Sedap TAPI

Wednesday, November 7, 2012 2 comments
Sempat possing dengan cooking spray, peneman setia ku di dapur.  Orang malas nak tenyeh butter kat loyang macam saya memang perlukan benda-benda mcm ni.. hehehe (dulu saya cheating guna baking paper).  Skang ni dah advanced, beli cooking spray pulak.. hihi
Cantik aje kan rupa roti ni.. memang excited sangat saya semalam.  Tak sabar nak rasa.. paling seronok nak tengok reaksi anak-anak & babanya yang sukakan roti.  Bila dah bakar, nak meraung rasanya, tah mana silapnya doh ni langsung tak naik.  Tu pun saya try juga makan.. ruginyaaa.. kalau menjadi, mesti sedap.  Dalam keras, padat & tak masak macam ni pun dah terasa sedapnya.

Dah siap masak, excited takyah cakaplah..
Tapi saya memangla tak puashati. Ini first time roti saya buat jadi macam ni.  Ada juga terfikir resepi yang tak betul tapi saya lebih suka beranggapan kesilapan sendiri yang jadi faktor.  Mungkin timbangan atau sukatan tepung tak betul (selalu terlupa bilangan sbb too many distraction..) or yeast terkurang...  Sebelum ni pun penimbang saya memang bermasalah untuk detect bahan-bahan yg ringan & sedikit cthnya yeast.. tiapkali timbang yeast, saya terpaksa ulang berkali-kali or agak-agak aje.  Tapi sayang pula nak ganti yang baru sbb timbang barang lain ok aje (maybe too light & beratnya pun bawah 15 gms tiapkali diguna, tu yg susah nak detect).

Semasa membentuk roti, saya perasan juga yang doh ni terlalu senang dibentuk.  Mula la rasa tak sedap hati ni.. takpe.. cuba dulu .. (saya gulungkan dari bahagian lebar ke bhgn runcing).   

Dua keping saya tabur chocolate chip. Laieqa suka sangat, tapi saya bg dia makan bhgn hujung aje sbb dekat tengah langsung tak masak
Saya canai separuh doh aje, lagi separuh masih ada dalam peti (langsung tak naik-naik, siap mengeras lagi.. huhuhu..). Saya ingat nak try eksperimen something dengan doh tu.  Kalau menjadi, saya akan sharekan di sini.  Jika tak menjadi juga, saya akan buat semula roti sedap ni from the scratch!!! I will keep doing it until i'm satisfy with the result.  Kalau resepi tu yang bermasalah, saya akan adjust mana yang patut.  Tak kira... Nekad habis ni!!.


Garlic Parmesan Rolls

Tuesday, November 6, 2012 0 comments
Mari kita meroti lagi!  Roti ni saya buat untuk dinner.  Dapat agak banyak, suami saya tukang perabis.  Itule sebab saya rajin je buat roti, gerenti ada tukang makan.. ehehe..

Roti nampak kembang sikit (patutnya toncit) sbb doh agak lembik.  But the taste is awesome.  

Resepinya oleh Chef John seperti berikut

1 (.25 ounce) package active dry yeast
1/2 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon white sugar
1 cup warm water - 100 to 110 degrees F (40 to 45 degrees C)
1 teaspoon fine salt
1 tablespoon olive oil
1 egg
1 3/4 cups all-purpose flour
1 1/2 tablespoons melted butter
2 cloves garlic, crushed
1/2 cup freshly grated Parmigiano-Reggiano cheese (parmesan)
1/2 teaspoon ground black pepper, or to taste
1/4 teaspoon cayenne pepper, or more to taste
2 tablespoons freshly chopped Italian parsley
olive oil for brushing
1/4 cup freshly grated Parmigiano-Reggiano cheese
  • Mix yeast, 1/2 cup of flour, sugar, and warm water in a bowl. Cover and let rest in a warm place until bubbling, about 15 to 20 minutes.
  • Stir in salt, olive oil, and egg. Mix thoroughly and stir in remaining 1 3/4 cup flour to form a loose, sticky dough that pulls away from the sides of the bowl. Cover with a damp towel and let rise in a warm place until doubled in size, about 1 to 1 1/2 hours.
Doh yang sudah naik kali pertama, agak lembut tapi tak melekat 
Sedia untuk dibentuk.

  • Punch down and scrape the dough from the sides of the bowl. Turn onto a lightly floured surface. Sprinkle with more flour and shape into a rectangle. Roll out to an approximately 10x12-inch rectangle, about 1/2-inch thick. Brush with melted butter; sprinkle with garlic, Parmagiano-Reggiano cheese, black pepper, cayenne, and parsley.
Canai nipis (sapukan sedikit tepung pada pencanai tu ye..)

Sapu dengan butter cair yg dicampur garlic (saya tumbuk lumat garlic)

Renjis dengan parsley, paprika, blackpepper & PARMESAN

  • Press flat one long edge of the rectangle and brush with water. From the opposite end, roll evenly into a log. Press the seam together to seal. (saya tak buat, just roll macam biasa aje)
Gulung & potong 8 atau ikut saiz yang disukai
Saya potong 10

  • Cut into 8 rolls. Transfer to a baking sheet, cut side up. If necessary, cut an ‘X' in the top of each roll to expose filling.
  • Preheat an oven to 400 degrees F (200 degrees C).
Sapu permukaan roti dengan minyak (saya sapu dengan baki butter&garlic tadi) & renjis parmesan.  Kemudian gunting bahagian tengah untuk dedahkan isinya
  • Brush each roll with olive oil. Sprinkle with more cheese. Cover and let rise until slightly puffed, about 20 to 30 minutes. (saya naikkan dalam microwave oven, tak cover tapi tutup pintunya)
  • Bake in preheated oven until the tops are golden brown, about 20 minutes.

Since doh saya agak lembik, doh meleleh ke tepi sikit, jadi melebar & hampir melekat with each other. Ni dah siap & ready dibakar dalam preheated oven 200c selama 20 minit atau sehingga roti bertukar golden brown.
Ini first time saya guna all purpose flour (tepung gandum biasa tu) untuk buat roti.  Mula-mula bimbang juga tak menjadi, ye la tepung high protein lebih 'kuat' untuk stretch sebab tu ia sesuai untuk dibuat roti.  Tapi saya ikut ajelah kehendak resepi.  Tengok dulu ok ke tak.

Lepas diadun memang lembik sungguh hasilnya (saya tak uli, gaul dengan spatula aje).  Ada juga plan nak tambah tepung (maybe kualiti tepung saya kurang ok ke sbb tu lembik).  Tapi biarkan aje lah.. lagipun doh ni tak melekat walaupun lembik semacam.  Lepas dibentuk, & dbakar...

Tadaaa..!!! Memang awesome.  Rotinya rangup & ringan sangat.  Dalamnya agak berongga & kurang padat macam biasa tapi teksturnya yang tersendiri menjadi roti ni amat special.  Suami saya makan 7 out of 10 tu kot.. (buruk lantak!).. hehehe.. Saya pula sukakan teksturnya tapi takle makan banyak sbb rasa tak puas.. (perut kampung).. ;) .. Maybe next time saya akan tambah mayo or gula untuk naikkan rasa manis sikit sbb roti ni rasa lemak-lemak masin (cheesy) aje.. kalau ada rasa manis sikit maybe saya lagi suka kot.

Apa pun roti ini memang syok dibuat.. Yeesss!!!.

Tip-tip Berkaitan Roti

68 comments
Kebelakangan ni makin banyak makanan yang meggunakan yis yang saya cuba.  Setiap hari, gatal je tangan ni nak menguli roti.  Mula lah start membelek resepi sana-sini.  Tapi, time tengah rajin tu, tak jumpa pula resepi yang saya berkenan.  Apepon, sejak berkenalan dengan roti kentang (roti pertamaku), rasanya dah berpuluh-puluh kali saya membakar pizza, roti, rolls dll.  Dalam masa mencari resepi, banyak juga tips yang saya jadikan panduan.  Makin lama saya makin mahir & faham cara-cara 'meroti' yang betul.  Antara yang saya rasa amat berguna...
  • Doh boleh disimpan di peti sejuk atau dibekukan!
Jangan bimbang untuk menyimpan doh dalam fridge coz memang very recommended untuk kita menaikkan doh secara perlahan di dalam peti.  Doh boleh disimpan di dalam peti up to 36 hours tau.  Jadi bolehlah uli malamnya & simpan di peti sebelum dibakar esoknya.  

Selain tu, boleh juga dibekukan.  Boleh simpan 3-6 months.  Boleh bekukan dengan pelbagai cara, dalam bentuk bebola, dah siap bentuk, belum naik or sebagainya.  Apapun bergantung kepada ruang freezer kita le.  Cara paling praktikal untuk defrost/thawing dengan mengeluarkan dari peti beku & biarkan di peti biasa semalaman.  Bolehlah dibakar esoknya.  Kalau nak cepat, defrost ajelah macam biasa, tapi bagi la sikit masa untuk doh betul-betul ke suhu bilik.  Hasil roti tetap gebu macam roti yang baru diuli.
  • Dua kali naik?
Ye, dua kali.  Mula-mula doh diuli sehingga kenyal (doh nampak cantik & licin) atau digaul dengan wooden spoon or spatula jika doh adalah lembik.  Kemudian naikkan doh sehingga dua kali ganda. Selepas itu tumbuk / uli seketika untuk keluarkan angin.  Masa ni doh bolehlah dibentuk & amatlah senang bekerjasama.   Dah siap dibentuk, rehatkan lagi.  Masa untuk doh ripe (betul² naik) kali pertama sekitar 45 minit - 1 jam (lagi panas cuaca, lagi cepat dia naik).  Selepas dibentukkan, naikkan sekali lagi & biasanya masa yg diambil setengah daripada kali pertama tadi.
  • Doh dah ready ke belum?
Timing tak menentukan doh tu betul-betul ready.  Yis cepat aktif di dalam suasana suam, jadi kalau cuaca panas, makin cepatle naiknya.  Nak pastikan doh tu betul-betul naik, tekankan 2 jari sehingga takuk yang pertama.  Jika kesan jari kekal berbekas atau doh tidak kembali ke bentuk asal, means doh sudah ready untuk dibentuk. Kalau dinaikkan dalam peti sejuk, masa yang diambil lebih lama, tapi naiknya lebih cantik.  Memang gebus habislah roti tu nanti.  Nak cek doh dalam peti tu dah ready ke tak, boleh tengok jika doh sudah kembang 2x ganda bolehlah keluarkan.  
  • Doh degil
Macam saya pernah kena masa nak buat cinnamon pull apart hari tu.. hehehe.. Awal-awal dulu saya kurang faham sbb ada sesetengah resepi cakap rehatkan seketika, sesetengah pula kata naikkan 2x ganda or satu jam.  Jadi dengan sengalnya saya rehatkan 10 minit aje lepas diuli (rupanya ini kes utk orang guna Bread Maker sahaja).  Kalau uli tangan, tetap tunggu doh naik 2x ganda dulu.. (jangan perasan ye..).  

Biasanya doh degil kita atasi dengan rehatkan semula doh terbabit 10-20 minit.  Ini kerana doh mungkin belum cukup naik & beri masa untuk gluten terbentuk.  Kalau nak teruskan mencanai atau membentuk, boleh juga, cuma berpeluh ketiak la sikit.. hehehe.
  • Yis self intant (segera) & yis kering
Namanya pun yis segera, means kita tak perlu tunggu yis betul-betul aktif sebelum diguna.  Biasanya resepi yang guna yis kering biasa, perlu gunakan air suam & biarkan 15-20 minit utk aktifkan yis sebelum dicampur bahan lain.  Tapi kat Malaysia ni biasanya yang dijual tu Self Instant, by rite boleh gaul aje terus.  Tapi kadang-kadang saya buat jugak, saja suka-suki.. hehehe..
  • Gula & Garam
Yis ni makanannya gula, jadi bolehlah sesuka ati nak adjust ikut kesukaan pemakannya.  Tapi garam pula boleh membantatkan doh kalau over letak tau.  So ikut ajelah resepi tu ye.. mampat roti tu kang
  • Roti yang moist
Tutupkan bekas doh dengan wrapping cling / plastik atau kain lembab.  Tapi saya sayanglah nak pakai wrapping cling banyak-banyak.  Biasa saya tutupkan dengan kain biasa aje ataupun saya simpan dalam microwave oven & tutupkan pintunya.  Nak simpan dalam peti lagilah kena balut cukup², sbb senang kering & mungkin akan memerangkap bau-bauan dalam tu.  Make sure bekas tu cukup besar untuk doh naik 2x ganda eekk.
  • Nak bagi doh naik cepat & moist
Letakkan 1 mug air panas dalam oven & letakkan bekas doh kat dalam oven tu jugak.  Kalau oven tu 2 tingkat, boleh juga letak air panas di bahagian bawahnya.  
  • Doh melekit
Memang susah menguli jika doh terlalu melekit.  Jika tiada arahan supaya doh tersebut diuli, gunakan spatula atau senduk kayu untuk membancuh.  Kalau perlu diuli, tambah sedikit tepung & mula menguli.  Saya suka menguli dalam bekas stainless steel aje.  Tak suka uli atas kaunter coz doh yg melekit akan melekat di kaunter & memerlukan banyak tepung tambahan.  Kalau uli dalam bekas, ruangnya kecik aje, jadi melekat sekitar bekas je.  Tak perlulah tambah tepung.  Jika melekat sikit-sikit kat tangan tu, biasalah.  Tapi masa menguli tu jangan kena bahagian jari supaya doh tak melekat teruk.  Gunakan tapak tangan dan ke atas.  
  • Cara menguli 
Selepas doh digaul rata, mulalah menguli dengan menekan doh ke depan & melipat balik ke belakang.  Ulang berkali-kali tekan, lipat, tekan lipat sehingga kesemua bahagian doh siap diuli.  Uli lah selama 10-15 minit (lagi diuli lagi cantik hasilnya).  Tapi kalau guna mesin, tak boleh terlebih uli, cukup sekadar doh betul-betul terbentuk.  

Nak tau doh dah ready ke belum, tengok kepada kekenyalannya.  Doh juga menjadi lebih elastik (jika ditarik boleh ditembusi cahaya) atau permukaan doh menjadi semakin licin & membentuk bentuk bulat. Semasa menguli kita akan dapat merasai sendiri perbezaan semasa baru diuli & selepas doh mulai kenyal.  Jadi teruskan menguli hinggalah rasa 'kelainan' pada doh terbabit.  Boleh rujuk video 


Ini le antara tips yang saya dapat sharekan buat masa ni.  Next time kalau saya dapat tips baru, saya tambah entry lagi.  Tip-tip ni saya dapat pun dari pembacaan, pemerhatian & juga pengalaman saya berkenalan dengan roti dalam tempoh yang singkat ni.  Jika terdapat sebarang tambahan atau kesilapan fakta, betulkan saya ok!

Jangan Membazir..

Monday, November 5, 2012 0 comments
Eskem apa ni? Nampak sedap je.. 
Jangan tertipu ye, bukan aiskrim tu tau.  Itu le cili kisar yang saya bekukan.  Dah, asyik basi je kalau simpan dekat peti bawah.  Jadi saya bekukan le.  Kalau nak pakai, saya ambik seketul dua, ikut pada keperluan.  Kalau nak bekukan apa-apa jenis liquid, ini lah teknik yang biasa saya guna.  Hatta makanan baby pun.  Bawang & bwg putih pun saya suka kisar banyak & bekukan juga.  Jadi bila nak masak, saya akan keluarkan bahan segar & bahan-bahan beku lain dulu sejam or 2 jam lebih awal.  Nanti boleh start memasak aje. Kalau barang-barang yg dry mcm rempah ratus takyahle dicairkan pula, boleh guna terus aje.

Oh ye, tahap membeku barang kat rumah ni unlimited tau, saya memang biasa bekukan doh, whipped potato, keledek rebus (jika keledek dah hampir tumbuh saya rebus & bekukan), kuah-kuah atau sebagainya.  Kuih-kuih beku & inti-inti beku pun banyak.  Bukannya apa, saya memang tak suka buang makanan, if tak larat nak abiskan dlm tempoh 3 hari saya bekukan.  Roti yang hampir expired pun saya bekukan, biasanya dlm seminggu dua habislah dimakan.  In fact kalau nak buat sandwich saya suka bekukan dulu roti supaya senang dipotong & tidak terpenyek.  Roti yang dibeku boleh dinyahbeku seketika & boleh dimakan seperti biasa atau biasanya saya toast roti tu untuk lebih sedap.  Dari segi tekstur dan rasanya memang takde effect yg fresh or beku.

Selain dari tu, spices-spices yang jarang dipakai, daun kunyit saya bekukan juga.  Biasanya suami saya beli di pasar, memang sekali angkut, seplastik besar. Mana la peniaga pasar tu nak sikit, lagipun harga memang berganda murah dari kedai runcit.  Jadi daun kunyit ni memang cepat menguning.  Tak sanggup nak membuang, saya bekukan.. nak pakai, keluarkan aje.  Kalau daun limau purut dan daun kari pula saya biarkan sampai mengering di peti bawah.  Saya guna macam biasa sebab baunya tetap semerbak walaupun kering. Ala-ala bay leave yang kita beli dekat pasaraya tu.

Bekukan makanan jenis cecair dalam bekas macam ni, senang untuk disimpan &  diguna
Since dah banyak sangat barang dalam peti beku saya akan labelkan mana yang patut.  Nama makanan & tarikhnya supaya saya tau mana dulu yang perlu dihabiskan.  Nama makanan pula perlu kalau susah nak identify apa barang kat dalam tu, mostly kalau bekas yang tak clear.  Tak kuasa ai nak bukak cek apa ada dalam bekas tu satu-satu.

Kalau kita pack elok-elok, banyaklah benda boleh sumbat dalam peti beku.  Jangan le, balik dari pasar, sumbat terus seplastik ikan, udang dll dalm peti tu.  Kalau ikan saya biasa transfer ke dalam plastik dan agih utk sekali guna, letak sedikit air (utk seafoods kekal segar) ikat dan simpan.  Udang sotong pun sama, saya pack dalam bekas kecik-kecik, agak-agak untuk sekali masak.  Then susun leklok dalam peti.  So bila bukak peti "MACAM-MACAM PON ADA!!"!!.. hehehe.

P/s : Amaran.... kalau takde peti beku jenis box tu, limited la sikit space nya kan... hehhe

Tempahan Kek??

Friday, November 2, 2012 0 comments
Adehh.. settle jugak akhirnya.  Walaupun rupanya memang.. ehemm...ehemm , tapi bersyukur sebab masih ada rupa bentuk kek... kekekeke (tgh gelakkan kek sendiri).  Ni semua gara-gara dapat panggilan emergency dari Mrs Sigh (owner kindergarten Tiha).  Dia request buatkan kek esok.. katanya dia terlupa birthday Najiba (saya pun tak kenal sapa.. hehehe), tu kelam kabut call mintak saya buatkan kek.  Saya ni bukan tak nak terima tempahan.. tapi.. saya cakap kat Mrs Singh, bab rasa saya tak bimbang, tapi bab deco.. ampunnn!!! Saya tak berani janji rupa bentuk kek tu macam mana nanti.. :P (ada ke?)..

Segannya nak deliver kek ni.. uuwwaaaa...
Kek coklat lembab ni saya pernah buat masa birthday Tiha yang lepas, memang habis licin sebijik dimakan kawan-kawannya.   Jadi saya pun guna resepi yang sama untuk kek Mrs Singh ni.  Chocolate Ganache pun saya defrost baki dari birthday kek hari tu.  Saya memang jarang buat kek, setahun 2, 3 kali aje pun.  Nak menghiasnya lagilah.. heeeee.. Cuma untuk tulisan tu saya google resepi cari butercream icing recipe.  Not bad rasanya, tak macam yang kat bakeri biasa, rasa marjerin & gula aje.  Suami saya cukup anti kek dihias dengan icing macam tu.. (memilih ye bang??).  Tadi saya bagi dia rasa sikit buttercream yang saya buat, dia cakap ok.  Haaa.. pass.. bolehlah saya simpan resepinya.  Dalam banyak-banyak resepi yang saya jumpa, saya cilok dari joyofbaking (nak detail, masuk sini ye) :

Confectioners Frosting Recipe:
4 cups (460 grams) confectioners sugar (icing or powdered sugar), sifted

1 cup (226 grams) unsalted butter, room temperature

1 teaspoon pure vanillaextract

4tablespoons milk or light cream

Assorted food colors(if desired)
* Saya buat separuh aje

Entah bila saya akan terror decorate kek, hanya tuhan yang tahu... :(