MISSI MENCARI SEAFOODS

Thursday, May 14, 2015 2 comments
Entri blog saya ni semua entri tertangguh.  Kisah yang dah berbulan-bulan lepas, baru lah masuk ke blog.  Kami ke Kuala Selangor ni dah lama pun, malam ni baru ada kelapangan nak story.  Ini kali kedua kami ke sini dalam missi mencari seafoods.  Masa first time datang, bot belum sampai, so tak banyaklah hasil tangkapan kami hari tu.  Then kami pergi ke dua buah fishery aje, kali ni kami nak try ke Fishery lain pula.  Kali ni kami tuju ke Ah Heng fishery (kami masih belum tahu di mana letaknya tempat nelayan kecil turun).  Di Ah Heng Fishery ni, ada beberapa kedai kecik yang menjual hasil laut.  Haaa... memang best lah memilih... Macam-macam ikan pun ada.  Walaupun saya bukanlah pemakan ikan, tapi daku tetap memborong pelbagai jenis ikan.  Masak untuk Tiha & Baba ajelah... Mama tukang seronok aje tengok diorang makan dengan nikmatnya.  Meh kita tengok apa yang ada dijual di sini...
Banyak ikan bersaiz besar kat sini - kerapu, siakap, pari, tenggiri dll... Teringin juga nak beli tenggiri & pari, tapi bimbang tak muat freezer.  Takde yang bersaiz kecik.. huhu...

Haaa... baru sampai dari bot ni... 

Tengok saiz Tenggirinya tu.. besar kan?
Since dah lama pun kisahnya... saya dah lupa harga-harga ikan kat sini.  Tapi kalau tak salah, harganya masih sama macam first time saya datang hari tu.
Nelayan sedang asingkan hasil tangkapan
Kat sini ada ikan, udang, sotong & ketam.  Tapi masa kami datang ni ketamnya kecik bebeno... Terbantut hasrat saya nak membeli...
So saya belilah Pelaling (yang ni paling banyak sbb saya suka ikan ni), Siakap, Cencaru, Kerapu, Bawal putih & sotong aje.
Inilah jetinya.. di belakang tu aje.. Nelayan akan drop ikan-ikan di sini..

Lepas membeli ikan di Fishery Ah Heng, kami ke Fishery lain yang berdepan dengan Tokong Cina.  Saya memang suka beli udang di sini sebab udangnya nampak segar sangat, harganya pun Ok.  Di Fishery lain saya tengok tak semuanya betul-betul fresh macam kat sini.  Cumanya kat fishery ni memang tak banyak pilihan & cepat habis.

Bila sampai... saya nampak Pak Cik-Pak Cik ni tengah mencedok garam & dicampak ke dalam mesin.  Haa.. mulalah saya nak menyemak & temuramah ni.  Dr kecik lagi memang habit saya suka berjalan sambil perhati sana-sini & akan temuramah orang yang berkaitan sampailah saya puashati.  Cumanya bila berumur ni, kena cover la sikit.  Takde lah keluar soalan-soalan cepu emas macam zaman kanak-kanak dulu... hihihi...
Ehh... diorang tengah buat apa tu ekkk... Laju je saya pergi menjengah...

Nampak pulak diorang sibuk mengangkat bakul-bakul berisi fiber ni & dicampak ke dalam mesin tadi... Fiber apa pulak tu??? Makin musykil ni...

Bila datang dekat.... Laa... Udang Geragau!!!! Terus saya jerittt.. "Pak Cik nak beli boleh????"... Terpinga-pinga & tesengih-sengih pak cik-pak cik tu tengok saya sibuk mengejar bakul geragau tu... 
Manalah saya tak excited... dah terlalu lama saya teringin makan udang geragau.  Tapi tak pernah lagi saya jumpa yang fresh.  MAsa ke Melaka hari tu saya ada ternampak orang menjual geragau ditepi jalan, tapi susah nak simpan sebab tiada coolbox & bimbang busuk sebelum sampai di rumah.  Bila saya nampak ada geragau segar di sini, memang seronok habislah.  Nelayan yang tengah menaikkan udang tu dok tergelak-gelak & cakap.. "Mau makan, kasi ambiklah"... Saya nak bayar pun dia still refused... Dapatlah saya hampir dua kilo geragau segar dari laut FOR FREE!  Cedok dari atas bot lagi tu...hihihi... Suka..suka..sukaa....

Udang geragau dan garam dimasukkan dalam mesin ni, digaul & dijemur... Jadilah BELACAN!  
Masa kecik dulu saya biasa tengok Tok buat belacan.  Tok guna udang yang halus & ditumbuk dengan lesung padi tu.  Rupanya geragau pun dibuat belacan juga ye...  nampak pure belacan kat sini, takde pewarna & bahan campuran.. tapi saya tak jadi nak beli bila teringatkan di kawasan banyak sungguh anjing-anjing liar berkeliaran.  Jadi sedikit khuatir tahap kebersihannya sebab belacan ni perlu dijemur dahulu kan.... (Yang kat kedai tu pun kita tak tahu tahap kesuciannya tak??.. hihi..).  Tapi yang ni betul-betul depan mata boleh nampak anjing-anjing kurap berkeliaran, so memang geli lah...

Kat fishery ni saya beli udang besar & udang kecik(lupa nak ambik gambar gara-gara excited dengan geragau).  Harga udang besar RM35 sekilo & udang kecik putih tu RM13 sekilo.  YAng buat saya frust tu, sotong pun ada!  Keras & segar!  Saya dah terbeli di Ah Heng tadi... sotongnya taklah secantik kat sini.  Next time saya nak serbu fishery ni dulu lah... lepas tu baru ke Ah Heng... hihi..

Dah jenuh membeli seafoods, kami ajak budak-budak minum di kedai Gelas Besar di tepi jalan tadi.
Mama & Baba order coconut shake.. tapi taklah sesedap yang di Klebang Melaka tu... Bolehlah melepas gian...

Mama order Tomyam , saja je sebab teringin nak menghirup something sambil minum.  Tomyamnya pun tak kick mana..

Budak-budak share ABC... Very plain ABCnya... tak macam ABC di Utara nun...

Oder jugak aiskrim goreng... Budak-budak ni tak makan pun.  Last-last Mama yang kenyang!  Coconut shake, aiskrim goreng & tomyam.. semua Mama balun!


Terpaksa lipat kerusi belakang coz nak letak coolbox besar.  Mujurlah Misha tak kisah duduk sorang-sorang kat belakang bertemankan ikan!... 
Kemudian kami ke Pantai Remis pula.  Kat sini katanya banyak juga hasil-hasil lautnya.  Masa ni saya turun sorang-sorang je, susah sikit nak ambik gambar sebab sambil mengusung barang.
Kebetulan pula ada pasar malam di sebelahnya ni.. so meriah lah suasananya.  Tu yang saya malas angkut budak-budak.. Lagipun suami pergi cari parking.

Belangkas hidup... first time saya tengok.  Gambar agak bergegar sbb tahan berat... 

Belangkas ni tengah menggelupur nak melepaskan diri.... 
Di Pantai Remis ni tak kurang banyaknya hasil jualan.  Kat sini peniaga-peniaga kecil melayu yang menjual hasil laut (tapi harganya lebih mahal dari fishery).  Jadi saya ke sini untuk membeli jenis kerang-kerangan... Ada banyak sangat pilihan - kerang pelbagai saiz & jenis, pepahat, remis, siput sedut dll.  Ada juga dijual ikan masin (mungkin lebih bersih dari di fishery kerana buatan kampung) & juga sayur-sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, bunga kantan, daun kesum & lain-lain.  Mana tak jenuh saya memborong!  KAlau ada rezeki, saya share gambar yang proper sikit ye...

Dah siap tu.. kami cari tempat makan... Mula-mula nak try Aroma Ikan Bakar yang famous tu.  Tapi ramai lah pulak orangnya.  Sampailah saya terjumpa tempat ikan bakar ni... Oh.. Inilah tempat makan seafoods yang pernah kami try masa Tiha masih baby dulu!  Lokasinya bersebelahan aje dengan Aroma Ikan Bakar.... KAli ni pun tak banyak gambar sebab perut dah berkeroncong sakan... Walhal dah macam-macam saya balun petang tadi.. budak-budak ni & Baba aje yang belum lunch.

Ni aje gambar yang ada... saya order Sup ayam, butter prawn, sotong celup tepung, kembong masak pedas, pari bakar & ketam cili.  Masakannya okaylah cuma ketam & kembong tu kurang Ummphh... PAri bakarnya pun cuma digaul garam kunyit aje & diberikan cili kicap sebagai pencicah.  Tapi still okaylah kalau sekali sekala nak try...
Oh ye.. kalau tak salah, Medan Selera Ikan Bakar namanya...  Total kami kena malam tu RM98.00.  Saya rasa agak reasonable dengan apa yang kami pilih.  Banyak juga yang kami bungkus cthnya macam ketam tu saya bawak balik & ubahsuai jadi masak lemak cili api digabung dengan pucuk ubi... hihi... Ikan pari tu pula saya gaulkan dengan rencah ikan bakar portugis & masak semula.  Wahhh... Ni sudah kalah kedai seafoods!

Fuuhh... tamat sudah kisah misi mencari seafood kami kali ni...

P/s :  Di area Kuala Selangor ni kebanyakan tempat makan menyediakan surau & tandas yang selesa.  Saya salute mereka dari segi tu.

KEREPEK KETAM

Wednesday, May 13, 2015 2 comments
Macam best aje bunyinya kan... Sebenarnya simple aje pun.  Buat kerepek segera namanya ni.  Gunakan filamen ketam tu aje (imitation crabstick).  Ini favourite anak-anak.. Kalau buat pizza wajiblah kena letak benda ni.  Kalau ikut si Tiha tu, goreng macam tu pun dia suka sangat.  Tapi saya kurang gemar bagi anak-anak makan process food macam ni selalu.. so jadi rare items or special food untuk diorang lah sebab berapa bulan sekali baru merasa.  Tapi bila tengok ramai orang share tentang kesedapan buat kerepek guna filamen ni, saya pun nak try juga.  Lagipun saya ada 3 tenaga buruh percuma yang kerjanya makan, tidur, main & buat bising!  Baik saya kerahkan diorang buat kerja yang lebih bermanafaat.  

Kerahan tenaga bermula... Tiha jadi ketua yang bagi tunjuk ajar...

Sekejap je siap diorang mencarik crabstick ni.. Memang happy la diorang dapat tugasan macam ni.  Berebut-rebut nak buat.

Dah siap dicarik, saya taburkan sedikit curry powder & chilli powder & goreng bersama daun kari.  Ada juga yang letak garam gula & tepung beras.  Tapi saya tak tambah apa-apa perisa lagi dah sebab filamen ni dah cukup manis masinnya.  

Dah siap goreng.  Sedap!

Saya buat hampir sekilo, sekejap aje dah nak habis sebalang.  
Walaupun anak-anak suka membuat & memakannya, saya tak plan nak buat dalam tempoh terdekat ni.  Ni saja nak test aje.. heheheh... Memang sedap dijadikan kudapan.  Kalau nak bagi anak-anak busy, bolehlah buat kerepek ni...  Bye!


FOOT

Tuesday, May 12, 2015 8 comments
Saya ada mention yang saya beli foot dekat Aliexpress kan... Semuanya 32pcs... Kat bawah ni adalah fungsi seiap tapak-tapak tu.  Info ni saya dapat dari FB, Thx ye kepada sesiapa yang share tentang tapak-tapak ni.  Setakat ni saya memang suka sangat & puashati dengan set ni.. kualiti pun Ok, nampak macam original.  So kalau nak beli tu tengok dulu rating & review seller terbabit Ok.  Kalau barang tak sampai or tak puashati dengan barang tu, boleh email aje kat Aliexpress.  Aliexpress ni akan hold duu duit kita tu, kalau kita dah terima barang tu, barulah diorang released payment kat seller.  So jangan bimbang le barang tak sampai ke apa.
32pcs footer for portable sewing machine.  Harga saya dapat haritu sekitar RM65 dan ambik masa 2 minggu untuk sampai dari China.  Kalau beli dengan online seller (geng-geng FB) biasanya dah mark up le.  Saya pernah ternampak peniaga online jual RM80-RM140 (tak termasuk postage).  KAlau beli di Aliexpress boleh pilih FREE SHIPPING tapi ambik masa 2-3 minggu untuk sampai.   Then tapak ni ada banyak jenis kualiti, so saya prefer beli dekat Aliexpress supaya saya boleh baca review pembeli.  Kalau beli kat peniaga online, kita tak tau diorang ambik yang low quality ke apa kan... Coz dekat Aliexpress tu banyak juga yang harganya lagi murah dari ni.  Tapi saya pilih yang mana rating tinggi, bilangan buyer yang ramai & review yang baik-baik aje.. hihihi... Kualiti no. 1, harga no. 2... Maklumle barang dari China ni kena careful sikit.
Cuma satu yang saya nak pesan... Masa dapat tapak ni, memang kami kena belek satu-satu & labelkan sendiri sebab kotak ni dilabel dalam bahasa cina!  Masa baca review ada yang komplen pasal ni tapi ada juga yang kata dapat translation.  Agaknya nasib-nasiblah tu kot.  Untuk gunanya pulak, boleh taip jenis tapak & search di Youtube.  Kalau tak pandai guna, mungkin tak dapat hasil yang diharapkan.  So elok kita tengok teknik yang betul supaya dapat hasil yang superb... tak gitu?

Meh kita tengok apa tapak-tapak ni boleh buat....








CHEESE TRIFLE

Sunday, May 10, 2015 0 comments
Cheese trifle mudah... Bahan-bahan boleh diubahsuai sesedap rasa, sesuka hati kita... hihihi...

LAyer paling bawah boleh guna any kind of biscuits & dihancurkan dengan serta digaul dengan butter cair.  Padatkan... Kali ni saya guna Oreo hampir 2 paket bulat tu &setengah bahagian butter yang dicair.  Oreo tu saya tak buang pun intinya... Kalau nak guna biskut marie pun boleh dan gaul dengan 1/2 buku or 3/4 buku butter cair & padatkan.  Butter tu berfungsi untuk mudah memadatkan biskut tu, so adjust ikut taste kitalah ye..

Layer 2 - Cream cheese (250 grams & susu pekat ).  Susu pekat tu ikut kemanisan masing-masing.  Saya guna 1/2 tin aje.  Mula-mula lembutkan cheese & gaul dengan susu pekat sampai rata.  Boleh guna mixer kalau nak mudah.  Then sejukkan dalam peti...

Bila bahagian cheese dah elok bekunya (sejam pun dah ok kot), masak jeli.  Beli jeli instant dalam kotak tu.  Biasa saya beli brand Nona.  Masak atas api & tuang atas cheese tadi... Sejukkan... 

Esoknya... Bekal ieqa ke sekolah.  Bukan main suka dia.. Balik tu dia sambung makan lagi.. dan lagi.. dan lagi... (pendek kata, selagi ada...)..

Trifle yang terakhir & pastinya menjadi rebutan.  Biasalah kalau benda yang tinggal sikit, manjang je berebut... hihihi... 
Maka itu jelah kisah cheese trifle yang mudah ni.  Takat ni kalau jamu kat tetamu, memang semua suka.  Dah banyak kali saya buat masa zaman-zaman kerja dulu, menda senang kan.  Tetamu pun enjoy.. Bertambah-tambah diorang makan.  Korang cubalah kay!


MESIN JAHIT

Friday, May 8, 2015 6 comments
Lama juga saya bercuti berblog kali ni... hehehe.. Ingatkan nak tambah entry sikit masa kat kampung hari tu.  Tapi kalau dah balik kampung, biasanya banyak aktiviti lain yang jadi keutamaan.  Dah tu pulak, Isnin tu dapat tugasan men 'alter' jubah-jubah yang Mak bawak balik dari Mekah & Ayah pun mintak jahitkan seluar-seluarnya yang koyak, Mak pun bawak keluar baju-bajunya yang koyak.  So mengadap mesin jahit ajelah sepanjang hari tu.  Saya guna mesin jahit Adik, jadi banyak yang saya nak kena explore sebab Adik pun tak guna sangat mesin tu.  Agak terkial-kial jugaklah saya menjahit hari tu...

Sebelum balik kampung, saya sempat snap gambar mesin jahit & tempat menjahit saya yang bersepah sakan tu.  Actually saya takde plan nak share lagi pasal mesin ni.  Biar saya dah explore & mahir dulu so that saya tahu apa kekurangan & kelebihannya.  Plus tempat kerja/menjahit saya tu... Mak Aii.. Macam sarang tikus!  Saya pun kagum macam mana saya boleh menjahit dalam keadaan huru hara macam tu.  Kalau office saya yang lagi satu (dapurlah) memang tak boleh bersepah.. Nanti satu kerja pun tak jadi.  Saya memang akan jadi tukang masak yang amat lembab campur kelam kabut kalau keadaan dapur huru hara.. hehehe...

Malam ni saya share sikitlah tentang mesin jahit yang baru saya beli ni atas request reader dari entri yang lepas.  Diharap entry ni dapat membantu sesiapa yang berminat nak membeli mesin jahit ye...

Memperkenalkan... Mesin Jahit Brothet NV950 ku... Beli sebelum CNY lepas, tapi banyak sungguh jasanya... Toy kesayangan baru saya lah kiranya ni ... 
 OK.. sedikit intro tentang mesin ni.  Saya dah lama buat survey tentang mesin jahit... ada la a few years jugak.  Tapi menjelang hujung tahun lepas saya memang serious nak membeli.  As usual, saya suka tengok rating di Internet.  Ikut rating, Brother & Singer adalah dua jenama teratas...So tak kisahla yang mana-mana pun kan sebab dalam rating memang kedudukan diorang dlm top ten. Akhirnya saya memilih Brother antaranya sebab designnya lebih cun (mesin Singer nampak macam old fashion ajer.. hik..hik...) & brother memang jauh lebih modern dari segi function semua tu (user friendly)...  Bila dah decide nak beli brand apa, saya kena pilih model la pulak..

Banyak jugak pilihan mesinnya.. Mekanikal, computerized & embroidery.  Mula-mula saya nak ambik yang model yang computerized tapi takde embroidery... (Saya memang kurang gemar yang mekanikal).  Tapi lepas tengok demo & lepas difikirkan yang mesin ni akan saya guna selagi hayat dikandung badan.. (kalau nyawa mesin ni pun panjanglah kan..).. Jadi saya sanggup spend lebih untuk function embroidery nya tu... Mulalah start mencari ilham dalam kepala ni...heheh...

Boleh lawat laman web brother untuk lebih detail... http://welcome.brother.com/my-en/products-services/home-sewing-machines.html

Ini antara perkara yang saya suka tentang mesin ni.. :

1.  Touch screen... setting yang sedia ada dah standardize, kalau nak adjust jarak just pilih aje berapa width or length.. Nak pilih jenis jahitan ke, apa ke... tekan kat screen aje... (ni antara sebab saya suka yang computerized, kalau mekanikal kena pandai setting).

2.  User friendly - drop in bobbin, takyah susah-susah masukkan benang ke dalam jarum, nak potong benang pun tekan aje gambar gunting.. Memang memudahkan kerja-kerja jahitan.

3.  Boleh guna mesin tanpa gunakan presser foot (pedal kaki)/ jahit sendiri.. Mesin brother yang computerized ada start button untuk menjahit.  Jadi kalau tak nak guna pedal kaki, boleh tekan aje button tu & menjahit macam biasa.  Button ni juga amat berguna untuk time embroidery nanti...

4.  Embroidery.. Inilah function yang membezakan mesin jahit ni dengan mesin jahit brother computerized tu... Sulaman menggunakan mesin ni memang SANGAT MUDAH.  Boleh pilih design yang disediakan atau boleh download & transfer guna pendrive aje.  Tekan start button (button yang saya mention tadi tu) then ia akan MENJAHIT SULAMAN SENDIRI!  Contohnya kita nak jahit roses.. Pilih gambar, tekan start & tinggalkan mesin tu menjahit & mesin hanya berhenti menjahit jika benang perlu ditukar.  Screen akan memaparkan warna benang apa yang diperlukan dll... Dah siap tu kita boleh tambah frame dll lagi.  Kalau nak masukkan nama, just taipkan pada screen & mesin ni akan jahitkan sendiri..  Kalau nak design sendiri pun boleh.  Draw di screen & tekan button start aje.

5.  Satu lagi saya suka tentang mesin ni, jika benang atas/bobbin bermasalah/putus, mesin akan terhenti & maklumkan untuk refill bobbin dll lagi.  Jadi takde lah kita tak sedar bila benang bawah habis.  Kemain tekun menjahit, bila angkat tengok... ehhh... rupanya belah bawah tak berjahit pun sebab benang bawah dah habis... Adeehhh... (Banyak kali saya alami masa pinjam mesin Adik baru-baru ni).

Hhhmm.. itulah antara kelebihan yang saya suka pada mesin jahit Brother saya ni.  Semua function yang saya sebutkan ni ada pada mesin jahit Brother yang computerized tu, just takde embroidery aje...

My workstation... Kecik sangat sebab share dengan komputer (dahla masih guna monitor lama yang besar gila tuh)... Tapi takat ni boleh aje saya menjahit dengan ruang yang sedia ada ni... Jangan panik nampak kenit sakan je tempat menjahitnya tu... Saya togelkan bila nak menjadit bahagian lengan.  Ada lagi 2 alat (2 saiz) yang berfungsi sebagai 'meja' jahitan. 

Ni antara tapak yang saya dapat masa membeli mesin ni, dapat juga a few tools lain & jugak set menyulam/embroidery.  

Alat-alat jahitan saya yang tak bersusun langsung!  Main campak-campak aje.. hehehe... Tapi temporary je ni.. Tunggu lah saya dapat ilham nak arrange semua ni nanti-nanti... Siap ada stok air minum lagi tu...

Ruang menjahit & komputer ni juga sebenarnya office kecik saya.. Jadi memang ada study lamp... Haaa.. sekarang ni lampu tu saya onkan bila nak menjahit di malam hari.  Saya tak bukak lampu bilik sebab Ila tido kat dalam bilik ni.  Kang dia bangun, apa pun tak jadik.. 
Berbalik pasal mesin tadi..   Saya rasa kalau sesiapa nak beli mesin, survey dulu habis-habis dari segi harga & fungsi semua tu.  Tengok budget & keperluan juga.  Kalau u all nak yang betul-betul realiable saya recommend Singer & Brother.  Singer memang terkenal dengan kelasakannya & senang nak servis kalau ada masalah.  Jadi survey jugak kat mana tempat servis/repair terdekat supaya senang dikemudian hari.  Selain dari tu saya tengok jenama Juki & Apel (Matsuyuki) juga antara yang dikatakan ok.  Ikut pemerhatian saya harga mesin jahit yang kira berjenama, range harga untuk mekanikal biasanya bawah RM1000,  computerized tapi takde embroidery bawah RM1600, embroidery pula RM2000 ke atas.  Kalau yang takde brand, range harga bawah RM500 & Mini sewing machine pula bawah RM100.  Harga mesin saya ni saya beli RM2,400 dengan authorised dealer Brother - Cottage Patch Ampang .  Owner kedai ni cousins Alice & Miss Wai, memang friendly and very helpful.  Boleh mintak try jahit dulu & mintak tunjuk ajar cara guna yang betul supaya mesin tu berjangka hayat panjang.. heheheh...

Saya tengok ada yang jual lebih murah tapi saya prefer beli dengan authorised seller supaya lebih mudah dikemudian hari.  Saya ada jugak tanya dengan staff di HQ Brother tentang sewing machine yang dijual di Lazada yang lebih murah.  Dia just cakap tak tahulah Lazada ambik kat mana coz memang takde deal dengan diorang.  Tapi entahla betul ke tak info tu... U alls just careful je la time nak membeli tu ye... I mean dari segi originality & jugak warranty nya nanti tu.

Apapun.. TEPUK DADA, TANYA SELERA MASING-MASINGLAH YEE... :)