Malam ni tak share resepi or jahitan. Minggu ni busy sikit. Ada tempahan karipap rangup 100 pcs serta set lunch& dinner untuk 100 juga Sabtu ni. Aiseh.. Lupa plak nak snap gambar inti karipap yang saya buat tadi. Esok kalau sempat, nak marathon kelim karipap pulak. Kebetulan pula Tiha exam minggu ni, jadi Asst chef Mama tak berapa boleh masuk dapur. Tu pun tadi masa rest nya tu dia sibuk kopekkan kentang. Dah siap 1/2 guni kentang dikopek, sibuk nak tolong potong pulak. Tapi Mama halau dia baca buku. Budak ni kalau ke dapur, memang tak reti penat. Cuba suruh dia belek buku.. satu bab pun belum tentu khatam sari. Tiha memang jenis kena push gila² bab study. Tiapkali nak exam, Mama & Baba yang azab nak paksa dia baca buku.
Weekend baru² ni saya mintak Baba buatkan pelbagai pola & potong kain. Tadi berjaya juga siapkan tight Tiha. Raglan t-shirtnya pun hampir siap, tinggal bahagian neck aje. Dah siap nanti saya share. Palazzo Misha pon Baba dah buatkan pola & gunting kain, nanti Mama jahit ekk. Since tak berapa mahir sangat & kebanyakkan kami tekap dari baju² sedia ada, jadi susah sikit nak share tutorial nya tu. Tapi nantilah saya usahakan share apa yang boleh. Contohnya blog yang kami refer ke apa. Banyakkk sangat nota jahitan dalam simpanan saya kat FB tu, tapi belum berkesempatan nak share kat sini. One by one lah ok.. tak terkejar juga nak buat semua benda dalam satu masa kan..
Kat bawah ni gambar aktiviti berenang kami anak beranak kat rumah Uncle Acai lagi (time cuti panjang yang lepas). Masa ni saya tak ikut sebab sibuk nak menjahit & settlekan urusan rumah. Kasi can Baba jaga anak² sambil melepak dengan BFF nya tu.. Lagipun budak² ni pun dah Ok dengan Uncle Acai sebab Mamat ni pun pandai menyakat diorang.
Tak disangka²... Tiha & Ieqa dah boleh float & swimming 'anjing'.. hahahaha... Kalau nak tau, budak² ni agak penakut dengan air, takat main memang suka. Tapi kalau nak ajar berenang... jangan harap!!! Jadi saya pun cakap kat diorang, selagi diorang ada rasa takut dengan air... Saya takkan ajar diorang berenang. Cuma satu hal lah dengan budak² ni... diorang jadi berani bila nak sangat achieve something tu. Tu yang tiba² aje boleh buat something yang 'impossible' pada mulanya.
|
Si gemuk yang penakut |
|
Masuk air kejap aje dah menggigil sejuk |
Ni masa first time dia datang ke swimming pool selepas berbulan²... Kali ke 2, saya datang join sekali sebab saya dah janji, kalau diorang tak takut air, saya ajar berenang kan. Alhamdulillah... kali kedua ni memang membuahkan hasil. Kesemua anak² prefer swimming di tempat adult sebab diorang dah cekap floating. Tapi ieqa & Misha saya masih pakaikan pelampung tangan takut kalau tak sempat nak grab diorang kat tempat dalam tu. Tiha sorang ajelah berenang tanpa pelampung kat kolam dewasa. Yang paling saya seronok...
Ila sebenanrnya terror gila berenang! Lagi laju dari Misha & teknik floating dia jauh lebih baik dari Ieqa or Misha! Sayangnya dia taknak dilepaskan... saya terpaksa pegang or pura² pegang walaupun dia berjaya float sendiri. Kalau dia tak perasan, saya lepas... stabil bukan main badan dia atas air. Misha pulak, walau boleh float, tapi langsung takde pergerakan... memang selamba aje Ila pintas. Saya pun pelik kat mana la silapnya si Misha... nampak kayuhannya dah betul.. tapi statik aje, tak ke mana²... Mungkin badan dia tak cukup stabil tu yang tak bergerak sangat kot.
|
Masa ni semua masih bertatih²... Diorang mintak Uncle Acai guide cara nak float... Balik rumah, terus bagitau Mama yang diorang dah boleh berenang... hehehe... kelakar betul. |
|
Misha tak boleh float lagi masa ni... trip kedua dia dah boleh float, tapi somehow dia tak pandai bergerak ke depan... Maybe perlukan lebih stability . Yang pasti, Ila memang terror berenang dari Misha or Ieqa! Ada bakat terpendam rupanya baby bulat Mama tu. |
|
Masa ni dia lah budak paling cepat naik... tapi sekarang ni.. haa.. dialah paling laju ke depan tau!! |
Lepas berenang, mulalah lapar. Biasanya berpinggan² roti bom or megi goreng habis dimakan budak² ni.
|
Ila pun nak possing jugak niii.... |
Gambar trip kedua ada, tapi still tak keluar kat Google Photo... Takpe lah... gambar² lama ni pun dah cukup jadi kenangan. Lagipun dah banyak sangat gambar aktiviti main air budak² ni. Mama letak di blog untuk tatapan kemudian hari nanti... :)