Nun di sana kelihatan lautan membiru.. kami tak turun pun dari tram sebab bimbang ini tram yang terakhir. Lagipun nampak langit macam makin mendung.. |
| Ada budak mengamuk tak nak duduk dalam carrier.. Ohh.. nak nikmati pemandangan rupanya. Dalam carrier dia terpaksa mengadap Baba aje, mana best! |
![]() |
| Sempat layan playground pulak... |
| Haa.. notti monyet ni tau... |
| Apapun.. mereka juga makhluk Allah yang berhak untuk hidup atas mukabumi ni.. Jangan pula kita khianati or sakiti mereka ok. Didik anak² kita untuk sayang sesama makhluk.. :) |
Dalam kereta, Tiha asyik merungut lapar. Isshh.. bela hantu ke apa.. makin kuat makan budak sorang ni. Jadi kami singgah di gerai Cendol Bakar. Kalau dari Kuala Selangor, gerainya di sebelah kiri jalan. Besar signboard nya.. InsyaAllah takkan termiss kedai ni. Boleh juga dibeli dengan cara 'drive thru'.. Biasanya memang ramai yang beratur membeli. Jadi bila nampak kedai ni lengang aje, bolehlah kami cuba..
| Haa.. siap masuk dalam JJCM |
Lepas tidurkan Shumaila & Misha... barulah saya berjaya curi² ke dapur bukak coolbox untuk simpan seafoods yang dibeli. Hanya 5 jenis seafoods & sedikit udang kering. Saya tak snap gambar pon.. hanya gambar udang ni aje yang saya snap utk tunjuk saiznya...
| RM38.00 sekilo... |
| Haa... ini saiznya.. 5 ekor telah ditomyamkan oleh saya Ahad yang lepas.. sedap!!!! |
Oh.. kalau ini bezanya seafoods fresh & tidak, saya sanggup ke sini lagi! Padahal saya & Suami dah berbincang² kononnya macam tak nak datang sini dah. Tapi lepas saya bukak kotak & tak de berbau hanyir/busuk langsung, terus kami tukar fikiran. Saya yang sensitif dengan hanyir ikan ni pun berkali² angkat ikan tu & hidu² nak make sure memang langsung takde bau ke... heheheh... Memang jakun tau!
Subscribe to:
Posts (Atom)


