2 THUMBS UP

Wednesday, September 28, 2016 0 comments
Kisah lama juga ni.  Baru terjumpa gambar² ni.  Mak Su yang offer budak² ni ikut since Mak Su kena handle booth make up. Auntie Izah pon ada sekali masa ni sebab Mak Su akan sibuk dengan booth mekap nya tu.  Malam sebelum pergi tu, Misha kata tak nak ikut.  Esoknya bila Mama ke bilik diorang.. Ehhh.. semuanya dah lesap!  Rupanya Misha pun ikut sekali.  Sekali sekala Auntie Izah akan hantar Wassap bagi update kat Mama.  Wahh.. bukan main sakan korang kat sana ye... !

Muka budak² ni jadi bahan eksperimen Mak Su.. Malam sebelum tu macam² animal dah diorang jadi.. hehehe...

Ni acara deco cupcakes.... Diorang tak menang.  Tapi masing² bawak balik cupcakes hasil nukilan diorang.  Oh ye.. untuk masuk ke semua acara ni kena bayar RM10.  Ada macam² aktiviti, memang berbaloi sangatlah kan.  Thumbs Up ni selalu diadakan, yang kali ni dekat Bukit Jalil. 

Acara mewarna... Tiha jadi Naib Johan... Ieqa tak puas hati tak menang & dok cakap tak aci lah kena lawan dengan budak² besar.  Tapi kesian jugaklah budak prasekolah nak bertanding dengan budak² sekolah kan.

Ehhh.. pandai pulak budak ni melukis.. hehehe... 






Ini pulak aktiviti membina.  Saya dah inform Izzah.. make sure Tiha masuk acara ni selain dari mewarna. Tiha memang suka bina membina bahan ni.  Kat rumah ni dia buat sendiri busar panah & anak panah tau.  Cantik pulak tu.  Memang bolehlah dia berangan sambil memanah Adik²nya... hehe... Boleh kata every weeks ada aje hasil binaan yang dia buat.  Kerja tangan dia not bad sebenanrnya.  Mama pun kagum menengoknya.  
Alhamdulillah.. acara ni Tiha dapat no. 2 juga.  Okaylah kan sebab dia bersaing dengan yang umur 11 & 12 tahun juga..
Budak ni tumpang sekaki.. Auntie Izah yang banyak tolong tu.  In fact budak ni tak bayar penyertaan pun tapi diorang bagi dia join sekali... Yang kelakar tu, Kakak² bagitau.. ada tragedi sikit.  Ada sekali tu pemenang utama nama Isha.. laju je dia naik nak ambik hadiah!! Memang kelam kabut la tukang bagi hadiah tu.  Ye lah mesti serba salah sebab budak kecik kan... hahaha... Aduhai.. Nasib baiklah Misha ni jenis slumber aje menghadapi situasi... hahaha... 



Untuk kuiz pulak, mujurlah Ieqa ada menang 1.  Berani jugak budak ni menjawab soalan ye.  Ieqa ni penakut sangat budaknya... Tu saya pelik.  Tiha pula menang 2 hadiah untuk acara kuiz.  Dapatlah 3 biji bantal smileyni... Haa.. bolehlah bagi kat Adik² sebab Tiha dah menang 2 hadiah utama.  

Malam tu sampai ke rumah dengan penuh ceria.  Thanks Mak Su & Auntie Izzah!  Seronok bukan main budak² & dok ajak Mama & Baba joint lagi aktiviti ni.  Adusss..!!!



Muka Ieqa yang tak puashati sebab menang 1 acara aje... heheheh... Nasib baiklah Misha jenis tak kisah.  Jadi saya tak bimbang sangat dia nak merajuk ke apa.  Misha ni memang spesis happy go lucky sepanjang masa.  Jadi menang takde hal lah nak jelous tengok orang bawak hadiah banyak mana pun.  
Thx Mak Su & Auntie Izzah sebab sanggup bawak budak² ni.  Diorang tak buat hal kan?  Budak² ni kalau diajak outing... pesanlah apa saja, memang semua patuh habis.. hehehe... Lapar ke apa ke, diorang takkan merungut.  Good girls!



JAHIT MENJAHIT - SOFT AWNING BERTULANG AGAIN

Tuesday, September 27, 2016 0 comments
Jahit menjahit masih lagi berjalan macam biasa.  Di hari² yang produktif, berhelai² pakaian yang berjaya di alter, dijahit, dipotong atau sebagainya.  Biasanya setiap minggu saya akan pastikan mesin jahit tak terperuk sorang².  Ada toy kena la layan selalu kan.  Dia merajuk kang barulah nak haru.  Baru² ni saya siapkan 4 helai tudung sekolah Tiha (beli kain lycra 2 meter dapatlah banyak ni).  Tudung saya pun ada yang ditukar awning.  Tapi dalam rasa dah terror tu, masih ada lagi mistakes yang saya buat.  Almaklumlah kalau rasa dah terror, mana nak refer tutorial kan.. Bila siap hasilnya tak macam sebelum ni.. mula la tak puashati.  Jadi kali ni saya nak letak gambar tutorial cara jahit tudung soft awning dari Kak Norina.  Saya suka sangat tengok hasil jahitan Kak Norina Hj Kanafi ni.  Kemas sangat.  Kalau nak beli soft awning bolehlah cari FB kak Norina ye.  

Lepas settle tudung Tiha, saya jahitkan 2 helai palazzo untuk anak saudara... Mula nak jahit juga skirt 1/4 circle & sehelai blouse.  Tapi apakan daya, polanya takde.  Biasalah kalau menunggu Baba siapkan pola... boleh demam Mama... :P

Dah siap jahit... Happy sangat dengan hasil palazzo warna ungu tu.  Yang warna hitam tu saya agak stress sikit sebab kainnya jenis bergulung.  Rasa serik jugaklah nak beli kain jenis knitt cotton yang nipis ni.  Yang kain purple tu saya beli melalui FB Zazaria Celection.  Malangnya Izz tak boleh pun pakai seluar yang purple tu sebab ketat!  Haaa.. bertambahlah koleksi palazzo si Tiha.  Walaupun ukurannya sama, kain knit cotton tu lebih stretchy..  Nasib baiklah saya tak jaitkan blouse & skirt untuk Izz lagi.  Kalau tak naya aje tak boleh pakai... heheheh.... 
Ini pula tugasan menukar awning tudung.  Tudung ni Adik yang sedekah.  Saya mintak dr family group kalau sapa² dah tak nak tudung or jeans, pass la kat saya.. hehehe... Nanti pandai² lah saya recycle benda² tu semua.  Faham²lah perangai saya ni kan... suka sangat recycle barang... kikiki...
Haa.. dah gunting awning dan lapik dagu.  Tudung ni asalnya 1 warna aje... Saya kurang berkenan.  Jadi saya korek² koleksi kain t-shirt & nak test buat awning.  Kalau u all nak tau, saya dah buat satu kesilapan kat sini... Tapi material tshirt dari Zaza ni (kain mixed cotton) MEMANG SESUAI dijadikan material untuk soft awning!  Elok terletak.... 

Nampak cantik terletak ajekan??  Tapiii... saya tak puashati betul.. Kalau perasan, tulangnya tak tersorok kat dalam kan?  Haaa... Jenuh saya fikir kat mana lah silapnya jahitan tu exposed macam tu.  Rupa²nya.. saya tersilap sebab dah gunting dulu kain tu sebelum dijahit!  Bila nak cantum, saya samakan bahagian belakangnya, tu yang terkeluar ke depan.  Walaupun taklah cacat sangat, tapi saya memang geram sangat bila hasil kerja kurang menjadi gara² malas refer tutorial tu... Eeeiiii...

Apapun pakai soft awning & berlapik dagu ni tersangatlah selesa... 
Okaylah.. saya nak tempek tutorial dari Kak Norina tu kat bawah ni ye.  Supaya saya tak tersilap lagi.  Saya tak share link aje bimbang kadang² susah nak access ke FB or bimbang link tu hilang ke nanti² kan.  Semoga Kak Na dapat banyak pahala dari perkongsian ni.

Lipat dua kain double cotton dan jahit dari tengah ke kiri dan ke kanan utk mengelakkan awning senget (potong kain berbentuk segiempat sama bersaiz 16"x10" ye).  

Buka lipatan kain dan tindih dari bahagian dalam juga

Gosok bahagian yg dijahit tadi (kalau nak kemas eloklah gosok, saya ehem..ehemm aje.. hehehe)... 

Hasil setelah digosok

Bila awning dilipat dua semula kita akan nampak satu garisan jahitan dari bahagian bawah awning


Potong double cotton dgn menggunakan pola awning (untuk dapatkan pola, saya tetas awning tudung yang dah tak nak tu aje.. pilihlah saiz awning mana yg ngam dengan muka kita).  Yang biasa saya buat 15"x9"
 Haaa.. mudahkan?  Soft awning ni plak boleh dibasuh sesuka hati.  Tak macam awning jenis keras tu.  Kalau lama² kemain huduh rupanya... Kesemua tudung jenis awning keras dah berjaya saya convert ke soft awning.  Senang sikit nak jaga.  Rupanya pun lebih kemas... Selamat mecuba ye semua! Oh ye... kat bawah ni hasil jahitan soft awning dari Kak Norina tadi tu ye.  Bukan saya jahit tau... Saya ni jahit lurus pun tak berapa nak lepas lagi.. hahahaha...


BISUL

Monday, September 26, 2016 0 comments
Percubaan merawat bisul sendiri.  Guna teknik ala² bekam.  Saiz bisul besar sangat.  Kalau ke klinik, sure operate. 
Sedutan kali pertama ni...

Kesan yang dilap dari bisul yang baru disedut... Yucckkk!!!
Percubaan pertama tu nampak agak membuahkan hasil.  Malangnya bisul tu semakin membesar pulak!  Dan pastinya semakin sakit.  So Saya minta Suami buatkan sekali lagi teknik sedut guna haba panas ni.  Agaknya kali pertama tu kami tak sedut sampai habis semua darah & nanah yang ada. Tu yang regrow.. (agaknya lah kan..).

Percubaan kali kedua ni saya tak ambik gambar masa mulanya... Masa tu agak menghairankan... hanya keluar buih² kecil dari bisul.  Agak geli lah jugak sbb mulut balang dipenuhi buih² halus.  Kemudian kami try lagi... Ini pula yang keluar...
Jika diperhati... seolah² minyak yang keluarkan??
Bila kadar sedutan dr balang dah reda... Kami try kali ketiga... Haa.. keluarlah darah pula.  Biarkan balang tu buat keje dia sampai betul² yakin semuanya clear.  Takde cecair lagi dah yang keluar...
Sedutan yang last
Alhamdulillah... Bisul terus mengecut lepas tu.  Tapi lepas sedut bisul ni, saya bersihkan kawasan tu dari kesan darah & sapu dettol serta antiseptic.  Bimbang pula menjangkiti bahagian lain ke.

Kalau ikutkan, Dr tak benarkan kita pecahkan bisul sendiri.  Ye lah.. kalau tak kena gaya, merebak jadinya.  Tapi kalau nak cuba kaedah ni make sure disinfect betul² & semua darah/nanah disedut habis ye.  Saya terangkan sedikit kaedah ni ye.  Bahan² yang perlu :

* Balang kaca
* Kertas (untuk nyalakan api)
* Pemetik api/lilin
* kain/ kapas
* Antiseptik (Dettol/ Bactroban dll)

Caranya :

Pecahkan bisul (gunakan objek yang bersih).  Jarum pun boleh..
Nyalakan cebisan kecil kertas dan masukkan ke dalam balang kaca.  Sebelum api padam, cepat² tekap di kawasan bisul.  Tidak balas dari haba dan balang kaca tu menghasilkan vacuum yang amat kuat.  Boleh rasa kawasan bisul berdenyut² macam ada sesuatu menyedut² non stop.  Malahan balang tidak akan terjatuh walaupun ditampal di kawasan lawan graviti.

Ulangi proses ini bila terasa sedutan berkurang & boleh berhenti setelah puashati kesemua darah & nanah clear.

P/s :  Saya hanya share kaedah ni jika ada sesiapa nak cuba.  Kalau tak berjaya atau keadaan semakin teruk, jgn marah saya plak ye.. :P.  Pengalaman saya sendiri teknik ni berjaya lepas dicuba 2 kali sejak diserang bisul.


AKTIVITI DI KAMPUNG

Wednesday, September 21, 2016 0 comments
Since cuti Raya Korban kali ni agak panjang, sempatlah kami balik ke Jengka sekejap.  Emak siap called nak make sure memang jadi balik sebab nak request hubby balut ketupat.  Nak jadi cerita 2 hari sblm balik tu, Baba demam teruk.  Nak cancel balik kampung, tak sampai hati pula sebab Mak dah beli barang² nak buat ketupat.  Jadi kami gagahkan juga balik kampung & berharap condition Baba makin Ok.  Sebelum balik, saya buat Brownie 2 biji.  Adik yang requet sempena Birthday dia.  

Tiha request nak deco brownie dengan baki Strawberry compound dalam peti ais.  Bila saya datang balik.. ini jadinya!  Dia potong plastik untuk icing tu besar sgt.. langsung takleh mendeco... heheheh....

Ni sebiji lagi.. togel aje.. tak letak apa².  Brownie saya kali ni kurang kick.  Xtau lah kat mana silapnya... Tapi kali ni saya buat 2 adunan sekaligus & pembacuhnya ialah Tiha.  Saya sibuk basuh pinggan sambil bagi arahan & pantau dari jauh aje... Adakah ??? Tapi brownie tetap licin dimakan semua.. Alhamdulillah...
Kat kampung, anak² paling seronok sebab ada ramai geng!  Saya pun jarang panggil Tiha tolong kerja dapur sebab bagi peluang dia main dengan sepupu² puas².  Terutamanya Bestfriend forever dia.. Izz.  Kalau diorang berjumpa, siaplah Laieqa dengan Misha jelous sebab rasa diabaikan.  Kali ni Kak Yana (anak Abang Sulong) offer budak² ni berinai.  Haaaa.. sakanlah semua orang tadah tangan dengan tekun.  Yana ni memang 'cari makan' dengan berinai aje.  Pelanggan tak putus².  Alhamdulillah... rezeki didatangkan Allah dengan pelbagai cara kan.




Budak tak reti duduk diam ni pon 'alah' dengan Inai.  Walaupun akhirnya inai nya habis comot² juga.. heheheh...


Tangan² berinai.. Eh.. jejari montel siapakah itu??? Cute aje kan tangan bebudak ni

Nak tengok hasil kerja anak buah saya ni, boleh masuk ke FB dia Syaziana Zakime 
Malam Raya lepas menyediakan juadah Raya... kami bergerak ke KL.  2 hari kat Jengka memang non stop kami di dapur.  Satu demi suatu request yang datang.  Oooo... sedap aje korang main order ye.  Sampai naik termengah² semua orang sebab kekenyangan!

Esoknya selepas Solat Raya... aktiviti biasa di Raya Korban.. Aktiviti Korban di Hulu Langat.  


Cutenya Biri² Tok Ki ni... 


As usual selepas tu upacara mengagihkan daging korban pula.  Staff Kina Kitchen memang tertunggu bahagian mereka dan bahagian² yang orang lain tak nak contohnya kaki & kepala lembu.  Beraya sakanlah diorang hari tu.  Seronok dapat gembirakan staff yang menjadi tulang belakang kami selama ini.  1/3 lagi pula kami agihkan kepada 4 orang jiran & 1/3 lagi saya simpan sebagai stok kami.  Alhamdulillah.. selesai sudah!!





KARIPAP TERLAJAK RANGUP

Tuesday, September 20, 2016 0 comments
Resepi saya dapat dari FB.  Tertarik dengan bahannya yang satu ni.. iaitu 'cuka' jadi saya terus cuba.  Ramai yang tanya tak masam ke letak cuka?  Alaa.. takat sesudu untuk sekilo tepung, takde lah masam kan.  Dalam kek lagikan letak cuka untuk dapatkan tekstur gebu tu.. Pancakes and cucur pun boleh gunakan cuka sebagai pelembut & merangup.  

Karipap ni memang rangup.  Amat puashati dengan resepi ni.. 
Ini link FB tempat asal empunya resepi ni ye.  Saya copypaste kat sini balik sebagai rujukan masa depan.

1 kilo tepung gandum
2 cawan minyak panas melegakk
1 sdb garam
1 sdb cuka
1 1/2 cawan air ais..

* Untuk makluman, cawan yang digunakan bukanlah cawan metrik (cup) tu tetapi cawan kaca yang biasa kita hidang teh/kopi (bertangkai) tu ye.  Saya juga letak sedikit marjerin dalam cawan tu & tambah minyak secukupnya.

Caranya:

1. Gaul tepung gandum dan garam sampai sekata.
2. Panaskan minyak sampai mendidih & tuang di atas tepung, kacau rata menggunakan senduk
3.  Campurkan cuka dalam air sejuk & diuli dengan tepung tadi.  Ingat ye kalau nak buat doh pastri ni jangan diuli lama supaya doh lebih rangup.  Cukup diuli sebati.. tak perlu uli lama² macam roti tu tau

Selamat mencuba!!


THE CABIN, TAMAN MELAWATI

Monday, September 19, 2016 0 comments
Dah lama tahu kewujudan The Cabin kat Taman Melawati ni.  Banyak juga plan nak cuba, tapi ada je perosak plan.  Kalau dulu The Cabin ni bermula di open space, tapi kini diorang dah berpindah ke deretan kedai.  Tak sempat nak merasa environment kedai lama.  Katanya agak unik, makan kat atas bumbung tu.. Tapi kedai barunya pon tak kurang hebatnya.  Deco kedai agak menarik.  Yang paling mengagumkan, semua deko dihasilkan sendiri oleh mereka.  Hebatkan?  Ehh.. macam mana saya tau ni?  Kebetulan masa nak order makanan ni waiter yang ambik order bercerita panjang lebar tentang The Cabin ni.  I guess dia salah seorang partner kat sini.  Menu kat sini ada western & local.  Masa datang tengah mood nak makan western.  Kebetulan Tiha & Ieqa takde, kena kidnap dengan Tok Ki & Wawan.  Jadi Misha & Ila ajela peneman hari tu.   Tapi sayangnya saya tak jumpa pulak gambar di sekitar kedai ni.  Rasanya ada snap.. (ooppss..).. Dapurnya pon berkonsep open space (Ala² Wangsa Grill).  Memang kagumlah dengan anak² muda ni.  Kreatif

Tak ingat set apa.. tapi set ni ada Beef, scramble eggs, corn wrap & blackpepper sauce.  Not bad tapi dagingnya a bit chewy....Price below RM15 I think... 

Untuk Ila... Mushroom soup & garlic bread harga below RM5 rasanya

Misha nak hotdog.. boleh tahan besar... Baba pula order burger.. Harga semua Ok.. taklah mahal sangat.  Standard harga makanan di food truck.. 
Ni iklan delivery diorang...
 Baru² ni kami datang lagi.  Revisit dengan Tiha & Ieqa pula.  Kebetulan takde idea sangat nak makan apa.  Bawak makan benda² macam ni gerenti diorang tak tolak...
Meatballs... sedap!!

Oh ye.. air kat sini so far tak Ummpphh sangat ye... harap maklum... Semua air cair aje... takde rasa... Air kosong disediakan di setiap meja for free. (next time saya nak minum air kosong ajelah.. hehehe..)... kami dah order jus (jus rasa mcm kordial), nescafe ais, sirap, teh o, horlicks... etc.. semuanya tak best..

Ila dengan mushrooom soup lagi.. In case dia susah nak makan menu ada beef... 

Kali ni Mama order beef burger juga!  Burger not bad.. bolehlah nak hilang gian tu.  Fries kat sini guna original potato tau.. cuma sayang fries tu tawar.. Kalau tak memang ummpphh la...
Overall.. saya rasa mungkin kami akan datang lagi.  Harga & makanan not bad.  Lokasi pun dekat aje dengan rumah.  Environment pon ok.  Anak² pon enjoy... :)