Talang Ikan Masin & Terung / Nanas

Wednesday, May 25, 2011 0 comments
Resepi ni boleh digunakan utk memasak ketam & nanas ataupun ikan masin & nanas.  Cara masaknya sama, cuma boleh pelbagaikan cara masakan ikut citarasa masing².


Bahan²


1 bungkus rempah seafood / ikan masin
Bawang merah 3 ulas
Ikan talang masin
Asam keping 1-2 kpg
Air
Santan 1 paket / 1/2 kotak kecil
2 biji terung
Garam & perasa

Rendam ikan talang masin - saya guna bahagian tulang
Tumbuk bawang
Gaulkan dgn rempah dgn 1 cwn air
Rebus rempah tadi & masukkan ikan talang.  Rebus lagi sampai lembut
Masukkan santan (boleh letak 1 kotak kecil jika suka pekat), tambah air jika perlu, masukkan terung & tunggu sehingga separuh masak. Tambah 1 kpg asam keping & garam (rasa dahulu sblm letak garam kerana masin ikan akan meresap ke dlm kuah).  Tutup api sebaik terung empuk.

Kari Ikan

Monday, May 16, 2011 2 comments
Saya gunakan telur ikan tenggiri utk masak kari...
Bahan tumis - 2 ulas bawang putih & 1 labu bawang besar, herba campur, rempah kari digaul secawan air.
Tahukah anda.. di awal² karier saya sebagai tukang masak tidak bertauliah (anak perempuan sulung la katakan), inilah masakan wajib saya setiap hari.  Sebabnya? Hhhmmphh.. ayah saya hanya berselera makan jika berlaukkan kari!!! Setiap hari, kari la menu pilihannya & setiap hari Ayah akan bawak balik ikan yang berbeza utk dimasak kari.  Ajaibnya.. hingga KINI.. Kari masih menjadi menu kesukaan Ayah kesayangan saya....

Akibat dari terlalu banyak memasak kari ikan, saya tidak pernah menjamah kari ikan utk beberapa tahun.  Saya juga akan 'berasap' jika hanya kari menjadi menu jika balik ke kampung.  Biasanya bila Ayah request kari ikan, pastinya ada lauk lain utk dijadikan menu tambahan sbb semua orang dah tak nak makan kari.

Nasib baik.. lepas kahwin, saya kena lebih kreatif memikirkan menu utk dimasak.  Tiap² hari kena perah otak nak masak apa. Mana tak peningnya.  Jadi, saya kembali memujuk diri utk memasak kari utk suami tersayang..ceewwaahh.. jgn hari² minta saya masak kari sudahlah!!!

Resepi kari ikan ni, ialah teknik masakan saya sendiri kerana seperti biasa, masakan Mak mmg cukup renyah utk saya applykan di dalam kehidupan yang serba pantas ni.. hehehe (sorry mak).  Resepi kari mudah saya macam ni...

2 ulas bawang putih
1 labu bwg besar 
1 sk halba campur 
(tumiskan dlm minyak, sikit je tau)

Gaulkan 1 bungkus  rempah kari (saya suka baba's) dgn 1/2 cawan air & masukkan dlm tumisan tadi
dan tunggu hingga rempah masak & pecah minyak

Masukkan ikan (agak² 2,3 org makan)& tunggu hingga ikan separuh masak

Tambah bendi (5 biji) & tomato (1 biji), 1/2 kotak santan & sedikit air asam jawa (agak² sbsr ibu jari digaul dgn sedikit air). Perasakan dgn garam & aji.

p/s - boleh tambah air lagi jika terkurang kuah.

Saya mmg tak miss letak halba campur semasa menumis, rasa mcm kari tak lengkap tanpa halba campur ni.  Kalau ada daun kari pon sedap & tumis dengan semua bahan ni.  

Saya suka gaul rempah dengan air supaya senang utk dimasak & pecah minyak, jika dituang terus dlm minyak, senang hangus.  Jika hendak kari yg lebih pekat, tumbuk bwng putih & merah 2,3 ulas & campur di dalam rempah tadi.

Bendi dan tomato bukanlah bahan wajib, tapi saya suka makan bendi & suka rasa tomato di dalam kari.  Saya biasa tengok org letak timun masak, terung & sebagainya di dalam kari.

Since suami suka sgt telur ikan tenggiri, kari saya biasanya tidak ber ikan.  Cara masaknya tetap sama, cuma tips terpenting utk masak telur ikan ialah, cucuk²kan telur ikan sblm dimasak.  Boleh gunakan toothpick, lidi.. (saya gunakan cake checker).. Kalau tak nak cucuk² pun takpe, tapi kalau telur ikan hancur & kari ikan bertukar jadi jeli, jangan kata saya tidak pesan pula ye (percayalah.. sbb saya pernah mengalaminya.. hehehe)



Masak Lemak aje

0 comments
Kalau buat masak lemak, biasanya saya matchingkan dgn ikan goreng@ ikan masin & any kind of sambal tumis (biasanya udang or sotong)

Sayur masak lemak ni mmg simple sangat, tapi saya letak jugakla ye.. nampak byk sikit resepi dlm blog ni.. hehehe..

Std masak lemak yg mak saya biasa masak, just hiris bwg putih & merah , udang kering & rebuskan je terus dengan sayur (apa² sayur pun boleh) & santan.  Biasanya Mak asingkan santan pekat utk ditambah kemudian, tapi di zaman serba canggih (dan malas) ni, dah jarang org buat mcm tu kot.  Rebuskan aje semuanya sekaligus.. senang kerja!! Utk elak santan berkeladak or naik kepala, gunakan api perlahan & jgn dimasak berlebihan.

Kalau tak suka udang kering, gantikan dengan udang fresh pon sodap.

Rendamkan dulu fucuk & soh hoon dlm air sblm dimasak
Antara paling disukai anak² saya ialah combination fucuk, soh hoon & telur. Cara masaknya pun sama, cumanya pecahkan telur di dlm rebusan fucuk & soh hoon dan biarkan telur masak tanpa dikacau...   Bukan main tersenyum² dua beradik tu makan.

Spaghetti Lagi..

0 comments
Menu pasta yg simple.. bahan² pun senang je.  Lebihan sauce/kuah boleh guna utk buat lasagna!!!

Kalau buat pasta mcm ni lagi senang.. penat je Mama masak, pasta kosong & mozarella juga jadi pilihan Tiha... 
Lama dulu saya dah pernah letak resepi Spaghetti.  Kali ni saya saja masukkan resepi yg sama tapi version simple (kurgkan bahan aje..).. Biasanya ni je la bahan kuah spaghetti saya if tak keluar shopping :

Tumis garlic & onion - cincang (saya guna olive oil)
Masukkan mince meat (1/2 bungkus kecil)
(saya biar sekejap agak² daging hampir masak)

Tomato puree (1 can)
Chicken stock - 1 cube
Bay leave @ daun salam - 2
Carrot & can mushroom (cincang gak)
Mixed herb,oregano,pepper & garam
(masakkan sekejap atas api, rasa & ready..)

Sometimes saya tambah parmesan or cheddar dlm kuah ni.  Tapi husband saya prefer mozarella ditabur atas kuah & panaskan dlm microwave 1 minit.

Herbs macam bay leave, mixed herb, oregano mmg saya pastikan ada di rumah coz selalu diguna utk masak masakan barat.  If x nak letak pon takpe, just takde bau²an itali le... ada sesetengah resepi gunakan basil (ketumbar) cthnya produk prego.  Saya belum cuba dlm resepi sendiri, tapi kalau beli kuah instant prego tu, agak sedap juga la rasanya.

Maggi@mee segera Goreng

Saturday, May 14, 2011 0 comments
Ini bukan maggi tau.. saya guna ni mee telur yg dijual di pasaraya tu.  Rupanya sama mcm mee segera tu, cumanya tidak beperencah & teksturnya agak kasar & liat.  
Mee telur ni antara stok brg kering yg sentiasa ada si dapur.  Anak saya suka sangat makan any kind of noodles, bila dah takde idea sgt, saya akan masak mee ni, sama ada bersup or goreng.  Since mee telur agak kasar & keras, saya rendam sekejap dgn air panas atau rebus sebentar atas api.  Kalau mee segera tu, saya rendam dlm air biasa (air paip) tu je..

Dulu² saya kurg pandai masak mee segera goreng, hasil gorengan saya jadi lembik & kembang.  Makan sikit je dah muak.  Tapi lepas saya cuba beberapa kali barulah dapat hasil yg memuaskan hati.  Mee segera tu seeloknya dipatah²kan dan dihancurkan kemudian rendam aje dgn air paip sekejap.  Goreng dgn api yg kuat & tambah sedikit air jika terlalu kering & renjis kicap.  Jika hendak gunakan telur, pecahkan telur selepas bwg ditumis & keringkan telur tersebut sblm masukkan bahan lain.

Bahan² yg biasa saya gunakan.. bwg putih, merah, ayam, udang & carrot. Boleh tambah sayur lain atau bahan lain ikut apa yg ada kat rumah.  Halia tu saya saja eksperimen, frankly saya teramat menyesal sbb rasa & baunya mengganggu tekak saya!!! Tapi kalau korg suka, letak le..  
Saya tumis bwng putih & merah tadi, dah naik bau saya masukkan udang & ayam.. goreng² jap half cook sblm letak perencah.
Kalau guna megi segera yg dah ada perencah tu, tuang aje.. gaul² rata & masukkan mee segera & sayur. Kalau kurg rasa, renjiskan kicap sesuka hati.. hehehe..

Kalau tak nak guna rencah mee segera tu or nak buat rencah sendiri, gunakan saja sos tiram, sos cili & kicap.  Kalau nak pedas, ketuk/belah cili padi & gorengkan semuanya dgn mee.  Kalau nak guna cili boh pon boleh, tapi tumis dulu sampai masak sblm masukkan ayam, udang..etc tu.. nanti berbau plak cili tu.

Lemon Chicken

0 comments
Simple sgt resepi ni.. saya biasa hidang dgn grill potato, grill vege or salad mayo je... Sos pula saya guna kuah ni or cicah dgn HP sauce .. Ayam bleh gak nak bakar or masak atas pan.  Kalau nak masak atas pan, seeloknya guna dada ayam spy sng masak.

Caranya sng je.. perapkan 1/2 ekor ayam dgn 1 biji lemon, thyme (fresh or dried), garlic (ketuk je), salt & peper.  Perap at least 1/2 & hour, lg lama lagi best..

Then bakar pada suhu 200 for 45min to 1hour, depends on saiz ayam tadi.  Then sedia dihidang!!



Sometimes saya perap sekali dgn kentang & bakar or grill mcm biasa. Kentang tu seeloknya dipotong kecil (kalau besar mcm ni lambat empuk). Boleh juga cucuk² dgn garfu utk lebih senang menyerap bhn perapan.

Pasta Ala Krim

Monday, May 9, 2011 0 comments
Saya pon x tau nak bagi nama apa resepi kali ni.  Resepi ni terhasil lepas kerap kali sgt makan Prawn Macaroni with cheese Secret Recipe tu.  Masa mula² try dulu, mmg marvelous habis la rasanya.  Tapi if everytime dinner kat sana, anak² order menu yg sama.. muak la pula kan.

Since dah selalu rasa mknn ni, saya cuba buat sendiri.  Cuma saya x masukkan udang sbb nak kurgkan udang dlm diet Tiha.  Saya buat kuah krim kosong je & siram atas pasta.  If nak tambah chicken ham, salami, sosej ke boleh juga. Takde la nampak plain sgt..



Bahan²

1/2 kotak krim
1/2 cawan susu segar
1 biji garlic (diketuk)
Black pepper
Parmesan/mozarella cheese

Tumiskan garlic (saya guna olive oil, boleh ganti dgn butter), masukkan udang or chicken ham... campurkan whipped krim & susu segar & cheese.  Perasakan dgn garam & black pepper.

Biasanya saya gunakan pasta yg berbentuk spiral utk dimakan dgn kuah ni.  Saya siramkan je kuah atas pasta & tabur mozarella cheese & masukkan dlm microwave 1 minit.  Hasilnya sama seperti Prawn Macaroni with Cheese tu..

Portugese Egg Tart

0 comments
Portugese Egg Tart - if nak hasil yg cantik, potong dulu doh pastri tu bentuk bulat & baru tekan atas loyang.  Ni version org² yg ada penyakit M.

Bekas terlebih besar dari doh pastri, since ni je bekas yg ada..  

Dulu² saya suka sgt makan Portugese Egg Tart ni, time keje kat Senai Airport byk masa terluang.. saya biasa juga pergi Time Square JB makan Portugese Egg Tart kat sana.  Skrg ni once in a while kalau saya jalan² & jumpa tart ni, saya grab juga satu or dua biji. Tapi kalau egg tart biasa tu mmg saya kurg gemar, biasanya Tiha yg akan habiskan.

Saya terjumpa resepi Portugese Egg Tart ni kat myresepi & a few blog lain.  Semuanya sama je sukatannya.. so saya try la buat since bahan²nya mmg ada dlm stok saya & nampak mudah.

Bahan²nya..

1/4 cawan susu segar
1/4 cawan krim (saya guna yg dlm kotak tu)
1/4 cawan gula (saya letak 2.5 sudu je, itupon dah terlebih manis if ikut tekak saya)
3 biji kuning telur

Gaulkan semua bahan dgn whisk & tuang dalam doh yg dah dibentukkan tadi (3/4 penuh) & bakar selama 20 minit pada suhu 200.

By the way.. saya double kan bahan² di atas utk dptkan 8 biji tart bersaiz besar mcm ni.

Doh yg saya gunakan ni ialah frozen doh pastri/puff yg biasa dijual kat pasaraya.  Saya biasa simpan doh ni sbb sng if nak buat sardine puff or curry puff biasa tu.  Just masak inti & masuk dlm doh & bakar.  Kalo beli puff yg siap, biasanya intinya sikit sgt, kulit aje yg tebal.  Buat sendiri puas hati sikit, boleh letak bahan apa yg kita suka.

Kuih Cara (Gula)

Thursday, May 5, 2011 0 comments
Dah lama saya masak kuih cara ni.. kuih ni favourite saya & hubby dulu², disebabkan sng disediakan, selalu menjadi menu bersama.. last², naik muak jadinya.  Bertahun² juga la saya x masak kuih ni.  Inipun saya buat sbb nak bagi anak² try rasa.  Suka pula budak² 2 org ni.  Tapi.. Mama & Baba still xleh nak hadap lagi...

Since dah lama sgt gambar kuih ni bertapa dlm hardisk, baik la saya upload kat sini.  Sblm ni ingat nak buat lagi sekali tapi (still muak lagi..)sbb aritu lupa nak anggar berapa byk air saya letak.  Main tuang² je.. patut la suami saya selalu cakap, saya patut rekod resepi sendiri so that senang saya nak refer bila² lupa.

Tapi saya ni malas sket bab² merekod ni, tiap kali masak saya still main cedok² & tuang² jugak!!! (inila akibatnya kalo x mendengar kata kan... hehehe). Tiap kali nak update blog, susahla plak nak buat anggaran.

Bancuhan kuih cara... kalau biasa buat, time kacau tu dah tau tahap kepekatan yg perlu


Bahan²

1 paket santan serbuk ( boleh ganti dgn 1/2 kotak kecil santan)
1 biji telur
2 cawan tepung
1-3 cawan air (nanti saya bgtau mcm mana nak agak ye)
1 sk garam
Gula - utk disudu ke dlm kuih.

Gaulkan semua bahan hingga sebati.  Air tu campurkan sedikit demi sedikit dulu.  Bancuhan cara lebih cair dari jemput².. agak² 2 cawan camtu.

Panaskan loyang, then tuang adunan cara dlm loyang & cedokkan 1 sk gula ke dlm adunan tu.  Tutup acuan & tunggu sekejap - 1-2 min je

Nak tau kuih cara dah masak ke belum, lihat di bhgn tengah kuih (kwsn bergula), warnanya bertukar jadi jernih seperti bhgn tepi.  Kuih juga nampak berkilat drp adunan asalnya.  


Bancuhan yg elok, gula terus tenggelam sebaik saja diletak atas adunan.  If gula terapung & cair di atas kuih atau lambat tenggelam, tambah air ke dlm adunan tadi.  Biasanya saya try 1 je dulu, bila bancuhan masak dgn cantik, baru saya start memasak.
Oooo ye lupa nak remind, acuan ni mesti dipanaskan di atas api & disapu minyak dahulu sblm tuang adunan atas tu.  In case kuih cara melekat, bersihkan acuan & panaskan semula.  Bila dah sure acuan betul² panas, sapukan minyak & boleh la mula memasak.

Jika terdapat air pada acuan, pastikan air tersebut betul² kering sblm disapu minyak.  Teknik ni juga berkesan utk kuali yg sng melekat jika menggoreng ikan & sbgnya.  Sentiasa pastikan kuali/logam tersebut betul² kering & panas sblm diletak minyak.  Insyaallah, gorengan atau kuih tidak melekat pada kuali/acuan.