GARA-GARA GULA-GULA

Tuesday, August 4, 2015 0 comments
Since saya baru aje melalui fasa food poisoning yang teruk bagi Tiha & Ieqa, elok jugak saya share tentang puncanya tu.  Semalam dah almost midnight, tiba-tiba dengar Tiha muntah-muntah dalam bilik air.  Lepas ditanya, kami assume berpunca dari nugget yang dimakan di sekolahnya.  Ye lah.. dinner semuanya saya masak & dimakan bersama sekeluarga.  So sumbernya mestilah makanan yang orang lain tak makan kan...

Tak lama lepas tu, Ieqa pulak muntah!  Si Ieqa ni memang tak pernahnya boleh muntah elok-elok dlm toilet.  Habis berterabur atas lantai dengan bajunya.  Adoii laaa... Jenuhla kami laki bini mengadap dua beradik ni muntah non stop sepanjang malam.  As usual kami bagi minum air kelapa... bila muntah, minum lagi... buat ulang-ulang sampailah air kelapa tu tak dimuntahkan balik.

Akhirnya Tiha stop muntah by 2.00 a.m.  Tinggal Ieqa yang dah kesejukan dan keletihan dalam bilik air tak selesai lagi.  Saya suruh dia stay dalam bilik air aje sebab dah 3 helai baju habis kena muntahnya.  Lantai.. alas kaki semua pun habis kena.  Kesian jugak sampai terlelap-lelap dlm bilik air.

Bila dah dua-dua muntah.. kami soal siasat semula.. apa yang diorang ni makan berdua.  LAst-last kantoi lah sudah... Ieqa offer Tiha gula-gula sempena Birthday kawannya kat sekolah.  Diorang makan sorang sebiji (saya tak benarkan, Ieqa curi-curi makan & perdaya Tiha kononnya Mama bagi)... Mujurlah Misha tak makan... Kalau tak, tak dapat imagine la macam mana teruknya dia kena.  Boleh nampak effect nya tu kemain teruk pada Ieqa sebab saiznya yang kecil tu.  Geram betul saya... Gula-gula ke racun ni?? Sampai teruk macam tu budak-budak ni muntah.  Sayangnya saya tak boleh report ke pejabat kesihatan sebab kesemua gula-gula tu dah pun dibuang Baba.  Kalau tak memang saya angkut ke pejabat kesihatan untuk diperiksa kandungan gula-gula tu.

Inilah bekas gula-gula tu.  Sila pastikan tiada sesiapa yang makan gula-gula ni!  Isi kandungannya ala-ala pil.  Mujurlah anak-anak makan sebiji aje & Misha tak makan!  Kalau tak, boleh maut dibuatnya.
By 3.00 a.m.. nampak Ieqa makin reda, kami bagi dia tidur dlm bilik.  Selang sejam, Baba bangun periksa dia ok ke tak.  In case kalau 'lain macam' memang terus kami bawa ke HKL aje.  Tak nak ambik risiko...

Pagi esoknya... elok bangun, dua-duanya membuang dulu.  Tak lama lepas tu baru saya perasan... Ya Allah,, penuh kesan muntah kering kat bahagian tepi baju & tilam Ieqa.  Agaknya dia muntah dalam tidur.  Baba tak perasan sebab dia tidur mengiring agaknya.  Lepas bagi minum air kelapa.. 2x dia muntah... Terus saya decide bawa dia ke hospital.  Bimbang....

Mujurlah by the time Baba sampai... dia berjaya minum lagi setengah gelas air kelapa tanpa muntah.  Lagipun saya perhatikan bibirnya tak kering & bunyi muntahnya pun tidaklah 'azab' sangat... Means kesan keracunannya tu dah berkurangan lah.  So cancel plan ke hospital... pantau aje dia kat rumah untuk make sure dia well hidrate.  Makanan diorang cuma isi kelapa muda & bubur ayam aje.  Alhamdulillah.. by petang takde muntah lagi dah.  Ieqa pun nampak segar & ceria.  Lega sikit..

So.. saya just nak pesan pada parent semua.. hati-hati dengan gula-gula, junk foods, jajan yang dibeli untuk anak-anak tu.  Make sure kita tahu apa kandungannya, pilihlah jenama yang boleh dipercayai... Jangan lah suka belikan jajan di kedai borong & murah-murah tu.  Mostly yang asalnya dari China.  KAlau nak bagi goodie bag pun, make sure makanan yang memang selamat dimakan.  Kalau takde budget nak beli coklat mahal, bagi aje benda-benda lain.. Asalkan jangan beli gula-gula murah yang tidak diketahui halal haramnya & mungkin tidak elok untuk kesihatan.  Setiap kali ada sambutan Birthday, memang banyak sangat gula-gula saya buang!  Saya memang tak benarkan anak-anak makan gula-gula yang meragukan.  Cuma kali ni Ieqa decide untuk makan tanpa kebenaran sebab Mama selalu tak benarkan kot.  Harap-harap dia seriklah bila dah kena macam ni.. (heheheh.. skrg ni rasa nak tergelak pun ada)... Ieqa ni memang hantu benda manis, susah nak explain dekat dia benda tu tak elok.  Bila jadi macam ni, tak serik lagi, tak tau lah kan...

* Mama mintak Baba balik so that boleh hantar Ieqa ke hospital or tolong Mama sama-sama jaga budak-budak ni.  Dahlah sebelah malam tu, masa kami kelam kabut settlekan diorang, si Ila pon kelam-kabut sama merangkak ke sana sini, sampai tergelincir terkena muntah Ieqa & jatuh dalam muntah!   Hadoii... kelam kabut Baba mandikan dia... Jadi Mama memang susah jugak nak handle keadaan yang havoc macam ni.  Sekali tu.. bila sampai, Baba pulak demam!! Huhuhu... Ada lagi sorang sakit Mama nak kena tengok!!! Dugaannn....


SELAMAT HARI RAYA!!

Monday, August 3, 2015 2 comments
Tahun ni rumah Tok tak meriah sangat coz Adik-Adik yang lain beraya di sebelah Mertua.  Yang ada cuma family saya & Not aje.  

Tiha tukang hidang, Ieqa tukang makan!  Semua jenis biskut saya buat 2 adunan (banyak tuu..) habis dikerjakan budak-budak ni sampai tak sempat saya bagi pada pekerja dan jiran... Nasib baikla sekolah pun takde request biskut raya... Memang licin semuanya!

Haaa... Itu sorang lagi... Wafiq namanya... Sama jugak macam Ieqa.  Hantu benda manis!  Ni awal pagi lagi... Banyak lagi belum dihidang tu.. setakat cookies Mama buat aje..

Hasil jahitan Mama... Tudung Tiha tu ialah Shawl 2 muka... Kain kami gunakan Lycra Crepe & printed lycra.  Selesa & terletak elok.. Alhamdulillah... 



Gambar sekeluarga... Oh ye.. nak say thx kat Baba sebab jahitkan tudung & jubah Mama!  Mama just add hidden zip untuk menyusu aje kat depan... Masa bergambar ni dah ramai sebab Abang & family datang, begitu juga Adik Lelaki yang berkahwin dengan orang sejengka jugak... Jadi tiap-tiap tahun diorang mestilah ada... 
Raya tahun ni saya rasa happy sangat sebab boleh pakai baju yang dijahit sendiri.. Boleh tambah zip ke, button ke, apa ke.  Tudung saya ikut style Prof Muhaya yang labuh tu.. selesa sangat.. Awning pula saya gunakan soft awning... Masa jahit jubah saya ni,  kami dah kesuntukan masa sangat.  Mama memang tengah bz nak packing barang, baju, masak etc.. Last-last Baba decide biar dia aje yang jahit.  Jangan tak tau sampai awning tudung tu Baba yang jahitkan (agak susah untuk mereka yang amatur)... Cayalah Baba!  Bukan apa, sebelum-sebelum ni Baba surrender kalau nak deal dengan lycra.. Sebenarnya senang aje lycra ni, asalkan kita kena ikut dia, jangan paksa dia ikut kita.. heheh..  Nantilah saya share pola yang mana ada ye... Susah sikit nak share entri jahit sebab link banyak dalam hp or dekat husband.. tu yang asyik terlengah-lengah aje...

Saya bawak balik mesin jahit, jadi sempatlah saya menjahit macam-macam.  Cthnya malam raya saya jahitkan shirt untuk Ila & malam raya kedua saya jahitkan instant shawl untuk Tiha.. pendek kata, esok nak pakai, malam tu jahit!  Mulalah perasan hebat sendiri ni!... hahahaha... (frankly, banyak sangat kelemahan yang perlu dibaiki, mostly bab kekemasan tu).  So... jangan request untuk tempahan kat saya ye... Saya memang tak confident nak jahit kat orang... Memang kekemasan belum tahap yang dijual dikedai.  Jadi tak layaklah saya jual kan??



KUIH RAYA - BISKUT LAVENDER

Thursday, July 30, 2015 0 comments
Masih lagi dalam mood... malasnya nak bukak blog... heheheh... Nak kata busy sangat tu, tak la melainkan baby shumaila yang semakin mengganas tu.  Sekarang ni dia suka kacau Baba & Mama malam-malam.  Kalau kami tengah melayan movie or tv series, dia pun tumpang sekaki.  Kalau kami tidur awal, dia kacau.  Kesian Baba yang kena keluar awal nak ke pasar pun tak boleh tidur dibuatnya.  Macam mana nak tidur kalau ada yang panjat, tampar muka, korek mata/hidung, cabut charger... pendek kata, memang tak aman dibuatnya.  Biasanya Kakak-kakak kalau tak boleh tidur malam, semuanya buat hal sendiri.. yang ni.. Adehh... Tak tau dah nak buat apa.  Biarkan ajelah dia merayap sana sini dalam gelap tu.  

Raya baru-baru ni Saya berjaya juga buat 6 jenis kuih.  Thx to Tiha yang memang boleh diharap.  Mama tukang adun aje... Tiha yang terap & bakar serta simpan dalam balang.  Tapi skill tengok biskut dah cukup masak ke tak berapa ok lagi.  Masa raya ada juga biskut yang tak begitu rangup kerana masa pembakaran tak cukup... hehehe... Tapi takde lah yang tak masak, cuma kurang kering aje.  Hopefully next year skill dia tu makin Ok.  Tahun ni masa saya limited sangat sebab bertungkus-lumus menjahit baju raya kami tu... 
6 jenis kuih, tapi semuanya kuih yang sama macam tahun lepas.  Cuma kali ni saya buat 2 versi Biskut Samperit.  Kali ni saya cuba juga versi 'biskut lavender' yang saya jumpa di FB.  Kemain susah nak menekannya tu sampaikan terpaksa ditambah susu segar dalam doh & minta Baba yang tekan!  Tapi feedback, ramai yang sukakan biskut ni.  Resepinya macam kat bawah ye..

SAMPRIT LAVENDER

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

250g buttercup/anchor (1 bata)
1/4 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat manis
400g tepung jagung (1 paket)
1/4 cwn tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kesukaan

Cara2

1. Masukkn buttercup/anchor dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul SEBATI je... Tak payah nk pukul smpai kembang semangkuk yee...

2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul SEBATI.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)

4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.

5. Masukkn doh ke dlm acuan dn blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris (rujuk gmbr utk tutorial bunga lavender)

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...

Biskut Pecan Oatmeal yang sangat sedap, tiap-tiap tahun kami buat.  Biskut ni dapat banyak sangat, tapi habis dulu!  Bila Mama tanya, siapa yang makan... Semua orang termasuk anak-anak saudara point ke Laieqa!  Haaaa... memang lepas rasa biskut ni dia dok cakap biskut favourite dia pun... 
 Ini ajelah gambar Biskut yang ada... Semuanya masih resepi lama kecuali Biskut Lavender tadi dan juga Butter Cookies.  Tapi saya kurang gemar Butter Cookies tu, so tak simpan lah resepinya..

Since buat biskut Dahlia & tart nanas gunakan kuning telur, banyaklah baki putihnya tu.  Saya buat Pavlova guna putihnya tu dan bawak balik ke kampung.
Pavlova yang ready dibentuk... Teksturnya 'beku' dan tidak meleleh jika dibentuk.  Nak buatnya senang, tapi silalah guna mixer untuk elakkan keletihan kepada tangan.. heheheh... 

Siap dah Pavlova... Mujurlah habis semuanya.  Biasalah kalau balik Kampung, bawak makanan apa pun laku aje.. heheheh..

FASHION SHOW

Friday, July 24, 2015 0 comments
Sorry.. lama betul tak muncul.  Penat beraya la katakan... :P.  Ikutkan malam ni pun takde mood nak mengupdate lagi.  Tapi tak bolehlah diikut sangat malas tu.. Kang satu keje pun tak jadi.  Malam ni saya tak story pasal raya.. Tapi nak tepek gambar Tiha.  Balik aje dari sekolah, tiba-tiba bagitau Mama... "Mama.. Esok Cikgu suruh mekap, pakai pin kat tudung"... ehhh.. apsal pulak ni?? Rupanya dia masuk 'fashion show'.  Bulan puasa buat fashion show?  Lepas Mama belek segala surat-surat yang bertempek dekat peti, baru perasan yang sekolahnya adakan aktiviti sempena Ramadhan.  Salah satunya ialah Pertandingan Busana Muslimah... Tiha.. Tiha.. Mama ingatkan fashion show apalah tadi tu.

Since Mama ni memang tak kuasa nak spend duit untuk benda-benda macam ni.  So... pakailah apa yang ada tu aje.  Tudung tu adult size, Mama tarik naik ke atas & pinkan dengan bunga yang Mama buat dari kain perca.  Mekapnya pula... Mujurlah ada eye shadow dengan lip gloss yang saya beli masa dia tadika dulu (mekap untuk persembahan tadika).  Maka... 

Muka tengah perasan cun... 
 
Abaikan latar belakangnya tu... Ieqa yang tengah beraksi as badut sarkas..

Ni bukan possing... Tiha dah gelak guling-guling melihatkan Ieqa.  Ieqa dengan tragedi-tragedinya (tak boleh nak share kat sini) sampai semua orang tak tahan gelak... heheheh

Mama ajak possing kat balkoni plak... Haaa.. Ila dulu yang terpa keluar.  Mujurlah penghadang kalis baby yang Baba pasang 3 tahun lepas masih utuh... hehehe...
 Petangnya.. Balik dari sekolah..
Laaa.. Menang rupanya.  Mama ingatkan takde can pon sebab semuanya main tangap muat aje.  Suka kemain lah si Tiha ni.  Dia memang suka masuk apa-apa competition.  Asal ada peluang sure dia register nama.  Tapi selalu aje tak terpilih atau tak memang.  Kesian jugak sebab dia cukup bersemangat nak join aktiviti macam ni.  Mama memang tak pelikla kalau anak-anak jenis macam tu sebab Mama memang jenis suka naik stage.. tak kiralah berlakon ke, bersyair ke, berpantun, public speaking... Dari darjah 2 sampailah ke uni... dapat pegang Mic tu kira seronok sangatlah...(ooppss)... So bila dia menang kali ni, Mama tumpang happy sebab for sure dia makin excited nak mencuba lagi lepas-lepas ni.  Tapi kalau boleh, masuklah pertandingan yang ilmiah sikit tau...




MAKANAN AJERRR....

Friday, July 10, 2015 0 comments
Malam ni Mama kesorangan lagi.  Pukul 10 tadi Baba keluar jumpa Stephen.. Malam last dia kat Malaysia.  Kasi can ajelah kat korang berborak sakan for the last time.  Plan nya malam ni saya nak pasang zip kat semua baju yang dah siap berjahit tu.  Jangan tak caya, daku dah berjaya pasang hidden zipper... Ni bersemangat nak siapkan semuanya ni.  Sekali tu Baba lupa belikan double sided tape sebelum keluar tadi.  Jenuhla Saya menunggu mana la Baba ni.. Rupa-rupanya dia dah nak sampai Bangsar pun... Hadoiii.. Rosak plan!  Banyak betul halangan nak siapkan baju raya kami ni.  Dahla dua-dua pun masih bertatih lagi.. kejap-kejap refer blog, kejap-kejap bukak youtube... hahhaah.. Penatlah menjahit kalau tak berapa mahir ni... 

So.. kalau dah takde kerja, blog usang inila tempat daku menghabis masa.  Biarlah takde orang nak baca pun, nak kata blog syok sendiri pon boleh jugak.. hahahah... Memang saya buat blog ni untuk senang saya nak refer koleksi resepi yag pernah saya try pun kan.  Buat blog, bleh access kat mana-mana.  Kalau kawan-kawan mintak resepi, silalah masuk blog... heheheh... 

Malam ni share lagi antara menu berbuka kami.  Menu ala kadar... 

Cendawan celup tepung.  Saya buat macam sotong celup tepung.. cendawan dicelup telur & disadur tepung yang ditambah sedikit baking powder diperisakan dengan garam, lada sulah/hitam, serbuk kari dll.. So far method macam ni menghasilkan salutan yang tebal dan rangup.  
 Ini pula popia cara saya...
Saya tumis bwg putih & gunakan udang geragau segar sebagai perisa... KAlau nak letak isi ayam atau udang pun ok... 

Then sayur.. letak aje apa sayur yang korang suka,,,

Bahan wajib saya sengkuang & carrot sagat...

Bolehlah perasakan dengan lada sulah banyak-banyak & masinkan dengan kicap cair... Boleh juga letak kiub ayam, sedap rasa dsbgnya untuk lebih terangkat.. (saya limitkan pengambilan perasa-perasa tambahan ni.... ikut mood dan keadaan...)

Tadaaaa.. dah siap goreng...  Kuahnya saya buat sama macam cili nasi ayam cuma saya akan maniskan sedikit..

Brownie yang mudah lagi sedap... (tapi Adik saya buat tak jadi... hahahha)..  Nantilah saya belek balik resepinya tu kalau-kalau ada step yang mengelirukan.  

Buah Melaka berbuka tadi... Bimbang je tak cukup... Rupanya tak laku pun.  Mama & Baba je yang makan.  Memang susah nak duga selera budak-budak ni.  Tiha tu dahla puasa, berbuka dia just mkn bbrp ketul kuih aje then tak nak makan apa-apa dah until lah sahur nanti.  Pelik tau sebab biasanya dia tu kuat makan.  Patutlah Baba ukur pinggang, berinci-inci lari dari ukuran sebelum puasa.. heheh..

Roti jala... Sekarang ni saya suka menjala dalam kuali, senang sikit sbb boleh buat besar.  Cepat siap!... heheheheh.. 
Ada banyak gak makanan yang tak bergambar... Ikut mana yang dan ajelah... Lagipun resepi ulang tayang aje pon... :)

P/S : Shumaila masih tak nak makan.. dah nak masuk setahun, langsung tak nak makan.. nyusu badan aje.  Buntu Mama...