ROTI CANAI BM K.GEE

Sunday, December 31, 2017 1 comments


Resepi Roti Canai
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
400ml air mineral
1bj telur gred B
2 sdt garam
2 sdb gula pasir
2 sdb susu pekat
30g marjerin pelangi (cairkn)
1 peket tpg gandum GPS
(729g).
* Satukn semua bhn2 ke dlm pan BM kecuali tepung. Kacau2kn dgn spatula hingga sebati. Baru masukkn tpg.
Uli gn option 8 DOUGH, uli 1x je.
Lps uli rehatkn 15mnt. Tutup doh tu.
Bulat2kn doh(sy timbang 60g/pcs)
Kemudian sapukn marjerin pd dasar satu bekas.
Salutkn doh td kesemuanya  dgn marjerin dn Susun dlm bekas td.
Tutup bekas tu. Perap doh. Elok buat awal mlm esok pg dh bleh menebar.

Doh agak lembik, tapi jangan panik ye.  Masa ni saya tambah jugak dlm 2sb tepung sbb bimbang doh tak boleh dibentuk nanti.
 Dah siap uli, saya biarkan dalam BM.  Saya pegi makan n mengemas meja, basuh pinggan etc.. dlm 40mins jugakla.  Alangkah happynya bila keluarkan tgk doh elastik aje...

Saya timbang doh 60gm dan bulatkan dengan bantuan marjerin.  Doh best sangat, senang diurus.  Cuma saya buat kesilapan yang besar, tak letak marjerin banyak2 doh melekat-lekat keesokan paginya.. huuhu...  Saya simpan doh dalam peti ais sbb bimbang jugak doh ni masam kalau lama-lama kat luar.  Saya menebar pon dah lewat, dalam pukul 10 pagi.  Lagipun ada telur dalam doh ni, tu yang bimbang.  Biasanya ramai yang simpan doh dalam minyak dan diperap pada suhu bilik aje...


Semua excited nak tgk Mama tebar roti
 Saya pernah belajar menebar masa kerja di Senai Airport (tahun 2002).  Tapi masa belajar tu takla pro mana, tebar untuk makan sendiri aje.  Mula-mula saya praktis dengan kain lap je dulu, then baru guna doh.  Frankly.. biasanya roti tebaran saya jaranglah kembang elok.. hehehe... Cuma tau yang basic aje.  benda-benda macam ni kena banyak praktis. 
Untuk menebar, kena renjiskan minyak.  sediakan bekas minyak kat tepi.  Leperkan doh dengan tapak tangan.. tenyeh-tenyeh aje.. Kemudian angkat doh dengan pegang bahagian tepi, cuba hamparkan dia dan pada masa yang sama, kita gerakkan tangan supaya kita menebar sambil memusingkan doh.  


Bila dah koyak, saya akan tarik guna manual.  Kalau diteruskan jugak, alamatnya jadi rupa kain burulah roti canai tu nanti.  Saya takde talam, jadi saya tarik atas silicone mat ni aje... Tarik senipis yang boleh.  

entah betul ke tidka cara saya bentukkan ni.  seingat saya penebar roti ada cara lebih mudah.  Tapi saya memang tak pandai, dah banyak kali saya cuba cara tu.  Yang ni saya gulung aje doh ala roti canai nenek-nenek kita dulu...

Leperkan, masak atas api.  renjis sedikit minyak.. 

Yang ni untuk dibeku.  Habis 10 biji roti dimakan anak-anak.  Walaupun roti canai saya ni tak gebu sangat (hasil crispy sbb doh tak cukup nipis) tapi anak-anak tetap suka... Mujurlah kann...
Alhamdulillah.. tertunai juga impian saya nak buat roti canai sendiri lepas sekian lama bertangguh-tangguh.  Memang prosesnya rumit, tapi sekali sekala apa salahnya.  Lepas ni taktau la berapa kurun saya nak mencanai lagi.. hehehe..




SUSHI KING

Saturday, December 30, 2017 0 comments
Ni pun kisah beberapa minggu lepas.  Memenuhi impian Tiha nak makan Sushi King (dulu takde status halal jadi saya tak benarkan).  Since result exam dia aritu agak ok, saya bagi dia 2 rewards. Dah settle Sushi King ni, ada lagi 1 dia bolh request.  Dia still buntu lagi tu nak mintak apa sebab katanya dia menyesal pilih Sushi King walaupun dia hantu Sushi. 
Semua jakun sebab konsep order yang gunakan ipad kat sini. Semua self service kecuali menu-menu yang takde dalam system.  Memang menarik kosep ni.. 

Dalam banyak-banyak menu, Teh Hijau ni yang jadirebutan.. heheheh...
Amat menghairankan bila Tiha yang hantu Salmon tak boleh makan Salmon Sushi King.  Mujur ada Baba yang boleh makan ikan mentah.  Kalau harapkan Mama seronoklah kucing-kucing kat rumah tu sebab boleh makan Salmon segar.. heheheh..
Cheesecake.. Yang ni memang le sedap.  Tapi saiz tak padan dengan regenya tu... Lagipun Mama biasa buat ni.  Cumanya Mama taknak benda-benda macam ni jadi kebiasaan.  Tu yang jarang-jarang sekali buat.

Awal-awal excited lagi laa

Teh hijau yang digilai anak-anak.  Tapi takde jenama la pulak...

Dalam banyak-banyak, saya suka yang ni,  Dalam ni ada soft shell crab.  Tapi kami order 2 je sbb service teramat slow plus berkali-kali salah hantar makanan.  Malas dah nak panggil2 waiter.
Total damage haritu.. RM90+.  Bagi saya tak berbaloi sebab tak puas pun makan.  Tiha yang hantu Sushi pun tak habis-habis merungut yang dia letak high expectation sangat sebab kawan-kawan cakap sedap.  Bertahun jugak dia asyik mention Sushi King ni.  Bagi dia, lebih kurang aje rasa dengan Sushi di Jusco dan pastinya tak sesedap pengalaman dia rasa Sushi di restoran berputar menara KL 360 tu. 

Maybe untuk kami tak ok, untuk orang lain sangat-sangat ok kan.  Kalau tidak, masakan tak putus-putus orang beratur nak makan kat sini.  Jadi tepuk dada tanya selera.  Tiha kata, dia dah tak kisah kalau tak datang dah ke Sushi King lepas-lepas ni.. Mak Aii.. frust sangat tu bunyinya.. Hehehe.. Mama paling lega sebab saya bukan pecinta Sushi dan selamat poket Baba & Mama!!




KERIA GULA MELAKA

Friday, December 29, 2017 0 comments
Keria Gula Melaka ni saya buat masa Adik datang beberapa minggu lepas.  Last minutes dia cakap dah dekat nak sampai.  Memang tak sempat la saya nak adun roti bagai.. hehehe.. Kebetulan stock freezer pun kehabisan.  Asyik makan je, takde buat stok baru.  Nasib baikle ada baki keria ni dalam freezer tu.  Lama jugaklah bertapa dalam tu.  Saya keluar dan goreng semula.

Kalau tanya saya nak buat keria ni, senang aje.  Rebus ubi dengan garam, lenye halus dan gaul dengan tepung.  Nothing fancy.  Agihan tepung dan keledek tu mestilah tepungnya kurang.  Kalau terlebih tepung, liat la jadinya keria tu.  Kalau belum biasa, guna ubi putih ye.  Keledek oren susah nak handle sbb jenis lembik.  Nanti tak larat menambah tepung la jawabnya.  

Goreng sampai masak.  

Bahan sira - gula melaka, gula pasir dan daun pandan.  Kalau suka saduran yang rangup/berpasir lebihkan gula pasir.  Kali ni saya letak 2 ketul gula Melaka, 2sb gula pasir aje dan seketul gula batu.  Masak sampai berbuih dan pekat macam ni...

Masukkan keria, gaul rata.  Kalau dah nampak elok tersadur, boleh keluarkan dr kuali

Saya transfer ataswire rack supaya saduran kering dan tak melekat.  Kalau saduran guna gula pasir saya terus masuk dalam pinggan aje


Sekejap aje dah licin!!
Senangkan nak buat keria ni?  Nak resepi dohnya tu, boleh refer entri yang ni juga


BUBUR ALAF BARU

Thursday, December 28, 2017 0 comments
Lately ni sibuk menjahit baju-baju sekolah dan baju-baju harian anak-anak. Tu belum lagi sibuk dengan FB.  Tak semena-mena saya jadi admin group.  Baru je seminggu jadi admin, ada request dari seorang lagi kenalan FB.  Tapi kali ni saya terus terang memang tak mampu nak handle mana-mana group lagi dah.  Bimbang hidup saya kucar-kacir sebab nak kejar semua benda.  Tapi saya just tolong setup apa yang perlu.  Kesian juga sebab orang mengharap bantuan kita kan.

Saya kurang pasti apa nama bubur ni.  Kalau tak salah butir angka.  Saya tak pernah pun makan, tapi bila teringat anak-anak sukakan bubur cha-cha, jadi saya nak cuba pulak bubur ni.  Saya buat ni pun sebab kerimasan tengok baki sira Keria Gula Melaka saya tu.  Masa menyira, saya letak 2 ketul gula, baki gula saya biarkan aje dalam kuali.  Bila nak pakai, saya cairkan balik tambah santan.. senang kan?  Pembaziran pun takde.

Butir-butir dalam bubur ni hanyalah bancuhan tepung pulut dan air.  Gaul aje sehingga jadi doh yang boleh dibentuk.  Saya pecahkan k 3 bahagian dan suruh Tiha letak pewarna.  Masa membentuk, panaskan air, siap bentuk, campak aje dalam air tu.  Bila doh tu terapung, masaklah tu.  Saya sauk dan masukkan pulak dalam kuah bersantan tadi.  Buat sampai habis doh, siap!

Kalau dah Tiha yang buat kerja, pelbagai bentuk pun ada.  Yang macam ulat, macam kuih lompang, lonjong-lonjong.. hehehe... Diorang suka, tapi tak boleh makan banyak.  Muak katanya.  Saya buat seperiuk 2L, masih ada baki separuh.  Rasa doh ni kenyal-kenyal, gummy-gummy gitu.  Pendek kata diorang lagi suka rasa bubur cha cha.

Biasanya bubur ni kuah diawarna putih aje.  Tapi saya saja guna gula melaka sebab nak habiskan baki sira keria tu kan.  Ala.. kita yang nak makan dia kan.. tak kisahla letak gula apapun.. :)


ROYAL ICING DAN PROJEK ANAK-ANAK

Saturday, December 23, 2017 0 comments

Sebagaimana Mama dan Baba, anak-anak jugak banyak projek DIY diorang.  Tapi cuti kali ni Tiha banyak ke Kina Kitchen cover kedai yang kekurangan staff.  Memang lembik dia sebab dari Subuh ke Maghrib kena kerahan tenaga.. hehehe.  Seriously keje kedai makan ni memang memenatkan sangat-sangat.  Siapa yang alami sahaja yang faham. 
Ni checklist diorang
So bila free sikit, saya keluarkan Gingerbread Cookies yang kami beli di IKEA sblmcuti lalu.  Dah lama diorang request.  Asalnya Tiha nak bake sndiri cookies tu.  Tapi bimbang jugak tak sedap ke, nanti membazir.  So why dont try yang IKEA aje dulu.
Simple aje rumahnya ni



Royal Icing saya yang sediakan.. Yang lain saya tinggalkan Tiha dan adik-adik buat. Mama sambung projek menjahit!
Royal Icing :  Pukul 2 biji putih telur hingga berbuih dan ayakkan  3 cup gula aising.  Pukul hingga menjadi icing yang pekat.  Siap!  Jangan dedahkan dengan udara sebab icing ni akan mengeras dengan cepat.  memang sesuai utk deko atas cookies dan juga sebagai gam utk gingerbreadhouse.



Yang ni dok terliur tengok gula-gula.. tak habis-habis dia menghidu sambil cakap.. "Aahh.. sedapnyaa.. "





Tiha cakap takleh nak buat pokok sbb lollipop asyik jatuh.. hehehe.. Gulale tu pulak asyik mencair.  Tu dia cancel nak letak snow banyak2




Anak-anak miaww pun sibuk jugaa
Sessi makan-makan dan meruntuhkan gingerbreadhouse!  Ajak kawan-kawan sekali, baru meriah.  Sayangnya anak jiran rumah bawah ni takde pulak... So Rayyan sorang ajelah yang join.


Kekenyangan makan gula-gula la korang hari ni!


Projek pistol

Kedai diorang hari-hari bertukar barang jualan... heheheh...



KINA KITCHEN - TEMPAHAN

Friday, December 22, 2017 0 comments
Baru-baru ini kami menerima tempahan yang agak besar kuantitinya.  Memang dilemma juga kami nak menerima atau menolak sebab tenaga kerja kami tak seramai mana.  Nak tutup kedai sehari pun, kasihan pula customers lain yang datang jauh-jauh tengok kedai tutup.  Jadi 2 hari sebelum function saya dah buat persediaan dan perbincangan dengan staff tentang tugasan.  Alhamdulillah.. Abang saya pun datang menolong dan ketiga-tiga staff bermalam di kedai untuk prep.  

Esoknya sesudah subuh terus kami ke Kina Kitchen untyk menyediakan tempahan 400 orang makan dari MYIPO.  

Kanak-kanak ribena dikurung dalam bilik stor/bilik rehat

Pagi tu ada pulak a few delivery untuk Lontong, Nasi Lemak, Sambal Sotong juga.  Maka Tiha cover tugas cashier

KAmi di dapur bertungkus lumus... 
Punyalah mengejar masa... Ini aje gambar yang sempat kami snap



Saya punyalah plan nak make sure kami boleh siapkan makanan on time.. Langsung tak terlintas tentang proses pembungkusan yang ambil masa yang sangat lama!  Bayangkan nak bungkus sup aje 200bungkus!  Kuah kari 150bungkus, Asam Pedas 50 bungkus.  Until now bahu saya masih sakit effect dari kerja-kerja membungkus tu.  Kebelakangan ni mmg bahu saya agak sensitif bila overused, tapi nak tak nak memang kena lawan dan letak ke tepi segala kesakitan tu.  Mujur jugak abang yang memang dah biasa berniaga juga.  Nasi Ayam Abang Mi yang uruskan... Kalau tak.. entahla apa jadi.  

Apapun syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan segala kekurangan datangnya dari kami.  Diharap semua pelanggan Kina Kitchen terus menyokong kami.  Sayang anda semua!