I-City

Thursday, July 28, 2011 0 comments
Meriah tengok gambar kawan² di FB pergi I-City.  Nampak macam best je.. bolehla saya ajak anak² jalan² ke sana.  Saya pergi a few months ago, tapi baru sekarang terasa nak upload gambar.  On the way pergi mmg cadang nak isi perut penuh² sebelum masuk dalam tu.  Tapi perjalanan yg singkat jadi teramat jauh kerana sesat. Jadi we all tukar plan, try je la makan kat dalam sana walaupun hati agak keberatan.  Ye la from past experience, makanan kat tempat² tumpuan ramai ni mahal & paling tak best, lousy yg teramat.  Tapi kalau tak cuba, tak tahu kan...

Dalam perjalanan ke I-city anak² makin excited tgk pokok² yg bewarna-warni menghiasi sepanjang jalan.  Saya pun agak jakun juga la.  Sampai ke entrance, bayar RM10 perparking (RM5 weekdays).  Saya dtg Jumaat, dah masuk rate RM10.. tapi bagi saya rate tu oklah, agak reasonable.

Dah masuk, we all pusing² cari tempat makan.  Yg saya nampak hanya 2 restoran melayu & kami kurg berminat dgn menu & harganya.  Ada 1 restoran Arab yg saya juga tak pasti apa yg dijual kerana takde menu & harga (mmm.. ).. yg lain² bukan kedai muslim.  Mmg menghampakan.. malah.. kesemua kedai lengang seperti diserang garuda.  Frankly saya amat was² dengan harga & kualiti makanan yg ditawarkan bila tgk sambutan yg teramat dingin ni..

Kemudian kami berpatah balik, beli je la corn in cup, sosej, keropok.. etc.  Harga bebola RM2 secucuk,, sosej pula RM4, keropok yg nipis tu 3 kpg RM1.  Alahai.... sangatlah berpatutan..  Saya beli corn in cup & waffle di Nelson (rasa selamat sikit sbb ada nama kan).  Tapi kecewa juga. Jagung lembik, berair & teramat berminyak. Kunyah waffle pon sama , lembik dan berminyak²... Last² saya pergi KK, beli roti & air utk anak².  Kesimpulannya KK the only kedai yg menjual pada harga reasonable & option terbaik utk beli munchy² kat sini. Nasib baik anak² jenis sporting kalau berjalan, perut lapar ke, mengantuk ke, semua letak tepi.  Jadi saya tak bimbang sangat diorg meragam ke apa.

Dekat area Snow World - saya tak masuk pon!!!. Saya usha keadaan dlm snow world dr luar & melalui gambar² yg dipamer, amatlah menyedihkan.  Instead of snow, kita berjalan atas ais batu plus dihidangkan dengan lagu cina yg amat kuat.  Agaknya snow world version china kot.. hehehe.. 

Possing je la anak² ku, Mama tak nak spend duit up to RM75 masuk dlm ni. Harga tu tak penting, tapi apa yg ditawar biarla berpatutan kan...  

RM8 per ride.. kasi can Ieqa & tiha naik horse.  Yg bestnya Mama dpt join sekaki..hehehe



Anak² mmg akan enjoy la sbb bewarna warni & berlampu².. itu pun tujuan kita bawak diorgkan.. utk diorg happy..



Tiha excited betul dgn pokok ni, siap request ambikkan gambar.  Biasanya dia tak bother sgt, Mama kena panggil kalau nak bergambar.  Agaknya ala² fantasy land dia.. 

Sedang berfantasi lagi...




Inilah sebahagian gambar² yg diabadikan kat I-City.  Overalll mmg sesuai utk bawa kanak², kurang sesuai utk ibu bapa...sbbnya.. penat!!!.. hehehehe.. Kawasan ni juga bukan stoller friendly, byk tempat takleh reach by stroller. Jenuh bergegar² Laieqa sbb strollernya terpaksa ikut jalan berkerikil. Saya nampak masih banyak kerja² pengubahsuaian sedang berjalan.  Maybe keadaan akan improve lagi di masa akan datang.  Just satu advice saya.. jalan² je kat kawasan free tu.  Rugi je masuk kat mana² tempat berbayar, memang nampak tangkap muat habis & saya sendiri byk overheard penjual tiket yg tipu pelawat.  Banyak info yg tidak betul dari diorg sbb nak kejar komisyen tiket tu.  Jadi JANGAN TERPEDAYA!!! 

Monkey See, Monkey Do...

Tuesday, July 26, 2011 0 comments
Last time saya ada mention yg kami sekeluarga mmg suka ikut jalan lama time travel.  Baru² ni seperti biasa kami mengumpul kulit² roti & roti² yg expired utk disedekahkan kepada kera² hutan sepanjang jalan nanti.  Tiha & Ieqa la yg paling excited sekali. Melalui jalan ini kami akan tembus ke Genting Sempah & sambung perjalanan melalui Janda Baik pula.  Pendek kata mmg tak melalui highway karak la..

Sebenarnya suatu ketika dulu saya pernah sertai ekspedisi ke sini, saya betul² lupa apa nama tempatnya.  Yg pastinya di kawasan Gombak & melalui muzium org asli & perkampungan mereka.  Time ekspedisi tu biasalah, tugas saya ialah memasak.  Kira² 40-50 org peserta yg sentiasa menunggu juadah terhidang.  Penat ooo.. 5.00 pagi dah bangun prepare apa yg patut.  Mlm dah pukul 12.00 baru settle tugasan.  Nasib baik saya ada assistant yg sasa.. Mr. Topoy (mana ko skrg daaa??).. kalau tugasan mengacau² nasi goreng ke, mmglah saya serahkan kat dia.  Mau patah tangan nak menggaul, in fact setakat patah senduk tu biasalah.. maklumla, time ekpedisi, we all kena kreatif menggunakan apa yg ada & memasak ikut bahan yg ada.  Kalau tak, tahan lapar laaa...

Sayangnya tiada sekeping pun gambar time tu yg saya ambil ... sekarang mula lah menyesal.  Kebetulan lak ekspedisi kali ni saya tak ikut apa² aktiviti sbb kaki saya terkehel/terseliuh (tak pasti).  Inilah akibat lompat dr almari rumah yg tinggi tu .. hehehe.. dahla lagi sebulan saya nak daki Kinabalu.. so saya betul² jaga kaki saya time tu, bimbang saya tak lepas nak ke Kinabalu nanti.  Bayangkanla, nak panjat busut tinggi 2 meter pon nak meleleh air mata tahan sakit, nak naik ke khemah pon  terkial² pegang bahu kawan.

Tapi tu semua cerita lama.  Sekarang ni saya dah lama pencen ekpedisi.  Kalau jalan² pun dgn family je..  tapi slowly saya akan didik anak² utk sayangkan nature & wild life. So far anak² mmg enjoy jika di bawa ke tempat² macam ni.. moga² mereka menjadi generasi yg memelihara alam ciptaan Allah ini.

Ada pula seekor monyet dlm kawanan kera...


Monkey See, Monkey Do!!!


Oh ye.. saya mmg pastikan tingkap tidak di buka besar utk elakkan kera² ni menyerang kami.  Walaupun nampak kera² ni tak agresif, tapi sebenarnya mereka ni unpredictable.  Tambah² dalam keadaan mereka yg desperate nak kan makanan.  Bimbang juga kera² ni menggigit or sebagainya.  Tak rugi kalau hati² rite.. :)

Omelette

Thursday, July 21, 2011 0 comments
Hehehe.. siap letak cheese atas tomato tu... 
Banyak pula stok tomato cherry dlm peti.  Simpan lama² nanti tak crunchy pula.  Baik saya kerjakan tomato ceri tu hari ni juga.

Nak resepi.. amek kat sini .  Resepi lama tu saya guna 1 biji telur je & saya masak sampai ada kesan burn sikit.  Kali ni saya buat agak tebal (2 biji) tetapi warnanya lebih sekata.

Utk breakfast kali ni saya served dgn toast. Ambil roti, letak omelette, lipat & tuang sos cili. Omelette ni senang hangus, jadi pastikan apinya kecil & tutup time dimasak jika nak hasil yg tebal dengan tekstur yg halus. Jika tak telurnya akan basah di bahagian dalam.  Apa pun terpulang kepada citarasa masing².

Vegetarian Pasta

0 comments
Alaa.. tiru idea IKEA.. pasta kuah tomato biasa je.. hehehe.. simple sgt.  Tapi apa pon saya suka je sbb saya mmg hantu pasta. 

Yg ni utk mama


Yg ni utk Tiha.. Ieqa punya pun ada...
 Resepi pasta ni macam revision kuah spaghetti juga, tapi yg ni mmg sesimple² kuah. Saya tiru cara IKEA, rasanya hampir sama kot.. you all try la, tgk jadi ke tak.  Seperti biasa bahan² nya anggar² je le ye..

1 onion & 3 cloves garlic (cincang² ye)
1 can diced tomato (yg dipotong kiub & dibuang kulit tu)
-utk kuah ni jgn guna tomato paste & tomato puree,  nanti kurg kick & rasanya thick
3 bay leaves (daun salam)
Dried Oregano
Dried Thyme or Mixed Herb
Black Pepper

 Tumiskan onion & garlic tadi sampai layu.  Tuang tomato cube sekali dgn airnya kemudian amp; campak & renjis semua bahan² lain secukup rasa.  Bay leave tu wajib tau sbb kalau makan kat IKEA mmg bau bay leave tu yg ketara.  Oh ye, jgn lupa pula garamnya & sedikit gula jika tomato tu masam.  Biasa kalau imported punya dah cukup masam manisnya.. Kuah ni cukup la utk 2 org makan.

Since namanya vegetarian, tak perlu lah stok ayam, mince meat semua tu.. kalau suka cheese renjiskan Parmesan time makan (grated cheese or cheese dlm bentuk serbuk tu).

Nandos The Chicken Land

Tuesday, July 19, 2011 0 comments
Kalau suka makan ayam, boleh la try makanan kat sini.  Banyak outlet Nandos ni.. tapi saya prefer Nandos Bangsar or Jusco Wangsa Maju.  Sebabnya?  Hmm.. saya mengalami beberapa pengalaman yg kurg best di Nandos Mid Valley plus service they all pon kurg bagus.  Food presentation pon.. alahaii.. Saya mmg sensitif sikit bab layanan & food presentation kalo dlm bill ada tertera service charge.. ye la kita bayar extra utk servis kan, so of course la expect layanan yg bagus.

Since that kalau teringin makan Nandos saya akan ke Bangsar atau Jusco Wangsa Maju je.  Environment pon mmg best!! Sejuk mata memandang...

Inilah muka riang Ibtihaj di Nandos kat Bangsar Village..

Tgh ctrl ayu sbb nak kena candid - ada playground kecik utk anak²

Tersenyum² hadap mushroom soup

Menu biasa mama - quater chicken (lemon & herb), peri fries & peri corn cicah dgn Extra Hot Peri² Sauce combine dgn tomato sauce.. . Tomato sauce kat sini sedap tau, anak² saya makan sampai menjilat jari.  My husband biasanya pilih menu yg sama just sideline dia suka ambil nasi &peri fries.  Mediterranean rice kat sini ok juga, ala² rasa pulut sikit..  
Yg ni pula keadaannya di Jusco Wangsa Maju..

Tersenyum² depan kids menu. Pilihan yg diberi kena sgt dgn selera Tiha (menu baru ni).. dlm menu ni ada 2 drumsticks, peri corn, salad buah or vege & orange juice.  Licin Tiha jamah masa tu juga.    



Std menu Mama with bottomless Ice Lemon Tea.  Tapi portion kali ni sikitla.. tak kenyang I tau.  Peri Chip & peri corn tu habis kena balun dgn Laieqa je.. mmm.. 
 Ooo ye.. sebut sal gril/roasted chicken, ada juga Kenny Rogers sebagai pilihan.  Tapi saya kurg gemar dgn rasa roasted chicken & sauce kat situ, saya just suka makan muffin je.  Setahun ada la sekali dua je masuk sana utk ubah selera.. kalau teringin muffin, saya just take away je.  Muffin tu lak kena makan panas², barulah rasa rangup di luar tapi lembab di dalam.. best!!!

Susu

Monday, July 18, 2011 0 comments
Susu Oh Susu
Saya tak suka susu.. nak hirup seteguk pun tak mampu. Itu cerita dulu² laa.. sekarang ni, stok susu dekat rumah saya sentiasa ada.  Seminggu at least 4 kotak kena beli.

Masa pregnant anak sulong, saya minum Enfamama perisa coklat.  Sekali or dua kali sehari plus Obimin.  Tapi saya still sakit pinggang & krem.  Tiap² malam, terjaga sbb kaki krem.  Nasib baik suami tau cara nak handle masalah krem.  Dia akan luruskan kaki saya dan tolak hujung jari kaki ke depan utk loose kan krem tu.. fuhh lega!!.. kalo tak mau meraung tahan sakit.

Time anak kedua, saya tak ambil Enfamama lagi dah.  Harganya mahal & saya selalu miss minum or muntah lepas minum.  Saya maintain dgn obimin je... Nak jadi cerita, saya kena sakit pinggang yg amat teruk (mungkin salah position time baring).  Akibatnya 3 hari saya tak boleh bangun & duduk tanpa bantuan.  Sampai tahap buang air pun kena berdiri.  Mujur adik ipar pinjamkan saya back support utk pregnant lady, agak membantu & amat selesa bila berdiri terutamanya time buat kerja rumah.

Masalah tak berakhir di situ, masuk bulan ke 7, saya fail glucose test.  Saya diberi temujanji dgn Diebetic Nurse utk bg guidance pemakanan yg betul utk kawal tahap gula.  Saya ni seorang yg berdisiplin tau.. since that saya mmg makan on time, buat test darah sendiri kat rumah & mula menukar habit makan.  Saya mula berjinak² dgn cereal, salad, wholemeal bread & pastinya SUSU!!!

Seronok rasanya bila tgk hasil dari pemakanan yg betul, reading gula tak pernah lebih dari 6 & saya langsung tak mengalami krem!!! Pinggang saya juga tidak selalu meragam, lenguh² sedikit time tidur tu ada la.  Tapi sakit pinggang sort of dissapper ditambah lagi saya akan pakai Back Support bila saya banyak berdiri. Sekarang barulah saya nampak khasiat susu dan saya semakin meminatinya... :)

Tapi sebenarnya saya masih fobia dengan susu putih.  Saya kini lebih kreatif dalam menikmati susu.  Susu pekat bukan lagi pilihan utk membuat air.  Semua air yg bersusu saya gantikan dengan susu segar.  Sebab saya masih lagi tak boleh minum susu putih!!!

Nak minum teh susu?? Didihkan uncang teh sampai betul² pekat - 1 uncang utk 1 mug je, nanti cair... (orang india biasanya akan didihkan susu dgn teh terus, tapi saya rasa sayang sbb byk khasiat susu akan hilang)

Tuangkan rebusan teh tadi & tambahkan susu segar & sedikit gula.  Nikmatilah teh susu yg sedap berkrim.  Biasanya saya letakkan susu lebih dari teh supaya lebih lemak berkrim.   
Ini pun favourite juga.. sirap bandung, susu coklat.. anytime.. picit je Chocolate syrup then tambahkan susu or letak je sirap & tambah susu utk jadikan Sirap bandung.  Senang kan?  Rasanya lagi sedap tau & khasiatnya tu yg penting.  
Inilah antara minuman bersusu saya, setiap hari at least 1-2 mug susu saya minum.  Menu² mknn pun dah byk yg bersusu cthnya dalam kuah pasta krim, omelette, scramble egg, quaker oat.. etc... Saya dah tak bermasalah lagi minum susu!!!

San Francisco Pizza

Tuesday, July 12, 2011 0 comments
Saya rasa mungkin tak ramai tahu kewujudan San Francisco Pizza ni (bukan San Francisco Steak House tu tau - yg ni ada jual liquor ye).  Walaupun namanya SF Pizza, tapi saya lagi tertarik utk order steak & salmon nya.  Tiha plak tak habis² dgn pasta (lupa nak ambil gambar) with extra prawn.

Sebelum datang makan sini saya survey dulu sama ada menjual liquor & status halalnya. Environment nya pon not bad, cumanya portion nya agak sedikit utk saya yg kuat makan ni. Harganya boleh tahan juga, RM75+ juga lah utk 3 meals ni.  Sekali sekala nak tukar selera, ok la kan. Ooo ye.. lupa pula nak bgtau lokasinya dekat je dgn rumah saya, Wangsa Maju.  If you all tau Pusat Perubatan Naluri, haaa.. SF Pizza ni letaknya sebaris je dgn Naluri tu.  

Rasa makanan not bad, cuma daging steak saya sedikit dry & takde rasa manis daging sgt (maybe sbb saya request well done).  Sauce nya ok & yg paling best side dishesnya.. vege & potato tu mmg sedap. First time saya makan steak dihidang dgn set macam ni.  Pendek kata recommended utk try!!


Beef  Steak at San Francisco Pizza - served dgn potato (ala wedges) & vege

Grill Salmon - side dishes nya sama juga mcm steak tadi

Talam Ubi Kayu ku

Friday, July 8, 2011 0 comments
Dah lama sangat saya tak buat Talam Ubi Kayu.  Last monday saya pesan hubby belikan ubi kayu (dah byk kali pesan tapi tak muncul² ubi kayunya).  Akhirnya, muncul juga ubi kayu yg diidamkan tu.. TAPI.. saya terlupa suami saya mmg tak pandai pilih yg fresh.  Dah nak kehitam²an ubinya, ada part yg masam juga.  Kalau begini rupanya, mmg tak selamat direbus, elok dijadikan talam saja.  

Potong², buang kulit, masuk dlm food processor, then tapis.  Sambil tunggu bhgn ubi masak, saya ajak semua org dinner.  Takpe.. saya dah set timer, agak² 30 minit, masak la tu

Tepat 30 minit, timer dah berdering, ambil cake checker.. ok.. dah masak.  Tuangkan pula bahagian kepalanya.. set lagi 20 minit.. haaa.. elok je masak.  Cucuk gak la dgn cake checker just to be sure.. ok! Confirm masak.  Ini la rupa talam ubi kayu yg baru saja masak..
Letak atas meja makan utk disejukkan.. since saya tak overcook (sbb saya guna timer), takde la wap air kat atas talam saya.  Before ada timer, asyik buka tutup tudung pengukus, habis menitik air wap.  Esok pagi dah sejuk baru boleh potong.
6.30 pagi.. bukak je, terus ambil gambar.  Saya gunakan loyang kek yg boleh dibuka tu, senang je nak keluarkan & potong
Sebekas utk staf di cafe, sebekas utk bekal Tiha, 3 pieces tu habis saya ngap time tu jugak.. alamakk.. baru ingat nak puasa, dah kenyang ngap talam ubi kayu.  Suku bahagian lagi boleh lah hantar kat mak mertua plak..
Frankly, saya takde la mahir sangat buat kuih² ni.  Masa inila gunanya blog saya ni.  Saya pon refer resepi kat sini  sebelum memasak.  Tapi saya takde la sukat secara detail, saya just bukak utk tengok anggaran lebih kurang.

Contohnya.. dlm resepi saya tulis 1/2 kilo ubi & ada sukatan gula dan airnya.. saya tak berapa pasti berapa berat ubi semalam (byk yg dibuang), jadi saya anggar air yg dimasak agak² separuh dari ubi (cthnya 2 cawan ubi = 1 cawan air).  Sukatan gula merah & gula pasirnya pula sama dgn sukatan air.  Selepas air gula sebati, saya tapiskan sedikit demi sedikit ke dalam ubi tadi.  Sambil mengacau, saya anggar pekat sedikit dari bancuhan cucur, terus stop tuang air gula.  Saya rasa sedikit utk pastikan kemanisannya.  Jika tawar, gaulkan sedikit gula pasir.

Jangan bimbang utk bermain dgn sukatan.  Jika terbiasa, kita hanya perlu tahu bahan sejenis makanan, tak perlu sukatan.  Sama juga semasa membuat puding jagung , saya tidak pernah menyukat air.  Biasanya saya akan terus menambah air selagi puding yg dikacau berketul.

Kepala santan utk tepung talam juga sama.  Semasa menuang ubi ke dlm loyang, saya dapati ubi yg bakal terhasil agak tebal, jadi saya gunakan 2 kotak santan (200ml) & sedikit air, & saya tuangkan tepung beras (agak² secawan).  Semasa mengacau atas api, saya dapati bancuhan agak pekat, cepat² saya angkat & tuangkan ke atas loyang.  Jadi sisa tepung beras masih ada di dasar periuk (saya tidak kacau semuanya) dapatlah saya elak dari kepala santan tadi menjadi keras.

Ini adalah sebahagian tip yg saya rasa nak share dengan semua orang.  Tidak perlu terlalu mengikut sukatan & resepi.  Yang penting bahan di dalamnya & agihan garam serta gulanya. Di sinilah yg membezakan air tangan & keunikan masakan setiap individu tu.. betul tak?

Baked Potato

0 comments
Wowww!!... Tak sangka potato bakar ni sedap sangat... Saya sudah jatuh cinta dengan bau harum, lemak manis potato ni.  Ditambah lagi dengan butter & cheddar yg cair kat dlm tu.. kejap je cair dlm mulut saya!! Baked potato ni ambil masa sikit utk membakarnya.. saya bakar 6 biji kentang, almost 1 hour jugakla utk masak.  Itupun saya adjust suhu sampai 230c (ni dah tak tahan lapar sgt, tak nak tunggu lama²)..

Kalau you all nak try kesedapan baked potato ni, ikut je teknik ni...
Saya basuh 6 biji kentang sebersih²nya, cucuk² dgn garfu sekeliling kentang.  Make sure kentang tu dicucuk tau, nanti meletup plak time dibakar

Gaulkan dengan minyak (saya guna olive oil) & taburkan garam.  Jgn buang kulitnya tau, khasiat potato byk pada kulitnya. Jika guna teknik ni, bhgn kulit la paling sedap dimakan..
Ooo ye.. sebelum tu preheat oven pada suhu 200-230c, then bakar potato selama 60 minutes.  Kentang yg betul² masak, garing di luar & teramatlah gebu di dalam.

Sementara menunggu kentang masak, saya dah perapkan dada ayam utk digrill bersama sayur.  Plan asal saya utk dinner baked potato je malam ni.  Tapi takpe la.. alang² menunggu potato tu masak, sempatla saya grill ayam & sayur.  Biasanya dada ayam saya suka perap begini  & grill kan aje atas pan.

Belah, picitkan kentang hingga terbuka sapu butter & sumbat cheese


Cheese mulai cair since potato tu tgh panas² lagi

Seronok tgk semua org enjoy makan donner mlm ni.  Saya gunakan Heinz BBQ sebagai sauce.  Sauce ni mmg best dicicah dengan apa² mknn bergrill.  Anak² saya suka meratah sos ni sampai menjilat² pinggan.  DInner kali ni saya grill kan cauliflower & carrot je (itu je yg ada dlm peti)

Nak makan dgn salad pon boleh

Baked potato, salad with thousand island & grilled chicken for dinner

Puff Pastry Recipe

Tuesday, July 5, 2011 0 comments
Macam² boleh buat dgn puff pastry ni, nak guna pon sng, defroze je kat luar 10-15 minutes.  
Saya ni agak baru juga mencuba guna puff pastry time memasak.  Saya start dgn buat portugese egg tart & hasilnya memuaskan.  Then pernah sekali saya masak je atas pan, cicah dgn kari.. hehehe.. ni gara² roti prata beku saya habis, so ganti je dgn puff pastri ni.  Skrg ni puff pastry antara stok wajib dalam peti beku.

Ni antara menu yg saya buat utk keluarga..

Inti, boleh guna inti karipap.  Bahannya pula boleh guna sardin, ayam, daging atau bilis.  Utk resepi inti klik di sini 

Letak je inti kat kulit puff, tutup & picit² di bhgn tepi.  

Masukkan dlm oven, set suhu 230c & bakar 20-30 minit.  Kalau takde oven, boleh guna oven toaster or pan je.

Haa.. buncitkan?  Saya letak byk inti.  Tu yg saya nak buat sendiri coz kalau yg beli, sikit sgt intinya..
Tengah masak puff ni tiba² terfikir plak kalau² dua anak kesayangan tak nak makan.  Mood makan mereka berdua tu tak menentu, saya kena ready dgn satu lagi option.  Yg ni saya confirm diorg akan suka!!

Pernah makan dekat Dome Cafe tak?? Saya SUUKKAAAA sangat² dgn Twister nya.  First time saya rasa terus jatuh centa.  Frankly saya dah tak pergi Dome Cafe lepas dapat tau they all ada serve liquor.  Frust jugak la sbb sblm tu mmg ada halal JAKIM, so laju je la saya masuk.  Dah banyak kali saya menjamu selera, baru saya tau diorang jual liquor, tu pon melalui web.  Saya ada juga bertanya staf Dome Mid Valley, just for sure.  Dia ckp memg ada tapi liquor hanya serve dkt bhgn luar (doesn't matter still haram utk muslim masuk tempat yg serve liquor).  Halal JAKIM pada cermin Dome pon dah takde.  Agaknya JAKIM tarik balik la kot.. wallahualam..

Ahakss.. membebel pasal Dome lak.  Actually menu kedua saya ni terhasil dari salah satu menu yg saya pernah makan di Dome.  Simple je.. tapi anak² saya suka sangat.

Saya buat 4 bekas & allocate Chicken & Mushroom soup dlm tu.  Saya tambah sedikit air (as per can instruction).  Kalau rajin masak la soup tu atas api kejap sbb teknik shortcut saya ni akan buatkan krim sup tu berketul sket.


Dah tu, tampalkan je puff pastry tadi kat atas tu.  Tekan² sikit supaya puff tu melekat.  
Haa.. saya bakar pada suhu 230c selama 20 minit.  Inilah hasilnya.  Saya hidang dgn sayur rebus (sama mcm kat Dome).  Tak dpt makan kat Dome, kita makan kat rumah ajela...