Sedey Mood.. :(

Friday, November 25, 2011 2 comments
Hari ni bergegas ke Pejabat Imegresen Putrajaya.  Seawal 4.00 pagi dah ready sbb kena ke pasar dulu beli stok utk cafe sebelum ke sana.  Alhamdulillah.. sekarang boleh tinggal cafe even sebelah pagi, staf dah boleh handle breakfast dengan jayanya.  Really happy dengan team staff baru ni yg bergandingan dengan Umi.  Tu yg bersemangat waja nak settlekan Biometrik utk jadikan pekerja sah.

Seawal 8.00 pagi dah terpacak di Kaunter Pemutihan, jadi org no.3.  Isi form, terus submit.  Sekali dia selak.. "Sorry, staf ni tak layak...".. What?? Saya register staf ni dulu sebab dia the only person yg ada biometrik & passport.. yg seorang lagi pasport tak siap lagi & the other one baru sampai dari Indon & tak sempat register Biometrik.  Alamakkk!!! Frustnya saya.  Saya dah ada 3 orang staf yg bagus, tapi mungkin hilang one of them just because faktor umur.  Kesian.. staf saya yg seorang ni memang rajin, kerja kuat, sampaikan Ahad pun dia sanggup ambil upah cuci rumah.  Such a waste.. a very skillful & hardworking worker.. Saya pun tak tau macam mana nak tolong.  Sedih & runsing betul dia tadi....

Harap² pendaftaran 2 orang staf lagi takde masalah.  Kebelakangan ni ramai pula yg datang mintak kerja, tapi saya sudah selesa dgn team sekrg.  Suasana cafe memang ceria & customer pon nampaknya makin mesra dengan mereka.  Walaupun waktu kerja bermula jam 7.00 pagi, seawal 6.30 pagi, masing² dah terpacak dalam cafe. Suami saya & Umi bersemangat betul nak dtg cafe skrg ni.  Banyak menu baru ditambah - ayam goreng, telur goreng, mee, kue teow, bihun, bergedil, puding jagung.... & banyak lagi bakal menyusul.  Paling saya suka cara kerja yang bersih & tidak membazirkan barang.  Masih ada sebulan utk saya bertindak & memilih pengganti.  Semoga saya membuat pilihan yg tepat & semoga Allah mempermudahkan urusan saya kali ini.

Saya yakin setiap kejadian, pasti ada hikmahnya.

P/s : Sejak selalu berurusan dengan Imegresen, saya semakin arif & faham selok belok pengambilan pekerja asing & pembantu rumah.  Tidaklah sesukar yg disangka.  Kosnya memang berbaloi² berbanding melalui agen (bayangkan kos membuat pasport di Kedutaan Indonesia hanyalah RM18 tapi kadar agen di antara RM200- RM450!!!!).

Sup Bunjut

Sunday, November 13, 2011 4 comments
Baru² ni saya teringin nak makan soto ayam.  Kebetulan dalam peti beku ada sedikit baki ayam.. elok benarlah jika dijadikan soto.  Korek² lagi.. ada baki begedil yg dah lama saya buat (hingga saya lupa kewujudannya) dalam peti beku.

Since saya dah pack semua makanan di peti beku dlm plastik or bekas, jadi freshness makanan tu still terjamin.  Biasanya saya simpan hingga 3 bulan, kalau tak terpakai juga, terpaksalah buang.  Setakat ni semua stok² dihabiskan on time.  Terutamanya jika ada tetamu yg datang, tak sempat nak prepare, barang² dalam peti beku inilah bagi banyak jasa.. hehehe..

ok.. semua dah ada.. TAPI.. alaa... sup bunjut takde lah pula.. saya suka guna bunjut utk buat sup.  Spices dalam rumah ni memang banyak, tapi saya kurang pasti pula apa bahan yg ada dalam bunjut sup tu.  Nasib baiklah kemudahan teknologi masa kini dapat dipergunakan.  Pasti ada blogger yg rajin nak share info.  Hasilnya saya terjumpa bahan² sup bunjut dari blog ni.  Terima kasih banyak² kerana sudi berkongsi info yg amat berguna ni.  Alhamdulillah.. hasil sup yg saya masak kali ni sama seperti menggunakan sup bunjut Adabi yg biasa saya guna.

Saya copy paste balik ye bahan²nya...

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Since saya takde kain yg sesuai, saya just tumiskan semua bahan bunjut tu macam biasa & saya tapis / sauk serdak² yg tak sepatutnya supaya tak termakan pula.  

Cucur Susu Lemak Manis

0 comments
Kali ni saya nak try resepi dari blog Puan Azlita, Cucur Susu Lemak Manis.  Ikut cakap Kak Ita resepi ni diambil dari MyResepi (Kak Fida).  Saya teringin nak buat sbb nampak senang & menyelerakan.  Tambahan anak² & suami suka makan cucur manis (saya guna tepung gula, air & garam aje).  Jadi saya rasa mesti diorang akan suka cucur ni.

Memang sedap cucur ni, rasanya lemak² manis, rangup & terasa susunya.  Pastinya saya akan buat lagi...
 Cara buat simple aje, saya copy paste dari blog Kak Ita ajelah ye..

CUCUR SUSU LEMAK MANIS
by : Kak Fida 
Rujukan : My Resepi


1 1/4 cawan tepung gandum 
1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
6 sb susu manis (lebihkan jika suka) 
1/2 cawan susu segar/cair 
garam secukup rasa 


Saya tambah sedikit air sbb bancuhannya nampak pekat lagipun kebetulan susu dah habis, jadi saya bilas tin susu pekat tu dgn air.. hehehe... 

Bora Asmara

Thursday, November 10, 2011 0 comments
Ok.. ini aje gambar² di Bora Asmara yg sempat saya snap.  Kualitinya memang tak ok sangat sebab bertemankan cahaya lilin.  Lagipun kami dah kelaparan sangat coz belum dinner padahal dah jam 11 lebih.  Jadi bila makanan terhidang aje, terus  nak ngap!!!!

Tiha makan Yee Mee Sizzling with Ginger Beef - harganya saya tak ingat.  Tapi makanan macam ni baik makan kat foodcourt aje (tapi dia yg request, layan ajela)

Saya dengan ASMARADANA.  Harganya RM10.90 kot.. biasa je airnya.  Campuran buah yg diblend &  ditambah whipped krim.  Rasanya lemak² manis.  Sincerely not my favourite.. hehehe

Tiha dengan Ice Lemon Tea

Starter saya pilih Gado² sunda.  Sedap & portionnya banyak (ni dah kena ngap).. harganya RM8.90

Fish & Chip - harganya belas² RM kot.. rasanya.. mmm.. standard Fish & Chip biasa ...

Saya pilih New Zealand Grilled Beef (RM31.90).  Ni kira steak le..  Bawah beef tu ada sayur (very unfamiliar punya sayur, greenish color) & wedges.  Tapi kuahnya.. mak aiii.. sebijik² macam kuah instant Maggi serbuk tu.. potong stim betul le.  Beef pon tak cukup Well Done (ada part still merah²) walaupun saya request well done. 
So dari segi makanan memang biasa² aje.. kalau nak impress someone for Anniversary or Birthday.. etc.. memang amat sesuai.  Tapi maybe saya pilih menu yg salah ke.. ye la setiap kedai lain specialtynya.  Bora Asmara ni sebenarnya berkonsepkan Bali so makanan Indonesia sepatutnya specialty they all kan. Tapi I'm not in the mood nak try something new, tu yg order makanan yg familiar aje.  Makanan dihias cantik secantik restorannya.  Boleh dikatakan restoran tercantik yang pernah saya masuk.

Syukur Padanya

0 comments
Alhamdulillah.. saya tidak perlu lagi ke kafe.  Nampaknya pekerja² baru ni sudah berpengalaman luas dalam bidang f&b.  Sekarang saya sibuk pula menguruskan pendaftaran mereka di pejabat imegresen.

Khamis lepas salah seorang staf baru saya (hampir sebulan bekerja) & kawannya yg baru sehari bekerja minta berhenti. Sebenarnya saya & suami memang kurang gemar dengan cara kerjanya yg terlalu perlahan & suka mengelak dari buat kerja.  Kasihan staf yang lagi seorang (Ratna), 80% kerja dia yg buat.  Mujurlah langsung dia tidak merungut, malahan semakin hari semakin ceria dia bekerja. Lebih baik saya bayar Ratna lebih berbaloi dengan usaha kerasnya.  Jadi bila dia bersuara minta berhenti, memang saya & suami tidak teragak² bayar gaji & berharap dia tak datang lagi dah.. hehehe.. (sebelum tu kami dalam dilema yg amat, macam mana nak suruh dia berhenti).

Jumaat tu hanya saya& suami serta Ratna aje yg buka kedai.  Umi pula pulang Kelantan sambut raya.  Alhamdulillah.. dengan bantuan Ratna sahaja, kami boleh beroperasi.  Seronok saya lihat Ratna begitu seronok bekerja & siap bawa 2 kawannya pula masuk.  Makin saya gembira kedua² kawannya juga amat cekap & tak perlu dilatih.  Dari bancuh air, memasak, membersih... boleh dikatakan mencapai standard saya. Moga² mereka kekal begini.  Saya sanggup berhabis sedikit untuk menguruskan permit kerja mereka sebagai tanda terima kasih terutamanya Ratna yg begitu mengambil berat tentang cafe walhal baru 2 hari saya kenal dia.

Inilah yang dikatakan hikmah .. Yakinlah setiap kejadian ada hikmahnya & Yakinlah selagi kita ikhlas dalam melakukan sebarang perkara Allah akan sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yg lemah ini.. Saya selalu yakin, biarlah apa orang hendak lakukan pada kita, hingga kita jatuh terduduk sekalipun.  Jangan sekali² balas dengan kejahatan, percayalah kepada kuasaNya.  Tiada kejayaan tanpa pengorbanan...

SORRY YE..

Saturday, November 5, 2011 0 comments
Seminggu ni sibuk betul saya di cafe.  Staff lama saya dah berhenti, jadi nak kena train budak² baru.  Mujur ada Umi yg sentiasa datang membantu.  Mesti penat Umi buat dua kerja pada satu masa.  Tapi memang lega tiapkali Umi datang menolong coz dia memang faham sangat dengan cara kerja saya ni.  Jadi tak perlulah saya pantau sangat, pesan sekali pun dah cukup.

Dah lama tak menjengah cafe ni, agak kekok juga saya mulanya.  Mostly bila cafe diserbu.  Mau lintang pukang jugalah, walhal kadang² sampai ada 6 orang dalam kaunter!!! Hehehe.. walaupun penat tapi seronok.  Tak sangka dengan perut yg makin membesar ni saya larat lagi buat kerja² heavy duty macam ni.  Biasalah time busy, mana terasa, dah sampai rumah.. mak aii penatnyaa! Tapi syukur alhamdulillah.. atas pemberiannya.  Saya percaya selagi kita ikhlas, Tuhan akan bantu.  Bantuannya sentiasa datang walaupun tanpa disangka².

Paling saya terkejut dengan Laieqa.  Selama ni punyalah susah nak tinggalkan dia pada sapa².  Jangankan dengan org luar, dengan datuk nenek pun dia tak nak.  Tapi kali ni dia agree & langsung tak menangis bila saya tinggalkan dengan neneknya.  First day tu je macam menangis sekejap, just tak sangka nak kena tinggal kot.  Dia memang tak pernah berenggang dengan saya.  Tapi malamnya bila saya tanya dia elok², boleh tak dia stay dgn Wawan bila saya pergi work.. dia cakap "ok".  Until now, dia langsung tak membantah.  Lagipun Kakaknya ada utk temankan dia selepas balik dari Kindergarten.

Saya pun memang tak memasak since that.  Makan simple² je kat luar.  Cuma semalam saja bawak anak² ambil angin malam sambil dinner.  Kami ke Sg Penchala atas cadangan kawan.  Katanya ada tempat makan best.  Tapi takde rezeki nak merasa, elok je sampai, dah tutup (ditutup jam 11.00).  Kemudian kami pergi ke sebuah lagi Restoran berdekatan, BORA ASMARA.  Jakun juga lah tengok environment kedai ni.  Bertambah jakun bila tengok harganya.. hehehe.. Menunya ada pelbagai.  Dari masakan Malaysia, Indonesia, Thai, Cina & Western.  Siap ada candle, live band (instrument yg diguna ala² group orkestra) datang perform setiap meja.. kalau nak celebrate anniversary or birthday ke memang sesuailah.  Makanan pula dihidangkan course by course.  Tapi saya just ambil starter & main dish aje, bimbang tak habis. Minuman saya try Asmaradana & suami saya pula ambil Soda drink (lupa nama minuman ni).

Insyaallah nanti saya upload gambar² makanan malam tu.  Saya tak ambil sangat gambar sekitarnya sebab suasana gelap hanya bertemankan lilin.   Gambar makanan pun tak berapa jelas (maklumlah phone murah).  Tapi bolehlah untuk bagi gambaran tentang makanan di sini.  Rasanya ok, just bagi saya harganya mahal berbanding apa yg disajikan.  Tapi untuk suasana, bolehlah bagi 5 stars.