MENGEJAR MASA

Wednesday, August 9, 2017 4 comments
Assalamualaikum... Amat merindui blog sendiri.  Namun apakan daya, masa memang sentiasa mencemburui.  Kadangkala rasa terlalu banyak yang perlu saya kejar.  Hari-hari fikir macam mana saya nak selesaikan satu-satu tugas.  Melayan anak-anak, pada masa yang sama mengemas rumah yang tak pernah bertahan lebih dari sejam, memasak, settle urusan Kina Kitchen, siapkan tempahan ketupat, tempahan sambal, jahit baju-baju sekeluarga and the list goes on and on..  Itu belum lagi kena keluar ke sana sini cari barang, lately ni pula asyik berulang alik ke dentist, KK, Tawakkal, Hospital Ampang...

Ditambah pula kami kehilangan 3 kucing tersayang dan 3 newborn.  Paling kami sedih, newborn tu diambil oleh jiran kami juga walaupun tak pasti siapa.  Hanya nampak newborn dlam kotak, pastinya anak Manja.  Bila saya turun semula untuk pantau, kittens tu semua dah takde.  Dengan kotak² sekali disappear... di sebalik tiang ternampak Manja dalam keadaan yang amat menyedihkan.  Kurus, lemah dan dihurung lalat.  Sebaknya hati tengok Manja macam tu.  Saya memang sudah duga Manja sakit.  Attitudenya berubah, jadi saya tak benarkan masuk ke rumah.  Makanan saya letak di luar pintu bimbang kalau penyakit tu tersebar ke kucing-kucing lain.  Lama juga saya tak nampak kelibatnya sehinggalah saya ternampak kittens yang baru lahir tu... Manja masih hidup, tapi enggan makan.  Setiapkali kami cuba bg makanan, nanti dia akan berpindah lokasi.  Memang itu attitude kucing yang dah nak 'pergi'... Saya harap manja tak suffer sangat...

Sebelum terjumpa Kittens, kami kehilangan Belang secara mengejut.  Sebelah petang, Belang & Caca ikut saya dan husband turun.  Diorang memang suka main kat bawah petang².  Memang biasa diorang ni jogging atau kejar basikal budak² ni dari dulu lagi.  Ke mana-mana anak² pergi, menderu² segala mak dan anak² kucing mengikut.  Tapi hari tu anak² kat atas, Ila tidur.  Saya ke Melawati Mall cari barang dengan Suami.  Sampai ke rumah, hari dah Maghrib.  Macam biasa, nampak caca menyambut kepulangan... Belang takde!  Selang 2 biji kereta, nampak Belang terbaring... Ya Allah!!!  terdapat sedikit lelehan darah di tepi telinga dan lelehen kencing.  Belang Mati!!  Saya dah tak boleh tengok... Suami angkat dan belek² Belang.  Bangkai Belang masih lembut, seolah² sedang tidur.  Belang yang gemuk dan comel nampak sempurna.  Tiada kecederaan atau apa-apa kesan pelik.  Mulanya kami sangkakan Belang di patuk Ular.  Lepas google dan cari info, kami yakin Belang kena heart attack.  Beberapa hari juga kami rahsiakan dari anak².  Tapi saya dah tak tahan tengok setiap hari anak² merayau sekitar blok panggil Belang.  Saya minta Baba terus terang aje... Sebak sungguh. Belum lagi reda kesan kehilangan Kiki.. Belang pula pergi.

Hari ni kami sekali lagi dilanda kesedihan.  Sungguh tak sangka jiran kami enggan memulangkan Caca.  Siap marah² lagi bila Baba cuba tanya elok².  Tak mengaku dia simpan Caca.  Ya Allah.. jahatnya manusia.  Tergamak dia nak berebut kucing dengan budak² kecil ni.  Semua pun tahu Caca tu kucing kami.  Setiap hari Caca dan BElang ikut saya jemput anak² dari sekolah.  Dari baby lagi berlari-larian dengan anak² keliling blok.  Cukup sekadar kami goncangkan kunci rumah, atau deruman enjin... berlari-lari semua datang.  Kami tak kurung kucing² ni.  Saya tak suka kurung diorang.  Malahan lepas beberapa kali kami nampak Caca di balkoni rumah jiran terbabit, kami masih bersangka baik.  Walaupun kami hairan, kenapa Caca meraung teruk bila nampak kami.  Mulanya dia cakap, Caca yang datang sendiri, diorang memang tak pernah tutup pintu.  In fact kami cakap tak kisah pun kalau diorang nak jaga Caca, as long as jangan dikurung and budak² ni boleh main dengan dia bila² masa.  Tapi 2 hari lepas keadaan makin pelik... Masa nak masuk kereta, saya nampak Caca dah meraung² di balkoni jiran tu.  Agaknya dia nampak saya atau terdengar kunci kereta.  Masa tu saya nampak anak jiran tergesa² ambil Caca.  Saya sangkakan dia nak lepaskan Caca pulang, tapi tak... dia masuk dalam rumah & tutup sliding door!  Balik dari sekolah, anak² cuba bagi salam dan sebegainya (rumah dia yang tak pernah bertutup pintu tiba² berkunci rapat!).  Padahal baru aje nampak dia bawak masuk Caca dari balkoni tadi!  Langsung tak buka pintu walau jenuh anak² bagi salam.  Petang tadi Baba pula pergi... wife tuan rumah siap keluar cakap "Kenapa cari kat sini, kenapa tak cari kat rumah sana ke... bla...bla.. dengan kurang ajar.  Terkejut betul Baba sebab Suami dia memang biasa bertegur sapa dan Suami dia lah yang bagitau diorang tak kurung pun Caca tu... Tak tahulah Suami nya tahu tak wife dan anak² dia memang kurung Caca selama ni.  Yang buat saya makin geram, dua² ni dah berumur, anak² dah habis sekolah pun.  Sampai hati nak buli budak-budak!  Entahlah.. kesian saya dengan anak-anak.  Caca & Belang memang favourite semua sebab comel, bijak and ada cute attitude.  Cumanya Belang memang takkan bagi strangers sentuh dia.  Caca pula terlebih friendly.. sebab tu Caca yang jadi target walaupun Belang lagi comel.  Plus Caca aje kucing Jantan kami.  Hanya kepada Allah tempat saya berserah.  Kami tak boleh buat apapun... Harap² Caca tak terlalu sedih dikurung macam tu.  Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk Caca.

Sekarang hanya tinggal 3 ekor kucing dalam jagaan kami.  Comel,Comot dan Tompok yg memang rupa kucing kampung.  Yang ni gerenti takde orang teringin..  Takpelah.. kami bela kucing bukan sebab rupa ke apa.  Hanya atas dasar bantu membantu sesama makhluk.  Tapi kalau dah dijaga dari newborn, jaga sakit demam dia... of course la rasa sayang tu kuat.. Bila jadi macam ni, saya serik sangat nak bela apa² binatang.  Kehilangan tu yang paling saya tak dapat terima.  Setiap hari seekor demi seekor bayangan kucing² kesayangan menghantui.. nak tak nak, menitis jugak air mata.  Start hilang 2 anak Manja bernama Lala (berbulu grey yang sangat cantik), kemudian Kiki, Belang, Manja dan Caca... siapa tak sedihkan... Itu belum lagi baby comot yang saya cuba selamatkan sampai berjaga malam bangun untuk susukan setiap 2 jam.  Satu² mati dalam tapak tangan saya... Entah kenapa dari dulu saya memang tak boleh ada binatang kesayangan.  Lagi saya sayang, lagi cepat binatang tu pergi...

Aduh.. panjang lebar betul saya merapu malam ni.  Maaf.. saya memang sangat beremosi... depan anak² aje saya berlakon macam takde apa².  Hampir setiap malam pun saya doa mintak saya boleh lupakan kucing² kami ni.  Saya redha kehilangan satu demi satu kucing kesayangan ni.. Cuma nak meulupakan tu... aduhh.. perit sungguh.

Okaylah.. terpaksa mengundur diri dulu.. saya tengah siapkan baju Laieqa tadi ni.. tapi stop kejap nak shut down pc.. tup..tup.. terus lepaskan segala perasaan kat sini plak... huhuhu... Takpe.. saya rasa takde sapa pun nak baca entri mengarut macam ni kan.  that's y saya merapu kat blog bukan FB... hehehe.. Sorry juga tak dapat nak share pasal masakan or jahitan malam ni.  Saya masih struggle dengan macam² perkara sekarang ni.  Doakan supaya semua urusan saya dipermudahkan Nya ye...

Caca & Kiki

Caca.. Leader of the pack

Caca ni kesayangan Mama & Tiha

Caca & Kak Yana

Tinggal kenangan...  Caca, Kiki dan Belang

Comot yang pantang jumpa kotak!!

Manja.. Sob..sob... (Manja dan Comel seiras, bezanya comel anak Manja gedebab!)  Selalu aje we all confuse... 

Caca & Ila.. 

Belang kesayangan Baba (Mama pon sayang Belang sangat² tau)... RIP Belang.  Kami sentiasa merindui Belang..

Comot

Projek ketupat petang tadi.  Ini untuk jualan di kedai & tempahan.. 


Caca & Tompok
Baju Tiha saya jahit semalam.  Baju ni guna konsep peplum.  Malam ni tengah siapkan peplum Ieqa pulak..