Potato Bread AGAIN

Wednesday, March 13, 2013 2 comments
Ni first time buat roti kentang sejak beli bread maker.  Dulu rajin buat, tapi sekarang dah makin nak muak makan... tu yg jrg-jrg je wujud.  Buat ni pun sbb nak perabis stok kentang, buat 2 adunan terus.  Tu yg melimpah BM ni.. biasalah kan.. ngelat.  Saya perasan jugak doh kali ni lembik & melekit, tapi biarkan aje la, pandai-pandaila membentuk nanti, guna minyak ke.  Tambah tepung kang betambah banyak jadiknya.  

Haa.. dah naik pon.. ni part paling best, uli-uli doh yg dah naik.. hehehe...

Jangan jeles.. I beli mat untuk menguli tau.. senang keje.  Tapi doh ni melekat & lembik sakan, kemain susah nak dibentuk.  Saya gunakan minyak utk kurg melekat.  Ala, bulatkan lebih kurg aje, nanti dah naik nampak cantik jugak.. hehehe

Hambik... seloyang ni padat dengan roti.  Since custard saya buat lebih, jenuhla saya picit sampai seluruh surface roti tu. Bakinya tu saya picit masuk mulut sendiri.. hehehe.. sedap!!  Satu loyang lagi saya masuk peti tapi yg ni belum letak custard lagi, nak bakar nanti baru tambah.
Sejak mengguna BM ni, saya dapat simpulkan, hasil uliannya teramat gebu.  Tapi sometimes rasa boring gak asyik makan roti yg tergebu sangat kan.  Cthnya roti kentang ni, melampau-lampau naiknya... hiisshh.. saya suka roti yg tak terlalu lembut.  Lepas ni maybe saya try omit bread softener & bread improver dalam resepi ni supaya kurg gebu sikit... heheh.

Last nite saya buat roti naan, pun terlebih gebu dari saya buat dengan tangan dulu.  Nampaknya family saya lagi suka yg kurg gebu sbb suami cakap dah rasa ala-ala roti arab.. aisehh.. ngengada tul la, dah ada BM kata sedap lagi roti yang Mama uli.  Maybe pasni saya naikkan 30minutes aje la instead of 1 hour mcm setting BM tu.  Tapi kalau suka roti yg menggebu, takde masalah, mmg puas hati le.

Char Kue Teow

Sunday, March 10, 2013 5 comments

Nak buat char kue teow mestilah berkuah sikit, nama pon 'char aka air' kan... kalau yg kering tu kue teow goreng.  Bukannya apa kadang-kadang dlm menu tulis char kue teow, tapi bila order, dapat kue teow goreng biasa.. :(
Char Kue Teow ni favourite saya kalau balik ke utara.  Bukan takde kat KL ni tapi feel nya tak sama... ecehh.. hehehe..  Kalau kat utara nun, port makan char kue teow pilihan saya kat Bukit Mertajam (BM).  Ala seberang hotel Summit BM je.. glamer tempat tu.  Adik saya yang ada di utara yg intro - kat utara ni banyak GILA port makan tau.  Ada lagi pot char kue teow lain cthnya macam Permatang Pauh, but char kue teow BM tetap di hati..

Saya mula kenal char kue teow ni masa belajar kat UUM.  Masa tu tiap-tiap hari la nak makan char kue teow.  Bila Pak Cik tu masak, saya dok dekat-dekat dengan kuali & tengok sebijik-sebijik prosesnya.  Nampak senang sungguh!! Ketung..ketang.. ketung ketang.. dah siap! Tapi.. saya tak tau apa bahannya dalam cecair warna hitam yg biasa diorang letak tu.  Takkan kicap cair je kan.  Lama juga lah saya cuba mencari jawapan & banyak juga resepi yg saya jumpa.  Sayangnya tidak meyakinkan saya.

Sampailah saya ternampak resepi ni di beberapa blog.  Setelah lama ku peram, terlaksana lah impian nak masak char kue teow sendiri.  Lagipun suami ku kurang suka noodles, jadi saya bimbang juga kalau hasilnya kurang sedap, makin phobia dia nak makan noodles nanti.. hehehe.
Nak masak char kue teow perlukan api yang kuat & perlu dimasak pantas.  Jadi kena get ready everything  siap-siap supaya senang nak campak masuk dalam kuali.  Pes kicapnya ada dalam periuk kat depan sekali tu.  Letak dekat sikit dengan kuali, takut menitik time mencedok..
Macam biasa saya baca aje resepi asalnya sekali imbas, then saya olah balik ikut cara saya.  Tapi saya share ajelah resepi asalnya tu ye, sbb olahan saya tu tak bersukat, main picit itu ini masuk dalam kuah kicap tu.

Bahan-bahanUntuk Paste
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sk petis
2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
2 suduckecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
1 sudu kecil gulaUntuk Mee
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili boh
kerang-tak letak
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dan kulit udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....asingkan udang dan kulit.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. (saya tak pekatkan...)

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh ye, saya tak pekatkan paste tu.  Sebaliknya saya jadikannya sebagai kuah.  Selepas menumis bwg putih & 1 sk cili, saya masukkan 3 senduk kecil kuah kicap tu diikuti bahan-bahan lain, pecah telur & gaul rata.  Tutup api.  Beberapa saat je dah siap.  Api mau besar, masak mau pantas.. hehehe..  

Yang pastinya suami saya suka sgt char kue teow ni.  Mintak tambah lagi (padahal saya dah buat portion besar utk dia).  Saya goreng sepinggan, sepinggan utk mengekalkan keaslian rasa & teknik membuat char kue teow ni (maklumla tiap-tiap hari tonton pak cik kat UUM tu masak).  

Esoknya pulak, saya angkut bahan nak buat char kue teow ke rumah Mertua pulak.  Menggorenglah saya untuk Parents in law & adik-adik ipar.  

Sebenarnya hari tu sessi menziarah aje, takde plan pun nak masakkan dinner utk diorg.  Tapi kebetulan Mak M.  Mertua ku demam, adik ipar pun tak sihat, jadi saya volunteer masak dinner utk they all.  Since dah last minute baru plan nak masak, jadi saya buat char kue teow je le sbb baki kerang, garlic, chilli paste serta tauge/kucai masih ada.  

Happy tengok everybody enjoy makan.  FIL saya hantu kue teow, suami saya cakap dia puji sedap (saya dok sibuk menggoreng di dapur).  Adik Ipar yang bongsu tu pon saya tengok habis licin dimakannya walaupun tengah tak sihat.  Cuma Mak Mertua je makan tak habis sbb takde selera.  Kesian plak nampak dia weak sangat...  

Sekian saja lah kisah char kue teow dari saya... ;)  bubye..

All Time Favourite

2 comments
Masak kunyit ayam ni tak berkuah sangat, jadi saya padankan dengan kobis masak kicap.  Saje la bagi ada kuah sikit.  
Masakan ayam macam ni memang saya suka sangat.  First time try dulu adik saya yang masak.  Lepas tu selalu jadi menu keluarga.  Cara masaknya simple sangat macam nak buat masak lemak cili api juga, tapi ditumis (sikit aje letak minyak tu tau, nanti ayam tu akan keluaran minyak lagi).  Part yang paling sedap tu bau daun kunyit yang semerbak, dah ala-ala rendang pun.  Saya suka kisar bahan-bahan tumis tu dengan air yg banyak kemudian masak dengan ayam sampai kering.  So rencah tadi akan mesra & sebati dengan ayam, memang sedap.  Saya masak lauk ini aje dengan sayur untuk dimakan dengan nasi putih.  Seperti biasa menu simple & pantas dimasak.. hehehe..

Rosemary Chicken

Saturday, March 9, 2013 0 comments
Dah lama sangat saya teringin nak buat chicken rosemary ni.. sebab nampak best, dah buat.. rasanya pun BEST!  Recommended sangat kepada sapa-sapa yg baru nak berjinak-jinak membakar ayam coz u will be very impressed with the result.. series ni..  (don't judge the taste from my picture ok - kalau nak terliur, kena refer gambar blog lain.. hehehe.) - dengan bangganya mengaku.
Rupa Chicken Rosemary ku yg tak sudah.. dahla potong ayam pun kantoi.. ho..ho..hodoh... :)
Okeylah.. sudah-sudahlah tu gelakkan hasil tangan sendiri.  Kena bagitau jugak, gambar dalam blog saya ni memang tak menangkap, tapi saya boleh guarantee le bab rasanya tu.  Ala puji melambung kata sedapla apala bukan untuk saya pun kan, nak bgtau kesedapan resepi sumbagan org ni.  Kebetulan plak saya suka sangat makan ayam yg diperap lemon sbb baunya harum & isinya lembut.. :).  

Resepi ni saya pernah jumpa dekat banyak blog, tapi saya terbuka hati nak try masa lawat blog Kak Yatie.  Saya copy paste kat sini balik ye Kak... 

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 3 sudu besar gula perang2 sudu besar madu- Yatie tambah (saya guna madu je...)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
  • 5 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 6 biji baby carot
  • sedikit mentega

Cara penyediaan:
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.
Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Kat bawah ni gambar proses pembuatan ayam ni.  Kena letak ni sebab bukan selalu saya rajin nak snap gambar time memasak.. hihihi.. 
Saya perap 1/2 ekor ayam aje... hi sexy, mlm ni I makan U ye.. Kejam je bunyi statement tu kan. Kalau nak buat ayam bakar, make sure ayam tu ditoskan betul-betul. Kalau rajin lap dengan kitchen paper (saya tos atas penapis aje - sayang tissue paper... hehehe)..

Dah tu saya sumbat masuk zipper bag & simpan dalam peti, pepetang kang kita bako dia... (saya ingat nak recycle balik zipper bag ni, masa tengah basuh, rupanya dah bocor.. huhuhuk... ).  Pasni nak perap dalam tupperware je la.. (dasar kedekut kan..)
Agak-agak 3 jam jugaklah ayam tu lepak dlm fridge.  Macam yg dijanjikan, pepetang tu saya keluarkan ayam yg dah juicy kena perap tu dari peti & start prepare bahan lain plak.
Sementara merebus kentang, saya susun segala veggie kat dalam loyang.  Veggie ni nanti akan terendam dalam minyak, air & bahan perapan ayam, yang tu le sedap dijadikan bahan kuah.  So korang nak kuah tu rasa apa?  Saya nak kuah saya ada rasa onion, celery, carrot & tomato... so sayur tu lah yg perlu diletak

Kemudian letak ayam tadi, sapu butter banyak-banyak.  Butter ni utk kasi skin ayam tu crispy & nampak cantik bila dibakar.  Boleh juga di renjis olive oil sbg pengganti or kedua-duanya... 
Potato yg direbus tadi saya gaul dengan baki bahan perapan ayam tadi.  Boleh tambah garam & black pepper lagi kalau perlu.  Kemudian susun potato tepi ayam tadi. Ratakan kentang tu, jgn letak setompok aje nanti tak cukup gebus
Fuyyooo.. dah masak!!  Lama jugak saya menelan air liur sbb jenuh ngat menunggu... sejam lebih baru masak.  Pehal degil sangat ayam nih... ??? (kalau tak sure dah masak ke belum, tengok air ayam tu dah habis keluar ke tak - boleh hiris sikit isinya atau cek ada air terkumpul kat bawah ayam tak).  Bila ayam masak, segala lelamak mencair, so kalo nampak skin ayam tu tebal sgt lg & bhgn peha still putih, eloklah dibakar lagi.  
Air ayam tadi tu kita jadikan kuahnya plak.  Saya tambah lagi airnya bimbang tak cukup plak kuah tu nanti then saya tambah lagi 1/2 kiub ayam.  Pastu bancuh 1sk tpg jagung dgn air sikit utk tambah sebagai pemekat kuah.  Kalau tak pekat buat lagi macam tu ye..
Dah siap tu, panggil lah semua jemputan makan.  Si Tiha request peha... (dlm hati sedey je sbb saya dah aim part tu.. :)).  Tapi dengan anak kan, laju je saya potong letak dlm pinggan dia.  Ieqa saya bg bhgn isi & Babanya bahagian wings & selebihnya... Inilah dinner kami hari tu.. enjoy je semua org makan, Alhamdulillah... tiada pembaziran berlaku.  Makanan habis licin macam biasa!! I love u so much la my dear semua.. muahh..muaahhh.. hehehe (kepala weng sikit malam ni)... buhbye..

Benggali

Thursday, March 7, 2013 2 comments
Hari ni saya just nak share proses membuat roti benggali untuk Kina Cafe.  Dah lama saya mention tentang ni kan. Ye la supplier saya tu dah stop operation, jadi terkapai-kapai lah takde supplier.  Nasib baik le saya dah makin mahir buat roti, jadi makin gigihlah saya meroti setiap hari.  Saya buat roti benggali je sbb roti bakar Kina Cafe memang best tau.  Roti tu dipotong tebal & disapu kaya, susu atau gula.

Awal-awal dulu saya uli dengan tangan aje, tapi tak laratla jugak kalau banyak kuantitinya kan.  Last-last saya beli Breadmaker untuk membantu.  Memang berbaloi-baloi sebab setiap hari digunakan! Seawal 8.00 pagi akan  kedengaranlah bunyi breadmaker ni tekun menguli.

Selepas diuli saya naikkan dalam ni juga (tapi melimpah sakan la).  Sebelum² tu saya keluarkan dah transfer dalam bekas, tapi lecehlah sebab nak kena minyakkan bekas, cuci plak.. hehehe.  Jadi saya naikkan dalam BM aje. Saya kena fikir cara yang paling efisien memandangkan ini tugasan setiap hari.  Kalau banyak songeh sgt, saya jugak yang demotivated nanti.
Doh dinaikkan kali pertama.  Memang melimpah sampai terbuka penutup BM tu.  Ni dah turun sbb bhgn atas doh terkoyak (melekat pada penutup) semasa saya buka BM.  Tapi dah naik pon, tak kisahlah kan.
Habis dah colapse lepas saya tarik tangkai BM ni.. hehehe.. takpe.. nak kena uli keluarkan angin pon

Saya uli sekejap (sekadar keluarkan semua ruang-ruang angin dalam doh).
Doh ni untuk 2 loaves jadi saya potong 2 & timbang.  Kalau tak sama beratnya nanti tak sama tinggi plak naiknya
Saya uli lagi sikit & transfer masuk loyang.  Saya tekan-tekan hingga menutupi dasar loyang.  Saya tak minyakkan pon loyang tu.  Crumb roti sebelum tu pun masih ada lagi.  Tapi utk makan sendiri elokla sapu butter or spray minyak sblm masukkan doh.  Saya ni kan dah bereksperimen byk kali, tu yg dah tau teknik.
Doh tadi saya naikkan di dalam oven selama 1/2 jam supaya boleh terus dibakar.. :).  Saya tak preheat pun tau, bila doh dah naik 1/2 atau 3/4 loyang saya start bakar.  (pun jgn buat teknik tak preheat ni untuk roti biasa).. Saya gunakan taktik ni untuk dapatkan 'oven spring' ke atas benggali ni.  Panjang lebar kalu nak story...


Roti tu akan naik lagi masa dibakar.  Kalau dibakar satu biji saja dalam satu masa, roti benggali ni boleh naik mencecah ke penutup pemanas atas tu tau (saya dah alami banyak kali).  Tapi lastly saya decide bakar 2 biji sekaligus supaya jimat kos, masa & tenaga
Dah masak!  Keluarkan dari loyang untuk disejukkan.  Saya lapik jaring penyejuk untuk elak crumb roti bersepah atas meja.. :).  
Esoknya pagi-pagi roti ni akan jadi santapan pelanggan Kina Cafe.  Roti kami ni fresh sbb dibuat setiap hari tau. Kalau nak rasa datanglah ke Kina Cafe di Bangsar Utama.  Nak cari cafe ni senang aje, kami di bawah rem parking Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar).  Cafe kami berwarna oren & menghadap kedai Mamak Fatheema.