Subak

Friday, March 30, 2012 0 comments
Some of the pictures taken at Subak, Sungai Penchala.  Gambar ni tak menurut urutan ketibaan & sebagainya.. saya upload je sesuka ati.. hehehe..  Sebelum ni kami pernah dah try nak dinner kat sini, malangnya time sampai tu, Subak dah ditutup (11.00 mlm).  Pusing² sekitar Sg Penchala, kami singgah la di Bora Asmara.  So kali ni kami datang sekali lagi, kali ni mmg lebih awal.. siang lagi tu!!!.. 
Budak nakal!! Sepanjang masa ada je akal nak buat lawak... 

Sorang asyik nak jadi princess, sorg plak nak jadi badut!!!  Dua  anak gadis  kesayangan saya..  Always excited bila bawak berjalan.   




Saya order English Breakfast Tea untuk dinner (saya tgh batuk teruk & takut nak minum apa² yg sejuk or berlemak)

Muka toya sbb Baba xnak teman berjalan ke sana sini.  

My Roasted Spring Chicken.. served with sweet potato & Vegie.  Harga sekitar RM38


My husband try Rendang Daging Tulang Rawan served with white rice & Vege.. price sekitar RM35  juga

Kena parking tepi jalan je, then panjat bukit sikit utk ke Subak.. Ni pemandangan  dari jalan naik ke sini... 

First day sampai.. Excited berjalan atas bridge.. Kiri kanan tu kolam  ikan 

Alamak!! Hujann!!! Lariii....

Baba termenung sebab Spek kesayangan kena campak dalam kolam oleh Laieqa.  Mama kene drive home!!!! Oh tidakk!!! 

Pasta Aglio Alio (RM30) utk Ieqa & Tiha

Grilled Lamb for Baba.  Harga sekitar RM58++ 

My Rib Eye Steak.  Harga RM55..
The first time sampai Subak, we all tak tau nak makan apa.  Menu kat sini ala² Bora Asmara juga, tapi price nya lebih mahal.  Lastly I'm decided nak try steak, my husband ambil Lamb & utk dua budak kecik saya ambil pasta Aglio Olio (seafood).  Frankly this is the best steak, lamb & pasta yg we all pernah makan.  Total bill utk hari tu RM189.00.  Walaupun agak mahal, tapi no complaint la sbb servis bagus & makanan pun sedap.  Suasana kat sini pun amat mendamaikan!!

Sementara menunggu makanan sampai, saya ke washroom (bukan main kena kerabat bukit nak sampai ke toiletnya).  Tapi sebab pemandangan menarik, takpelah.  Seronok juga mendaki sekali sekala.  Dah settle semua urusan dgn Tiha, saya dipanggil hubby.. Dia tanya jika saya boleh nampak any spek mata di tebing kolam.. puas saya cari memang takde (my husband mmg rabun teruk, without spek.. alamat tak nampaklah).

Sah!! Confirm!!! Dah jatuh dalam kolam.  Ni lah gara² bergurau dgn si Laieqa.  (Sepanjang dinner dia diam je sbb rasa guilty sgt kot.. hehehe).. Dahlah hujan.. kolam tu pun besar & dalam.  Adoii laaa... macam mana nak drive??? Saya ni mmg tak biasa drive,  setahun boleh kira berapa kali je saya memandu, tu pon sekitar melawati aje.  Memang tak aman la sepanjang dinner tu sbb saya susah hati pk nak kena drive sampai ke rumah!!!! Staf Subak janji akan contact semula esoknya since gardener dorg pon dah balik, esok they all akn try carikan spek tu.

So selepas seminggu we all kembali ke sini.  Ni gara² nak collect spek.. tapi alang² dah sampai tu.. mestilah nak makan kan.. hehehee.. Tapi saya tak order makanan utk Ieqa & Tiha sbb dorg baru je dinner kat IKEA tadi.  So kali ni saya try pula Grilled Chicken dgn Rosemary as gravy & my husband dgn rendang tulang rawannya.  Grilled chicken saya agak plain rasanya.. tapi rendang my husband tu memang yummy!!!

I'm sure jika ada kelapangan & rezeki lebih, kami akan sampai lagi.  For more info boleh la ke web subak ye..    http://www.subak.com.my/

Berdebar Menghitung Hari!!!

Wednesday, March 28, 2012 0 comments
Less than 2 weeks!!! Hopefully semua berjalan lancar.  Walaupun still lagi ada unfinished bussiness dengan KDN/Imegresen.. Haii.. tak aman la hidup saya dalam pantang nanti.  Belambak² urusan yg menanti.  Since berbusiness ni memang syok sbb takyah fikir 8-5 routine.  Tapi kann.. behind the scene.. belambak² kerja nak kena handle.  Tak terkejar beb!! Seriesss!!! Apa pun.. alang² menyeluk pekasam kan.. this is life.

Deep inside syukur sebab awalnya Gyno inform yg kali ni saya ada problem placenta previa/uri bawah.  By week 30 Gyno bg peluang buat transvaginal scan... alhamdulillah.. 3cm from cervix.  Means uri dah tak menutupi pintu rahim.  Tak perlu admitted kat wad & boleh try normal delivery.  Cuma yg tak bestnya.. pakar scan pergi kantoikan jantina baby.. hehehe (my husband cukup x nak tau jantina babynya).  Tapi bila saya tau, dia tak puas ati lak.. hehehe.. Saya pula tak kisah sgt sbb apa pun jantina anak, lelaki or perempuan ada pro n kont nya kan.  Lagipun still human being.. yang penting semuanya selamat & menjadi manusia yang berguna kelak.

Plan asal saya masuk blogger ni tadi sbb nak tambah entry tentang tempat makan yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsi.  Tapi haripun dah lewat & terasa malas plak nak memilih gambar etc.. (next time la ye...).  Harga makanannya memang agak mahal.. tapi untuk mereka yang suka mencuba & mendambakan tempat makan yang berbeza datanglah ke sini.  Bagi saya servis, suasana & rasa makanan memang memuaskan hati.  Insyaallah bila berkesempatan saya akan upload gambar di Subak ni yang letaknya di Sungai Penchala.  Lokasinya amat tersorok & privacy.  Nak kasi surprise or celebrate someone special kat sini pon ok juga.  

Resepi Ulangan...

Saturday, March 10, 2012 0 comments
Roti Tuna Cheese (time ambik gambar ni belum ditabur cheese)... 
Gara² stok tomato cherry still ada dlm peti, saya just buatkan Roti (pon stok dlm freezer) yg disapu butter, tuna, tomato & ditabur cheese.  Cheese tu tak kisahlah nak guna cheddar parut/keping & kalau nak jadi tangy  gunalah mozarella.. Lepas tu toast aje  5 -10 minit (ikut pada tahap kerangupan yg dikehendaki).. dah siap!!!

Tuna tu plak kalau tak habis, saya transfer masuk bekas kecik & bekukan (kalau simpan kat chiller kena habiskan within 3 days aje).  Biasa saya suka bekukan baki makanan, so bleh simpan berbulan². Roti pon kalau tak habis, saya bekukan, bila nak pakai saya keluarkan & toast mcm biasa.

Pulut Mangga

Thursday, March 8, 2012 0 comments
Enak sungguh pulut mangga ni.  Berkali-kali saya makan, still tak puas.  Biasanya saya akan ulang makan sekali aje utk satu² makanan yg saya masak, tapi kali ni berkali² saya ulang makan.  Memang ngam betul lah dengan selera saya.

Simple dan sedap!! 
Sebenarnya saya dah biasa sangat makan pulut durian.  Bezanya pulut digaul dengan santan & ditabur gula.  Mak saya cakap kalau di belah utara pulut ni dimakan dengan sebarang buah yg lembik cthnya pisang, cempedak, etc.. tapi saya langsung tak berminat nak cuba.  Takat makan dengan durian oklah.

Tapi satu hari ni saya meronda ekspo Siam kat KL Sentral (zaman saya kerja dulu²).  Adalah gerai jual makanan dari siam.  Terasa teringin pula nak try pulut mangga.  Sepinggan RM5.  Tapi berbaloi², memang sedap sungguh.  Berbeza dengan pulut durian yg saya biasa makan, pulut mangga siam ni dah siap bergula.  Jadi kuahnya dah cukup lemak, masin manisnya.

Sekejap aje dah nak habis... oohh tidakk!! Habis diet diabetic saya!!!
Kebetulan masa pusing² Bandar Melawati nak beli barang² menjahit, saya nampak lori menjual mangga.  Apalagi.. terus saya serbu.  Saya sambar 5kg terus.. puas ati.. hehehehe.. Saya ni memang alah kalau nampak buah.  Peti ais rumah memang sentiasa ada stok buah utk saya kunyah bila lapar.  Ni menurun perangai ayah yang kaki makan buah jugak.  At least ada 2,3 jenis buah pada satu² masa.

Kalau nak try buat pulut mangga ni senang sesangat.  Saya suka tanak pulut macam tanak nasi tu aje.  Tak perlu rendam².  Sukatan airnya always 1:1.  Kiranya secawan pulut, ditanak dengan secawan air.  Insyaallah.. cantik aje hasil pulutnya.  Nak tanak atas dapur gas pon boleh, tutup periuk pulut & tanak dengan api perlahan.  Tutup api sebaik air kering & biarkan seketika di atas dapur (10 minit ke).  Hasilnya pulut langsung tak berkerak.

Untuk kuahnya pula saya gunakan santan kotak aje.  Kalau sekotak santan, sekotak air jugalah saya tambah (boleh tambah lebih jika mahu kurg lemak).  Kemudian sedikit garam & gula.  Saya tambahkan juga 1 sudu tepung jagung yg dibancuh sedikit air, didihkan.  Tepung tu just utk memekatkan kuah.  Hasilnya santan rasa lebih melekat pada pulut.

Tapi pregnancy kali ni saya takde rasa guilty sgt kalau tak ctrl sugar intake.  In fact Prof Azurah (Gyno saya) pon bebaskan saya dari sugar test.  Hoorraayyy!!! Saya sendiri memang sentiasa pantau dengan glukometer, memang tak pernah ada reading yg lebih dari 6.5 pon!!! tu kalau saya melantak tahap tak ingat punya.  Kalau biasa² reading sugar saya sekitar 4-5 lebih aje... :( .  Prof pon cakap, baby kecik aje.. scan baru² ni baru 2.1kg.  Alahaiii.. ni mesti gara² Mama tak berapa berselera.  Berat Mama pon baru 61kg aje. Cepatlah saya kurus lepas bersalin nanti... :)

Baked Potato 2

Wednesday, March 7, 2012 0 comments

Biasa saya guna teknik ni untuk buat baked potato.  Setakat ni kentang Idaho US paling sesuai.  Kalau pegi Jusco, saya mesti beli sedikit kentang ni.  Kebetulan saya ada simpan resepi nak buat kentang bakar cara lain juga, sayapun try.  Saya ambil resepi ni dari blog periuktanah & seperti biasa saya akan copy paste semula resepi tu di blog saya supaya mudah untuk saya refer semula nanti ye.  Kalau takat simpan link aje, sometimes tak bleh nak access or deadlink ke.. jadi paling selamat saya copy masuk ke blog sendiri.  Lagipun saya ambil resepi orang, mengaku ajelah kan.. (sayapun bukannya rajin sgt nak retype everything.. hehehehe)..


Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 0rang)

600 gm kentang- basuh bersih dan potong berbaji 6
1 camca teh oregano
3 camca besar minyak masak
sedikit garam
1 sudu teh serbuk lada hitam -ikut citarasa banyaknya
**k.An tambah 2 sudu teh paprika

*** sos thousand Island untuk menghidang

Cara membuatnya:

1. Gaul sebati kentang bersama minyak masak, oregano, garam, serbuk lada hitam dan paprika di dalam mangkuk.
2. Susun di atas loyang pembakar beralas kertas aluminium agar kentang tidak melekat.
3. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama sejam sehingga kentang empuk. Apabila separuh masak, terbalikkan kentang.
4. Hidang bersama sos thousand island.

Rasanya oklah.. sbb saya ni suka je apa² makanan berkentang ni.  Tapi saya lagi prefer baked potato yang biasa tu aje.  Nak masak pon senang.. kui..kui..kuii.. Maybe gak rasa cheezy & lemak² manis yg terhasil dari baked potato tu buat saya terus menggilainya.  Apapon.. tepuk dada tanyalah selera!!!!

Bubuk Oh Bubuk!!!

Tuesday, March 6, 2012 0 comments
Tensionnya!!! Disebabkan dah lama tak menanak nasi, beras mula diserang bubuk!!! Aarrgghh.. geli betul saya nak masak beras yg ada bubuk ni.  Tapi kalau nak buang membazir pula.  Saya pernah juga surf petua² dari internet ni.  Saya pernah try teknik cili kering, tak menjadi la plak.  In fact, lama-lama cili kering tu plak buat habuk dalam beras tu.  Saya pula yg tebersin².. iisshh.. tadi time surf ada satu blog ni bagi good info tentang bubuk ni.  Quite innformative jugak la.. kalau nak tau bleh baca kat sini  .

Then saya surf pula kat Wikipedia nak tau lebih detail.  OK.. saya cadang nak try teknik sendiri lah.. nak jemur beras, tapis & bekukan selama 3 hari.  Freezer saya pon byk space kosong.  After 3 days saya nak tengok hasilnya.  Tapi bimbang juga bila dah keluarkan nanti beras tu lembab & akan dimasuki bubuk balik.. (hhmmm).. takpelah.. kita eksperimen dulu.

Untuk jangka masa panjang plak saya plan nak simpan beras kat tempat terang.. Nak kena fikirkan tempat yg sesuaila kan... bekas beras pon kena lutsinar supaya cahaya masuk.  So mesti tak selesa koloni bubuk tu nak bermaustatin kan.. hehehe... Jomm kita isytihar Peranggg!!!!!!!!!!!!

Nasi Afghan

Saturday, March 3, 2012 0 comments
Rupa Nasi Afghan.. sedap tau...
Nasi Afghan ni pertemuan secara tak sengaja dalam salah satu blog yg saya lawat.  Since saya suka makan nasi Arab.. saya agak Nasi Afghan ni mesti rasanya ala² gitu jugak kan.  SO.. why not cuba dulu.  Memang nampak complicated resepinya, tapi dah biasa buat nanti pandai le saya cari shortcut.. hehehe..

Oklah.. resepi ni saya di blog ini . Thanks for the recipe.  Rajin sungguh pemilik blog ni ajar teknik nak buat Nasi Afghan ni.  Jangan terkejut ye tgk bukan main panjang cara memasaknya.  Boleh lemah semangat.  Tapi saya study dulu, dah faham lebih kurang, saya guna teknik sendiri.  Sekejap aje dah siap.  Itupun masih byk yg saya nak perbaiki.  Firts time buat sebab nak tau rasanya dulu.  Kalau sedap, 2nd time bolehlah ubahsuai ikut citarasa sendiri kan..

Nasi Afghan yang ready utk dibakar.  
Bahan :

3 cawan beras basmathi
6-8 peha ayam tanpa kulit
2 bawang besar(saiz besar)- Cincang
1/2 cawan + 2 sudu besar olive oil(kemudian bahagi 2)
5 sudu kecil garam
1 cawan stok ayam
2-3 biji lobak merah(saiz besar)
1 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam(slivered almond)
2-3 sudu besar gula
3/4 cawan air
2 sudu kecil serbuk jintan halus
3-4 biji buah pelaga(ketuk)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
12 cawan air

Cara:
1. Panaskan oven 240C.

2. Basuh beras sehingga bersih kemudian toskan airnya.

3. Tumis bawang hingga berwarna keperangan dengan api besar lebih kurang 5-10 minit dalam kuali. Jangan sampai jadi bawang goreng pulak.

4. Masukkan ayam dan garam. Masak dengan api sederhana selama lebih kurang 6 minit. Balik-balikkan ayam hingga perang. Bawang akan start caramelized dan pekat.

5. Masukkan 1/2 cawan stok ayam dan teruskan mengacau supaya ayam tak hangus.

6. Bila air dah kurang masukkan lagi 1/2 cawan. Tutup kuali dan masak 10 minit. Kuah akan pekat dan berwarna coklat gelap. Kalau tak gelap tambah browning sauce(Aku letak kicap sikit just kasi gelap sikit).
7. Sementara tunggu ayam masak, potong lobak merah seperti batang mancis (4 inci panjang). Jangan terlalu nipis.

8. Didihkan air dan masukkan lobak tersebut dan masak sampai sedikit empuk(3-5 minit). Jangan sampai lobak lembik.Kemudian toskan airnya.

9. Masukkan lobak merah tadi, kismis hitam, badam, gula dan olive oil dalam kuali kecil dan goreng atas api sederhana sehingga kismis mengembung dan gula hancur. Tutup api dan bungkuskan semuanya dalam aluminium foil. Ketepikan.

10. Keluarkan ayam tadi dari kuah dan ketepikan. Masukkan serbuk jintan halus, buah pelaga dan serbuk lada hitam dalam kuah dan sambung masak lebih kurang 5 minit sampai kuah pekat.

11. Masak beras dengan 12 cawan air tadi dengan sedidkit garam sehingga 3 suku masak. Kemudian toskan airnya.

12. Masukkan dalam bekas/periuk tahan oven dan masukkan kuah tadi. Gaul hingga rata(Jangan ganas2 nanti beras patah).

13.Susun ayam atas nasi dan masukkan juga aluminium foil yang berisi lobak tadi. Tutup periuk.

14.Bakar selama 15 minit kemudian turunkan suhu ke 180C dan masak lagi 15 minit.
(Kalau malas nak buat cara masak nasi ni kan, masak jer nasi macam biasa campur sekali dengan kuah ayam tadi,  atur ayam atas beras, masuk air 4 cawan. Masak dalam rice cooker . Aluminium foil tu takyah masuk sekali la)
 Haa.. apsal plak berbelang² jadinya ni?  Biar ajelah ye.. nampak sikit saya copy dari blog orang.  NAmpak panjang kan?  Tapi saya try masak hari tu takdelah sesusah mana.  Kebetulan pula foil saya habis, so sayur tadi tu saya gaulkan terus dalam nasi & bakar sekali dengan nasi & ayam.  Nasi saya agak gelap sikit sebab terlajak kicap (hehehhe..).. pasni nak try tak letak kicaplah.  Kuah tu saya masak dalam kuali, bila kuah dah masak, saya keluarkan ayam dah terus masukkan nasi yg dah hampir masak tadi & gaul.   

First time saya belajar masak nasi guna teknik macam ni.  Tapi hasilnya memang menakjubkanla.. Masa merebus beras Basmathi tu, saya letak beras dalam penapis aluminium siap².  Bila nampak beras dah hampir masak, terus saya angkat dan tuang dalam kuah tadi bersama carrot, badam & kismis (keluarkan ayam dulu ye). Gaul rata, masukkan dalam bekas membakar, susun ayam & tutup.  Kemudian bakarlah macam biasa.  

Seronok kan kalau kita cuba masak makanan baru dan menjadi, sedap pula tu.  Bolehlah tambah koleksi menu utk santapan keluarga.  Tetambah saya ni memang jenis tak boleh nak makan makanan yang sama sekarang ni.  Kalau boleh dalam sebulan, setiap hari kena makan makanan yang berbeza.. (nak buat camne, perut asyik lapar, tapi takde selera).  Bila tgk makanan yg sama, rasa muak pula.  Sian baby sebab selalu lapar,  Mamanya pula makin memilih, semua makanan tak teringin...   Pelik juga saya, biasa time tgh sarat ni la selera menjadi²kan??

Untuk tgk cara saya, boleh refer entry ni

Salad aje

Friday, March 2, 2012 0 comments
Hehehe.. jangan mare.. lama sudah tak masuk blog sendiri.. jauh sekali nak update.  Last few weeks saya bz yg amat.  Pastinya isu imegresen yg tak pernah selesai, habis segala pejabat gomen saya dah kerabat.  Segala dokumen saya dah prepare.. alhamdulillah.. Rabu baru² ni luluslah sudah.  Sekarang ni just tunggu result medical dari Fomema je.. bimbang jugak staf saya ni kantoi ujian medical (phisically mmg sihat aje.. lasak lagi tu).. mau pengsan saya kalau tak lepas.  Dah setengah nyawa dibuatnya nak dpt pekerja² ni.  Lagipun kesian gak kat they all, so far saya happy dengan cara kerja & komitmen they all. Insyaallah saya akan jaga kebajikan mereka sebaik mungkin..

Maybe sebab keletihan sgt or teruja yg amat sebab dah lulus & tak perlu hadap KDN Putrajaya lagi.. saya kena demam la plak.  Agak teruk demam saya kali ni.  Sampaikan saya telan juga paracetamol 2 biji (saya ni takkan makan ubat selagi boleh bertahan).  Malam tu saya takleh nak tido, bisa² habis satu badan.  Tekak ni perit toksah ckplah.  Ni dah masuk 2x saya demam lepas balik Putrajaya. Agaknya byk beno virus kat KDN Putrajaya tu (maklumla org ramai berkumpul).  Alhamdulillah.. sehari aje.. esoknya dah tak bisa² lagidah, cuma weak sket aje.  Tapi saya gantung apron terus.  Saya betul² nak rest & clearkan kerja² rumah yg lain.  Husband pon monteng keje & tolong saya vacuum.. hehehe.. legenyaa.. saya paling malas bab nak vacuum rumah ni... ooppsss..

Entry makanan kali ni dah lama saya buat maybe 2,3 minggu lepas kot.  Dinner utk hari tu mmg simple habis.  Saya buat potato salad & fruits salad aje.  Lately ni jiwa saya ke arah salad aje..

Potato salad
 Resepi potato salad ni saya google aje.. ni resepi yg menarik perhatian saya.  Saya copy paste semula supaya senang nak refer ye.  Bahan² tu tak semua yg saya ada, mustad tu misalnya saya gunakan mustard biasa aje..


Ingredients

  • 3 pounds small white potatoes
  • Kosher salt (garam biasa aje)
  • 1 cup mayonnaise
  • 1/4 cup buttermilk (saya guna cream dan perah lemon secukup rasa@boleh ganti dengan susu segar)
  • 2 tablespoons Dijon mustard (saya guna mustard biasa je)
  • 2 tablespoons whole-grain mustard (takde)
  • 1/2 cup chopped fresh dill (tak letak)
  • Freshly ground black pepper
  • 1/2 cup chopped celery
  • 1/2 cup chopped red onion

Directions

Place the potatoes and 2 tablespoons of salt in a large pot of water. Bring the water to a boil, then lower the heat and simmer for 10 to 15 minutes, until the potatoes are barely tender when pierced with a knife. Drain the potatoes in a colander, then place the colander with the potatoes over the empty pot and cover with a clean, dry kitchen towel. Allow the potatoes to steam for 15 to 20 minutes.
Meanwhile, in a small bowl, whisk together the mayonnaise, buttermilk, Dijon mustard, whole grain mustard, dill, 1 teaspoon of salt, and 1 teaspoon of pepper. Set aside.
When the potatoes are cool enough to handle, cut them in quarters or in half, depending on their size. Place the cut potatoes in a large bowl. While the potatoes are still warm, pour enough dressing over them to moisten. Add the celery and red onion, 2 teaspoons of salt and 1 teaspoon of pepper. Toss well, cover, and refrigerate for a few hours to allow the flavors to blend. Serve cold or at room temperature.


Ini pula fruits salad.. saya potong oren, epal hijau, epal merah & anggur.  Saya gaulkan dengan sos salad buah-buahan  Lady's Choice aje. 
 So terkebil² juga si Tiha dengan Ieqa tgk menu dinner malam tu.  Tapi yang paling tak disangka.. dua² prefer makan potato salad dari fruits salad.  Suami saya pulak jatuh hati dengan fruit salad until semua stok buah dalam fridge disaladkan.. hehehe..