Mali's Corner

Thursday, October 27, 2011 0 comments
Pernah dengar Mali's Corner tak?  Kedai ni terkenal dengan char kue teow nya.  Kalau teringin makan char kue teow bolehlah datang sini kerana kedainya besar & lebih selesa utk seisi keluarga berbanding jika makan di gerai.  Mali's Corner ni ada 2 tempat.  Salah satunya di Taman Bunga Raya (tapak asal -gerai).  Memang penuh sesak & org beratur utk membeli.  Yg biasa saya pergi di Danau Kota.  Kebetulan saya selalu berususan di Sen Heng Danau Kota ni.  Jadi saya trylah makan kat sini.

Sebelum ini hanya 2 lot (atas bawah), sekarang dah jadi 3 lot.  Orang sentiasa penuh time peak hours & kat sini guna konsep self service.  Menu di sini hanyalah char kue teow & Nasi Lemak sahaja.

Tiha tak habis² dgn char kue teow nya.. sepinggan RM4.50 rasanya... (ada 3 saiz)

Saya & hubby makan nasi lemak ayam coz makin boring asyik layan selera char kue teow Tiha.

Bihun Goreng

0 comments
Bwg besar, bwng putih & 3 sb cili serbuk ditumis sampai pecah minyak (tambah sedikit air). Rasakan dengan garam & gula. Boleh ditambah sos tiram & kicap jika suka.  Kemudian tambahkan sotong, udang, ayam dll...
Saya suka gunakan serbuk cili Baba's untuk goreng bihun.  Rasa bihun lebih sedap & bau cili yg ditumis juga sangat wangi.  Begitu juga kalau nak buat mee bandung or mee udang..

Oh yee.. ini anggaran untuk menggoreng setengah paket bihun.  Bihun tu rendam dulu sekejap, kalau nak guna air panas pon boleh tapi bihun akan jadi hancur & putus² ketika digoreng. Jadi kurang cantiklah...

Saya suka bersihkan & potong siap² sayur yg dibeli & disimpan dalam peti.  Sayur ni boleh tahan hampir sebulan & still nampak segar.  Pastikan sayur terbabit disimpan di dalam bekas atau berbungkus utk elak ianya kecut & menguning.  
Rencah & bahan² lain hampir masak, masukkan bihun dan gaul rata.  Jika bihun masih keras tambah air lagi. Kemudian tambahkan sayur.

Siap dah.. 

Makanan Arab

0 comments
OK.. nak update sikit lagi menu makanan arab di Saba Restoran.  Hari tu takde gambar hummus & kebab.  Sementara ada kesempatan ni, saya update sikit lagi... Kali ni saya order HUmmus sbb Mulawah & Chicken Akdah takde :( .  Frustnyaaa...

Maria.. Ada pilihan Beef or Lamb.  Rasa ala² kebab but the bread a bit crunchy.  Served with salad & fries RM15

Lamb Kebab.. RM17 & cara serving sama macam Maria.  

Hummus - RM6 datang sekali dgn 2 kpg Lebanese Bread.  Roti boleh ditukar kepada Mulawah, Arab etc (tak ingat nama)... 

Asam Pedas

Tuesday, October 25, 2011 1 comments
Saya tak pernah try or ambil tahu fasal asam pedas ni.  Asam pedas yg biasa saya masak masa kecik² dulu style utara.  Asam pedas style utara hanya gunakan bwng merah, cili kering & jintan manis (ditumbuk) dan direbus dengan asam & ikan.  Kalau nak wangi sikit, tambah bunga kantan.  Tapi suami saya langsung tak suka asam pedas macam ni (semua jenis masakan reneh mmg dia kurg gemar).  Jadi rumah saya memang tak pernah terhidang dengan asam pedas.

Sampailah suatu ketika dulu kami ke Melaka.  Suami nak try asam pedas Melaka.  Memang dia dah lama request asam pedas ni.  Tapi saya was² nak buat sbb rasa asam pedas ni pon saya tak tau, macam mana nak buat?  Kalau ikut resepi, pelbagai cara asam pedas saya jumpa.  Which one yg betul?  Lagipun mungkin cara org tu buat dah betul, just tak kena dengan selera kami ke kan... bila saya rasa asam pedas Mona di Melaka ni, barulah saya dapat agak serba sedikit macam mana nak buat & rasa asam pedas yg digemari suami.

Kombinasi terbaik - Asam pedas, telur masin & timun (saya suka guna timun jepun sbb extra crunchy & tak berbiji sgt)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan cili kisar (agak² segenggam cili kering)
1 genggam asam jawa (diramas dengan 1 cawan air)
1 biji tomato (jika suka)
6 tangkai bendi
Sedikit daun kesum
1 -2 cawan air

Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak & wangi.  Masukkan ikan (saya biasa guna ikan pari),  ikan dah separuh masak, masukkan air asam jawa & air. Biarkan menggelegak sebentar masukkan tomato, daun kesum & bendi.  Rasakan dengan perasa & garam.  Tambah asam jawa jika perlu (asam pedas  ni makin sedap kalau kuat masamnya).

Air tu hanyalah anggaran aje.  Biasanya saya memang guna cili yg amat banyak sebab saya suka asam pedas yg betul² pekat.  Boleh dikatakan saya gunakan cili kisar & bwg hampir separuh periuk jika kuahnya ingin dijadikan penuh periuk.  Mak Mertua saya juga cukup suka asam pedas ni, dia akan request saya masak banyak² & akan dipack semula utk sekali masak.  Bila teringin nak makan dia just panaskan & tambahkan ikan & bendi aje.

Brekpes

Sunday, October 23, 2011 0 comments
Kebelakangan ni asyik nak makan American Breakfast je.  Set American breakfast saya biasanya - sunny side up, baked beans, sosej, toast & chicken ham (semuanya di gril).  Kali ni saya gantikan chicken ham dengan chicken salami, makan dgn toast & sos cili.  Toast yg sekeping lagi makan dgn sunny side up... mak aii.. heavy betul breakfast saya ni.  Glukometer.. sekejap lagi tlg read sugar dlm badan saya ye...

Saba Setiawangsa

2 comments
Jamah Nasi Arab & Hanith Chicken (dibungkus dlm aluminium foil) sementara menunggu Mulawah sampai... suami order Hanith Lamb.  Nasi Arab kat sini memang best, terutama ayam/lamb yg dimasak betul² lembut & juicy.  Yummyyy!!! 
Mulawah... Ni first time try.  Sebelum ni asyik order hummus (served with lebanese bread).  Mmg nampak menyelerakan!!!
Tak sangka sedap sungguh combination Mulawah & chicken Akdah (plate sebelah kanan saya).  Saya bagi 5 stars utk menu ni!! 
Siapa yg sukakan Lamb, cubalah datang sini.  Harga set Nasi & Lamb (regular) RM17 sama dengan set 1/2 chicken & Nasi Arab.  Mulawah ni pula RM4 & chicken Akdah RM13.  Portion nasinya memang banyak, yg saiz biasa pun belum tentu habis makan.

Lokasi Restoran ni betul² di seberang jalan LRT Setiawangsa (dalam kawasan kondo).  Restoran ni 2 tingkat (dp 3 lot kedai) tapi sentiasa full time lunch & dinner.  Nak parking lak, silalah masuk ke basement sbb parking kat luar tu mahal.

Hummus

Wednesday, October 19, 2011 0 comments
Hummus & Lebanese Bread di Tarbush, Bukit Bintang
Terpaksa guna gambar lama sebab gambar terkini dah hilang dikerjakan Laieqa.  Gambar² semasa menyediakan hummus juga turut menjadi mangsa.  Tapi takpelah.. saya update kan juga resepi ni coz senang utk saya refer lepas ni.  Hummus ni sedap dimakan dengan Lebanese bread (pilihan saya).  Boleh juga dimakan dengan apa² roti & boleh disapu pada roti menggantikan mayonis (yg ni saya tak pernah try, just terbaca).

Resepi ni saya cilok dari sini  http://www.mediterrasian.com/delicious_recipes_hummus.htm   or     
(cara tradisional) http://humus101.com/EN/2006/10/14/hummus-recipe/


2 cloves garlic—roughly chopped
¼ cup lemon juice
¼ cup water
14 oz (400g) canned chickpeas (garbanzo beans)—rinsed and drained
½ cup tahini (bijan- nanti saya bgtau cara membuatnya)
1 teaspoon sea salt


PLACE all ingredients in a food processor or blender and process until smooth, scraping the sides occasionally.
Variations: Drizzle a little extra virgin olive oil over the hummus and sprinkle with a small amount of paprika. And If you like a spicier hummus, add a small red chili (chopped) or a pinch of cayenne pepper, or try a little cumin for a more exotic variation.
Tip: Prepare extra quantities of this hummus—it can be refrigerated, covered, for up to 1 week and frozen for up to 3 months.


Saya gunakan chickpeas/garbenzo beans (kacang kuda) dlm tin jenama Kimball (buang airnya).  Then masukkan semua bahan² tadi dalam food processor & kisar.  Dah siap, renjis²kan olive oil di atasnya.  Ready dimakan....

Tahini ni sebenarnya sesame seed paste.  Masa mula² jumpa resepi ni dulu puas saya pusing merata shopping complex cari Tahini.  Last² terjumpa di Bangsar.  Sebotol kecil (sekitar 300gm) harganya lebih RM25!!! Mak aiii... baik pegi beli hummus yg dah siap kat kedai arab aje... Tak jadilah nak beli.  Ye lah, beli mahal² nak gunanya sikit aje.  Menjadinya belum tentu. Tak berani ambik risk, kang berkulat macam tu aje...

Selepas dirisik sana sini barulah saya tau, senang aje nak buat tahini ni.  Caranya :

Roast / panggang bijan dalam oven 180c selama 5-8 minit (hingga perang)
  atau
Goreng tanpa minyak dalam kuali

Blend bijan tadi bersama minyak zaitun.  Utk anggar minyak zaitun, cukuplah sekadar utk jadikan bijan tu pes.  Sikit or banyak tak kisah sgt, janji senang dikisar.  Siap! Boleh dicampur di dalam hummus & simpan dalam peti kalau ada baki.

Jangan ragu² nak gunakan minyak zaiton.  Minyak ni amat menyihatkan jika dimakan mentah berbanding minyak² lain.  Olive oil ni nak makan byk² pun takpe, takde health risk tau.  Tapi tidak sesuai utk deep fry sebab molekul minyaknya tak sama macam minyak sawit tu.  So kalau nak masak atau menumis, gunakan api perlahan aje. Time buat salad or sandwich renjiskan olive oil ni dalam salad tu utk lg sedap.

Kalau ragu² akan rasa hummus ni, try dulu makan kat mana² restoran arab.  Restoran yg biasa saya pergi ialah Saba seberang LRT Setiawangsa.  Makanannya memang sedap.   Baru² ni saya sempat ambil gambar semasa menjamu selera di sana.  Nanti saya korek dr hp husband.  Harap² dia simpanlah.

Tarbush Bukit Bintang tu pula ok juga, tapi harganya tak berapa ok.. hehehe.. secangkir kopi Arab harganya RM10.  Set spring chicken (half), fries & lebanese bread dah dekat RM30... hehehe.. tapi kalau nak rasa sama taraf dengan Agong, Siti Nurhaliza, Chef Wan... dtgla sini sbb muka dorg ni terpampang² jadi customer kat sana.

Lasagna

0 comments
Lasagna ni bagi saya memakan masa membuatnya... (saya ni kan suka masak makanan yg senang² je).  Tapi saya suka sangat dgn lasagna ni plus harganya yg mahal.  Jadi tak puas kalau beli, so kenalah buat sendiri kalau nak makan sampai montel!!  Biasanya saya akan buat lasgna kalau ada baki kuah spaghetti sbb rasa macam makan masa lama je nak buat kuah tomato, white sauce then nak layerkan plak, pastu bakar lagi 40 minit.  Mau kelaparan dibuatnya.. (kalau masak awal² takde la jadi macam ni).

Untuk kuah spaghetti boleh ikut resepi lama saya tapi resepi lama tu macam byk bahan.. kali ni saya buat macam ni aje

2 ulas    Bwng putih
1 labu    bawang besar
1 tin       pes tomato
1 tin       diced tomato
1 cup     mince meat
1/2 btg   carrot
5 biji       cendawan
1 kiub     ayam/daging
Black pepper
Oregano
Thyme
Garam & Gula
- boleh ditambah air jika pekat (bergantung pada kepekatan tomato yg diguna)
- Gula tu perlu jika tomato yg diguna masam (mostly brand tempatan).

Tumiskan bawang besar, bwg putih (saya guna olive oil), masukkan daging.  Kacau sebentar, masukkan kedua² tin tomato & kiub, dah mendidih, masukkan carrot & cendawan. Perasakan dengan Oregano, thyeme, black pepper & garam.

(Nak LAGI SENANG? Gunakan aje sos Prego yg dah siap tu.. hehehe.. just tambahkan mince meat & sayur² lain jika suka).

Untuk white sauce (saya ikut resepi belakang kotak Instant Lasagna San Remo) - cara ni jimat cheese

2 sb     butter
2sb      tepung
2         cawan susu
125g   mozarella / cheddar (saya guna segenggam)
Black Pepper & garam

Dengan api perlahan & gunakan whisk, cairkan butter & masukkan tepung.  Gaul²kan hingga sebati, masukkan susu.  Kacau hingga agak pekat, tambahkan cheese, black pepper & salt.

Cairkan butter dgn api perlahan.  Terlupa nak ambil gambar white sauce yg dah siap

Panaskan oven 180c, sapukan casserole dengan sedikit minyak / butter
Sapukan satu senduk kuah spaghetti utk lapisan pertama
Tuangkan white sauce (saya kedekut sikit utk layer bwh ni)
Susun lasagna sheet (yg direbus sekejap), jika tak nak rebus sekejap, pastikan kuah spaghetti tadi agak cair supaya lasagna sheet ni betul² lembut lepas dibakar
Ulang step yg sama sehingga habis sheet tadi or sehingga semua kuah habis.  Susunan Lasagna berakhir dengan white sauce yg ditutup sepenuhnya supaya surface tak hangus.

Haa... inilah sebabnya saya kedekut white sauce tadi.. saya akan habiskan semua baki white sauce utk  lapisan terakhir
Yg ni saya saja tambah - parutan mozarella & serbuk parmesan.
Bakar pada suhu 180c selama 35-40 minit. Ni dah masak, tunggu sejuk sikit sebelum dipotong.
Cuma kali ni saya frust sangat.. husband complaint lasagna saya masin!!! Kalau tak mau separuh bekas habis dimakan, kali ni 2 potong aje... isskk..isskk..  Kebelakangan ni masakan saya asyik termasin aje.  Deria rasa kita boleh terjejas ke kalau mengandung???

Sup Sawi

0 comments

Sup sayur yang paling senang & paling saya suka.  Kalau takde selera sangat, inilah lauk utk nasi saya hari tu.  Time diet dulu, saya hirup semangkuk sup ni tanpa nasi untuk dinner.  Mujurlah lepas kahwin & ada anak takde masalah berat badan sgt, maybe sebab full breastfeed kan...

Haa.. satu lagi.. inilah juga lauk saya time dalam pantang.  Biasanya ditambah extra black pepper & kadang² ayam.  Saya lagi suka letak bilis or udang dalam sayur ni & telur...

Nak buatnya senang sangat.. tumiskan (minyak sesudu 2 je tau) bwg besar, bwg putih & ikan bilis.  Dah wangi, masukkan air (ikutla nak byk mana).  Boleh tambah kiub ayam sikit jika suka.  Bila air dah mendidih, saya pecahkan telur.  Biasa sekali masak sampai 3 biji telur saya guna sebab anak² suka makan sup ni dgn nasi putih.  Telur dah hampir beku, masukkan sawi. Then perasakan dengan garam.

Kena Delete Lagi??

0 comments
Ni makin takde mood nak update blog.  Sekali lagi koleksi gambar dlm HTC cabuk ku itu hilang... nehi..nehiii... SD Card telah diformat oleh Laieqa buat sekian kalinya!!! Adoi la... Lately ni Mama perasan gak dia suka sgt main game Whack'Em tu.. dahla kat bawah tu shortcut utk Format Data.  Mesti tangan dia tersasul time nak ketuk² utk access game, terketuk Format Data.  HTC weeii.. nape la buat shortcut utk formatting besar bapak gitu?  Dahla takleh nak hide ke, lock ke or rearrangge.

Tension tak terkata sebab koleksi gambar makanan & gambar di CHOP & STEAK Kampung Baru.  Bukan main excited nak promote Restoran Chop & Steak ni coz portion steaknya banyakkk.... memang kenyang.  Dulu portion nya biasa² aje.  Tapi kali ni betul² puas hati.  Sirloin Tiha sampai 3 slices, saya ambil T-Bone (memang besar saiznya) & suami ambil Lamb Chop (2 kepingan besar).  Tak pernah saya makan steak sebesar ini.  Rasanya ok lah.. takdelah tahap luar biasa.  Tapi bagi saya amat berbaloi²... Environment pon best.  Siap ada Bot di tengah² kedai, 3 biji Motosikal lama, koleksi CD Ustaz Kazim & sometimes ada group Baskin dtg perform.

Next time kalau saya pergi, saya cuba ambil gambar semula kay.  Saya rasa dalam seminggu dua ni sampai la ke sana.. hehehe.. sebab tiba² teringin nak makan steak lagi!!!

Tumis Tempoyak

Tuesday, October 11, 2011 2 comments
Weekend baru² ni balik Jengka.  Dalam banyak² masakan, ini aje yg saya ambil gambarnya.  Inipun nasib baiklah terajin sikit.  Nama masakan ni saya tak pasti.  Saya jatuh hati dengan masakan ni selepas jiran hantar ke rumah mak.  Masakan ni kepunyaan orang Pahang, jadi tempoyak pastinya bahan utama.  Nak buatnya senang teramat, makannya pula sedap teramat.. hehehe..

Bahan² - cili padi, kunyit, tempoyak, ikan bilis, petai (jika suka) & bawang besar.

Tumbuk cili padi (5-10 biji ikut tahap kepedasan masing²) bersama kunyit hidup (1cm).  Kalau takde guna je kunyit serbuk. Then masukkan tempoyak 3 sudu besar & tenyeh² dengan lesung utk hancurkan sebarang ketulan..
Tumiskan dengan sedikit minyak... agak² sampai wangi.
Masukkan ikan bilis, petai & bawang besar.  Boleh juga gantikan petai dengan terung pipit. Jangan lupa perasakan dengan garam & juga gula jika suka. 
Senang sangat kan?  Oh ye.. satu tips masakan dari orang Pahang - mereka tidak gunakan bawang dalam masakan tempoyak (just cili padi & kunyit aje).  Cara ni juga diguna pakai utk Masak Tempoyak cara Pahang.  Simply rebuskan cili, kunyit & tempoyak (ditumbuk macam tadi) & tambahkan asam keping serta daun kesum.  Masak tempoyak ni boleh gunakan apa saja sebagai bahan, selain pelbagai jenis ikan, ayam pun ok.  Kalau di area Temerloh ni pastinya ikan Patin jadi pilihan!!

Prawn Mac Lagi..

0 comments


Sorrylah.. asyik² resepi ulangan.  Tengah malas ni, masak je lah apa² yg senang.  Still lagi bimbang penyakit loya tak fully ok, kang membazir pula kalau beli brg² mentah buat stok.  Nak mencuba resepi baru pun takde mood.. semua nampak tak menyelerakan.  Nak try buat kuih muih, bimbang pula dgn status gula dalam badan ni.. dah masuk 2nd trimester ni, saya kena jaga tahap gula.  Tu takut nak masak makanan manis, kang saya pula yg over.

Oklah.. saya saja upload prawn macaroni ni lepas buat baked mac haritu.  Prawn Mac ni saya buat pun baki dari macaroni yg saya rebus time nak buat mac & cheese tu.  Lagipun, tak puaslah makan baked macaroni, saya suka lagi gravy yg tak thick sgt macam resepi saya ni.  Cuma kali ni saya ubahsuai sikit, saya tambah stok ayam, mixed herb, bay leave & udang.  Krim pun saya guna sekotak & susu secawan.  Cheese saya taburkan kemudian & panaskan dlm microwave 2 minit & siap!!

Chicken Gravy

Friday, October 7, 2011 0 comments
Roasted Chicken & gravy
 Seperti biasa saya suka perapkan ayam dengan garlic (diketuk), black pepper, thyme & perahan lemon.  Perap ayam at least 1/2 jam  sebelum dibakar.  Saya bakar pada suhu 190c selama 45 minit

Saya susun carrot, onion & kentang yg dipotong di bawah ayam & bakar (boleh letak sayur lain jika suka).  Ini utk mendapatkan rasa  utk  gravy ayam nanti
Gravy... selepas dibakar, ambil air ayam yg terhasil.  Air ayam ni dah ada rasa bawang & spices tadi tu just tambahkan sedikit tepung gandum utk pekatkan (jika bimbg beketul, gaul dgn sedikit air).  Saya suka tambah bay leave & renjiskan mixed herb di dalam gravy ni.  Kalau bimbang kuah tak cukup, tambahkan stok ayam & air & perasakan dengan garam & blackpepper. 
Cara paling shortcut nak buat kuah ni macam entry dulu²... gunakan stok ayam yg direbus dgn air bagi gantikan air ayam asli ni.  Tapi pastinya cara ini lebih sedap & lebih berlemak (maklumlah terhasil dari lemak² ayam yg cair).. hehehe...

Ohh.. hampir lupa nak bagi pesanan.  Teknik potato saya ni tak menjadi.. saya ingatkan boleh shortcut buat macam ni.  Malangnya potato saya ni agak kurg empuk.  Nampaknya kena buat whipped potato or wedges juga lah...

Baked Mac & Cheese

0 comments
Ready to be eaten..
Senang aje nak buat Mac & Cheese ni.. sebelum ni tak berminat sgt nak buat coz gunakan cheese yg amat banyak & nampak mcm cepat muak je.  Tapi saya try juga lah sebab rasanya macam anak² & babanya akan suka aje mende² yg cheesey macam ni.  Kalau rasa tak nak bazirkan duit utk beli cheese, guna aje Prego dalam tin yg perasa cheese tu.. gaulkan dgn macaroni, taburkan cheddar & Mozarella.  Saya renjiskan Paprika utk tambahkan flavour.  Saya bakar 180c utk 30 minit aje.  Nanti cheese tu macam overcooked sgt, oily plak.. apapun terpulang ikut selera masing² ok.

Ready utk dibakar.  Saya guna grated cheddar & Mozarella.  Beli kat kedai supply barang² bakery.. murah sikit.
Saya keluarkan turntable since mangkuk ni lebar sgt, kang takleh berpusing sebab tersangkut...
Rebuskan 1 cup macaroni bersama sedikit garam.  Ketepikan

Bahan² white sauce

3 sb butter
3 sb tepung gandum
2 cup milk
2 cup shredded cheddar
Black Pepper
sedikit garam.

Cairkan butter dgn api perlahan, masukkan tepung & gaul rata.  Tambahkan susu, cheddar, gaul hingga sebati & perasakan dengan garam.  Renjiskan dengan black pepper jika suka.

Gaulkan white sauce dengan macaroni & transfer ke casserole utk dibakar.  Boleh ditabur lagi dengan cheddar jika suka.

Tempe & Bilis Pedas

Wednesday, October 5, 2011 0 comments
Tempe anyone??  Ni pun makanan yg sihat & berkhasiat jugak.  Dulu saya tak berapa pandai makan tempe.  Tapi lepas try tempe yg digoreng garing.. eehh.. sedapla!!! So sekali sekala saya ada juga goreng tempe utk diratah (tak pandai plak nak makan dgn nasi).  Tempe goreng best kalau dimakan dengan sambal kicap.

Tempe goreng pula boleh juga dicelup tepung atau digoreng terus dalam minyak (jika suka gaulkan sedikit garam). Kalau nak garing lagi tambah serbuk kunyit..   Tempe celup tepung pula boleh gunakan bancuhan tepung gandum, kunyit & garam.  Bancuhan jgn terlalu pekat & pastikan diletak kunyit supaya tepung gandum tu tak lembik. Ada juga yg guna tepung jagung... tepuk dada, tanya selera.

Tempe kosong digoreng garing bersama bilis.  
Kalau nak buat tempe pedas, saya suka goreng garing² (tanpa garam or kunyit) & kemudian goreng pula bilis.  Sambalnya /kuahnya senang aje.. Tumiskan bwng merah & putih kisar &cili kisar, masak sampai garing/pecah minyak.  Tambahkan garam gula & perasa.  Then gaulkan bilis & tempe tadi.  Kalau nak lagi senang.. gunakan baki kuah sambal tumis.. hehehe

Saya suka ada rasa manis² sikit, kilat² tu sbb gula la.  Yg ni saya gunakan baki sambal telur dalam 4 sudu camtu... senang keje.. hehehe.. 

Resepi ulangan lagi..

Monday, October 3, 2011 0 comments
Saya beli 1 loaf, potong 4 & belah (jgn sampai putus).  
Boleh letak chicken ham, beef strip, beacon..etc & susun cheese di atasnya
Toast sekejap.. jika suka
Tambah sayur (best jika ada tomato, timun jepun or butterhead salad) & sos kegemaran.  Saya suka campurkan pelbagai sos - BBQ, tomato, cili & mustard.  Kali ni saya just guna thousand island & sos cili saja.  Haa.. kalau kat subway, berbelas² ringgit harganya.. 
Tapi di Subway saya suka rotinya - Parmesan Oregano & suami pula suka honey oats. Frankly saya rasa tak berbaloi sebab sandwich ni senang nak dibuat, janji cukup bahan²nya.  Cthnya chicken ham ni baru RM2.40/100gm..



Parmesan Oregano - Subway Melt

Honey Oats - Tuna

O'briens

0 comments
Sandwich di O'briens banyak varieties & ada kelainan coz kebanyakan sandwich ni berasal dari Ireland. Kita dah biasa makan sandwich ala US or UK tu kan... masa mula² nak try sandwich kat sini, jakun juga jadinya.  Namanya pelik², bahan²nya pun tak berapa dikenali & ada 3 pilihan roti... tapi lama² fahamla...

Last year bawak anak² jalan ke KLCC & dinner di  Obriens..

Triple Toostie (white bread), Shambo (beef with horseradish) & dessert.

Roti ni dipanggil shambo.  Favourite saya ni..

Must Try!! Any kind of coffee (cappucino, Mocha, etc..) kat sini memang sedap.
Sebelum resign dulu saya ditugaskan melawat & mengambil data dari Obriens di KLIA.  Masa tu outlet ni baru je dibuka.  Seminggu at least 3 kali saya ke sana, KLIA ekspres tulah transport utama (dari office di KL Sentral).  Since outlet terletak di kawasan satellite, syarat kemasukan memang ketat.  Kena attend taklimat, ambik pass, barang² pon kena scan & perlu naik aero train utk sampai.  Sama macam naik international flight.

Minuman favourite saya kat Obriens ni pastinya fresh orange juice nya.  Memang pure & pulpnya pun ada sekali.  Utk dptkan 1 cup, at least 5 oranges digunakan.  No sugar added, Yummyy!!!

Aero Train ke satellite area


Di suatu ketika dulu...
Lastly saya decide utk resign lepas office dipindahkan ke LCCT Sepang.  Jauhla nak ulang alik dari Melawati ni.  Lagipun saya memang dah lama plan nak resign, just tunggu masa yg sesuai je.  Ye la.. kalau tak resign, sampai bila² pun Kina Cafe takkan menjadi kenyataan.  Alhamdulillah... tak sia² saya menceburi bidang F&B dari tahun 2001...