BEE HIVE BREAD

Wednesday, April 30, 2014
Ramai sangat dah yang tayang roti sarang lebah.. nampak sedap sangat... Meh kita buat roti

Dah naik pon... ready untuk dibentuk.. (antara bahannya ialah yogurt tau...)..

Disebabkan tamak sedikit, saya ganda 2 resepi ni... :)

Saya potong² kecik & bulat²kan... 

Ni rupa yang dah naik tu yg nampak padat je... Nanti time bakar, akan naik lagi ni. Harap maaf dengan rupa bentuk roti ni.. saya mmg tak reti nak buat doh betul² bulat & licin... hehhe... 
Tabur badam & bakar. Saya tabur sebelah bahagian aje sbb anak² tak suka any kind of nuts. 

Sementara tu kita buatkan Butterscotch sauce...

Haa.. dah masak


Siramkan aje Butterscotch tadi... Sedia di mamam!!
Kalau nak tau, rotinya leemmmbbuuttt sangat... Agaknya penggunaan yogurt kat dalam tu yang buatkan roti ni gebu semacam (gebu yg best laa)... Tapi saya & suami tak boleh makan banyak sangat.  Walaupun disiram separuh aje kuahnya, tetap teramat manis untuk kami.  Apapun, habis satu loyang ni dikerjakan keesokannya... (siapa lagi kalau bukan kerja si Tiha).

Resepi ni saya cedok dari Alongrozz.. dah ramai blogger try, saya je selalu ketinggalan...

By: Roz@HomeKreation
Source: Izzah (original by LydiaHoney@Facebook)
Resepi telah di ubah-suai cara Along & di taip semula untuk mudah-rujuk
BAHAN2:
2 cwn Tepung Gandum* (Along tukar 1 cwn Tpg Gandum + 1 cwn Tpg Tinggi Protein)
½ st Instant Yeast* (orig guna dry yeast)
¼ st Garam*
½ st Baking Powder*
1 sb Gula*
¼ cwn Plain Yogurt (suhu bilik)
½ cwn Air Suam
¼ cwn Minyak Sayur
Almond Flakes / Pumpkin Seeds

CARA2:
1. Masukkan bahan2 bertanda* ke dalam bread maker atau mixer.
Masukkan yoghurt & airsuam, process sebentar.
Masukkan minyak & uli sehingga sebati & lembut.
Jika menggunakan BM, proses sehingga doh siap sedia.
Jika menggunkan mixer atau tangan, perap sehingga naik 2x ganda & uli semula.
2. Bahagikan doh kepada bebola2 kecil sebesar buah langsat (Along buat 32 ketul).
3. Susun ke dalam loyang yg telah di minyakkan.
Tabur almond flakes / pumpkin seeds.
Tutup dgn plastik & biarkan naik 2x ganda.
4. Bakar 180C-200C, 10 minit api bawah, 5-10 minit api atas & bawah.
5. Tuangkan sos butterscotch ke atas roti yg panas.
Tunggu suam sebelum di hidangkan.

SOS BUTTERSCOTCH
½ cwn Gula Perang
½ cwn Susu Ideal
Secubit Garam
½ st Esen Vanilla
25g Butter
- Cairkan butter dalam periuk kecil.
- Masukkan gula & kacau sehingga larut & berbuih.

- Tuangkan susu perlahan2 sambil mengacaunya.
- Masukkan EV dan angkat dari api dan suamkan sedikit.
- Sudukan ke atas roti yg panas.

Selamat mencuba!!


2 comments:

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: April 30, 2014 at 3:24 PM said...

Mmg tgh trending roti ni sekarang.
Kat sini pun ramai ibu2 yg rajin meroti.. hat yg 1 ni la..

{ Kina } at: May 1, 2014 at 11:06 PM said...

Itula.. saya jarang mengikuti trend, sebab ambik masa utk mood memasak tu dtg... hehehe. Ni kebetulan sbb lama dah nak meroti...

Post a Comment