Whipping Cream for cake frosting

Tuesday, October 2, 2012
Kenapa guna cream?  Tak guna butter aje mcm icing yg biasa tu?  Sebenarnya memang susah sikit nak deco guna cream ni tapi kesedapan rasanya yang membuatkan saya nak try guna cream.  Walaupun ada risiko tak menjadi & cream ni mencair dengan pantasnya.  Tapi belum cuba belum tahu...

Bahan-bahan nak buat cream frosting senang aje.  Cukup sekadar whipping cream (utk frosting) dan gula icing.  Setiap 1 cup cream saya letak 2 tablespoon icing sugar.  Kalau suka manis boleh tambah... Stepnya seperti berikut

Suhu amat penting untuk elakkan cream dr break (terasing).  So seeloknya sejukkan dulu bekas untuk memukul cream tu.  Oh ye, gunakan bekas stainless steel.  Saya masukkan bekas ni dlm peti beku kejap

Pukul cream tu perlahan² supaya tak tepercik sana sini & tambah gula sesedap rasa.  Saya gunakan icing sugar 

Pukul sampai cream memekat & ready utk disapu.  Saya tgk tips yg diberi, pukul cream tu until pointy tapi since cream saya terus memekat, saya stop memukul.  Rasa cream yg siap dipukul ni sebijik macam aiskrim tau.. byk jugaklah yg masuk ke mulut.

Saya gunakan cream ni utk lekatkan 3 biji kek yg bakal dihias utk doll cake tu.  Kalau nak lagi best, belah dua each cake & sapukan cream kat tengah.  Tapi saya malas.. hehehe
Untuk decorate coll cake tiha ni saya gunakan 2 cups cream (memang cukup² aje).  Saya gunakan UHT cream brand Anchor.  Sedap wehh.. By rite Anchor ni tak sesuai untuk buat cake frosting tapi saya suka sangat rasanya.  Biasanya Whipping Cream yang paling sesuai diguna kerana lebih bertahan & mudah ialah non-diary whipping cream.  Antara brand yang pernah saya cuba brand Mauri, memang jauh tahan lama dan ringan dari Anchor ni.

22 comments:

{ ann shareena } at: January 22, 2014 at 5:37 PM said...

Salam sis. Whipping cream ni kena keluarkn dr peti sjuk brapa lama before bole pakai? Hee

{ Kina } at: January 22, 2014 at 7:37 PM said...

Salam... Whipping cream ni memang kena pukul dikala sejuk, kalau tak memang tak menjadi. Kalau guna UHT, tak boleh dibekukan. Tapi standard org guna non-diary whipping cream sbb lebih bertahan (dah manis, tak perlukan gula). Non-diary boleh dibekukan & kalau nak gunakan letak semalaman di peti bawah & boleh dipukul hingga pekat. Non-diary akan mengembang dengan banyak berbanding UHT yg hanya memekat... Harap² sis faham dengan penjelasan saya ni ye. Nak advice banyak² pun saya takde la mahir sangat buat kek ni... :)

Anonymous at: February 23, 2014 at 8:01 PM said...

Salam sis, whipping cream tu klau nk tambah cheese blh? Lagi satu klau gune whipping cream blh tahan lame x dlm suhu bilik?

{ Kina } at: February 23, 2014 at 10:08 PM said...

Salam... boleh tambah cream cheese tapi jangan overwhipped, terus jadi cair. kalau guna non-diary boleh tahan 2-3 jam, tapi kalau UHT/fresh cream, sekejap je cair... saya biasa dengar org letak gelatin, tapi belum pernah cuba...

Anonymous at: July 11, 2014 at 3:00 PM said...

Salam sis whipping krim yg tak sejuk dipukul tak jadi tu tak leh selamatkan ke? masukkan balik dlm peti ke, pastu pkul balik?

{ Kina } at: July 12, 2014 at 1:29 AM said...

Saya tak pasti.. bolehlah dicuba... Kalau tak menjadi juga, jangan dibuang cream tu ye... boleh dicampur dalam masakan cthnya kuah pasta, quiche dll...

Anonymous at: October 30, 2014 at 1:11 AM said...

Bpe lame mase diambil untuk kentalkan whipping cream jename mauri

{ Kina } at: October 30, 2014 at 3:07 PM said...

Saya kurang pasti berapa lama.. Tapi taklah sesukar nak gebukan buttercream. Yang penting cream mestilah di dalam keadaan sejuk dan putar laju sehingga kental. Semasa menghias, simpan cream yang tidak diguna dlm peti kerana cream mudah mencair, nanti susah nak dicorak...

Anonymous at: February 24, 2015 at 10:44 AM said...

sis, kalau guna wc anchor untuk buat chilled cheesecake kena tambah gula jugak ke masa nk pukul tu?

{ Kina } at: February 25, 2015 at 12:23 AM said...

Rasanya dah tak perlu sebab dalam resepi dah ada gula kan? Tengok balik resepi tu guna non diary or UHT ni. Yang non diary memang dah manis & mengembang elok. Anchor ni jarang diguna untuk buat kek, tapi saya lebih suka rasanya walaupun risiko untuk cair memang tinggi.

Anonymous at: September 18, 2015 at 8:23 AM said...

Assalam sis, nk tnye kalo guna whipping cream brand anchor utk letak ats cupcake perlu letak icing sugar ke?

{ Kina } at: September 18, 2015 at 1:08 PM said...

Salam... Kalau dairy cream mcm anchor memang kena letak gula berbeza dgn non dairy cream yg dah manis. Tapi dairy cream ni tak tahan dgn suhu panas, tak dan sejam habis jd cair nanti. Nak selamat guna non dairy yer...

Anonymous at: July 21, 2016 at 6:55 PM said...

Salam sis . agk² mahal tk whipped cream ni ? Just nk kire bajet .

{ Kina } at: August 29, 2016 at 12:12 AM said...

Whipping ni harga lebih kurg antara dairy dgn non dairy (belasan ringgit) tp non dairy akan mengambang dgn byk dan lebih tahan lama berbanding dairy based ni..

Anonymous at: January 20, 2017 at 12:22 AM said...

salam nak tanya admin. jenama ancor ni ad x yang jenis non diary. sbb ad orang kate jenama ancor ni ad yang tulis non diary.. terima kasih..

{ Kina } at: January 25, 2017 at 10:45 PM said...

Salam... Setakat ni saya tak jumpa lagi. Lagipun brand Anchor dari New Zealand. Kalau tak salah, produknya semua berasaskan susu. Non-Diary biasanya guna kelapa sawit

{ Nina Farhana SuperStar Shaklee } at: March 16, 2017 at 11:15 PM said...

Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

{ Kina } at: March 22, 2017 at 9:54 PM said...

Harap2 menjadi... Saya pun bukan terror bab deko. Suka2 je ni.. Hehe

{ Unknown } at: July 18, 2017 at 6:06 PM said...

Saya tadi baru je beli whipping cream jenama anchor dgan harge rm17 kt kedai barangan kek..sya teringin nk guna bende nie sbb kalu tgok kt psaraya..hrge dy dlm rm20 something jgk la..tp jenama lain..kebetulan tdi mak singgah kedai sebelah..so sya masuk la kdai kek tu..dah beli tu..bru la google sal whipping cream nie..xthu pulak ad dua jenis..so..sya nk thu la..wc nie sya ptot gune utk ap sdap??? Blh bg suggestion x..n nme resepi..nty sya google resepi sndri..terima kasih

{ Kina } at: August 10, 2017 at 7:45 AM said...

Salam sis.. ye betul, ada bezanya. Banyak gunanya whipping cream anchor ni contohnya utk buat creamy pasta (pasta carbonara), cream of mushroom, chicken pie, boleh campur dlm masakan telur (omelette, scramble eggs etc), whipped potato,buat aiskrim, topping pavlova (nak mkn baru picit sbb cream ni mmg senang cair), no bake cheesecake. Kalau x habis, boleh dibekukan. Bekukan dlm bentuk ice cube, boleh campur dlm masakan. Dlm kuah spaghetti pon sedap kalau dicampur. Maaf ye lambat reply. Dah lama saya tak cek inbox utk komen..

{ Unknown } at: November 22, 2017 at 5:22 PM said...

klau buat durian crepe ok ke pakai whiped cream ni?nak kekalkan cmne ye

{ Kina } at: November 22, 2017 at 6:30 PM said...

Biasa org pakai non diary sis. Sbb yg ni salah pukul dia cair/terasing lemak dan air. Yg ni utk buat mousse or chilled cheesecake sesuaila. Kdg2 tambah gelatin utk bagi dia lebih tahan

Post a Comment