Masak Nasi

Thursday, October 18, 2012 4 comments
Zaman sekarang ni jarang dah orang masak nasi manual.  Tapi baru-baru ni, kebetulan periuk nasi tak available, saya pon masak nasi atas dapur macam zaman dulu-dulu.  Teringat-ingat lagi masa kecik-kecik dulu, almost everytime saya masak nasi mesti terhangus.. hehehe.. sian satu rumah kena makan nasi bau-bau hangit.  Ini semua gara-gara saya leka membaca.. bila ada bau hangit baru kelam kabut nak tutup periuk nasi & perlahankan api.

Kadang-kadang teringin nak makan pulut durian, saya masak dgn cara ni jugak.  Rasanya tak padan nak masak pulut seciput dalam rice cooker.  Lagipun masak dengan cara ni pantas lagi menjimatkan.. ahakkss.. mcm promote barang pulaks!!

Kalau ikut cara ni, insyaallah nasi cantik aje lerainya & takde kerak walaupun sedikit.

Sampai dasar periuk memang tak berkerak.  Kalau nak tanak pulut pun caranya sama cuma sukatan utk pulut ialah 1:1 (1 cawan pulut : 1 cawan air).  Air utk pulut boleh kurgkan sikit lagi jika nak pulut nampak sebiji-sebiji.
Cara nak dapatkan nasi macam ni mudah aje.. semasa memasak, tutup periuk & buka api gas seminimum mungkin (api rata, bukan api tengah aje).  Sebaik aje nasi mendidih, jenguk-jenguk dalam periuk.  Jika airnya dah takde / kering terus tutupkan api.  Jangan alihkan nasi dari dapur, biarkan nasi betul-betul kering dgn sendirinya.  Kemudian apa lagi... ngap ajelahh..

Tutupkan periuk rapat-rapat & biarkan kering.  Api yg perlahan dapat elakkan air meruap & dari nasi masak mengejut.. 
Simple kan??

Lontong Semarang

0 comments
Pc ku dah sihat!!! Yeaayy!!! Cepat aje superhero saya ni bertindak kan?  Harap-harap pc ni betul-betul recover lah kan.. tak buat hal lagi .... Oklah jom cerita pasal makanan pulak..


Teringin nak rasa lontong ni, last-last buat jugak (lama dah pun).  Resepinya saya ambik dari dapur Kak Jee.  Thanks for sharing... :).  Cara kuahnya saya ikut resepi, tapi sayur-sayurnya saya kekalkan macam lontong biasa.  Yg kaler merah tu udang tau, bukan carrot.. hehehe.. Ok, kalau nak cuba ini resepinya :


BAHAN2
Nasi impit (kjee beli jenama adabi dan rebus 2 jam)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau
kobis
nangka (dipotong kecik2 dan rebus. kjee tak makan)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam

CARANYA:

Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.

Pc ku buat hal

Wednesday, October 17, 2012 2 comments
Tengah tension dgn pc sendiri ni.. Agak lama gak berpenyakit & tak kebah-kebah.  Taktik utama dia, suka tutup tiba-tiba.  Ada jugak yg kena tarik kabel kasi kojol terus ni kang.  Before this ingatkan ada bad sector, lepas scan ok aje.  Then try format plak, kot-kot system error.. nampaknya tak jalan jugak.  Virtual memory pon semua ok.. wahai pc, apakah sakitmu??? Janganlah jahanam, umur mu baru 5 tahun tau!! Tak kuasalah nak beli baru...

Walaupun ada netbook sebijik utk si Tiha & Ieqa guna, saya kurang gemar.  Susahle nak update blog guna netbook.  Dahlah gambar-gambar saya baru transfer ke pc semalam.  Baru je excited nak share resepi clone of cinnabon, pretzel, cheese pudding caramel, etc.. 

Pastu.. saya baru balik dari Bukit Fraser tau.  Ingatkan nak upload gambar-gambar kat sana as guide & mcm preview la utk sapa-sapa nak try ke sana.  For me Bukit Fraser ni mendamaikan.  Those yg suka tempat yg santai & jauh dari hiruk pikuk kota, inilah tempatnya.  Dulu saya sekeluarga selalu ke Cameron, tapi last trip kami ke sana, tersangkut dalam jam, seriklah pulak.  Jam berkilo-kilometer dr Brinchang!! Ingatkan accident ke apa, rupa-rupanya bandar Brinchang dah congested sgt dgn traffic.  Aarrgghh.. naik atas ni nak menikmati suasana dingin & nyaman sambil menikmati keindahan alam, kalau jam camni, baik dok KL aje!!

Jap lagi superhero saya balik (laki ku le, sapa lagi), saya buat muka kesian suh dia repair pc tu cepat sikit.  Saya ni dulu-dulu biasa trouble shoot pc sendiri, tapi lepas kawen, langsung tak nak amek tau!!! Hahaha.. Dah kawen dgn sifu IT sendiri kan.. buat apa nak susah-susah.. :)

Donut Kentang/keledek

Tuesday, October 9, 2012 2 comments
Malasnya nak hupdate blog ni.. biasa la, bila sari miss update, maka berhari-hari malahan boleh jadi berminggu-minggu penyakit M tu menyerang.  Baiklah saya gagahkan diri nak tambah satu lagi resepi dalam koleksi saya.  Kali ni saya try buat donut.  Sebagaimana dinyatakan.. saya tak pernah buat anything yg perlu diuli sebelum ni.  Tapi sejak berkenalan dengan potato bread CMG, saya makin ketagih nak buat semua jenis makanan yg beryis & pastinya kena diuli lah!! (sudah gian tahap lalok pon ada ni.. hehehe).

Oklah.. resepinya di sini...

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Macam biasalah.. donut ni terhasil sbb nak perabis stok makanan dkt rumah.  Dah lama keledek tu mengeram dkt pantry.  Beli kunun-kunun nak buat spare in case cik abg kita tu request nak makan cek mek molek or keria or anything bergoreng (biasalah cik abg saya ni, bila barang takde, mulalah teringin.  Bila saya buat stok, takde la plak dia request).  Sblm keledek tu masuk dlm tong sampah, eloklah digunakan sebaiknya.. (ngeh..ngeh..ngeh..). Jadi saya pon belek-belek stok resepi yg tersimpan.  Jumpa resepi donut kentang.. best ni kalau try dgn keledek.. :)

Dah ready diturap.. eloklah, Tiha & Baba pon dah nak balik

Pembantu (pengacau) baru - dulu si Tiha.  


Saya gunakan chopstick semasa menggoreng.. sonang kojo!!

Sadur aje dgn icing sugar.. baki gula saya simpan dlm peti.  Donut ni pon saya tak goreng semuanya, separuh tu saya bekukan.
Alhamdulillah.. berjaya juga saya buat donut yee... :P!!!

Princess Doll Cake

Wednesday, October 3, 2012 2 comments
Doll cake ni sebenarnya last minute decision.  Mana taknya, nak deco kek biasa pun saya ragu-ragu.. Inikan pula nak buat kek pelik-pelik.. saya bimbang aje kek tu akan jadi rupa makhluk lain.  Tambah-tambah sblm tu saya dah heret Tiha ke Bagus Melawati untuk beli barang-barang deco cake, yg semestinya pilih & tampal aje.. hehehe..

Balik Jengka, berborak dgn adik.. dia lah beria-ia suruh saya buat cake princess tu.  Walaupun saya ragu-ragu, dia masih tetap mengapi-apikan saya.. akhirnya.. balik ke KL saya beranikan diri beli bahan-bahan untuk buat cake ni (tanpa pengetahuan Tiha tau).  Bukan tak nak bgtau awal², takut tak menjadi, kesian pulak dia.  So kek ni mmg surprised untuk birthday dia kali ni.

Saya gunakan 3 biji kek untuk dijadikan skirt doll ni.  Kek-kek ni takde la tebal sangat.  Kebetulan resepi Super Moist Eggless cake ni memang untuk kek yg kecik, sesuweeyy sangatlah.. Nak buatnya pun sng, takyah pukul bagai.. kacau-kacau aje dah siap... hehehe..

Untuk bhgn atas skirt, bakar kek dalam apa² bks yg berbentuk kubah bila diterbalikkan
Ini untuk bahagian atas kek

Dua lagi kek yg bakal jadi mangsa

Saya tindihkan semua kek & disapu frosting kek untuk melekatkan ketiaga-tiga bahagian.  Saya cucuk juga dgn lidi / buluh kecil di bhgn tgh kek utk keselamatan

Kemudian trimkan kek menjadi bentuk skirt

Dah siap, bolehlah sapu cream (saya terlupa letak colouring),  since dah tersilap warna & susah nak cover warna kek yg gelap, saya bekukan sekejap

Lepas keluar dari peti beku, kek makin senang dikerjakan, saya sapukan pula dgn cream yg dah diwarnakan pink.  Untuk ratakan frosting ni boleh gunakan spatula ataupun kertas dgn cara menarik frosting dr bawah ke atas (boleh refer video yg saya sertakan kat bwh)
Dah siap tu, saya pacakkan princess doll bhgn atasnya.  Doll ni saya beli di Bagus juga, RM5.50 aje.  If nak guna doll biasa pon boleh, cuma kena lubangkan bgh tgh kek dgn cookie cutter sblm ditindih & disapu krim.Balutkan dulu badan doll tu dgn plastik & masukkan di bhgn tgh kek tu (spt cth video di bawah). 

Angkat tangan doll & ikat rambutnya supaya sng dihias

Dgn piping bag, saya paipkan satu demi satu krim ke badan doll sebagai baju.  Lagi mudah jika ada cake turntable semasa menghias kek ni..

Kemudian hiaslah ikut citarasa masing-masing.  Saya ni tak kreatif sgt, jadi buat ala kadar ajelah... janji Tiha happy!!
 Lepas buat sendiri, rasanya takde lah susah mana nak buat bendalah ni.  Cuma nak cantikkan frosting kat skirt tu agak mencabar utk org yg 'kerastangan' mcm saya ni.  Kemudian cream yg asyik nak cair aje... jadi kena buat cepat-cepat kalau tak nak cream tu meleleh.  Time Birthday Tiha cream tu dah mula separate, abis luruh gula-gula love dkt skirt princess dia tu.. hehehe.. Nasib baiklah semua acara dah selesai... kalau tidak, naya!! Kalau nak kerja mudah sikit, bolehlah gantikan dgn buttercream icing.  Cuma kena kompromi sikit dgn rasanya yg tak sesedap whipping cream ni.. :).

Paginya sblm bwk kek ni ke kindergarten, tangan rasa gatal nak tambah sikit deco cake ni.  Maka inilah hasilnya..

Ini ada a few videos yg boleh dirujuk untuk menghias princess doll cake ni...

http://www.youtube.com/watch?v=vwqaF8f3VW0
http://www.youtube.com/watch?v=y7xwMgL2qlk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=A-39XI-cN30
http://www.youtube.com/watch?v=5yqTRSUWgzI&feature=related