Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Cucur Lemak Manis

Tuesday, May 21, 2013 0 comments
Ini le cucur bersusu.. lemak² manis rasanya.  Air diganti dengan susu segar & letak secubit baking powder.  Semua ni habis dimakan oleh 3 beradik tu... Kalau ada Babanya, mau kena ganda bancuhan... 

Pernah makan cucur manis tak?  Masa kecik² dulu, Mak saya suka juga buat.  Tapi saya lagi suka Cucur bilis, jadi kalau buat cucur manis ni, saya akan buat juga cucur bilis.  Saya memang dari kecik kurang suka makanan manis.  Kalau makan pun, mesti kena cover balik dengan makanan masin.  Kalau tak macam ada benda tak kena aje...

Tapi tak sangka plak suami saya suka cucur ni.  Jadi tiapkali dia request cucur ni, saya akan buat 2 jenis sekaligus.. Yg manis utk dia, bilis utk saya.  Kalau cucur manis dulu², just bancuhan air, gula, tepung & garam aje...  Sekarang ni untuk tarik perhatian anak & menaikkan lagi rasa, saya ubahsuai sikit... :)

Maka jadilah cucur manis bersusu ni.  Ala.. senang aje nak buat, sama je macam cucur biasa.  Cuma gantikan air dengan susu segar & letak sedikit baking powder untuk kasi kembong².  Satu tips nak buat cucur ni, bancuhan tu yg menentukan cucur tu berminyak ke tak.

Kalau bancuhan cair... lebih banyaklah minyak yg diserap, tapi rasanya lebih rangup... Saya pula suka bancuh pekat sikit kalau nak tambah baking soda atau telur supaya cucur tak terlalu gebu & berminyak (cucur boleh dijemput dgn jari).  Pendek kata pandai² le budget ikut selera masing²...

Cucur best..

Tuesday, May 7, 2013 2 comments
Cucur je kami anak beranak layan weekend yg lepas² (maaf yek, sini takde entry yg up to date, semua entry postpone... hehehe)

Cucur ni terhasil sebab sessi menghabiskan geragau dari Miri belum lagi selesai.  Jenuhla Mak Mertua tunggu bekasnya... Ada lagi sikit dalam peti beku tu.. :P

OK.. meh kita belek apakah yang telah dicampak kat dalam ni oleh saya... :)

Saya just letak - tepung gandum, kunyit, garam, gula, pepper (jika suka), daun bawang, ikan bilis & jagung beku. (tayang pisau potong sayur yg berkhidmat buat kali terakhir sblm kena campak dalam tong sampah... - dah ada pengganti... terseksa sgt pakai pisau ulu tercabut & pth ni rupanya.. hehehe)

Campak semuanya dalam tepung tadi & hero utk cucur saya kali ni jgn dilupa plak.. fresh geragau....

Tambah air, kacau le ikut kepekatan yg disukai.  Oh ye, saya tambah putih telur kasi extra rangup...

Dah siap!!! Jom mamammm!!!
Dah tayang cucur kat sini, mula la rasa terliur ni.  Silap² dinner ni saya buat lagi... ehehe.. tapi kali ni tak letak daun bawang dah sbb aritu saya nak perabis stok dalam peti.  Ieqa & Tiha kurang suka sbb nampak ada hijau² dalam cucur... susah betul le kalau tak nak dengan sayur ni!!!

Bunga Kobis Goreng

Monday, October 22, 2012 0 comments
Malam ni ingat nak buat entry banyak sikit.  Tapi dok ralit baca news paper la, belek² update kawan² dkt FB, blog walking etc... tup... tupp.. dah pukul 1 lebih.  Dulu² saya mmg kaki berjaga, tp skrg ni weekdays saya cuba control jugak.  Banyak tugasan menunggu seawal pagi lagi... ingatkan dah tak bekerja dgn org ni boleh ngelat sikit, tapi lagi susah rupanya.. hehehe.. Responsibility, memang tak boleh dielak kan.  Tapi saya happy aje dgn apa yg dikurniakan sekarang.  Saya boleh arrange everything ikut kesesuaian masa, kerajinan & juga budget (ni merangkumi aktiviti masak², berjalan² & makan² le.. activities that i like most.. hehehe.. )

Kali ni saya nak tambah entry dgn masakan simple ni pula.  Pernah makan bunga kobis dicelup tepung tak?  Setahu saya orang India biasa goreng cauliflower ala-ala macam ni.  Kebetulan dalam peti rumah pun byk lagi baki cauliflower (suami beli sayur kat pasar, semua saiz besar gedabak).  Memang jenuh nak memakannya.  Kalau digoreng , boleh buat ratah-ratah kan?

Resepi ni guna taktik shortcut aje. Saya dapat idea ni pun melalui blog kak ida masa blog walking lama dulu.  Kak Ida bgtau boleh guna tepung maruku utk jadi tepung pencelup / penyadur utk gorengan.  Saya gunakan Tepung Maruku Baba's & adjust sikit dgn serbuk kari, garam & lada sulah utk kasi umpph sikit.  Hasilnya memang sedap sbb tepung ni cukup rangup.  Nak buatnya pun senang, tambah air aje sampai mendapat kepekatan yg kita nak.  Kalau nak saduran tebal, pekatkan sikit bancuhan, kalau nak sebaliknya, lebihkan air aje.  Lepas ni bolehlah saya mencelup segala stok makanan yg ada dlm rumah ni.. heeeee.. 

Cucur Ikan Bilis

Sunday, January 29, 2012 0 comments
Cucur ni memang kesukaan saya dari kecik.  Simple sangat nak buat, bab tu yg paling saya suka.  Biasa saya akan hiris 1 labu bawang besar, sedikit ikan bilis, tepung gandum, garam, dan air.  Kalau nak bagi lembut sikit, saya tambahkan baking powder dalam bancuhan tu.  Tapi sikit aje tau, takat nak bagi lembut dan rangup.

Kalau anak² lagi suka kalau saya buatkan cucur manis.  Cucur ni lagi senang, just gunakan tepung gandum, garam, gula, air dan sedikit baking powder juga.  Biasanya saya akan goreng dua² jenis cucur sekaligus.  So everybody boleh makan cucur kegemaran masing²... hehehe..

Cucur Susu Lemak Manis

Sunday, November 13, 2011 0 comments
Kali ni saya nak try resepi dari blog Puan Azlita, Cucur Susu Lemak Manis.  Ikut cakap Kak Ita resepi ni diambil dari MyResepi (Kak Fida).  Saya teringin nak buat sbb nampak senang & menyelerakan.  Tambahan anak² & suami suka makan cucur manis (saya guna tepung gula, air & garam aje).  Jadi saya rasa mesti diorang akan suka cucur ni.

Memang sedap cucur ni, rasanya lemak² manis, rangup & terasa susunya.  Pastinya saya akan buat lagi...
 Cara buat simple aje, saya copy paste dari blog Kak Ita ajelah ye..

CUCUR SUSU LEMAK MANIS
by : Kak Fida 
Rujukan : My Resepi


1 1/4 cawan tepung gandum 
1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
6 sb susu manis (lebihkan jika suka) 
1/2 cawan susu segar/cair 
garam secukup rasa 


Saya tambah sedikit air sbb bancuhannya nampak pekat lagipun kebetulan susu dah habis, jadi saya bilas tin susu pekat tu dgn air.. hehehe... 

Cempedak Goreng

Thursday, August 4, 2011 0 comments

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa semua!!! Dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa, barulah saya berkesempatan masukkan N3 utk blog saya ni.  Biasanya sepanjang puasa saya takde lah masak special sangat.  Setakat 1 jenis kuih & satu jenis makanan berat seperti nasi, mee, roti... je.  Time puasa memanglah semuanya teringin, tapi bila berbuka, sepinggan nasi pun belum tentu boleh habis.

Puasa pertama hari tu saya tak memasak.  Suami ajak ke tapak Bazar rakannya di Jalan Telawi Bangsar.  Kawannya dapat 5 tapak & kami bercadang ambil 1 daripadanya.  Jadi hari tu saya ambil kesempatan berjalan di Bazar Ramadhan Jalan Telawi sambil membeli makanan.  Saya beli rojak ala Penang (cucur², udang, sotong, telur yg dicelup tepung & digoreng) & berkuah kacang.  Beli tepung Pelita Inn, kuih keria, karipap (ni permintaan anak²) & murtabak.  Biasalah kalau beli ni, tak semuanya menepati citarasa.  Rojak & tepung pelita je saya puas hati.  In fact tepung pelita tu superb bagi saya sbb saya dah lama tak makan tepung pelita yg sedap begini.  Kuih² & murtabak tu mmg jadi penghias meja sbb rasanya kureennggg gitu..

Okla.. berbalik pada cempedak goreng ni.  Saya guna bancuhan sama macam N3 keledek goreng sblm ni..

2 cawan tepung beras (saya suka cap gajah - tak kisah lah yg 1 or 5 ekor ke..)
1-2 cawan air (bergantung kepada kepekatan dikehendaki)
1/2sk garam
1 sb air kapur (jika pekat, letak 1/2 sudu je)

Bancuhkan semuanya sambil tuang air sikit demi sedikit, berhenti jika nampak bancuhan sudah cair. Kalau terlajak air, tambah 1 @ 2 sudu tepung beras & tambah air sedikit jika terlalu pekat. Saya prefer tepung tu menyaluti tebal buah kerana saya kurg suka buahnya.  Time menggoreng, saya akan titiskan lagi tepung di atas gorengan buah, tapi tidaklah terlalu padat, sekadar memenuhi ruang yg kosong. Jika buahnya dah habis, saya akan goreng keraknya sahaja utk diratah.  Caranya titiskan tepung tu di dalam minyak panas.  Seeloknya titisan halus/panjang utk hasilkan kerak yg cantik.

Gunakan minyak yg banyak utk menggoreng & minyak haruslah betul² panas utk hasilkan kerak yg kembang & rangup. Titiskan sedikit tepung dlm minyak panas, jika tepung terus kembang & timbul, minyak sudah cukup panas. Goreng hingga warna tepung menjadi kuning/gelap supaya tepung betul² rangup.  Sebaiknya pisahkan setiap biji cempedak supaya hasil gorengan rangup & masak sama rata.

Saya goreng hingga gelap (plus kualiti kamera yg kureeng bila malam).  Saya goreng 1/3  biji cempedak je, bakinya saya bekukan & guna semula bila teringin nak makan.
Kalau terlebih kapur, gorengan akan berbuih² sehingga melimpah kuali.  Guna kuali yg besar, cedok & tuang minyak berulangkali supaya buih tidak membuak² (seolah² utk elak kuah yg hendak meruap).  Kalau tak berjaya juga tutup api, keluarkan gorengan & tambah minyak.  Panaskan semula minyak, goreng semula. Boleh juga adjust semula bancuhan tepung dgn menambah tepung beras & air sedikit.

Tapi kalau terkurang kapur lain pula ceritanya, kerak akan jadi keras.  Biasanya saya lihat pada warna bancuhan.  Jika bancuhan bertukar warna sedikit kekuningan & berbuih halus, ok la tu.  Kadangkala saya titiskan dulu dlm minyak panas, jika tak kembang cantik, tambahkan lagi sedikit kapur.

Apapun cubalah dulu.  Biasanya beginilah lebih kurang sukatan yg saya guna.  Hasilnya tidak menghampakan. Cempedak goreng yg tak habis, simpankan sahaja dalam peti.  Panaskan dalam oven toaster or grillkan dalam microwave or gorengkan semula (tapi akan oily sedikit).  Keraknya akan rangup kembali.

Cucur Jagung

Wednesday, May 27, 2009 0 comments
Aiseh.. ada tangan kecil nak curi cucur jagung..












Bancuh tepung gandum(3/4 senduk), 5 sb gula, 1 sk garam & air.
Bila dah sebati (bancuh cair sikit) masukkan jagung yg dah dipotong dr tongkol











Tambah ikan bilis / udang (resepi asal letak fresh shrimp) & boleh tambah gak daun bawang/kucai, bwg besar yg dipotong dan cili merah. Then goreng mcm biasa.. Try le..

Cucur Udang

Tuesday, May 19, 2009 0 comments
5 mins prep tu valid utk cucur je.. kuah tu kira timing lain la plak kan. Ye la.. maybe x nak makan kuah kacang ke.. Tapi aku suggest elok try sbb rasa dia lain dr makan ngan sos tu.. Sapa org utara tau la kot. Dorg served cucur udang yg dipotong2 dgn sengkuang & timun, then tambah kuah kacang ni.

Penyediaan cucur Udang


2 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1 sb gula
1 biji telur (x nak pun x pe)
1 1/2 cawan air (kalo pekat, bleh tambah)
Gaul rata

Dah rata tu, masukkan lak segenggam udang (shrimp or udang biasa). Byk pon xpe..
Daun kucai secukupnya
Tauge jika suka




Goreng dgn minyak yg byk (deep fry)
Pastikan minyak betul2 panas sblm menggoreng
Tunggu sehingga cucur bertukar menjadi agak garing sblm diangkat.





Penyediaan Kuah
1 biji bwg besar (dimayang)
1 genggam cili kering (digunting & dibasuh)
1 cawan kacang tanah (dimasak & ditumbuk)
1 cawan air




Goreng bawang besar hingga garing
Goreng cili kering hingga garing
Kisar kedua2 bahan /tumbuk (cili kering goreng sng ditumbuk)






Masukkan kesemua bahan tadi di dalam periuk
Tambah garam & gula
Titipkan sebtg serai dah rebus sekali (jika suka)
Masak sehingga pecah minyak
Tambah air jika terlalu pekat







Tips
1. Boleh ganti udg segar dgn udang kering (sedap gak camni) or campur.
2. Mak aku biasa letak ibu roti/mauripan sikit nak bg lagi lembut - nak try boleh la
3. Boleh gak rebus dulu udang tu & air dia jadi bancuhan tepung then campur balik udang dlm tu.
4. Kuah ni boleh guna utk 2/3 kali serve.. biasanya aku akan pack asing2 utk sekali makan & bekukan. Bila2 nak makan cucur udang ambil satu pack panaskan je..

Cekodok Pisang

Friday, May 15, 2009 0 comments
Ambik 5-6 ketul pisang lenyek2
Then tambah gula 4 sb & garam 1/2 sk
Masukkan plak tepung 2@3 senduk (kalo pisang x ranum sgt letak 2 senduk je) or tepung tu letak lebih kurg sama byk ngan pisang
Pastu.. campak 1/2 sk soda bikarbonat (kasi rangup & lembut)
Haaa.. pastikan jugak ada penonton yg kusyuk menunggu cekodok pisang (terpaksa gaul atas lantai, ada budak request nak tgk)


Haa.. siap dah.. ready nak goreng (simpan kejap 10-15 min - jgn lama sgt lak)
Panaskan minyak (deep fry)
Goreng sampai warna jadik coklat/gelap

Jgn tiru aksi ini.. cekodok ni terlebih gelap sbb hubby suka makan cekodok garing - ala2 rentung gitu.. hehehe

Keledek Goreng

0 comments
Simple je ni.. boleh buat jadi salutan pisang, cempedak, keledek, keladi, sukun..etc..

2 cawan tepung beras (aku suka cap gajah x kisahla gajah 3 ekor or seekor)
1 sk garam
1 sk kapur makan (rumbu) xpon 1 sb tapi jgn sampai penuh
1 cawan air
Gaul sampai rata

Potong la keledek/pisang/cempedak/apa2 je laaa..
Celupkan dalam tepung tadi
If nak extra kerak, titiskan tepung dlm minyak time menggoreng tu..

Goreng dgn minyak yg banyak (deep fry)
Pastikan minyak betul2 panas baru kerak2 tu mengembang
Goreng lama2 sket.. sampai tepung dah nak kuning & senang dipatah²kan
Haaa.. dah siap.. sedia dimakan.. nyum..nyumm