KUIH BELIMBING

Monday, November 17, 2014 2 comments
Kuih belimbing yg saya buat ptg tadi sambil melayan movie dgn anak2.  Skrg ni cuaca mendung, sejukkk je.. Alhamdulillah, nyaman sangat.  Bila cuaca sejuk mcm ni, mood minum petang pon datang. Biasanya kami jrg minum petang sbb lunch pun dah lewat.  

Tadi pun kami lunch dah hampir jam 4 ptg, patutnya perut masih full lagi.  Tp bila fikir dah byk kali plan nak buat, saya teruskanlah hasrat tu.  Lagipun simple aje proses buat kuih ni.

Oh ye.. Saya agak terkejut bila blogger ckp kuih ni berasal dr Terengganu sbb kuih ni sebijik macam churros (Mexican fritters).  Proses pembuatannya pun sama.  Pelanduk dua serupa agaknya.. Hehehe..

Kuih ni saya sadur dgn gula yg diletak sedikit cinnamon powder.  Separuh lagi saya tak letak apa2 coz nak cicah dgn salted caramel.  Hahh.. Apa lagi, tak lakulah yg bersalut gula tu.  Semua berebut yg kosong sbb mmg sedap bila dicelup dgn salted caramel tu.

Resepinya simple sgt.. Uoals google lah ye.. Lps mkn, saya takde lah enjoy sgt dgn kuih ni.  Kami prefer cream puff lg kot (proses pembuatannya sama je).

Oklah.. Esok kalau ada kerajinan dan kelapangan, saya nak share aktiviti kami Sabtu yg lepas.  Dah lama juga kami tak merayap kan.  Jadi Sabtu lepas kami buat aktiviti keluarga di... Ehh.. Rahsia dulu.  Tunggu aje next entry ye.. :)..


TIP MENYIMPAN SAYUR

Friday, November 14, 2014 0 comments
Ehh... Sayur lagi?  Rasanya dah pernah bagitau tentang cara terkini saya simpan sayur ni kan...  

Sebenarnya still ada a few tips yang saya rasa amat berguna untuk mereka² yang suka buat stok sayur macam saya.  Setakat ni, menyimpan sayur dalam bekas salad yang dibeli di pasaraya ni adalah teknik terbaik.  Sayur kekal segar walau pun dah berminggu² (bergantung kepada jenis sayur).  Contohnya macam gambar di bawah..
Carrot ni dah berusia sebulan di peti, still very fresh macam baru bawak balik dari pasar.  Untuk elak carrot dari tumbuh, potong bahagian kepalanya sebelum disimpan.  Bendi tu pula baru berusia 2 minggu.  Saya kurang pasti berapa lama jangka hayatnya, biasanya dihabiskan sebelum tu.  Setakat 2 minggu memang langsung tak terjejas! 

Brokoli ni juga berusia 2 minggu!  Jika sebelum ni brokoli cepat kuning jika disimpan di peti, dalam bekas ni, dah 2 minggu pun still nampak fresh!  Brokoli ni dah habis dimasak kelmarin, jadi saya kurang pasti berapa lama saya boleh simpan & masih kekal segar macam ni...
Sekarang ni fahamlah saya kenapa sayur² yang senang rosak atau tinggi kualitinya disimpan dalam bekas ni cthnya salad, tomato cherry, cendawan butang dll.  Sayur hijau juga tahan lama jika disimpan dalam ni.  Biasanya saya potong siap² dan simpan dalam bekas ni.  Jangan dibasuh dulu ye, nanti habis lembik pula sayur² tu sebab terendam dalam air.  Basuh semasa nak guna nanti. 

 Satu lagi perkara baru yang saya terbaca, tomato lebih baik disimpan di luar bukan di peti.  Oh.. Jimat sikit ruang peti sebab stok tomato saya simpan di laundry/pantry aje.  So far memang bertahan lama. 

Itu aje antara tip yang saya nak share.  Kalau ada sesiapa nak share teknik masing² dialu²kan sangat²... Saya yakin lain orang lain caranya.  Sama²lah kita berkongsi ilmu ye.. :)

P/s : Setakat ni saya dah cuba simpan pucuk paku, sawi, timun, carrot, brokoli, kobis, bendi serta tomato dll.. memang tahan lama.  Saya nak try simpan cendawan pula, sebelum ni saya try method paper bag (terbaca tip somewhere) malangnya oyster mushroom saya mengecut & jadi sedikit!!.. hehehehe.. Maybe teknik tu sesuai untuk mushroom jenis lain kot.




DINNER DI OLD TOWN WHITE COFFEE

Wednesday, November 12, 2014 0 comments
Minggu lepas agak havoc sikit sebab bimbangkan si Misha yang mengadu sakit di bahagian lutut.  Mulanya kami biarkan aje... tapi bila tengok kemain teruk dia meraung kesakitan tiapkali sakitnya datang, mulalah kami bimbang.  

Isnin tu kami ke Tawakal untuk jumpa Dr Zarin Akmal since dah buat appointment dr minggu lepas lagi dah.  Terkejutnya kami bila Asstnya bgtau yang masih ada berpuluh² patient lagi tengah menunggu.  Geram la jugak, kenapa tak arrange betul² berapa appointment yang boleh diambil sehari.  Bukannya senang kami nak datang ke sini, dengan Suami kena tinggalkan cafe, pontengkan Tiha dari sekolah dll... Jadi terpaksalah kami cancel aje sebab ikut kata Asst nya, by 7.00 pm pun belum tentu dapat turn.  

Esoknya kami ke Klinik pakar di Desa Melawati.  Ohh.. baru kami tau kewujudan klinik pakar ni selepas dimaklumkan oleh Prof Rohana semasa Shumaila di NICU HUKM dulu.  Dia cakap kawannya ada buka klinik di Desa Melawati.. bila kami survey... Laa.. dekat aje dengan rumah kami.  Dr Hasmawati namanya.  Tapi Dr pun tak boleh conclude apa² coz di lututnya memang takde kesan bengkak, merah, luka dll. Dr cakap try lah perbanyakkan makan pisang untuk tambah potassium nya & bagi ubat tahan sakit serta ubat sapu. 

Tapi Rabu & Khamis tu dia meraung sakit lagi.  Kali ni macam makin teruk sakitnya.  Saya call pula UKMSC, entah apa kenanya, telefon tak berangkat.  Jadi saya call pula UMSC untuk buat appt dengan pakar.  Dapatlah kami bertemu Pakar Paed & Ortopedik pada Jumaatnya.  Lepas memerhati lutut Misha.. conclusionnya tetap sama... there's nothing there... Saya just tanya possibility Cancer or etc sebab cancer kan suka menyerang bahagian lutut... Dr cakap she's too young to get that.. Lega rasa... Jadi uknown pain tu tetap menjadi misteri.  Cuma lega sikit since kami dah jumpa 2 pakar & dapat jawapan yang sama.  InsyaAllah just 'growing pain' je la tu kot... 

Lepas settle di UMSC kami bergegas ambik Tiha di rumah Wawan & berdinner sebelum bertolak ke Jengka.  Oh.. set dinner kami yang kat bawah ni ialah set supper yang start jam 10.00 malam.  Kalau order set ni lebih murah dari ala carte.  Tiha nak kan set noodle, jadi kami tunggu set ni start.  Sebelum tu kami ke Senheng mengambil barang yang dah lama saya tunggu & melayan si Ah Choon sambil membelek barang di sana.  

Dah banyak kali ke sini.. tapi sebab takde entry nak letak, share ajelah dinner kami baru² ni.. hehehehe... Ehh. panjang betul intronya... nak tunjuk gambar set supper ni je pon!.. hahahaha... 

Dry noodle Tiha... didatangkan dengan sup & wantan (takde dalam gambar)

Tiha dah tak sabar makan.. saya suruh dia snapkan gambar sbb masa ni saya tgh pegang Ila... Babanya ke 7E mencari Vicks sbb Tiha batuk teruk.  Saya ambik noodle yang bersup & coffee (tapi coffee kat outlet ni tak sedap)

Yang Baba... Ieqa & Misha request half boiled egg aje (add on menu) sambil² share noodle Mama & Kak Tiha
OUtlet yang saya pergi ni area Taman Melati, dekat sikit dengan rumah.  Dah siap makan, kami suruh anak² ke toilet dulu sbb jauh perjalannya nanti.  Tapi Suami bgtau saya keadaan toiletnya amat KOTOR!!  Eerrrkkk.. kembang tekak ku.  Blacklist terus!!!  Kalau teringin makan di Old Town, rela kami cari oulet lain.


KARIPAP

Tuesday, November 11, 2014 2 comments
Sejak berkenalan dengan basic dough yang sedap ni, mood meroti kembali membara.  Dengan doh tu pelbagai jenis roti saya buat antaranya berintikan sambal bilis & read bean.  Anak² of course la suka roti sosej, memang tak sempat simpan untuk sarapan pun. 
Basic dough yang sedap tu saya gunakan untuk habiskan inti red bean dalam freezer.  Bila Ieqa & Misha tanya, saya kata pau (diorang ni tak makan roti red bean tapi sukakan pau red bean...).  So bila dikatakan pau, laju je diorang makan.. hehehe.. Tapi memang rasanya setanding pau.. boleh kata lagi sedap dari pau pun tau. 
 Kemudian saya cuba pula buat karipap dengan resepi lain pula.  Kali ni buat sebab nak praktis kelim karipap lagi.. hehehe... Skill kelim karipap saya makin ok, tapi tak snap plak gambar karipap yang betul² menjadik.  Takpelah, saya share jugaklah gambar karipap yang tak cukup sifat ni pun.. hehehe..
Karipap tak sukup sifat saya ni menjadi rebutan.  Somehow semua anak² makan!  Karipap yang sebelum² ni saya & suami aje yang tukang perabis.  Kali ni, Mama & Baba berpeluang makan sikit aje.  Maybe sbb kulitnya yang very buttery tu buatkan anak² suka.  Cuma saya agak 'seram' sikit melihatkan tahap minyak yang dikumpulkan dari doh ni.  Tu yang buat doh ni sedap & rangup semacam kot.  Resepinya saya ambil dari blog CMG.  Thx for the recipe ye :

 BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP :-)
400 gram tepung gandum
2 camca besar marjerin
1/2 cawan minyak masak, dipanaskan
1/2 cawan air ais yang dingin*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)


Memang sedap sangat doh ni.  Cuma next time saya nak kurangkan sikit kandungan minyaknya.  Saya ingat nak cukupkan marjerin & minyak tu jadi setengah cawan aje.  Hopefully kesedapannya tak terjejas. 



BERITA MENGEJUTKAN

Friday, November 7, 2014 2 comments
Dalam minggu lepas kami menerima berita yang amat mengejutkan, jiran sebelah kami telahpun menghadap Ilahi.  Innalillah to my neighbour or Uncle Shah panggilan anak² kepada arwah. 

Ya Allah, terjawablah kenapa Suami tak dapat hubungi arwah sejak sebulan dulu.  Saya sendiri ada ' bad instinct ' bila Shah tiba² aje menghilang.  Biasanya jika dia ke mana² atau meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama, pasti dia maklumkan kami.  Jadi bila tengok rumahnya berkunci dari luar, kami mula tak sedap hati.  Suami pun ada menghantar sms, Wassap & call, langsung tak dapat reach. 

Sebenarnya kami memang sentiasa memantau keadaan arwah.  Beberapa bulan yang lalu, Suami menjadi rapat dengan arwah.  Jika sebelum ni, kami hanya sekadar bersapa jika berselisih & sekali sekala menghantar makanan ke umah Arwah. 

Selama ni kami tengok walaupun bujang, life nya serba lengkap (ye lah mampu memakai kereta mewah & lifenya cukup stabil).  Arwah juga nampak lebih muda dari usia, kami sangkakan umurnya sekitar 30an, rupa²nya dah 51 tahun!  Memang tak disangka sungguh! Bertambah jelous bila tengok Arwah hanya bekerja di rumah (jelous yang baikle, bukan dengki tau).  Arwah ni kerjanya Interrior Designer, jadi hiasan dalaman rumahnya tersangatlah cantik.  Anak² saya bukan main jakun lagi bila berpeluang masuk rumah Uncle Shah.  Ieqa tak berhenti² bagitau rumah Uncle Shah macam hotel.. Ieqa²... bab² over, bagilah kat dia.

Tapi beberapa bulan yang lepas, Arwah buat pengakuan yang dia jatuh sakit.  Malahan dia tidak larat pun nak ke mana², hanya sekadar berlegar di dalam rumah.  Memang kasihan betul kami mendengarnya.  Jadi kami Suami Isteri berbincang untuk menawarkan diri membantu dia seboleh mungkin.  Di antaranya Suami tolong panaskan enjin keretanya,  menghantar makanan hampir setiap hari, buangkan sampah (rumahnya sentiasa bersih kerana ada Cleaner datang sekali sekala).  Sebelum ni dia tak pernah minta tolong, mungkin segan agaknya tapi kami boleh agak sendiri apa yang dia perlu & tawarkan diri untuk menolong.  

Pernah juga satu malam tu tiba² dia call Suami minta datang ke rumah,  kelam kabut Suami tekan loceng rumahnya.  Bila saya tanya "kenapa Shah panggil malam² ?", rupa²nya Arwah minta suami setkan alat suntikan insulinnya kerana dia tak nampak dengan jelas.  Panik juga kami.  Iyelah.. Suami cakap Arwah memang nampak weak, berjalan pun seakan² menyeret kaki.  Yang paling kami runsing, dia tinggal bujang di rumah tu.

Jadi sepanjang kehilangan arwah, kami memang tertanya² ke mana arwah pergi.  Sehinggalah minggu lepas bila kami nampak banyak kasut di depan pintu rumah arwah.  Saya minta Suami ketuk rumahnya & tanya keadaan Shah.  Rupa²nya  ahli keluarga arwah datang untuk mengemas barang²nya.  Keluarga arwah maklumkan arwah meninggal dunia lebih sebulan lepas.  Diabetes arwah di tahap teruk, tanpa dia sedar sebelah ginjalnya dahpun rosak.  Doktor juga dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan jantungnya. 4 hari selepas dimasukkan di IJN, arwah pun meninggal.  

 Semoga Uncle Shah tenang di sana... Al Fatihah

Hargailah mereka² di sekeliling kita selagi ada...