BASIC DOUGH YANG TERSEDAP

Thursday, October 23, 2014
Banyaknya stok sosej!! Naik rimas dibuatnya bila freezer penuh dengan makanan yang saya kurang suka. Macam mana la boleh ada sampai 4 bungkus mini sosej Ayamas dalam freezer tu. Entah bila beli pun saya kurang pasti. Dahlah saya bukan peminat sosej, buat stok tu pon setakat pelengkap menu sarapan aje...

Lepas memerah otak & merajinkan diri... Berjaya juga buat mini sosej bun ni.  Bukan senang saya nak kuatkan semangat menggentel benda² kecik macam ni.  Hadoiii.. boleh naik hantu mengadap doh lama².. hehehe...

Tapi selepas doh masak, terkesima tengok teksturnya... Wahhh!!! Halus.. mulus DAN sedapppp!!!!  Inilah basic dough yang saya tercari² selama ini.  Kalau sesiapa yang suka roti, cubalah resepi ni.. Memang Ummpphhh!


BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. ) (saya buat 3/4 bahagian aje)
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/10/mini-sosej-bun.html#ixzz3GyxXkzDX


Saya timbang doh 20gm+- , gentel & lilit pada sosej.  

Saya ambil 40gm doh & bulat²kan.. Yang ni buat 4 biji aje sebab nak habiskan stok serunding

Roti sosej dipicit mayonis, bun tu pun dipicit mayo sebelm ditabur serunding

Baki seterusnya saya buat cheesestick...
Dah masak.. tapi saya kurang pasti kenapa yang 1st batch ni warnanya tak gelap.  Saya keluarkan jugak sebab tak nak roti menjadi kering kalau lama sangat dalam oven.  Apapun rasanya langsung tak terjejas.  Time panas² ni sapukan butter... 


15 biji Roti sosej hanya berbaki 2 & bun serunding hanya berbaki 1.  Ikutkan hati nak perabiskan semua, tapi tak nak layan sangat nafsu makan saya yang menjadi² sekarang ni.  Yang sadis tu, Ieqa cuma larat makan 1 & Misha makan 1/2... Roti sedap macam ni pun korang tak larat makan... entahla.. Si Tiha pula punyalah puji sedap & cakap "Mama ni masak macam Masterchef la".. pastu dok suruh Mama masuk bertanding... Haa.. punyalah sedap sampai ada hati nak suruh Mama masuk Masterchef tu... hehehe...  

Cheesestick ni pula bakal jadi sarapan saya & anak² esok (rasanya macam tak cukup je banyak ni)... 
Yang pasti, saya akan buat lagi roti ni dalam tempoh terdekat ni.. :)

2 comments:

{ Unknown } at: October 27, 2014 at 1:35 PM said...

Cheessestick.. kudap-kudap resmi masa K.Sham menjaga Haazem di wad tu ari.
Sini.. mana pulak nak cari ni??

{ Kina } at: December 19, 2014 at 3:22 AM said...

Saya takde la minat sangat... anak² yang suka benda² macam ni... Tunggu balik Malaysia lah nampak gayanya Kak Sham..

Post a Comment