OUTING LAGI..

Tuesday, June 23, 2015 0 comments
Ini salah satu lagi aktiviti luar kami time cuti sekolah yang lepas.  The first 1 week kami berlegar di sekitar KL sahaja sebab Baba & Mama tekun menyudahkan projek Sofa cover tu.  Bila dah siap, kami bawak anak-anak berjalan sikit sambil menziarah sepupu & balik kampung.  Lagipun kami menunggu Adik habis paper examnya.  Anaknya si Wafeq (anak angkat Baba.. hehehe)... Dah sibuk bertanya bila Baba nak datang.  

Kami sampai di Kuantan Isnin malam.  Dinner di Tanjung Lumpur.  Saya takde ambik gambar pun.. tgh takde mood.  Makan di kedai Kak Long Ikan Bakar.  Rasanya biasa-biasa aje cuma satu nak pesan, servis kat sini memang slow & memang takde staff yang akan pantau. Walaupun tak ramai customer, boleh tahan kemain lama menunggu.  Inilah last time kami ke sini kot (dah banyak kali kena, tapi asyik terlupa... heheheh)..

Esoknya kami menuju ke Kemaman dengan membawa anak-anak Adik.  Adik masih exam hari ni.. Last day dia.  Kemaman ni kampung husband, tapi Datuk Neneknya dah lama tak ada.  Kebetulan Mak Cik-Mak Ciknya pun tak ada, jadi kami just settlekan sedikit urusan ke sini and bawa budak-budak ni lunch.

Tak tahu pulak kat mana nak bawa, kami ke Kuala Kemaman... So far, saya suka ke Kedai Aziz Satar ni.. KAlau masuk ke Kuala Kemaman (kawasan membeli keropok lekor).. masuk ke sebelah kiri & anda boleh nampak kedainya di sebelah kanan.  InsyaAllah takkan miss kot.  Kedai ni sentiasa sesak.  Tapi ianya menjadi pilihan kerana BANYAK PILIHAN MAKANAN.  Jadi mudah lah untuk memilih.  Saya tak berpeluang nak snap banyak gambar sebab sibuk menguruskan 6 orang budak yang kelaparan!  Ke hulu ke hilir mencari makanan apa yang sesuai untuk diorang.  Sini konsep banyak gerai, jadi kena pilihlah makanan sendiri..

Tengah order air.. Mama dok pusing-pusing cari makanan...

NAsi putih pun ada.  Pilihan lauknya banyak ... Nun kat depan tempat membakar sata, otak-otak segala jenis pais & juga pulut panggang & ketupat.  Ada juga dijual keropok lekor, sate ikan, nasi ayam, air kelapa, air tebu dll lagi.  Pendek kata pilihan memang banyak.  
 Mulanya kami nak bawa anak-anak main pantai aje... Last minute kami nak bawak mereka ke Mini Zoo.  Ke pantai nanti bosan pula si Izz & Wafeq tu kan... Bila baca review tentang Mini Zoo Kemaman ni, memang menarik perhatian kami.
Entrance... Kena parking di seberang jalan... Bahaya sikit nak melintas coz alternative road to Kuala Terengganu...
 Tiket masuk adalah RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak-kanak.
Kena naik tram untuk masuk.. Yang ni dah termasuk dalam harga tiket...


Suka bukan mainlah diorang dapat naik ni... Masa dalam tram boleh nampak Ostrich & Turkey...

Melawat Akuarium ikan.  

Ni kawasan rusa...

Tapir... (saya rasa tapir ni macam tengah nazak je... terbaring lemah & dihurung tebuan).. Tak sampai hati nak tengok... 

Harimau tengah buat apa tu??? EEwwww... tengah memerut rupanya... Harimau ni yang paling best coz nampak dekat & jelas tak macam di zoo negara...



Tengok gajah pula... Masa ni Ila dah tak boleh mengawal diri.. Bukan main excited lagi dia menegur gajah.  Non stop dia dok jerit-jerit sambil bercerita... 

Ada banyak canopy walk kat sini.. Tapi suasana agak sunyi dah tidak begitu terjaga & nothing much to see.  But okaylah untuk sakat budak-budak ni sambil gegear-gegar bridge tu.. hehehe..

Orang Utan.. Nun jauh di sana... 

Water Slide.. I guess tidak lagi beroperasi... :(

Monyet spesis ni lah yang selalu tumpang tidur atas pokok tepi bilik saya. Dah banyak kali try ambik gambar tapi asyik terlindung balik daun.  Ada sekumpulan kecil yang biasa berkeliaran di sini.  Siamang kalau tak salah namanya.  Ayah pun pernah bela suatu masa dulu.  
 

 Saya perhatikan di kawasan belakang Mini Zoo ni agak tak terjaga.  Haiwan pun nampak tak bermaya, entahlah atas faktor kurang penjagaan, suhu yang panas, tak cukup makan ke or lain-lain.  Pokok-pokok yang ada pun macam tak dapat menyediakan habitat yang sesuai dan menurunkan bahang kepanasan Kemaman yang berdekatan dengan pantai ni.  Kebanyakan haiwan bersaiz besar,hanya terdapat seekor di dalam setiap kandang (mungkin ada yang mati kot??) yang saya rasa boleh menjadikan haiwan-haiwan ni stress.  Saya bukanlah pakar haiwan, tapi kecintaan terhadap alam & haiwan membuatkan saya agak peka dengan benda-benda macam ni.  Tiapkali memandang haiwan, saya seolah-olah dapat membaca haiwan tu ceria ke, sedih ke, sakit ke.. Pastu mulalah rasa sebak sebab mulalah terbayang-bayang muka haiwan tu macam mintak tolong.  Aduhhh... saya memang alah betul dengan benda-benda macam ni.  Sebab tu kalau tengok dokumentari pasal haiwan, saya tanya husband, happy ending or sad ending?  Kalau sad ending, tak nak tengok!!!  Biarlah best macam mana pun... Seriess.. saya memang emo kalau bab-bab binatang ni.

Di sebelah depan pula, nampak kandang-kandangnya bersih dan terjaga elok.  Haiwannya pun nampak sihat.  Harap-harap pihak pengurusan mini zoo tidak terlepas pandang tentang hal ni.  Jangan ada haiwan yang teraniaya kerana kewujudan mini zoo ni.  Sepatutnya Zoo jadi tempat perlindungan haiwan & tempat manusia memahami dunia hidupan liar dengan lebih baik.  Tak gitu??





Overall saya rasa Mini Zoo ni berbaloi untuk dikunjungi kerana saiznya yang kecil (taklah letih sangat nak mengusung anak-anak kan?).  Haiwannya pun agak banyak & harga tiketnya pon Ok.  Selain dari tu anak-anak boleh try canopy walk & menaiki tram for free.  Sayangnya 'waterpark' nya tu sudah tak berfungsi lagi dah.  Kalau tak, lagi meriah.  Cuma saya amat berharap pihak Mini Zoo Kemaman berbuat sesuatu dengan haiwan-haiwan besar yang diletakkan di sebelah belakang yang nampak tak bermaya.  Jika kekangan kewangan yang menjadi punca, cubalah dapatkan sponsor dari pihak korporat untuk menaja haiwan-haiwan terbabit.  Jangan zalimi haiwan pleaseeeee.....  Korang pun ramai-ramailah datang ke Mini Zoo ni ye.. support haiwan-haiwan ni tau.  Kesian diorang tu... :(

Lepas pusing Mini Zoo.. kanak-kanak Ribena memang masih ceria habis.  Takde ciri-ciri penat langsung!  Tapi Mama & Baba yang makin weak.. hehehe... Walaupun takde yang buat hal, semua sporting habis, tapi pemantauan memang kena rapi.  Bimbang lah jugak kalau terlepas sorang dua, hilang masuk kandang rimau ke kan.. heheheh... Ehh.. Mama ni melalut plak.. Nak bagitau, lepas tu kami belanja budak-budak tu minum petang dekat Hai Peng Kemaman yang famous tu.

Hai Peng ni dah macam mercu tanda Kemaman juga.  MIL bagitau dia, Hai Peng ni wujud sejak dia kecik-kecik lagi... Anak pemilik Hai Peng ni classmate dia pun!  Still lagi berjumpa sekali sekala jika ada jemputan ke majlis perkahwinan dll.  Pendek kata Hai Peng ni memang terkenal di kalangan penduduk tempatan dari dulu lagi.  

Muka-muka ceria dapat makan lagi...

Haaa.. tu diaaa.. sekali sampai.. terus sedut!  Dahaga betul nih.  Telur separuh masak kat sini dihidang macam ni.  Pelayan akan bagitau berapa minit untuk siap, kita kena alert sendiri laa... 



Roti bun bakar yang menjadi idaman ku.  Ini aje menu kami kalau ke sini... Bun ni garing di luar & disapu butter & kaya di dalamnya.  Memang marvelous.  Bertambah-tambah order kami hari tu..

Haaa.. kalau nak tau, inilah puncanya roti tak cukup.  Berkali-kali order pun tak kenyang-kenyang lagi.  Sampaikan Tiha yang champion makan roti tu pun dah habis makan.  Semua orang dah bangun nak keluar kedai, dia masih lagi mengadap roti.  Tak tau lah berapa ketul roti budak ni baham.  Sebijik macam Maknya, hantu roti!  Last-last tak habis pun Milo nya tu... Punyalah tak nak share dengan orang.  Sampai Baba buat-buat bodek nak sikit pun dia tak nak bagi...  Wafiq.. wafiq.. 
Tengok tu.. semua orang dah nak bergerak sangat.. dia still macam menunggu sesuatu.  Entah-entah mengharap roti lagi??? (kali ni Mama tak nak tanya dah dia nak roti lagi ke, segan dah nak order lagi.. heheh).  Lagipun dah dekat pukul 6.  Hai Peng ni nak tutup dah pun.  Nantilah Wafiq ajak Ibu datang makan sini ye.. hehheh...
 Dah makan.. kami bawakla diorang pusing-pusing sekitar pantai.  Then masuk ke kawasan perlindungan penyu di Cherating.  Memang dah tutup pun, tapi kami saja tinjau kawasannya.

Di sebelah turtle sanctuary ni ialah Club Med.  Boleh tahan cantik hotel ni... 

Beach di depan Club Med.. memang bersih & privacy sebab tak berhubung dengan hotel or kawasan public.  

Dalam pagar ituah tempat perlindungan penyu tu... 


Tempat penetasan penyu.. (ambik gambar dari celah pagar aje)...



Misha & topinya tu memang sukar dipisahkan.  Boleh kata dia akan pakai topi tiapkali keluar rumah.  Suka betul dia dengan topinya tu... 

Terkial-kial berjalan atas pasir.  Asyik tercicir jauh nun di belakang.  Tapi si Misha ni bukan bother pun kalau kena tingal ke apa.  Dia memang jenis lone ranger & suka main sorang-sorang.  Dari kecik Mama kena observe dia lebih sikit coz bimbang dia terlepas or tercicir.

Inilah persinggahan last kami sebelum bergerak ke Kuantan.  Adik ajak kami dinner di Lila Wadi malam ni.  Jadi bab-bab makan kita story lain kali pula.

P/s :  Kalau ke Kemaman, saya nak warning awal-awal tentang keadaan tandas Masjid Kemaman yang amat menjijikkan tu.  Saya memang dah blacklist Masjid ni.  Paling sedih bila tengok Pejabat Majlis Agama betul-betul berdepan dengan Masjid Kemaman.  Takkanlah takde pun sorang dari Majlis Agama yang perasan tentang keadaan tandas Masjid yang amat kotor tu??  Rasanya tandas Masjid Kemaman adalah antara yang paling kotor pernah saya jumpa.  Pernah sekali tu saya hampir muntah bila tengok diaper bersepah-sepah, najis pun bertepek-tepek di setiap tandas!!! Kalau nak bersolat, saya suggest pergilah ke Masjid Geliga yang nampak lama tapi jauh lebih bersih dari Masjid Kemaman.




FIRST DAY PUASA & AYAM GORENG BEREMPAH

Sunday, June 21, 2015 0 comments
Tajuk kena letak ayam goreng berempah tu supaya mudah untuk saya search dikemudian hari.. heheheh... 

Kisahnya 1 Ramadhan hari tu... memang bersemangat nak masak untuk first day puasa.  Prepare awal-awal, tak nak kelam kabut last minute.  Korek-korek stok, jumpa sagu yang biasanya saya guna time Ramadhan aje... dah setahun lah kan umurnya.  Favourite anak-anak & senang sangat nak membuatnya.   Laju je saya mengacau sagu & buat perapan ayam.  Sambal pun dah tumis, belum top up bahan aje.  

Tengok jam, dah lebih 5.30pm.. Ehh.. Tiha dah habis sekolah.  Panggil anak-anak & dukung Ila ke bawah.  Sampai kat bawah... Ya Allah!  Mana kunci???  Kunci kereta & kunci rumah tertinggal!!!  UUwwaaaa... camne ni??  Husband nun di Bangsar setup gerai, dekat sejam jugak untuk dia rushing balik rumah.   Bimbang jugak Tiha tinggal sorang-sorang kat sekolah.  Pastu.. tak laratnya saya nak mendukung si Ila yang lebih 8kg tu sementara menunggu Baba sampai.... 

Nasib baiklah handphone ada tergantung kat leher.  Terus dial Suami bagitau.  Then baru teringat MIL kan ada... hehehe.. Call MIL.. Kesian dia nak kena tolong ambik Tiha plak time tengah sibuk kat dapur.  Then saya pun tumpang pegi rumah MIL jugak, tapi tak berbuka pun kat sana.  Tak nak nyusahkan MIL nak prepare extra makanan & kami pun dah ada Kuih Sagu & Ayam pun dah siap perap.  

Dekat pukul 7.00 barule sampai rumah... Lintang pukangla saya nak menanak Nasi Lemak, rebus kangkung, goreng telur goreng Ayam Berempah & siapkan sambal!  Memang penatnya toksah nak cakap sbb buat keje rushing mcam tu.  Pendek kata 1st Ramadhan yang huru hara... 
Kuih Sagu / Bronok.. Time ni baru siap kacau, saya kukus pulak untuk hilangkan biji-bji mata ikan tu.  Dah elok masak, saya tutup api & keluar pegi ambik Tiha... Nasib baiklah ada kuih ni sebagai lapik perut dulu time Azan tu.

Kononnya nak ambik gambar Ayam Berempah... Tapi kalau dah buat keje sampai tak cukup tangan sebab mengejar masa... sempat ambik gambar rempah ajelah!... Resepi ni saya mintak dari Kakak Ipar... Not bad.  Nak buat lagi... Bahan-bahan dalam ni - Bawang putih, bawang merah/besar, lengkuas, serai, ketumbar, cili kering, jintan manis, serbuk kunyit & serbuk kari serta sedikit tepung jagung.  Garamnya jangan lupa pulak... 
Hari pertama ni Ieqa berjaya Puasa pause pause.  Dia dok cakap Baba tipu sebab bagitau dia boleh je minum Air, tak kira puasa pause pause.  Tapi bila dia tanya dengan Mama, Mama cakap kalau minum air pon puasa pause-pause jugaklah.  Babaaa... jangan tipu budak ni tau.  Cakap je benda betul... sampai hari ni dia ungkit Baba tipu dia.  Dia punyalah tak nak makan sebab tak nak puasa pause-pause sekali tu kantoi minum air pulak.. heheheh.. Kejap-kejap teringin makan biskut (berhari-hari dah biskut tu atas meja, takde orang sentuh pun).. tapi kalau dah lapar.. semuanya teringin... Bila Mama cakap," kalau teringin makanlah.."... "tapi Ieqa nak puasa"... Jap lagi tanya pulak kita makan time Azan kan?  Pastu tanya lagi hari ni masak apa... Pendek kata, tak aman hidup Mama nak jawab soalan berkaitan puasa & makanan.  Ieqa.. Ieqaa... clone Mama masa kecik ni... Banyak cakap & pantang kena tipu.

Tiha pulak... Lembik macam kain buruk.  Tu yang Mama kesian bila kami terkurung pulak kat luar rumah.  Masa berbuka sempat makan kuih bronok aje, nasib baiklah dia dah terbiasa berbuka dengan kuih aje, solat then baru makan heavy.  Berkali-kali dia dok ngadu hungry & tak tahan masa kat rumah Wawan.. Mama jeling aje.  Jangan nak carik pasal ekk.. dari darjah 1 dah boleh puasa, masuk darjah 3 tak boleh pulak?  Sahur tadi dibelasahnya spaghetti sepinggan... bukannya tak makan.  Mama tau, first day puasa, memang kuat dikit dugaannya tu.  So.. bila masuk 2nd day puasa, dia dok gelak-gelak pasal dia tak tahan semalam.  Dia cakap "agaknya sebab Tiha sahur sikit kut semalam, tu yang tak larat".... Terus Mama bidas balik.. "Makan spaghetti sepinggan, sikit lagi ke tu??"... Mulalah tersengih-sengih je.  Takut nak jawab.  Bukan tak tau Mamanya ni spesis rimau... kang.. kang.. ada yang kena ngap bulan-bulan posa ni kang!


CHEEZY BALL

Saturday, June 20, 2015 0 comments
Cheesy ball ni saya buat sebelum puasa.  Kebetulan banyak stok kentang rebus dalam freezer (kentang yang tak termakan, saya rebus & lenyek serta bekukan).  Bila ternampak resepi cheesy ball ni, macam best aje, saya pun buat.  Alhamdulillah... anak-anakku yang sukakan cheese ni memang suka makan.  Saya buat agak banyak, masih ada berbaki dalam freezer.  Kali ni saya guna Mozarella, next time nak try guna cheddar pulak..

Akibat tak baca habis resepi, saya campak semua tepung & gaul.  Memang agak terlebih tepung jadinya... heheheh.  So.. a bit chewy, next time saya kena adjust kandungan tepungnya tu.  Nak buat doh luar ni senang aje - kentang lecek, tepung, lada sulah, lada hitam & garam.  Rasanya tak perlulah bersukat.. cukup sekadar letak tepung untuk doh boleh digentel.  Dah siap tu, bolehlah potong cheese & balutkan cheese tu dengan doh ni.  
 Rasanya saya ada ambil gambar proses membuatnya tu, tapi tak jumpa pulak dalam Google+ tu... Adehh.. mana pulak la ko menghilang, gambar oiitt...

Tapi sememangnya mudah aje.  Once dah balut, golekkan dalam breadcrumb.  Then salut telur & masukkan dalam breadcrumb semula.  Saya salut aje dengan breadcrumb dulu, time nak goreng baru salut dengan telur & breadcrumb semula.  Jadi saya pecahkan sebiji telur je dulu, kalau x cukup baru tambah.  Yang disimpan dalam freezer tu baru bersalut first layer aje..
Dah siap cheesy ball.  Since breadcrumb dah habis, saya kisar biskut weetameal sebagai ganti.  Boleh juga guna oat, nestum atau roti yang dibakar sampai kering sebelum dikisar.  
Stok cheesy ball dalam peti tu bakal jadi menu sahur kami nantilah jawabnya... :)

Untuk detail resepi boleh masuk blog Kak Nor yea..


OUTDOOR ACTIVITIES

Wednesday, June 17, 2015 0 comments
Dalam struggling menyiapkan sofa cover tu, Adik-Adik datang melawat.  Hari Sabtu & Ahad, Adik Lelaki di Kulim sekeluarga & hari Isnin malam & Selasa tu pula Adik yang di Kuala Kangsar datang.  Jadi seronoklah budak-budak ni bermain dengan sepupu-sepupu.  Hari Selasa tu kami ajak Adik jalan-jalan kat KL sebab Suaminya sibuk dengan kursus.  Dia cakap Okey je kalau nak lunch western style, so kami ke Imbiss German Cafe, Ampang.  Gambar-gambar kat bawah ni agak over sikit, sebab tengah sessi perangat Adik-Beradik lain dalam WhatApps keluarga.. heheheh...

Sessi menayang menu... heheheh...

Tayang plak air... Kat sini memang pakai gelas besar...

Tiha & Baba share jawbreaker hotdog

Saya ambik beef... (ala-ala stew)... Lazat!!  Saya sangkakan small portion sebab harganya RM17.  Bila sampai... Terkedu daku... (dah plan nak cilok steak Adik... tu yang takut tak habis).  Zahra pula order Pasta.. 

Aksi Adik yang nak 'perangat' husband dia yang tengah kursus pulak... heheheh... Oh ye.. Kami order jugak makanan utk Misha & Ieqa... Tiap-tiapkali datang asyik itu aje yang diorder diorang ni..
 Tak disangka-sangka, kami tak berjaya habiskan makanan tu!!  Jadi tapau lah jawabnya (habis dimakan malam tu juga... heheheh).  Saya terkejut jugak, biasanya setakat order banyak tu, selamba je kitaorang anak beranak pulun.  Agaknya still full dengan breakfast Nasi Lemak Sambal Udang Mama masak pagi tadi kot.. :P

Dah makan dengan kenyangnya.. kami ke Tasik Titiwangsa pula.  Mula-mula kami ke Tasik Perdana.. nampak ramai sangat.. jadi kami ke sini pulak.  Masa pusing-pusing.. nampak bot ni... Wahhh.. best ni.  Rate ialah RM10 untuk dewasa & RM5 untk kanak-kanak atas 5 tahun.  Adik belanja... Bestnya!.. hehehe.. Makaceh Kiah..
Bot ni Suami pandu sendiri (sebelum tu ada staf dah bawak Suami test memandu)... Staf kat sini kata lebih privacy macam ni (I Like!).  Staf tu juga cakap suasana malam lebih menarik & boleh request untuk BBQ/steamboat jua atas ni.  Dorang akan provide dapur.. Haa... Menarik untuk dicuba tu.  

Happy betoi hang ye Kiah...

Mujur Mama ada bawak bekal Kuih kaswi dengan cucur labu Mama buat breakfast tadi... Ada jugak bahan kudapan dalam bot.  Nampak sipi-sipi aje plastik bekal kami.. hehehe..

Baba tengah merempit... Ehh.. Ada baby rempit sekali kat atas riba... hehehe...


Ni sessi test drive Baba dengan staf kat sini masa awal-awal tu...
 Tak dan habis pun masa yang diberi, kami dah habis round tasik (tak sure setgh jam or sejam).  Bot tuh teramat slow... mula lah kebosanan.. hehehehe... Lagipun kami ke sini sebab nak naik basikal!  Tu yang semua tak sabar-sabar nak cari Basikal pulak.
Moh kita... Sessi berbasikal... Saya bawak Ieqa, Baba bawak Misha & Ila.  


Baba kena kepit dengan 2 budak kecik...


Meriah kan suasana Tasik Titiwangsa ni...
Kami diberi sejam RM10... Untuk round keseluruhan tasik selama 2x memang lepas sangat.  Pendek kata... sampai pancit-pancit jugakla nak habiskan sejam tu... Maklumlah semuanya ada spare tayar extra.. hehehe... Apapun memang seronok sangat dapat buat aktiviti macam ni.  Till next time!..