Alahai. kembali bersawang la blog saya. Memang schedule huru-hara sikit 2-3 minggu kebelakangan ni. Saya tengah usahakan sesuatu untuk dapatkan balik hak saya. Saya ni tak suka orang yang ambil mudah bab wang ringgit & harta benda orang lain. Walaupun nilainya sesen, tapi ianya tetap hak kita. Saya yakin tuhan akan memberikan jalannya, cuma usahanya mestilah dari pihak kita.
Esok saya akan ke Fraser's Hill bawak kanak-kanak kaki jalan ni ke sana. Asalnya langsung takde plan nak vacation ke mana-mana cuti ni. Nak kurangkan sikit aktiviti bercuti jauh² ni, mostly dah dekat nak masuk Ramadhan.. budget kena jaga beb. Bulan puasa cafe ditutup, setakat bazar takde la lumayan mana, lepas bayar gaji staf je pon.. :( ..
Tapi nak jadi cerita, parent in law ajak ke sana beramai². As usual, father in law la jadi tukang sponsor. Asalnya nak pergi 2 hari, tapi ada plak yg tak available, jadi pegi le sehari aje.
Lepas bincang² dengan suami, we all plan pegi awal sehari dari orang lain.. hehehe.. kesian plak budak² ni tak sempat membuas sangat nanti. Baru je booking Shahzan Inn Fraser's Hill.. dalam dok jimat, bedebuk caj RM211.00 dalam kad.. hehehe.. jimat la sangatkan.
Actually nak booking Puncak Inn sebab cheaper & hotel pon cantik sebab masih baru . Tapi penuh beb! Takpelah.. kita try hotel lain pulak. Entah² jatuh hati dengan hotel ni pulak ke kan.. (tapi harganya tak berapa nak jatuh hati..)..
Apapon kita tengok servis yg ditawar dulu rite.. Berbaloi tak dengan rate nya tu.. Lepas vacation, struggling study law & cari resolution terbaik untuk kes saya ni. Moga semuanya dipermudahkan.
Cucur Lemak Manis
![]() |
| Ini le cucur bersusu.. lemak² manis rasanya. Air diganti dengan susu segar & letak secubit baking powder. Semua ni habis dimakan oleh 3 beradik tu... Kalau ada Babanya, mau kena ganda bancuhan... |
Pernah makan cucur manis tak? Masa kecik² dulu, Mak saya suka juga buat. Tapi saya lagi suka Cucur bilis, jadi kalau buat cucur manis ni, saya akan buat juga cucur bilis. Saya memang dari kecik kurang suka makanan manis. Kalau makan pun, mesti kena cover balik dengan makanan masin. Kalau tak macam ada benda tak kena aje...
Tapi tak sangka plak suami saya suka cucur ni. Jadi tiapkali dia request cucur ni, saya akan buat 2 jenis sekaligus.. Yg manis utk dia, bilis utk saya. Kalau cucur manis dulu², just bancuhan air, gula, tepung & garam aje... Sekarang ni untuk tarik perhatian anak & menaikkan lagi rasa, saya ubahsuai sikit... :)
Maka jadilah cucur manis bersusu ni. Ala.. senang aje nak buat, sama je macam cucur biasa. Cuma gantikan air dengan susu segar & letak sedikit baking powder untuk kasi kembong². Satu tips nak buat cucur ni, bancuhan tu yg menentukan cucur tu berminyak ke tak.
Kalau bancuhan cair... lebih banyaklah minyak yg diserap, tapi rasanya lebih rangup... Saya pula suka bancuh pekat sikit kalau nak tambah baking soda atau telur supaya cucur tak terlalu gebu & berminyak (cucur boleh dijemput dgn jari). Pendek kata pandai² le budget ikut selera masing²...
Strawberry Sauce
Alah.. macam mana boleh lupa ni? Dah lama post resepi New York Cheese Cake, tapi lupa pulak nak letak resepi sauce nya.. Makin nyanyuk ni.. hehehe...
1 pint strawberries, rinsed, green tops removed (frozen will work)
1/4 to 1/3 cup sugar (depends on sweetness of berries)
1/2 teaspoon balsamic vinegar
2 tablespoon water
1 teaspoon cornstarch dissolved into 2 tablespoons water
Dah siap masak, blend aje guna blender & sedia dihidang.. Sedapnya makan sauce ni dgn Cheesecake... nyumm..nyummm...
Buah strawberry ni dah lama sangat saya beli... kononnya nak buat froyo.. tapi tak terbuat plak.. so sebelum strawberry tu rosak, saya beku kan. Ni barulah saya keluarkan balik dari peti beku. Buat cheesecake ni pon sbb nak perabis stok strawberry ni le...
Senang aje nak buat sauce ni. Tapi saya cari jugak resepi, bimbang jugak teknik hentam keromo ku tak jadi. Benda mahal ni oooiii...
Resepinya saya ambik yang Chef John jugak, tukang kasi resepi Cheesecake aritu...
1/4 to 1/3 cup sugar (depends on sweetness of berries)
1/2 teaspoon balsamic vinegar
2 tablespoon water
1 teaspoon cornstarch dissolved into 2 tablespoons water
![]() |
| Rasanya tak sampai pun 1 pint ni.. ala.. lebih kurang le kan... So just masak strawberry ni dengan sedikit air, 15 minit |
![]() |
| Tambah gula & sedikit tepung jagung yg dibancuh dengan air.. masak lagi sampai semuanya mesra |
Black & White Cupcakes
![]() |
| Black & White Cupcake ready dibakar... |
Selamat Hari Guru buat semua para guruku yang sentiasa di kenang, kawan² & adik² yang kini bergelar guru serta semua para guru sekelian... (para blogger pun ramai di kalangan guru kan.. antaranya Aisy & Cik Chinta yg rajin bertandang ke blog saya ni).
Hari Guru kali ni tidak disertai oleh Tiha sebab dia still nampak weak & pink eye nya pun still ketara. Jadi saya pontengkan dia Khamis tu, maka melepaslah dia dari merasai sambutan Hari Guru pertamanya.
Malam Jumaat, saya ada mention tentang Hari Guru yg dia dah missed tu. Sekali dia tanya.. "Mama... ada ke kek nak bagi present kat teacher nanti?"... Aiseh.. Mama menggaru kepala & just bagitau "Mungkin takde kot, hari tu plan nak buat, tp Tiha tak sihat plak lagipun dah lewat ni..."
Menjelang lewat malam, di kala semua orang dah nyenyak tidur, tiba² rasa guilty plak kalau tak prepare apa². Tambah² Tiha ni jarang meminta², kalau saya cakap takde.. dia pun jawab "OK".. walaupun respondnya slow & jauh ke dalam aje bunyinya..
Benda² macam ni yg buat Mama alah... Walaupun agak kepenatan & hari dah lewat, tapi bila difikir bukan selalu pun kan... sekali-sekala happy kan anak²..
Lepas di belek² resepi, terjumpa lah resepi cupcake yg simple ni. Dah 1.00 pagi baru nak start jadi ambik je resepi yg senang & takde risiko sangat. Kang tak menjadi ke.. tak ke naya.. hehehe..
Saya paste balik resepinya eekk.. resepi ni dari Mai yg duk nun jauh di Amerika... Ini antara blog terawal saya follow sebab seronok baca tulisan Mai tentang gelagat Cik Aiyu kita yg berwajah mat saleh tu...
8 oz cream cheese
1/4 cawan gula
1 telur
Cake Layer
1-1/2 cawan tepung
1 cawan gula
1/4 cawan + 1 tbsp tepung koko
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
1/2 cawan air
1/3 cawan minyak jagung
1 telur
1 tsp vanilla
1/2 cawan chocolate chips
Cara-Cara:-
1. Panaskan ketuhar ke 350 deg F (175 deg C). Alas 12 cawan muffin dengan paper cups.
Cream Cheese:-
1. Pukul cream cheese hingga hilang ketul-ketulan. Masukkan gula & telur, pukul hingga sebati.
Cake:-
1. Campurkan tepung, gula, tepung koko, soda bikarbonat & garam ke dalam satu mangkuk.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul air, minyak jagung, telur dan vanilla.
3. Campurkan adunan ke bekas tepung tadi, kacau hingga sebati (jangan terlebih kacau). Masukkan separuh dari chocolate chips tadi.
2. Isi cawan muffin tadi hingga setengah. Guna lebihan adunan kek tadi dan semua adunan cream cheese untuk membentuk hitam putih di atas cupcakes itu (isi separuh kek, separuh cream cheese menggunakan sudu)
3. Tabur baki chocolate chips tadi di atas.
4. Bakar untuk 30 - 35 minit.
3. Tabur baki chocolate chips tadi di atas.
4. Bakar untuk 30 - 35 minit.
Kek ni memang sedap & senang dibuat... malam tu jugak saya habiskan seketul.... (kena la test dulu sebelum bagi kat orang kan).
Tapi macam biasa le, tiapkali buat benda² manis, saya akan kurangkan gula kepada separuh sukatan aje. So far tak menjejaskan rasa, in fact kami sekeluarga lagi enjoy sebab manisnya tu cun² dgn selera kami.. :)
![]() |
| Ni rupa first batch yg dah siap masak... masa ni bimbang je dapat sikit, tu yg budget² je masuk dalam paper cup.. |
![]() |
| Ni batch ke 2... haa.. yg ni dah takde control² lagi dah... main humban je semua sampai habis... |
![]() |
| Tengah sejukkan sblm transfer masuk bekas... |
![]() |
| Pagi² buta sementara tunggu Tiha bersiap, saya pack kan dalam plastik... Since buat keje last minute, sticker dapur jadi mangsa... hehehe... |
Bukan main ceria rupa budak yang baru kebah demam pergi & balik sekolah. Rasa bestlah dapat bawak buah tangan kat para Cikgu kann... (saya rasa dalam beg dia pun banyak buah tangan dari para guru sebab dah seminggu ponteng kan... heheheh..)...
Cinnabon
![]() |
| Cinnabon yg bakal dibekukan... |
Dua hari lepas buat cinnabon lagi, makan dengan cream cheese yg sedap tu. Sekali buat, dapat 2 casserole ni, 1 saya bakar & 1 lagi saya simpan dalam peti. Kalau tak cukup ke, boleh bakar lagi. Tapi malam tu semua org makan seketul aje, siap berbaki lagi 2 ketoi. So.. memang tak termakan le yg dalam peti ni..
Maka saya pun keluarkan dari peti biasa, transfer ke peti beku plak. Bila-bila teringin nanti... bwk keluar aje & bakar.. :)
P/s : Jiwa kacau & stress dengan agen yg tak pulangkan lagi passport & permit pekerja. Dah berbulan mintak, ada je alasannya.. tawakal aje la... :(
Subscribe to:
Posts (Atom)









