Karipap

Tuesday, July 21, 2009
Bahan² Inti

2 ulas bawang putih dimayang
1 labu bawang besar dimayang
1/2 paket rempah kari ayam
Sedikit isi ayam (nak byk pon boleh)
2/3 biji kentang
1 biji carrot



Tumis bawang hingga naik bau, masukkan rempah.. masak lagi hingga harum.









Masukkan air dan bahan2 lain. Masak hingga semua bahan empuk. Jgn lupa letak garam dam perasa. Sejukkan dan boleh la start buat kulit lak.









Bahan² Kulit Karipap

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/2 cawan)
secubit garam masukkan ke dlm air






Gaul marjerin dan tepung gandum hingga rata
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli
Sukatan air bergantung kepada tahap kelembutan doh yg diuli..
Jgn terlebih air, nanti kulit x rangup














Kitchen helper sibuk mencanai tepung.
If x terre nak kelim tepi karipap, canai senipis mungkin, letak doh atas acuan, cedukkan inti & kepit.



Ok.. sedia digoreng.. Jgn guna api yg terlalu panas nanti kulit karipap menggerutu.









Tips :
1. Byk cara nak buat kulit, boleh juga guna minyak masak je.. or combination.
2. Teknik kulit kat atas ni akan keras jika doh dicanai tebal, so elok canai nipis sket.
3. Kulit karipap pusing lebih gebu, tapi complicated sket. Aku penah belajar, tapi x penah try, anggapla x sempat khatam.. Lagipon aku x berapa suka kulitnya yg terlalu gebu & oily.
4. If ada daun sup, jgn lupa campur dlm inti karipap tu.. baru kawww..

2 comments:

farah anum roslee at: July 29, 2009 at 4:07 PM said...

Uk ala, dah besor dah puteri kesayangan nko tue...

{ Kina } at: July 29, 2009 at 9:36 PM said...

Heheheh... ya betulll!!! Suka betul nyibuk bila aku memasak

Post a Comment