Talam Ubi Kayu

Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Entry ni saya lupa nak letak gambar yg dah siap.  Nak tgk rupa talam ubi ku boleh refer kat sini ye..
Bahan²

1/2 kg ubi kayu
1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
Daun pandan

3/4 cwn tpg beras
2 1/4 cwn santan pekat
1 sk garam

Kisar 1/2 kg ubi kayu (if guna blender, tambah le air sket, 1/2 cawan ke)


Tapis ubi kayu tu..







Masak gula merah tadi dgn 1/2 cwn air & daun pandan (saya masak skali ngan gula pasir tu.... skali arung trus)






Gaulkan air gula yg dimasak dgn ubi tadi
Sapu loyang dgn minyak (loyang kecik je)
Tuangle bancuhan ubi dalam loyang & kukus agak² 20-30 minit (sampai ubi masak)




Sementara tu, gaul santan dgn tpg beras (biasanya ditapis supaya x berketul tapi saya guna whisk time kacau atas api tak la berketul²). Masak seketika atas api.. agak² sampai sedikit pekat.. jgn biar sampai beku lak..





Garu² sket atas ubi yg dah masak tu dgn garfu ke (supaya kepala santan tu melekat) pastu tuang je atas adunan ubi yg dah dikukus tadi. Then kukus lagi 20 minit. Tunggu sejuk & sedia dipotong!!! Potong dgn pisau plastik supaya tak melekat & takde la bercalar- balar loyang tu.

If malas nak potong-memotong masak dlm bekas kecik² tu. Biasa tgk dorg buat camtu time kenduri-kendara.

Sardine Roll

Friday, July 24, 2009 0 comments

Still x berapa boleh hadap sardin.. tekak rasa semacam je. Tapi husband asyik sebut teringin makan roti gulung (nama dia bg).. smlm makan nasik berlauk sardin la, arini buatle roti gulung yg diimpi²kan sgt tu.


Bahan²

Sebungkus kecil roti
Baki sardin smlm - agak² 1/2 tin besar (dihancurkan)
1 sb tpg gandum dibancuh air (sbg gam)
2-3 biji telur





















Cara menggulung, letakkan sardin dihujung roti, sapukan tpg gandum yg dibancuh air tadi. Lipat 1/4 bhgn dan tekan slps lipatan terakhir utk melekatkan roti




Utk saduran telur pula, pukulkan 2 biji telur bersama 2 sb tpg gandum & secubit garam. Pukul rata, celup & terus goreng hingga kekuningan.

Lagi byk tepung yg dicampur, lagi tebal la salutan, so.. if nak salutan yg tebal dan cantik, bleh tambah tepung. Tapi byk la telur yg terkorban.





1 biji telur biasanya cukup utk 4-6 kepg roti.. haa.. ni lebihan dia, syg lak nak guna telur lain. So yg ni aku simpan dlm freezer je dulu, next time bleh guna balik.







Tips

- Telur ditambah tepung supaya roti tidak makan minyak masa digoreng. Hasil gorengan bersalut cantik dan lebih berkerak.
- If x suka deep fry, roti dilipat dua, celup di dlm telur (tanpa tepung) dan grill di atas pan bersama sedikit butter. Tapi x berkerak² mcm roti goreng ni le..
- Nak guna sardin mentah pon boleh, perah sedikit asam limau/limau nipis, tambah bwg besar & cili padi jika suka.

Tapioca in Syrup / Sira Ubi Kayu

0 comments

Fav aku if makan kat Sedap Corner (time keje kat Joho) ni la dia.. tapioca in syrup.. ala.. nama je camtu.. tapi ubi kayu biasa je... dah ada peluang memasak, aku copy le cara dorg buat tu.. sapa yg suka ubi kayu, bleh la try.













Bahan²

Ubi kayu.. 1/2 kg la lebih kurg
Santan sekotak kecil
Daun pandan
Gula
Garam
Air utk merebus

Rebus ubi kayu sampai empuk.. selagi x empuk, tambahle air. Letak sedikit garam sbg perasa. Nak tau ubi dah empuk, tgk beza gambar kat atas - ubi empuk berwarna kekuningan, pecah² dan jernih.




Ok.. dah empuk tu.. masukkan santan tadi. Masak hingga pekat & tambah gula. Jgn tambah gula sblm ubi empuk.. nanti alamat keras le ubi tu (nak merebus apa2 pon jgn tambah gula dulu sblm makanan tu empuk).








Rupa ubi yg dah masak.. best buat makan pepetang (x tau nape kurg best kalu makan pagi... hehehe)



French Toast

Thursday, July 23, 2009 0 comments



1 biji telur
sedikit white pepper (lada sulah)
garam (jika menggunakan butter/marjerin semasa memasak, tidak perlu garam)
@
1 biji telur
1 sk gula
(boleh pilih mana² cara) - telur dipukul bersama semua bahan tadi




Celupkan roti ke dalam bancuhan telur dan masak di atas pan sehingga garing (boleh letak butter di atas pan utk rangup). Sebiji telur cukup utk 3-4 kpg roti







Boleh dihidang bersama baked beans, telur separuh masak, white pepper & kicap / garam

Tips :
- Sesuai utk minum pagi. Teknik gula ialah cara yg diajar oleh chef tapi my husband suka white pepper, so aku tukar resepi asal. So.. ikut taste masing², or bleh try dua² cara utk rasa perbezaan.


Kailan Ikan Masin

0 comments

Sorry lupa nak ambik gambar, dah almost habis sepinggan, baru teringat.. Ni hidangan bila masak bubur nasi - kailan ikan masin, ayam goreng, cendawan cili padi (pls refer list resepi) , telur masin & sambal tumis bilis (tgh musykil kenapa photographer aka husband x capture sekali sambal & telur masin tu).. tapi xleh byk komplen.. kg dia letak jawatan lak.

Bahan²

2-3 pokok kailan
sepotong ikan masin basah
1 sb sos tiram
1-2 ketul bwg putih - diketuk
1 biji bwg besar dimayang kasar
Minyak utk menumis

Penyediaan

Goreng sebentar ikan masin sambil dihancur2kan
Masukkan bwg putih sehingga naik bau
Masukkan sos tiram, btg kailan & bwg besar.. kacau sebentar
Tambah sedikit air (2 sb) dan daun kailan (kacau2 trus angkat)

Tips :
- Boleh guna ikan masin lain, if ikan tu jenis keras, potong2 kecil dulu sebelum ditumis
- Jgn tumis bwg besar kerana akan memberi bau yg berbeza dr kailan di kedai siam
- Daun kailan akan cepat layu, jika digoreng lama, kailan akan nampak tidak menyelerakan
-Lastly.. xyah letak garam.. sos tiram & ikan masin tuh dah cukup rasa!!