OUTDOOR ACTIVITIES

Wednesday, June 17, 2015 0 comments
Dalam struggling menyiapkan sofa cover tu, Adik-Adik datang melawat.  Hari Sabtu & Ahad, Adik Lelaki di Kulim sekeluarga & hari Isnin malam & Selasa tu pula Adik yang di Kuala Kangsar datang.  Jadi seronoklah budak-budak ni bermain dengan sepupu-sepupu.  Hari Selasa tu kami ajak Adik jalan-jalan kat KL sebab Suaminya sibuk dengan kursus.  Dia cakap Okey je kalau nak lunch western style, so kami ke Imbiss German Cafe, Ampang.  Gambar-gambar kat bawah ni agak over sikit, sebab tengah sessi perangat Adik-Beradik lain dalam WhatApps keluarga.. heheheh...

Sessi menayang menu... heheheh...

Tayang plak air... Kat sini memang pakai gelas besar...

Tiha & Baba share jawbreaker hotdog

Saya ambik beef... (ala-ala stew)... Lazat!!  Saya sangkakan small portion sebab harganya RM17.  Bila sampai... Terkedu daku... (dah plan nak cilok steak Adik... tu yang takut tak habis).  Zahra pula order Pasta.. 

Aksi Adik yang nak 'perangat' husband dia yang tengah kursus pulak... heheheh... Oh ye.. Kami order jugak makanan utk Misha & Ieqa... Tiap-tiapkali datang asyik itu aje yang diorder diorang ni..
 Tak disangka-sangka, kami tak berjaya habiskan makanan tu!!  Jadi tapau lah jawabnya (habis dimakan malam tu juga... heheheh).  Saya terkejut jugak, biasanya setakat order banyak tu, selamba je kitaorang anak beranak pulun.  Agaknya still full dengan breakfast Nasi Lemak Sambal Udang Mama masak pagi tadi kot.. :P

Dah makan dengan kenyangnya.. kami ke Tasik Titiwangsa pula.  Mula-mula kami ke Tasik Perdana.. nampak ramai sangat.. jadi kami ke sini pulak.  Masa pusing-pusing.. nampak bot ni... Wahhh.. best ni.  Rate ialah RM10 untuk dewasa & RM5 untk kanak-kanak atas 5 tahun.  Adik belanja... Bestnya!.. hehehe.. Makaceh Kiah..
Bot ni Suami pandu sendiri (sebelum tu ada staf dah bawak Suami test memandu)... Staf kat sini kata lebih privacy macam ni (I Like!).  Staf tu juga cakap suasana malam lebih menarik & boleh request untuk BBQ/steamboat jua atas ni.  Dorang akan provide dapur.. Haa... Menarik untuk dicuba tu.  

Happy betoi hang ye Kiah...

Mujur Mama ada bawak bekal Kuih kaswi dengan cucur labu Mama buat breakfast tadi... Ada jugak bahan kudapan dalam bot.  Nampak sipi-sipi aje plastik bekal kami.. hehehe..

Baba tengah merempit... Ehh.. Ada baby rempit sekali kat atas riba... hehehe...


Ni sessi test drive Baba dengan staf kat sini masa awal-awal tu...
 Tak dan habis pun masa yang diberi, kami dah habis round tasik (tak sure setgh jam or sejam).  Bot tuh teramat slow... mula lah kebosanan.. hehehehe... Lagipun kami ke sini sebab nak naik basikal!  Tu yang semua tak sabar-sabar nak cari Basikal pulak.
Moh kita... Sessi berbasikal... Saya bawak Ieqa, Baba bawak Misha & Ila.  


Baba kena kepit dengan 2 budak kecik...


Meriah kan suasana Tasik Titiwangsa ni...
Kami diberi sejam RM10... Untuk round keseluruhan tasik selama 2x memang lepas sangat.  Pendek kata... sampai pancit-pancit jugakla nak habiskan sejam tu... Maklumlah semuanya ada spare tayar extra.. hehehe... Apapun memang seronok sangat dapat buat aktiviti macam ni.  Till next time!..




SHOE PENCIL CASE

Tuesday, June 16, 2015 2 comments
Susah betul le nak beraktiviti malam-malam sekarang ni.  Level of alert si Ila makin menjadi-jadi.  Asal ada bunyi je... terus merangkak cari sumber walaupun dia tengah nyenyak tidur.  Pengsan lah Mama macam ni.  Petang semalam ada kerajinan sikit.  Berjaya juga saya siapkan 5 helai seluar Ila yang perlu ditukar getah.  Dah rimas sangat tengok banyak betul que projek alter men alter.  MAcam never ending aje.

Last night, siapkan pula pencil case untuk Tiha.  Patutnya ini projek masa cuti 2 minggu tu.  Tapi tak sempat.  Nampak ramai yang dah berjaya buat pencil case ni.  Bila Tiha bagitau pencil dia dah pecah, maka Mama ajak Baba buat.  Kat bawah ini hasilnya... Agak banyak part yang saya kurang puashati, next time kami akan perbaiki segala kelemahan tu. 


Inilah sumber asalnya... Ukuran semua refer kat sini.  Cara jahit, main agak-agaklah ye.

Macam kami ni, gunakan pengeras dan satu lagi kain untuk bahagian dalam.  Oh ye... saiz 'kasut' ni agak kecik sebab asalnya ialah coin purse.  So untuk pencil case, eloklah resize dulu (masa buat tu kami tak tahu).  Kami gunakan zip bersaiz 6 inci, tu pun masih ada lebihan sedikit.  

Untuk beginner macam kami ni, saya just maklumkan mula-mula cantun dulu bahagian Zip, kemudian bhagian depan dan diakhiri dengan tapak.  Part tapak amatlah sukar untuk saya yang tak berapa terror ni.  Maybe kami akan adjust pattern ni sikit kot kalau nak buat lagi.  Meh kita tengok hasilnya...

Tadaaaa.... Kain tu guna lebihan baju Tiha.  Dia yang nak sangat kami guna kain ni.  Riben nya pula nampak agak janggal.  Saya prefer kalau gunakan warna putih or pink (something yang plain) tapi kami dah terbuat guna kain yang bahagian dalamnya ni.  


Alhamdulillah... dah siap 2 projek yang dirancang.  Lagi satu projek menyusul.. but that one maybe saya postpone dulu kot.  Untuk Ramadhan ada banyak lagi projek lain menyusul... 

Untuk buat riben, boleh refer blog ni... Selamat mencuba!


BZ.. BZ... BZ SOKMO!

Monday, June 15, 2015 0 comments
2 minggu yang amat havoc!  Biasanya cuti sekolah, masa kami sekeluarga bersantai.  Tapi cuti kali ni... Memang betul-betul sesak nafas dibuatnya.  Banyak betul agenda dan aktiviti nak kena buat.  Sekelip mata aje 2 minggu tu habis!!  Frust jugak sebab ada beberapa projek yang dirancang tak sempat kami siapkan.  Jarang sangat kami tak berjaya siapkan apa-apa projek yang dirancang.  Tapi kali ni kami kena akur dengan keadaan.  Keluarga makin besar, ada baby yang masih lagi perlu perhatian pulak tu.  So... buat setakat mana yang mampu ajelah. 

Apapun kami bersyukur sangat sebab berjaya siapkan sofa cover & make over Masterbedroom!  Tiba-tiba rasa macam bilik yang baru diubahsuai pulak!.. hahahah.. Luas & lapang rasanya.  Tak sia-sia kami berkejar ke Chow Kit pagi tadi membeli barangan & sampai di rumah aje, bertungkus lumus memunggah keseluruhan bilik,  Bila siap.... Fuhhh!!! Hilang semua penat lelah kami tu.  Happy sangat.  So walaupun ada projek lain yang tergendala, sekurang-kurangnya kami berpuashati dengan 2 projek kami ni.  Projek-projek lain tu slowly lah kami buat satu-satu.  Penat ooo struggling nak buat everything from the scratch ni... Cuma bila memikirkan penjimatan & kepuasannya tu, hilanglah perasaan penat lelah & seriknya tu.

Bila Baba & Mama bz... Anak-anak kena kreatif sikit nak habiskan masa lapang.  Walaupun sepanjang cuti ni kami masih ada aktiviti outdoor (ini antara sebab byk projek tergendala... huhuu...)... Time indoor, pandai-pandailah korang ye... Tab/smartphone/laptop dll tu Mama & Baba jarang bagi guna.  Saja nak bagi diorang spend masa sama-sama.  Bukan selalu semua orang boleh berkumpul macam ni.  Mehh kita tengok apa aktiviti diorang ni...

Masa Adik dari Kulim datang, dia ada tinggalkan benda alah ni (dari pacakaging barang).  Tiha request nak buat Playhouse.  Dia mintak permission nak guna kertas warna, glue dll.  Mama & Baba benarkan... Tup-tup... dia siapkan playhouse ni.  Cantik kan?  KAgum jugak tengok hasil kerja dia ni.  Memang idea dia sepenuhnya... Bila Mama tengok & nampak cantik, Mama bagi handphone suruh dia snap untuk simpanan.  Tengok betapa detailnya playhouse nya ni.. siap ada lampu tergantung... hehehehe...

Tadi tu keratan dalam rumah.. Ini pula rupa depan rumahnya.  Siap ada balkoni.  Good Job Tiha!  Jarang Mama nak puji anak-anak tau.  
 Yang Adik-Adik pula, asyik bergaduh & buat sepah.  Memang itulah aktiviti bersama diorang ni... Ggrrr.. Bikin Baba & Mama panas aje!  Haa.. kat bawah ni aksi si Pari-pari Jadian.. hehehe.. Masa ke MR DIY mencari barang, Mama bagi permission pilih barang.  Pandai ye korang, Sorang nak kepak, sorang cari crown & sorang cari wand!  Habis tu... takkanlah Mama nak beli serba satu??  Last-last... kena beli 3 barang untuk semua orang!  Takpelah... jarang sangat Mama spend duit beli barang mcm ni kat anak-anak.  Plus Mama kagum jugak bila tengok korang boleh terfikir nak buat macam tu... hahahhah...
Ada banyak gambar Pari-Pari Jadian or perasan ni Mama snap.  Tapi tak masuk plak dalam blogger ni... Arrgghh.. malaslah nak set kat Google+... Guna gambar ni ajelah.  Kalau nak tau, Harga wing tu RM4.90/pcs, crown RM3.00 +- kot, wand (bunga sebenarnya tu) RM1.80 utk 2 pcs.  Misha ni satu hal la... dok bising.. "Bila Misha nak boleh fly ni??..".  Kejap-kejap datang tanya Baba & Mama soalan tu.  Letihla nak bagitau, memang takdenya korang boleh fly setakat pakai kepak MR DIY tu... hheheheh...
 Tanggungjawab paling utama Tiha bila Mama & Baba bz, pastinya jaga si Adik ni.  Sebenarnya tugas ketiaga-tiga orang.  Tapi Tiha lah yang paling reliable & dibenarkan mendukung Ila.  Yang lain... No..no... eeekkk... Cuma boleh tolong lapor je.  Mama tak nak ambik risk bagi diorang angkat-angkat Ila.
Untung Ila, ada 3 orang Kakak & berebut-rebut nak main dengan dia tiapmasa.  Harap-harap bila dah besar, Ila pun sayang Kakak-kakak macam tu jugak.  Memang diorang pantau Ila ni macam menatag minyak yang penuh... Tu yang Mama & Baba kesian bila tengok diorang terkurung kat rumah aje... Ajaklah jugak diorang keluar bua outdoor activities sikit walaupun tengah bz sangat.

Ni gambar Baba hantar kat Mama - Ila & Kakak-kakak pegi shopping dengan Baba.  Biasanya kalau Mama sibuk sangat, Baba akan bawa budak-budak ni ikut sekali ke mana-mana.  Antaranya bila ada stok barang urgent nak pakai habis or takde.  Kalau Baba yang pegi beli cepat sikit.. Kalau Mama yang keluar.. haa.. alamatnya... So untuk jimat masa, Baba keluar dengan anak-anak, Mama siapkan tugasan kat rumah.  Baba ni memang tak sampai hati nak tinggal anak-anak dia.  Nak pegi gunting rambut pun diusungnya budak-budak ni... Anak-anak kami ni kalau diajak keluar memang behave, dari yang besar sampailah baby coz diorang takut Mama & Baba tak bagi ikut or tak nak ajak diorang keluar berjalan kalau buat perangai.  So memang jarang terjadi kejadian meminta barangan, merungut lapar dsbgnya bila diajak keluar... Semua ikut je tanpa banyak soal.. hehehe...

Itu ajelah antara aktiviti indoor kami sepanjang 2 minggu ni.  Banyak jugak gambar-gambar aktiviti outdoor.. yang tu saya share kemudian ye... Nite..



DIY - MEGA PROJECT

Monday, June 8, 2015 6 comments
Apa yang mega sangat tu?  Bagi mereka-mereka yang expert menjahit, projek yang kami buat ni bukanlah dikira gempak sangat pun.  Tapi untuk kami berdua, memang kembang kuncup habislah tengok hasil kerja kami ni.

Asalnya beli mensin jahit sebab nak menjahit pakaian seisi keluarga aje.  Nampaknya mesin jahit kami telah banyak disalahgunakan! Baju Mama, sehelai pun belum sempat dijahit.  Satu demi satu 'benda' lain yang terjahit.  Cuba kita tengok, apa pula lah yang kami jahit kali ni... hehehe..

 Saya pernah call kedai yang buat upholstery untuk bertanyakan harga.  Sekali dia cakap, at least RM3,000 utk upholstery sofa macam kami ni.  Terkedu jugaklah mendengarnya.  Jadi kami pendamkan ajelah hasrat tu.  Macam tak berbaloi jer... Sama macam harga sofa baru dah.

Bila dah ada mesin jahit sendiri, kami mulalah start membelek blog, youtube dll utk fahami cara upholstery sofa.  Memang rumit prosesnya tapi POSSIBLE. Bila Baba pon turut sama berminat nak repair sofa cabuk kami tu.  Happy sungguh saya.  

The best way nak upsholstery ialah dengan menetas dan trace balik atas kain.  Tapi kami tak nak ambik risiko.  Tetas punya tetas then tetiba rasa susah ke, kusyen & fiber terbarai ke.. Kan naya tu?  Jadi Baba menggunakan skill imaginasinya untuk mengukur dan memotong piece by piece sebelum dijahit Mama. Kiranya kami buat sofa cover ajelah, belum sampai tahap upholstery lagi... hehehe... 

Inilah sofa kami yang dah teruk mengelupas.  Tapi framenya masih Ok

Dah siap! Yang ni mudah aje, kejap pun dah siap.  Kami beli stapler heavy duty yg berharga kurang dari RM30 untuk melekatkan cover ni dan kainnya pula - KAIN LANGSIR RUMAH LAMA KAMI!  Hahaha.... (Jimat kan???).  Benangnya pula saya guna yang tebal (benang jeans) supaya tidak terbarai kalau anak-anak melompat atas tu nanti.  Setkan jahitan yang lebih kasar & jahit dua kali kalau rajin (tindih),,, Saya gunakan jarum mesin yang kepala merah...

Yang ni PALING MENCABAR.  Lama betul masa yang Baba ambil untuk mengukur & memotong.  Saya yang menjahit pun pening coz cover ni mestilah boleh diregangkan kerana Sofa kami ni boleh dilaraskan sebagai Bed.  Lepas bertungkus lumus, siap juga akhirnya,,,,

Yang ni sofa yang paling panjang... Kerja lebih mudah coz prosesnya hampir sama dengan yang kedua tadi
Dalam 5 hari juga kami ambil masa (jika tiada gangguan dan faktor-faktor serta tragedi yang tak sepatutnya, 3 hari boleh siap).  Dalam tempoh kami menyiapkan sofa ni, ada pula tetamu-tetamu datang 3 hari berturut-turut... Haa... kesian diorang sebab ruang tamu tengah berterabur... heheheh...
Dah hampir siap... Cuma tempat letak tangan aje belum beres.  

AKHIRNYAAAA....!!!!  Syukurlah... berjaya jugak kami buat sofa cover ni.  Cuma nampak sedikit kedut/kurang kemas di bahagian depan coz cover ni tidak boleh dipasang ketat kerana boleh dibuka sebagai katil pula.... 

Haaa,,, Inilah rupa sofa tadi bila dibuka dan digabung.  Kalau dibuka, sofa cover ni nampak tegang & kemas berbanding jika dilipat.  Sofa ni bila dibuka jadi King Size Bed, besarkan?   Dibahagian bawah sofa pula ialah ruang penyimpanan - storage box (sofa ditolak ke atas, bahagian hitam tu ialah kotak penyimpanan).  Memang banyak ruang untuk simpan Toto ke, bantal or selimut.  Tu yang kami sayang sofa kami ni.  Biarpun dah cabuk benar, but still functional & practical kan,,,
Macam mana?  Ok tak hasil kerja tangan kami ni?  Boleh kasi bintang tak?... :P.

P/s :  Thank you Baba sebab sporting sangat & suka layan Mama buat benda-benda macam ni...


BARANG DARI CHINA LAGI

Friday, June 5, 2015 1 comments
Terpaksa guna gambar-gambar dalam koleksi draft coz kebanyakan gambar ada dlm hp husband.  Antaranya mega projek terkini kami hingga membuatkan mesin jahit ku merajuk... Esok nak kena bawak jumpa doktor pulak.  Isshh.. sensitip benar ke mesin jahit ni?.  Hopefully esok dapatlah jawapan, mesin yang manja atau tuannya yang ganas.  Tapi yang paling tak gemar, banyak projek tergendala. Dahle mega projek kami ni hampir siap sangat pun...   Harap-harapla boleh repair esok.  Kalau dibuatnya kena tinggal dulu,  menangis lah jawabnya.  Rosaklah plan kami... Uuwwaaaa.....

Ni nak share satu lagi barang yang saya order kat Aliexpress.  Saya order sama hari dengan footer hari tu, tapi yang ni sampai lewat semiggu camtu.  Maybe seller lain-lain jadi penghantaran pun tak sama lah kot.  Haa... meh kita tengok..

Ni lah rupa packaging luarnya.  Diorang tinggalkan dalam mailbox aje, takde lah Ting Tong loceng hantar depan pintu.  Tapi saya tak kisah, janji sampai.    
Jangan jadi macam Pos Laju yang selalu 'tipu' cakap orang takde kat rumah, pastu tak tinggalkan notis pula!  Tup-tup kami kena collect di HQ (Brickfield).  Ye lah.. dah dokumen/parcel tu berminggu-minggu kami tak collect di Pej Pos Melawati.  Padahal kami langsung taktau ada bungkusan.  Dahlah saya ni memang ada kat rumah.   Hangin tak?  Penat dah saya bagitau Pejabat pos Melawati tentang Posmen tak pernah naik hantar ke rumah atau tinggalkan notis.  Tapi dia mintak saya pergi report kat Pejabat Pos Laju Gombak pulak! Seingat saya dah 3x jadi camtu.  Tau tu pun sebab dapat call dari sender tanya dah dapat ke dokumen/parcel tu!  

Hadoi... Memang emo sangat saya bila sebut pasal Pos Laju ni.  Tu belum lagi pos ekspres.  Yang tu lagi parah... Posmen tersilap hantar dokumen saya tu ke rumah orang lain.  Bila saya complaint, mati-mati kata dah hantar.  Mujurlah bila di cek, dia dah hantar salah rumah!  Bila diorang tuntut, Pak Cik tu siap mengamuk lagi cakap, dah hantar kat rumah dia, yang dia punyalah!  "Pak Cik... best sangat ke dapat transkrip exam UUM saya tu??" " Haa.. hambek la kalau suka sangat!"  Mula-mula hangin betul saya.  Geram je nak buat report, tapi lepas boss pada posmen tu merayu supaya saya  taksebabkan budak baru tu kena buang kerja.  Tak sampai hati pula.  Maybe ada hikmahnya, gara-gara takde transkrip exam itulah saya tak apply mana-mana kerja, sebaliknya saya buka Kina Cafe!  Perancangan Allah... Tiada siapa boleh menduga....

Oklah.. habis sessi melepaskan perasaan.  Meh kita tengok barang apa yang saya order nun di China ni.  Haa.. inilah Bias Tape Maker.  Kalau berminat nak buat bias tape sendiri (kun/lis) boleh guna tape maker ni.  Yang saya beli ni ada 3 saiz.  Ada yang jual individually, ada yang dengan set bias tape binder dll.  Beli lah ikut keperluan yer.  Setakat ni masih belum berkesempatan guna lagi.   Insyaallah kalau dah 'terbuat' nanti, saya share kat sini ye...
Bias Tape Maker... Ada a few sizes unuk dapatkan lis yang pelbagai.  Yang besar tu boleh guna untuk quilt.  Tape Maker ni kalau beli satu-satu belas-belas ringgit jugak harganya.  Saya beli ni rasanya below RM30 kot... tapi memang murahle dari harga pasaran kita.
Itu je lah yang dapat saya share kat sini.  Nak tunggu apa mega projek kami, tunggule sampai siap sepenuhnya ye.  Niteee....