KIDS ACTIVITIES

Friday, December 5, 2014 2 comments
Sebetulnya saya bukan jenis rajin melayan anak² buat aktiviti.  Antara sebab, saya bimbang naik angin bila aktiviti tu akan jadi aktiviti yang tak sepatutnya.  Tau² je lah, bila badan tengah penat.. ada pulak tukang buat kecah rumah, mula la angin senggugut nak datang.  Dari nak happy² spend masa sama², jadi stress pulak.  So.. biasanya saya try lah pilih time yang saya betul² free supaya saya boleh pantau & join sama.  Yang Kakak² tu saya tak bimbang mana.  Si Misha notti tu yang bahayanya... bukannya takut dengan Kakak²nya tu.  

Lagipun sekarang Tiha pun dah besar.  Jadi banyak benda dah boleh diharap.  Contohnya dia kena pastikan semua barang tu dikemas semula & lap kesan² comot color di lantai dsbgnya.  Sebelum start projek pon diorang kena kemaskan semua area rumah, takleh ada satu pon toys bersepah... heheheh... Mak Aihh.. syarat nak beraktiviti susah macam minang tuan puteri tuh... Bila nampak bersungguh diorang mengemas, menyapu rumah.. baru start sejuk hati Mama, haa.. barulah korang boleh buat sepah balik... 

Kali ni saya beli Mould & Paint Cupcake yang saya jumpa di Kedai Buku Popular.  Mahal jugak lah harganya RM21+ tapi sekali sekala spent sikit utk anak².  Lagipun 3 beradik sekali boleh buat.  Kesian pulak diorang dok tgk orang buat benda² macam ni kat Youtube. 
Ada banyak pilihan cthnya binatang, kereta dll tapi saya pilih cupcakes.. Gegirl semuanya kan..

Haa.. ni serba sedikit penerangan tentang cara pembuatannya... Nampak menarik kan?

Bila bukak inilah barang yang ada 2 plaster, mould, warna, berus, gam untuk ditampal (cupcakes ni bila siap jadi fridge magnet) & 2 pin lencana

Plaster tadi dicampur air & dituang dlm mould.  Pin lencana tu kena letak siap²
 Untuk plaster tu set, ambik masa sejam camtu.  Sementara tu saya bagi diorang drawing.  Next entry kita tengok hasil tangan budak² ni plak..
Haa.. dah set...

Sebungkus tu boleh buat 6 cupcakes
 Maka bermulalah proses mewarna.  Memang suka kemain semua orang.  Yang paling tak disangka, si budak notti dah jadi tame & very well behave.  Apa yang dipesan semua dia ikut je.  Punyala takut Mama tak bagi join.  Walaupun hasil mewarnanya... ehemm..ehemm.. tapi utk budak 2 1/2 years, okaylah tu kan.  Meh kita tengok hasilnya...
2 ketul yang mula² tu Misha, Tiha & Ieqa. 
 Malam tu kami buat sebungkus aje.  Baki lagi sebungkus, saya ajak diorang buat petang kelmarin. Inilah hasilnya... tadaaaa... (pinjam perkataan favourite Misha jap.. Taadaaa..)..
Ada 12 pieces (campur yg sblm ni).. ada satu saya termiss snap..hehe..
Maka habislah projek buat cupcakes kami.  Nantilah bila free sikit kita buat cupcakes betul² pulak.  Mama malas nak buat benda² manis ni selalu takut seme orang addicted plak nanti.  Tu yang tgh try ctrl diri ni.  Ikut ati, mau hari² buat dessert je... ;P


CUCUR NASI

Wednesday, December 3, 2014 2 comments
Sedap rupanya cucur nasi ni ye.  Rugi saya tak cuba dari awal lagi.. Yang buat lagi sedap tu, cucur ni saya buat versi udang.  Udang fresh yang saya beli dari fishery hari tu.  Memang ummpphh sungguh.  Elok je siap masak, laju je saya Whatapps hubby bagitau sedap betul cucur nasi ni.  Alamak.. dia mintak saya simpan untuknya sikit... Kemaruk betul Laki ku ni.. Kang kalau dah sampai rumah pukul 4 pagi ke, larat ke nak makan??  

Tadi pun siap Whatapps bagitau teringin gila nak makan nasik kat rumah.  Suruh simpan apa yang ada... Whatt?? My hubby request nasi tuuu... Betullah dah kemaruk nasi sangat... or dengan ertikata lain, nak makan nasi dengan lauk yang Mama masak! .. hehehe... Macamla kat Cyberjaya tu takde nasi kan.  Siap boleh claim lagi..  Ni baru seminggu lebih tak hadap masakan Mama.. takkan dah mengidam macam tu sekali kot?? Pasni Baba bawak bekal jelah senang.. hehehe...

Ehh.. dah start nak melalut... Meh sambung pasal cucur nasi yang best ni
Saya buat setengah adunan aje dari resepi asalnya tu.  Nak test dulu lah best ke tak.  Haa.. boleh nampak betapa segarnya udang² tu kan? 
Resepi asal cucur nasi ni guna ikan bilis.  Since anak² tak makan bilis, jadi saya gantikan dengan udang.  Masa blend nasi tu, saya letak sedikit udang kering.  Saya tak gunakan bawang pun, hanya daun bawang.  Kemudian saya tambah sikit chilli powder.. hhmm.. terangkat!

Dah siap goreng... Nampak rangup kan?  Memang rangup pun!  Udangnya pun banyak.  Tiap ketul ada 2 ekor udang.. best sangat.

Oleh kerana terbau bawang, budak² ni tak nak makan!  Eeiii.. stress la Mama dengan budak² ni.. Rugilah korang makan memilih camni.  Last² Mama yang perhabiskan, tinggalkan sikit aje untuk Baba untuk melepas hajat dia.. hehehe...
Ehh.. lupa pula nak paste resepinya... Ni haa...

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
P/s : Untuk dapatkan tekstur yang rangup, jangan blend nasi tu sampai hancur tau & jangan bulatkan, jemput & campak aje dlm minyak panas..




KEDAI MAMAK

Tuesday, December 2, 2014 0 comments
Rasanya semua orang pun pernah layan kedai Mamak.  Kalau we all sekeluarga takde idea sangat nak makan apa, Mamak la tempat dituju.  Kalau teringin Nasi Kandar, saya prefer Pelita Hartamas (kalau cawangan lain saya tak tau best ke tak), Nasi Briyani Ayam Madu or Naan pula di Mahbub Bangsar.  Kalau area² sini (dekat² dengan Melawati) saya prefer Syed di Wangsa Melawati (Roti Canai, Mee Goreng & Maggi goreng).  Kalau untuk Ala Carte pula, boleh try di Kader Wangsa Maju, berdekatan Pasaraya Hero.  Kat Kader ni Ala Carte nya best tapi Kari or dhalnya langsung tak sedap (sorry ye kutuk, serious saya memang takleh makan kuah karinya).

Kat bawah ni kisah Ahad lepas.  Penat bershopping baju & jeans Baba, kami cari Mamak Sayed.  Best Baba ye dapat borong 2 jeans & 4 shirts dengan diakaun 70%.  Takpela sekali sekala, baju² Baba dah banyak yang rabak macam roti kirai pun.. hehehe.. Di Festival tadi kami dah makan Hot & Roll pun.  Ni saja nak kenyangkan perut sikit lagi.. hehehe...

Saya layan Roti canai banjir... Sebab tu tak syok kalo karinya tak best sbb saya ni memang jenis makan banjir macam ni.. :P

Ieqa & Teh O Aisnya.. sampai muncung² mulutnya tu...

Yang ni menyemak aje kat meja makan ni.  Bukan makan sangat pun.  Paling² dia perhabiskan air aje...

Oh Shumaila.. bila rambut depan tu nak tumbuh wahai anakku.. Dah macam clown pun ada tu.. Masa lahir elok je lebatnya...

Baba dengan Maggi goreng telur mata & Tiha & Mee Goreng..
Dah makan.. semua orang jadi slow mo aje (dah kenyangkan, macam ular sawa lah jadinya)... Tu belum lagi part nak panjat tangga rumah yang nun di tingkat 3 tu... Mana lah penimbang tu nak bergerak turun kalau macam ni...


KUIH LAPIS

2 comments
Lepas projek sugar cookies, kami melapis pula.  Saya jarang buat kuih² macam ni sbb bila ditanya anak² semua kata tak nak.  Padahal diorang tak pernah pun rasa lagi kuih tradisi air tangan Mama.  Dari kecik saya memang dah terbiasa dengan kuih² macam ni sebab Mak saya memang jenis suka mencuba memasak pelbagai jenis kuih.  Dan kuih² Mak saya memang teramat sedap berbanding yang pernah saya makan di mana².  Tak hairanlah Mak biasa jadi Johan tiapkali ada pertandingan memasak sempena Hari Peneroka. 

Tu yang jarang sekali saya suka membeli kuih di luar kalau rupabentuknya dah tak mencapai piawaian saya.. hehehe..  Lagipun seriklah sering terbeli kuih yang tak sedap.  Dulu kuih-muih yang Mak saya jual memang laris.  Padahal jual depan rumah je pun.  Bayangkan Mak saya buat Kuih karipap, keria, kuih lapis, kuih ketayap, kek minyak, kaswi, nasi lemak dan mee goreng seorang diri setiap hari.  Tugas saya cuma kopek & potong keledek serta membentuk karipap menggunakan acuan.  Perbelanjaan kami sekeluarga masa tu dah cukup dengan kedai runcit Ayah & hasil ladang getah (kan peneroka felda).  In fact Ayah tak bagi pun Mak susah² buat kuih, kami semua pun Mak tak bagi tolong sangat sebab berniaga tu hanya hobinya. 

Okaylah.. berbalik dengan projek masakan saya dengan anak².  Saya just cakap nak buat kuih lapis.  Nampak diorang tak excited mana agaknya nama kuih tu pun diorang tak familiar & macam tak best je kot.  Tapi bila saya bagi diorang involved dalam proses memasak, saya pasti mereka akan makan kuih ni.. :)

Since saya takde sukatan kuih ni walaupun tahu proses memasaknya.  Jadi saya ambik resepi orang sajalah.  Kalau call Mak sure dia akan guide cara 'agak²' untuk masak kuih ni.  Lagipun dah lebih berpuluh tahun Mak tak buat kuih,  kalau nak buat memang kena try & error lah.  So.. saya pun try resepi Kak Yatie yang memang terkenal dengan kuih² kukusnya.  Nanti saya paste resepinya ye...

Hhhmm.. bersepah dapur Mama hasil kerja dua Cik Kak kita ni.  Pilihan color semuanya saya serahkan kat diorang selain dari tugasan mengemas, menyapu & mengelap dapur!  Hahahah.. padan muka.. sapa suruh menyepah!
 Nak masak kuih lapis kejap aje.. Kalau layer pertama tu, tak sampai 5 minit pun dah masak.  Makin tebal layer nya, makin lama masa memasaknya.  Kali ni saya buat 1/2 sukatan aje.  Lapisan pun jadi nipis sebab budak² ni nak banyak warna.  Ikutkan diorang request warna rainbow, tapi stok warna tak cukup.  Jadi 5 warna pun dah okay sebab bancuhannya pun sikit aje. 

Dah siap masak ni.  Saya guna loyang kek, tu yang tinggi semacam.  Kuih ni pon tak tebal sangat sebab adunannya sedikit aje berbanding saiz loyang terkecil yang saya ada ni. 

Esok paginya saya potong. Warna ni diorang yang letak - Hijau, merah, egg yellow, purple & pink
Paling tak sangka, habis seloyang dimakan oleh anak²!  Ehh.. kata tak suka??  Mama ingat nak bagi kat Wawan (MIL) sikit.  Nampaknya tak merasalah Wawan kuih kali ni.

Resepi seperti di bawah ni ye (resepi ni berlainan sikit dari kuih lapis yang biasa Mak saya buat dulu² coz ada tambahan tepung ubi & Mak saya lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum tapi rasanya not bad).

Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
  • perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
  8. Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik. 
**setiap hendak melapis, pastikan takde air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air di permukaan, barulah tuang adunan seterusnya. Ini bagi mengelakkan warna lapisan  kuih tidak bercampur.

Selamat mencuba!

EEEIIII... YUCKKSSS!!

Monday, December 1, 2014 2 comments
Hasil sedutan (pemilik : Misha)
Apa tu?  Haaa.. sapa² yang ada anak kecil mungkin tau apakah bendanya ini.  Kalau kat rumah ni, sapa² yang berhingus, alat inile akan diguna pakai.  At least tak meleleh² hingus tu sepanjang masa.  Bukan main banyak hingus² yang keluar, puashati bila nampak tuanpunya hingus boleh bernafas dengan mudah.  Selalunya Misha la yang paling banyak berkahak/berhingus.  Beli ni pun masa dia baby dulu, since that memang banyak jasa.  Ieqa yang dah besar tu pun selalu kena sedut.. hehehe...

Yang saya puya ni brand pigeon, harga sekitar RM16+ .  Boleh cari di pasaraya di bahagian kanak².  Baby Shumaila pun pernah dah guna penyedut ni coz susah nak nafas, taik hidung bersepah... hehehe.. Kalau hidung agak dry, sembur dulu dengan sterimar & sedut.  Haaa.. baru tak dengar bunyi hidung tersumbat & mudah sikit dia nak menyusu.

Saja je share.. in case sapa² ada problem anak yang jenis kuat berhingus/berkahak.