Talam Ubi Kayu

Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Entry ni saya lupa nak letak gambar yg dah siap.  Nak tgk rupa talam ubi ku boleh refer kat sini ye..
Bahan²

1/2 kg ubi kayu
1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
Daun pandan

3/4 cwn tpg beras
2 1/4 cwn santan pekat
1 sk garam

Kisar 1/2 kg ubi kayu (if guna blender, tambah le air sket, 1/2 cawan ke)


Tapis ubi kayu tu..







Masak gula merah tadi dgn 1/2 cwn air & daun pandan (saya masak skali ngan gula pasir tu.... skali arung trus)






Gaulkan air gula yg dimasak dgn ubi tadi
Sapu loyang dgn minyak (loyang kecik je)
Tuangle bancuhan ubi dalam loyang & kukus agak² 20-30 minit (sampai ubi masak)




Sementara tu, gaul santan dgn tpg beras (biasanya ditapis supaya x berketul tapi saya guna whisk time kacau atas api tak la berketul²). Masak seketika atas api.. agak² sampai sedikit pekat.. jgn biar sampai beku lak..





Garu² sket atas ubi yg dah masak tu dgn garfu ke (supaya kepala santan tu melekat) pastu tuang je atas adunan ubi yg dah dikukus tadi. Then kukus lagi 20 minit. Tunggu sejuk & sedia dipotong!!! Potong dgn pisau plastik supaya tak melekat & takde la bercalar- balar loyang tu.

If malas nak potong-memotong masak dlm bekas kecik² tu. Biasa tgk dorg buat camtu time kenduri-kendara.

Sardine Roll

Friday, July 24, 2009 0 comments

Still x berapa boleh hadap sardin.. tekak rasa semacam je. Tapi husband asyik sebut teringin makan roti gulung (nama dia bg).. smlm makan nasik berlauk sardin la, arini buatle roti gulung yg diimpi²kan sgt tu.


Bahan²

Sebungkus kecil roti
Baki sardin smlm - agak² 1/2 tin besar (dihancurkan)
1 sb tpg gandum dibancuh air (sbg gam)
2-3 biji telur





















Cara menggulung, letakkan sardin dihujung roti, sapukan tpg gandum yg dibancuh air tadi. Lipat 1/4 bhgn dan tekan slps lipatan terakhir utk melekatkan roti




Utk saduran telur pula, pukulkan 2 biji telur bersama 2 sb tpg gandum & secubit garam. Pukul rata, celup & terus goreng hingga kekuningan.

Lagi byk tepung yg dicampur, lagi tebal la salutan, so.. if nak salutan yg tebal dan cantik, bleh tambah tepung. Tapi byk la telur yg terkorban.





1 biji telur biasanya cukup utk 4-6 kepg roti.. haa.. ni lebihan dia, syg lak nak guna telur lain. So yg ni aku simpan dlm freezer je dulu, next time bleh guna balik.







Tips

- Telur ditambah tepung supaya roti tidak makan minyak masa digoreng. Hasil gorengan bersalut cantik dan lebih berkerak.
- If x suka deep fry, roti dilipat dua, celup di dlm telur (tanpa tepung) dan grill di atas pan bersama sedikit butter. Tapi x berkerak² mcm roti goreng ni le..
- Nak guna sardin mentah pon boleh, perah sedikit asam limau/limau nipis, tambah bwg besar & cili padi jika suka.

Tapioca in Syrup / Sira Ubi Kayu

0 comments

Fav aku if makan kat Sedap Corner (time keje kat Joho) ni la dia.. tapioca in syrup.. ala.. nama je camtu.. tapi ubi kayu biasa je... dah ada peluang memasak, aku copy le cara dorg buat tu.. sapa yg suka ubi kayu, bleh la try.













Bahan²

Ubi kayu.. 1/2 kg la lebih kurg
Santan sekotak kecil
Daun pandan
Gula
Garam
Air utk merebus

Rebus ubi kayu sampai empuk.. selagi x empuk, tambahle air. Letak sedikit garam sbg perasa. Nak tau ubi dah empuk, tgk beza gambar kat atas - ubi empuk berwarna kekuningan, pecah² dan jernih.




Ok.. dah empuk tu.. masukkan santan tadi. Masak hingga pekat & tambah gula. Jgn tambah gula sblm ubi empuk.. nanti alamat keras le ubi tu (nak merebus apa2 pon jgn tambah gula dulu sblm makanan tu empuk).








Rupa ubi yg dah masak.. best buat makan pepetang (x tau nape kurg best kalu makan pagi... hehehe)



French Toast

Thursday, July 23, 2009 0 comments



1 biji telur
sedikit white pepper (lada sulah)
garam (jika menggunakan butter/marjerin semasa memasak, tidak perlu garam)
@
1 biji telur
1 sk gula
(boleh pilih mana² cara) - telur dipukul bersama semua bahan tadi




Celupkan roti ke dalam bancuhan telur dan masak di atas pan sehingga garing (boleh letak butter di atas pan utk rangup). Sebiji telur cukup utk 3-4 kpg roti







Boleh dihidang bersama baked beans, telur separuh masak, white pepper & kicap / garam

Tips :
- Sesuai utk minum pagi. Teknik gula ialah cara yg diajar oleh chef tapi my husband suka white pepper, so aku tukar resepi asal. So.. ikut taste masing², or bleh try dua² cara utk rasa perbezaan.


Kailan Ikan Masin

0 comments

Sorry lupa nak ambik gambar, dah almost habis sepinggan, baru teringat.. Ni hidangan bila masak bubur nasi - kailan ikan masin, ayam goreng, cendawan cili padi (pls refer list resepi) , telur masin & sambal tumis bilis (tgh musykil kenapa photographer aka husband x capture sekali sambal & telur masin tu).. tapi xleh byk komplen.. kg dia letak jawatan lak.

Bahan²

2-3 pokok kailan
sepotong ikan masin basah
1 sb sos tiram
1-2 ketul bwg putih - diketuk
1 biji bwg besar dimayang kasar
Minyak utk menumis

Penyediaan

Goreng sebentar ikan masin sambil dihancur2kan
Masukkan bwg putih sehingga naik bau
Masukkan sos tiram, btg kailan & bwg besar.. kacau sebentar
Tambah sedikit air (2 sb) dan daun kailan (kacau2 trus angkat)

Tips :
- Boleh guna ikan masin lain, if ikan tu jenis keras, potong2 kecil dulu sebelum ditumis
- Jgn tumis bwg besar kerana akan memberi bau yg berbeza dr kailan di kedai siam
- Daun kailan akan cepat layu, jika digoreng lama, kailan akan nampak tidak menyelerakan
-Lastly.. xyah letak garam.. sos tiram & ikan masin tuh dah cukup rasa!!

Jeruk Mangga

0 comments
Hmm.. teringin makan asam2.. tapi bimbang je nak beli jeruk² kat kedai tu.. pepaham je la bahan² dlm tu mmg x elok. Time mengandung anak sulong, mmg aku cut off terus jeruk & asam² timbang tu... padahal tu kira fav aku dr dulu..

Ok.. ni cara paling simple if nak buat jeruk buah. So.. bleh la hirup kuah sekali sbb free dr bhn² awet & saccharine yg mmg x elok utk kesihatan.


Potong mangga muda atau apa2 buah yg dikehendaki senipis mungkin (jeruk cepat manis) dan sedap dimakan. Crunchy2 gitu..
Aku guna 1kg mangga muda...








Masak air (agak² tenggelam mangga) then tambah garam & gula. If x suka manis, x perlu letak byk gula (boleh hirup2). Garam & gula tu biar seimbang..








Ok.. bila garam & gula dah hancur.. siramle atas mangga tadi. Biar semalaman & ready dimakan. Elok disimpan dlm peti sejuk utk elak jeruk berbuih/air menjadi kelabu.. (maklumle x pakai pengawet)







Tips :

Cara atas ni yg termudah.. teknik yg lebih betul nak buat jeruk buah..
1. Rendam buah bersama air kapur semalaman dan dibilas (utk ranggup)
2. Rendam pula dgn air garam semalaman dan dibuang airnya (dgn garam yg banyak)
3. Rendam pula dgn air gula semalaman & ready dimakan
* x perlu potong nipis2 mcm kat atas ni.. potong mcm jeruk org biasa jual tu..
As usual, aku x suka teknik² yg byk if ada shortcut (if hasil lebih kurg sama). But if sapa² nak try teknik ni bleh la cuba!

Cross Stitch

Wednesday, July 22, 2009 0 comments

Teruk alahan punya pasal, byk jugak la tempat persinggahan. Stay kat kg almost 2 weeks, merayap ke BM,Penang, Cameron & Taiping then menumpang lak kat umah mom in law seminggu.. sakan sungguh. Makan tido & merayap je kejenya..

Time melepak² kat umah mom in law, tgk dia sibuk siapkan cross stitch.. my MIL mmg terre seni jahit- menjahit, mengait, cross stitch & seumpamanya.. Tiba² terasa nak start balik hobi lama. Once upon a time aku gila gak buat cross stich, tapi aku pon dah lupa mana aku campak hasil² kerastangan aku tu.. heheheh..

Tup..tup.. MIL pass kat aku salah satu cross stitch yg penah aku buat!! Aku sendiri pun dah lupa. Mana x nya.. aku bg kat husband aku tahun 2001, time tu we all just berkawan je.. x sangka lak termasuk dlm koleksi MIL.. hehehe.. rasa kelakar lak... Aku saja je cari gambar Garfield sbb dia suka kartun ni. Aiseehh.. kantoi ngan MIL lak..

Skrg ni tgh berkobar² nak beli peralatan cross stitch ni.. ye le.. keadaan skrg buat limited sket utk aku hadap periuk belanga.. asek nak loyaaa jee.. masak yg basic² bleh la.. utk mkn anak beranak. Selain perabis koleksi novel MIL, bleh la spend time menghadap cross sticth lak..

Sapa² ada design cross stitch yg cun, bleh la share ngan aku eekk..

Karipap

Tuesday, July 21, 2009 2 comments
Bahan² Inti

2 ulas bawang putih dimayang
1 labu bawang besar dimayang
1/2 paket rempah kari ayam
Sedikit isi ayam (nak byk pon boleh)
2/3 biji kentang
1 biji carrot



Tumis bawang hingga naik bau, masukkan rempah.. masak lagi hingga harum.









Masukkan air dan bahan2 lain. Masak hingga semua bahan empuk. Jgn lupa letak garam dam perasa. Sejukkan dan boleh la start buat kulit lak.









Bahan² Kulit Karipap

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/2 cawan)
secubit garam masukkan ke dlm air






Gaul marjerin dan tepung gandum hingga rata
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli
Sukatan air bergantung kepada tahap kelembutan doh yg diuli..
Jgn terlebih air, nanti kulit x rangup














Kitchen helper sibuk mencanai tepung.
If x terre nak kelim tepi karipap, canai senipis mungkin, letak doh atas acuan, cedukkan inti & kepit.



Ok.. sedia digoreng.. Jgn guna api yg terlalu panas nanti kulit karipap menggerutu.









Tips :
1. Byk cara nak buat kulit, boleh juga guna minyak masak je.. or combination.
2. Teknik kulit kat atas ni akan keras jika doh dicanai tebal, so elok canai nipis sket.
3. Kulit karipap pusing lebih gebu, tapi complicated sket. Aku penah belajar, tapi x penah try, anggapla x sempat khatam.. Lagipon aku x berapa suka kulitnya yg terlalu gebu & oily.
4. If ada daun sup, jgn lupa campur dlm inti karipap tu.. baru kawww..

Kuah Rojak Buah

0 comments

Time tgh mabuk sakan aritu.. teringin nak makan asam/buah2. Trus cari bahan utk buat kuah rojak, senang sikit nak mencicah nanti..


Bahan²
1 cawan kicap
3 sb petis udang
10 tangkai cili padi
Gula pasir/nesan
1 inci belacan (jika suka)





Blend semua bahan tadi hingga halus then masak di atas api.
Gula tu agak2, biasanya mmg letak byk utk pekatkan kuah













Tips :
1. Boleh campur gula pasir dgn nesan/gula melaka
2. Boleh tabur dgn kacang tanah dan bijan semasa dihidang
3. Kuah ni berbeza dr colek buah, colek buah tidak gunakan petis udang dan dicampur air asam jawa serta tidak dimasak. Cara ni pon best juga tapi x tahan lama mcm kuah rojak ni.

Cheese Trifle

0 comments
Lamanya x update blog ni.. skali-skala ada gak online, tapi asik menangguhkan hasrat nak tambah koleksi dlm ni. Pastu asyik lupa je nak ambik gambar masakan.. ye la.. ingat nak masak cepat then trus ngap je. Asal lambat sket, mula la perut buat hal.. Sometimes tgh masak kene lari ke bilik air dulu sekali dua.. still ada la alahan makanan ni.. sbb tu cuba pendekkan waktu kat dapo..

Kaylaa.. ramai sgt yg merungut mintak resepi baru.. akhirnyaaa... jeng..jeng.. dah lama gambar ni dlm hp, so.. bleh la upload kat sini.

Ni antara resepi tersenang tapi ramai yg suka.. biasanya if buat satu bekas, mmg kejap je licin. My collegue yg bawa trifle ni ke office, pastu akupon buat sbb sng sgt...


Bahan² simple je

1 paket biskut marie
1 ketul buttercup
1/2 - 3/4 tin susu pekat
1 ketul cream cheese (jgn silap beli tau)
1 kotak kecil jelly
1 gelas air (utk masak dgn jelly)





Cream cheese tadi tu dipukul dgn susu pekat sehingga sebati. Susu tu letak ikut kemanisan masing-masing. Biasanya 1/2 tin hingga 3/4 tin (if terlebih susu, nanti adunan akan cair dan susah dipotong)








Then hancurkan biskut marie bersama butter. Guna tangan or blender.. mana-mana pon bleh. Padatkan dlm bekas/loyang yg sesuai







Bila adunan tadi dah rata dan dipadatkan. Tuangkan cream cheese dan susu pekat tadi di atas









Sejukkan dulu bhgn cheese tadi dan masak jelly di atas api bersama segelas air. Tuang perlahan2 di atas adunan. Gambar sebelah ni cth yg kurg sihat.. malas nak tunggu cheese beku, trus tuang jelly, so.. cheese tu terapung di atas gitu.. heheheh..







Tips :
1. Agak sukar utk memotong. So biasanya aku hidang trus mcm tu je, sapa2 nak makan baru potong sendiri.
2. Pastikan cheese tersebut adalah cream cheese!! Jgn tersilap beli cheddar ke ape ke.. alamatnya, masuk tong sampah la nanti. Cream cheese ni biasa diguna utk buat cheese cake.
3. Ada cara lain utk buat triffle.. layer tersebut diganti dgn kek(potong kecil2 kek dan susun), custard dan agar2/jelly.
4. If suka, boleh tambah cocktail buah atas jely tu.. nata de coco ke..