Hari ni try buat capati. Tepung Atta takde, jadi saya guna aje tepung gandum tambah wholemeal flour sikit. Sukatan saya macam biasalah.. Agak-agak.. Masa buat tu doh macam lembik, jadi saya keep on tambah tepung, jd saya tak boleh bagi sukatan yg tepat ye.
Capati ni simple sangat, bahannya tepung dan air aje. Tak perlu garam dan gula. Tapi kalau jenis nak ada rasa, boleh aje letak ye. Saya tambah butter sedikit untuk kelembutan. Nak lebih lembut, lebihkan butter tu ye. Nak ganti dengan minyak sapi or minyak biasa pun boleh aje. Antara menu senang dan sihat. Resepi agak-agak saya lebih kurang macam ni..
2 cups/500ml air
4cups tepung gandum
1cup tepung wholemeal
2 sb butter
Gaul hingga sebati dan tak lekat di tangan. Rehatkan doh 10minit atau lebih dalam bekas bertutup dan sedia dibentuk. Saya simpan dalam plastik aje.
*Saya memang tak letak gula garam Alhamdulillah sedap sebab dicicah dengan kuah.
Saya bahagi dua doh, golekkan memanjang |
Potong ikut saiz yang dikehendaki dan bulatkan |
Gunakan tepung untuk semua proses ye. Doh nya srpatutnya ala-ala roti, best sangat dibentuk. Just leperkan doh tadi dan lenyek hingga leper. |
Masak atas pan dengan api perlahan. Tekan-tekan jika menggelembung tu supaya masak sekata. Kalau gelembung maksudnya doh dah masak tu ye, boleh terbalikkan.. |
Lenyek nipis supaya senang masak. Kalau doh degil mungkin bancuhan agak keras atau perlu rehatkan seketika. |
Kalau ada baki wrap, roti canai, naan, capati boleh aje ubahsuai as pizza base. Topping tu boleh pelbagaikan, tuna ke, pisang ke, sambal dan lain-lain. Saya memang suka pelbagaikan resepi. Selamat mencuba!