ROTI SARANG LEBAH YANG LEMBUT

Thursday, June 19, 2014 0 comments
Teksturnya yang lembut betul² menggoda kalbu... ceewaahh!!

Lelehan Butterscotch tu menambah lagi kesedapannya... 
Hehehe.. saja nak teasing dengan beehive bread yang sedap & gebu ni.  Bagi saya tekstur roti ni memang terbaik.  Kalau nak rasa roti yang amat sedap & gebu, boleh cuba buat roti ni... InsyaAllah lepas tengok hasilnya, memberi keyakinan untuk terus meroti.. :P...

P/s : Nak ngelat lagi... takde mood nak letak entry panjang²...


KUIH KASWI

Wednesday, June 18, 2014 3 comments
Antara kuih kegemaran... mudah aje nak buatnya...(Nak buat, takut tak termakan pula). Tapi kalau beli, jarang yang kena dengan citarasa.    Bila dah teringin sangat, terbuat juga kuih kaswi ni.  Memang sedap resepi dari Kak Yatie ni.. lepas ni saya menten dengan resepi ni ajelah kot.  Cuma saya permudahkan lagi resepinya, saya tak kacau atas api pon, terus kukus je... Alhamdulillah menjadi....

Dah masak ni, saya kukuskan tanpa penutupnya untuk keringkan mana² wap air yang jatuh atas kuih... Maklumle, tak berapa nak rajin bungkus penutup kukusan ni... 

Sedia untuk dipotong untuk sarapan.  Alangkah riangnya saya sebab dapat tekstur yg saya nak & rasanya taklah terlalu manis.  Best!

Alamak!  Lepas gigih makan dengan anak² & sedekahkan dekat orang 1 polistrin, baru suku loyang je yang luak?  Haa... tamak sangat... Patutnya saya buat separuh adunan aje dulu... Tapi takpe, nanti saya sedekahkan pada Mak Mertua & staf di cafe pula... :) 
Okay, resepinya seperti kat bawah ni... Terima kasih sangat² pada penyumbang resepi...

Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan*(*di masak..)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


HOMEMADE POPCORN

Monday, June 16, 2014 0 comments

Dah berkurun saya beli jagung kering ni.  Sampai dah naik berdebu & expired pon... Tapi sayang punya pasal, saya try la jugak pop kan ia.  Ni first time saya buat popcorn... ada dua method & dua² pon senang.  Lepas ni bolehla buat popcorn sendiri.

Since jagung yang saya guna mungkin dah rosak, tak sampai suku dari kesemua jagung tu yang menjadi... hehehehe... Jadi saya tak share lagi resepinya & caranya.  Tunggu pada percubaan lain pula ye.  Apapon popcorn ni memang sedap dimakan & bagus untuk meninggikan paras gula anda!.. :P



DUGONG YANG MALAS...

2 comments
Hehehe.. inila perasaan saya tiapkali tengok diri sendiri sekarang ni.  Badan dah macam Mak Dugong, pergerakan pon slow aje... Kalau boleh nak masak benda² simple je... Tapi tengok jugakla kehendak tekak ku yg amat cerewet ni.  Dalam dok malas², berjaya juga buat Nasi Afghan yang memang mencabar stamina (sebenarnya taklah susah, tapi kalau dah terkedek² tu yg ambik masa).

Salah satu sebab kenapa saya bersemangat... Nak testing Termisil 4.6 Liter yang saya baru redeem dekat Parkson... Harga Termisil ni RM200+.. tapi dengan stamp harganya jadi RM74.90.  Then saya tolak pula dengan Voucher Bonuslink RM70.  Bayar RM4.90 aje... Wahh!!  Berbaloi² rasanya... LEpas ni bolehlah panggang ayam guna Termisil aje.. :)

Nasi Afghan kegemaran sekeluarga.... Berjam² nak siap sebab asyik take 5 (kebetulan pula sakit pinggang menyerang & selain si Misha dok menyerang dapur...).. Akhirnya berjaya jugak kami nikmatinya... Licin hari tu juga... ;) 
Bila difikir, saya rasa pregnancy kali ni paling mencabar.  Maybe age factor & bilangan anak yg semakin ramai, memang energy kurang.  Dah tak sekuat dulu.  Kalau dulu, sehari sebelum bersalin, boleh jalan² shopping di IKEA lagi.  Setakat nak memasak macam² memang no hal.  Mungkin juga saya kurang tenaga sebab tak berapa selera nak makan.  Biasanya jam 3-4 petang baru la betul² saya hadap heavy meal.  Dari pagi saya just minum Milo/susu coklat & cuit makanan serba sedikit aje.

Okla baik saya stop dulu..  Ni entry takde modal namanya... Entry di Kuala Kangsar pon belum habis lagi... dah merepek ke lain pulak ye.  Kisah K.Kangsar tu nantile saya sambung ye... tunggu ada mood sikit.. :)


PERCUTIAN LAGI

Thursday, June 12, 2014 0 comments
Nama je percutian... tapi kami sebenarnya melepak di rumah Adik di Kuala Kangsar.  Kononnya nak bwk kanak-kanak Ribena memancing... part tu nanti story kemudian.  Perjalanan kami kali ni lebih meriah sebab Adik yang di Kuantan sekeluarga ikut sekali.  Kalau ikutkan Abang & fams pun nak ikut, tapi last minute tak jadi.  Kalau tak, makin meriah!

Kami bertolak dari KL ke Kuala Kangsar melalui Jalan ke Genting Highlands & turun di Batang Kali.  Ohh.. ni jalan biasa untuk ahli keluarga saya kalau balik kampung.  Cumanya diorang dari Pahang... cuma kami saje je ikut jalan ni sebab boring je nak ikut highway biasa tu.  Jadi boleh jumpa Adik & konvoi sama-sama dari Genting Sempah.

Awal-awal lagi saya dah bagitau, nak bawak budak² main air di Kuala Woh.  Last time datang, syok gila... tu yg sanggup datang lagi sekali.  Tapi kali ni kami agak kecewa sebab port tempat kami mandi tu dah tak setenang & jernih macam dulu.  Agak deras airnya!  Agaknya last time kami datang tu musim kemarau, tu cetek & tenang aje airnya.  Jadi kami pun kena cari port lain.   
Kami mandi berdekatan tapak perkhemahan... 
 Masa dok memusing cari tempat mandi, kami baru tau ada perkampungan Orang Asli betul² di atas kawasan Kuala Woh ni.  Sedikit geli bila memikirkan kami mandi di 'toilet' diorang... heheheh... Tapi budak² ni semua dah excited habis, jadi kami pun layan lah jugak.  Saya je tak join mandi atas faktor susah nak salin baju nanti.. biasa saya ada taktik sendiri nak salin baju di tepi/dalam kereta aje.  Tapi bila perut dah besar sakan, memang takleh la buat aksi sebegitu.. :)
Tiha & Izz refused join orang lain... diorang cakap tak tahan panas!  Tanpa kami tau, rupa-rupanya air mata air di sini adalah AIR PANAS!  Air yg mengalir di atasnya sejuk.. tapi bila dikorek pasirnya atau terpijak certain batu, mau terkejut sebab panas sangat.  
 Tak semua kawasan di sini ada sumber air panas.  Tempat kami mandi ni & di seberang sana tu, antara kawasan air panas.  Batu di seberang sana siap BERASAP lagi!  Untuk ke seberang sana, memang mencabar sebab bukan main panas airnya.  Menurut pengunjung, nak rebus telur pun boleh!  Pelik kan?  Tapi memang di Pusat Penerangan Kuala Woh ada dinyatakan bahawa ada sumber air panas di sini.


Lepas puas mandi-mana, saya minta Baba bawak budak² ni naik titi gantung untuk ke seberang.  Saya takleh ikut, sebab barang-barang takde yang jaga.  Jadi layan Candy Crush je la sorang-sorang... :)


Bukan main muncung Ieqa sebab takut naik titi gantung... 

Haa... kalau dah penakut... 

Dah berjaya seberang, baru la tersengih...

Ingatkan Ieqa aje penakut, rupanya si Izz pon sama.. hehehe.. 


Kat sini banyak rama-rama, sama macam Kalumpang juga... 
 Lepas berjalan lebih kurang, diorang sambung mandi lagi.  Kasi can la budak² ni bergembira main air.  Bukan selalu boleh main air dengan cousin sendiri macam ni... Memang extra happy & havoc la jadinya...

Lepas Kuala Woh, kami ke Capati Corner.  Walaupun dah lunch tadi, tapi kami singgah lagi... Perut pun dah mula berkeroncong semula.  Bukan main banyak capati kami order... budak² tak makan sangat, Mak & Bapak² yang over...

Dah siap makan, kami nak teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.  Patutnya Kuala Kangsar dari Chemoh ni takde la jauh sangat kan?  Tapi as usual, kami nak ikut jalan lain.  Nak menikmati keindahan alam & menikmati perjalanan yang lebih panjang... Tapi bantuan GPS memang amat diperlukan sebab kami tak berapa familiar dengan jalan ni.

Kali ni saya plan nak ambik gambar kawasan ni puas².. tapi tak sesuai pula bila berkonvoi macam ni.  Lagipun susah juga nak berhenti tepi jalan sebab ada sesetengah kawasan, tebingnya sempit aje.  Buat sekian kalinya saya kempunan nak share keindahan sepanjang perjalanan dari Kampar-Batu Gajah-Parit-Bota-Tanjung Belanja - Kuala Kangsar ni.

Banyak juga kawasan yang cuba saya snap dari dalam kereta, tapi kualiti gambarnya memang teruk sgt... :( .  Hanya ada 2 gambar aje yg saya rasa boleh ditepek di sini sebagai kenangan kami menjejaki kawasan ni.  Tapi kami pastinya akan melalui jalan ini lagi bila ada kesempatan!!!


Kami tiba di rumah Adik sebaik Azan berkumandang.. Dinner malam ni Adik dah masak.. takyah susah² makan luar.. Okla tu, kami pun dah kepenatan ni.  Walaupun KL-Kuala Kangsar taklah jauh sangat... tapi perjalanan kami bermula jam 7.30 pagi & tiba di sana jam 7.30 malam... Mana la tak penat kan?? Esok apa pula kisahnya ye??