Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

LEMPENG

Thursday, November 24, 2016 0 comments
Pagi ni melempeng dengan budak².  Dorang cakap nak ponteng sekolah hari ni.  Oklah.. senang sikit Mama... Jarang benar dorang nak mintak ponteng ni.. hehe... Sebenarnya baru je beberapa hari lepas buat dinner makan lempeng.  Bakinya saya jadikan sarapan untuk Saya Ila & Misha.  Sampai dari sekolah Tiha dgn Ieqa pun nak lempeng jugak.. Isshh... Ingatkan dah muak makan lempeng.  Ni antara menu mudah & favourite diorang.  Saya je malas buat selalu sebab Baba tak makan lempeng!  

So.. bila Baba ke Kina Kitchen, kami anak beranak bolehla enjoy lempeng puas².. hehehe... Saya pesan Tiha suruh salin resepinya supaya lepas ni kalau nak buat takde lah asyik tanya Mama semula... TAPI.. Mak Cik Laieqa yang sibuk salin resepi dengan buku hadiahnya.  Ieqa ni kan pengarang jadian... walaupun tak reti masak, tapi bila dengar nak tulis resepi, dia yang laju dulu mencatat.  

Ni resepi saya bagi kat Tiha.. resepi agak² as a guide untuk dia melempeng.  Lempeng cara saya ni memang very plain, no eggs, no baking powder, no milk/coconut milk etc.  I like it that way.  Lempeng saya pula dibancuh cair tapi pekat sedikit dari bancuhan Kuih ketayap or Dadar tu.  Cara masak lempeng pun lebih kurang sama macam nak buat kuih ketayap tetapi Lempeng saya garingkan sedikit & terbalikkan.  

Basic lempeng :

1 cawan tepung gandum 
1 1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Gaul rata & tapis untuk elak berketul... 

Kalau kat rumah saya ni sekali bancuh, memang  4 cawan tepung,  baru cukup.  Eehh... sukatan cawan kat blog saya bermaksud cawan metrik 250ml (cup tu ye).  Kang salah cawan, masin la jadinya.  Kalau bukan guna sukatan cawan metrik, baru saya bagitau ye.  Kalau sudu pun saya guna sudu metrik tu, bukan sudu besi utk makan tu.  tapi bab sudu ni okla lagi sbb tak lari sgt.  Bukan apa, lately ni bila ambik kat resepi FB bila ditanya macam² 'cawan' diguna... cawan minum lah, gelas minumlah, cawan rice cooker lah.. Feninnn...   

Semua proses ni Tiha yang buat, Mama just bagi proper sukatan.  Sebelum ni method saya letak tepung, curah air sampai ke kepekatan kita nak & letak garam.  Jadi kali ni saya buat la sukatan lebih kurang supaya lebih senang & hasil pun consistent everytime.  

Lempeng atas api.. saya sapu sikit minyak pada pan.. Tunggu hingga bahagian tepinya mengelembung/lekang.. Kalau tak nanti lempeng sukar dialih..

Crispy.. tapi bila sejuk jadi lembut aje... Saya terbalikkan sekejap untuk kurangkan rasa melekit lempeng (since bancuhan agak lembik & lempeng tidaklah setipis kuih ketayap)

Siap!
Haa.. nak cicah apa lempeng ni?  Anak² saya memang suka cicah dgn susu pekat.  Saya pula pastinya akan match dgn  kuah kari ikan.  Tiap kali masak kari ikan, pastilah lempeng jadi sarapan kami keesokannya or dinner kami malam tu.. hehehe... Cara saya makan lempeng tak cicah²... saya suka koyak² & siram dengan kari sampai banjir.  Ala² Roti Banjir... hehehehe... Anak² pun menurun.  Kalau dengan susu aje baru dicicah sikit²...


POTATO & CHORIZO MINI QUICHE

Friday, December 20, 2013 0 comments
Atas tu nama asal resepi ni.. tapi saya gunakan sausages biasa je, mana ada chorizo semua tu.  Kalau pegi cari pun biasanya tak halal.  Saya ni kalau jalan² suka juga masuk ke Ben's, Cold Storage dll nak tengok makanan barat yg jarang dijumpai.  Biasanya di kawasan Bangsar, Damansara dan seangkatan banyakle boleh jumpa makanan western yang pelbagai sbb area mat saleh kan.  Tapi harganya memang mahal & status halal nya pun jarang ada.  Kalau takde tanda halal yg saya yakin, saya tak beli walaupun dah lama nak merasa.  

Saya pernah try sausages  imported (dibuat dari usus kambing), memang berbeza sungguh dengan sosej yg dijual di pasaraya biasa tu.  Tapi harganya pun tak kalah la... Banyak betul flavour yg ada, sampai tak tau nak pilih.  Saya nampak ada halal Jakim, laju je saya angkut... Silapnya saya tak share pun gambarnya kat sini kan... 

Okaylah.. kita belek dulu resepi quiche yg simple ni.. 
Gorengkan sosej yang didadu kecil dengan sedikit minyak (saya guna olive)

Masukkan pula kentang yg didadu kecik jugak...

Masak sampai kentang betul² lembut (saya gunakan alumite supaya senang nak dikacau, kalau pan senang tertumpah)

Taburkan cheese dalam muffin tray (saya ada 1 size je tray ni, jadi takde la mini mana pun quiche saya ni).  Saya letak sikit aje cheese sbb tgh ctrl pengambilan cheese (ni time before pregnant)

Tambahkan sosej & potato tadi

Masukkan pula telur yg dah digaul garam & pepper, kemudian tabur cheese lagi (resepi penuhnya saya paste kan kemudian)

Kemudian bakar... saya bakar pada 180c sehingga quiche masak.. rasanya 25 minit kot sbb muffin tray saya ni agak besar 

Siaplah dinner malam tu.  Since dalam quiche ni dah ada potato, jadi we all makan Quiche dengan baked bean aje.  Tapi we all takde lah enjoy sangat... mungkin kalau guna sosej / salami yg sedap mungkin lebih ok rasanya.  Sosej yg saya guna ni stok dalam freezer (sausage ni mmg tak sedap pun, jenuh nak perabis, dahla jumbo size, brand Saudi)...

Ini full recipe dari Chef John..


Ingredients

cooking spray
2 teaspoons olive oil
4 ounces Spanish chorizo sausage, finely diced
1 russet potato, peeled and finely diced
salt and freshly ground black pepper to taste
2/3 cup grated Manchego cheese, divided
8 large eggs
1 pinch cayenne pepper, or more to taste
1/2 teaspoon salt


Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Lightly coat 24 mini-muffin cups with cooking spray.

Heat olive oil in a skillet over medium-low heat. Cook and stir chorizo in the hot oil until golden brown, about 4 minutes.

Stir diced potato into chorizo; increase heat to medium and cook potatoes until tender, about 10 minutes. Season with salt and black pepper. Transfer to a plate lined with paper towels to drain.
Sprinkle 1 to 2 teaspoons of grated cheese in the bottom of each muffin cup. Top with 1 to 2 tablespoons chorizo mixture.

Beat eggs, cayenne pepper, and 1/2 teaspoon salt in a large bowl until combined. Pour egg mixture evenly into muffin cups. Lightly tap the pans to remove any air bubbles. Transfer to a baking sheet and top with any remaining cheese.

Bake in the preheated oven until eggs golden brown and just set, about 17 minutes.

Esoknya ada berbaki lagi 2, jadi saya keluarkan dari fridge

Masukkan dalam microwave

Tutup & panaskan 20 second, jadi breakfast kami!!!
Sekian... :)


Pancakes

Friday, May 10, 2013 3 comments
Sorry le lately I nak cheating sket okeh.  Entry ltk yg simple² aje.  Bukannya apa, anak-anak sorang demi sorg demam.  Entah virus apa la menyerang tak abis².  Dalam tempoh sebulan ni, Ieqa 2x demam (1x jumpa pakar),  Misha 3x demam (2x hadap pakar).  Sampaikan Tiha yg dah lama tak demam tu pun gugur.. 

Adesshh.. penattt!!  Mostly bila yg paling kenit tu demam.  Memang tak jadi kerja.  Memang masak yg simple² aje.  Langsung takde mood nak try menu baru.  Kadang² suami balik baru saya start ngadap dapur.  Roti benggali pun tak terkejar nak bakar.  Manjang je cafe keputusan stok..  Mana lepas nak masak benggali 3,4 trip dlm keadaan camni kan... 

Okes... saja nak share antara resepi yang dicuba & menjadi breakfast favourite we all.  Pancakes ni seriess sedapp!!  Kalau nak tau, every week suami & anak-anak request!

Cuma Mamanya je nak buat ke tak... heheheh.. (saya ni tak suka masak benda yg sama selalu sbb takut dorg muak, nanti saya jugak yg pening nak cari favourite baru diorang..).. hehehe..

Yang paling kronik si Ieqa.. kalau nak tau, tiapkali breakfast dia akan tanya "MAMA NAK MASAK PANCAKES KE?".. Aduuhh.. hari² tu.. budak ni memang consistent & persistent sikit (macam sapa la agak²nya tu.. hehehe)..

Kalau dulu saya bancuh 1 cup tepung aje, sekarang ni memang kena gandakan!  Gelojoh kan?  Cara diorang makan ialah dengan menyapu butter (Anchor butter favourite dorg tu la..) & Maple syrup.  Saya pun naik ketagih tau (walaupun saya ni kurg suka breakfast dengan benda manis)..

Inilah rupa pancakes kegilaan saya sekeluarga.  Memang berbaloi saya cuba resepi ni.  Disapu butter & disiram Maple syrup pula.. berhantu!!  

Saya tengah prektis Tiha buat pancakes, sng sikit ada tukang  buat pancakes nanti.  Tapi carca-marba sikit la.. Banyak ni tak cukup tau, Misha aje bleh habiskan hampir sekeping.. Tu yg perlukan assistant...

Dia masak pancakes, saya clearkan dapur, bancuh air..etc.. (Mama yg berwawasan nih... kekeke).. Kalau masak sambil tinggal, selalu terhangus sikit (pan saya guna bukan yg tebal sangat, jadi sensitif sikit la)...

Nampak tak kat dalam jug ada lagi bancuhan pancake tak siap masak?  Biasanya akan ada baki suku jug aje.  Baki batter ni bleh simpan dalam peti, tahan sampai 3 hari... 

Kalau korang nak cuba boleh try resepi pancakes ni kat sini.  Bagi saya inila the best pancakes yg pernah saya makan... Korang try buat tau.

TIPS:

*Entry lama tu saya guna pan IKEA lama yg dah melekat² tu yg pancakes pun menggerutu semacam.  Plus baru 1st time buat, jadi tak pandai adjust lagi.

*Teknik terkini : saya tak gunakan minyak/butter masa masak utk dapatkan pancakes yg lebih cantik & sekata

*Cara shortcut saya nak buat pancakes :
  1. Tuangkan susu dalam jug & dicampurkan cuka (biarkan seketika sehingga susu nampak berkeladak -  +- 10 minutes).  
  2. Gaulkan semua bahan kering dlm besen/mangkuk (tepung, gula, garam, soda dll) dengan whisk (ini cara shorcut utk mereka yg tak nak mengayak).
  3. Campurkan semua cecair lain dalam jug susu & kacau rata (butter cair & telur)
  4. Then masukkan bahan kering dalam jug susu tadi sikit² sambil kacau rata dengan whisk sampai habis.
  5. Panaskan pan & tuang aje terus dari jug tu.  
- Ini cara saya le... kalau korg rasa tak selesa dgn cara ni, boleh reka teknik masing².. :)


Cheese Omelette for Misha

Monday, May 6, 2013 2 comments
Tengah bimbang ni... baby notti Mama pulak yg demam.  Ni mesti jangkitan dari Ieqa.  Bukan tak cuba asingkan dua budak ni, tapi pantang je ada kesempatan, mesti nak main berdua. Abih tu camno? 

Kesian tengok Misha menggigil-gigil teruk tadi.  Janganlah demam tonsil macam Ieqa.  Lepas 7 hari baru lega... 

Moga-moga baby notti Mama ni dah boleh start ber'nottian' semula esok. Kalau after 24 hours under med still tak recover, kena bawak ke pakar le.  Baru aje last week jumpa dr kesayangan diorang, bwk Ieqa.  Minggu ni Misha pulak...

Entry kali ni saja nak share breakfast Misha sejak dah bertukar diet ni.  Kemain enjoy dia nikmati meals sekarang ni.

Kali ni saya buat cheese omelette aje.. simple aje.  Saya just pukulkan sebiji telur dgn susu (1-2 sudu besar), sedikit black pepper & sekeping cheese yg dicarik aje...

Gunakan non stick pan (saya suka letak sedikit olive oil & butter), tuang telur tadi, renjiskan black pepper, bila telur hampir masak tambah cheese

Then lipatkan aje...

Dah siap.. sedia dihidang.  Misha share dgn Ieqa.  

Bila dapat makanan, dia akan spot check dulu, pusing-pusing, picit² lebih kurang, gigit sikit... 

OK.. lulus ujian... baru boleh dimakan... 

Tuna wrap

Wednesday, March 20, 2013 4 comments
Layan wrap lagi, kali ni try dengan tuna plak.  Stok sayur takde, jadi saya letak tomato cherry aje, tu pun dah nak habis & mulai kering.  Tapi tomato cherry yg kering ni sedap sbb manis sikit (tapi khasiatnya tak sebaik yg fresh la kan..).
Just sapukan tuna

Tambahla sayur & sos / mustard or mayonis.. Oh ye, dan cheese.  Boleh letak apa jua jenis cheese pun, terpulang, kita yg nak makan kan.. :)

Gulung & grillkan.  Saya grill dalam microwave oven aje.  Nak grill atas pan pun boleh.
Buat 4 ketul aje, saya 2, suami 2.  Anak-anak makan mushroom soup & garlic bread leftover semalam.  Diorang yang request, senang keje Mama...

Oats with Kiwi & Honey

Sunday, March 17, 2013 0 comments
Ambik gambar kejap sebelum suap dalam mulut.  Gelap sikit sbb pagi lagi.. hehehe.. Buat oats ni sebab nak perabiskan stok kiwi masam.  Untuk rasa yang lebih sedap saya picitkan sedikit honey dalam oats ni.  Kalau tak mesti takleh makan sbb kiwi tu terlajak masamnya.

Dulu saya tak pernah jadikan oat as breakfast sbb kenangan masa kecik dulu, oats tak sedap.  Tapi mungkin masa tu tak pandai buat kot, pegi masak oats tu sampai lembik then dicampur pula susu pekat manis, mana tak jadi bubur & muak.

Sekarang ni tau dah, cukup sekadar panaskan susu (saya panaskan dalam microwave aje) then masukkan oats.  Kemudian bolehlah dicampur honey, kismis, kurma atau buah-buahan segar.  Boleh tahan sedap.  Yang penting, amat baik untuk kesihatan.  Ayuh amalkan gaya hidup sihat!!

Crustless Spinach Quiche

Sunday, March 3, 2013 0 comments

Salam hujung minggu... Tengah beristirehat kejap lepas layan brunch.  Hari ni saya try buat quiche.  Biasanya quiche ni ada crust di luarnya (macam pastry crust), tapi saya kurang gemar macam tu campur malas nak buat kulit pai semua tu.  Jadi resepi ni memangle tersangat sesuai.. hihihi...

Sementara tengah toast roti, sempat snap gambar makanan untuk brunch.  Semua orang tak nak layan baked beans arini, jadi ini aje lah geng quiche tu.
Kejap je dah nak abis... yang best tu budak-budak ni makan je bayam dalam tu tanpa banyak soal..  hehehe
Cara nak buatnya senang sangat, macam omelette aje, tapi cheesenya teramatlah banyak.  Jadi saya genggam lebih kurang cheddar & mozarella & taburkan parmesan sikit.  Sekali sekala kan... (dah seminggu dok layan makanan yg berlemak... silap-silap naik balik beratku.. huhuhu..).

Ini resepinya yang saya petik dari sini 

Ingredients
1 tablespoon vegetable oil
1 onion, chopped
1 (10 ounce) package frozen chopped spinach, thawed and drained
5 eggs, beaten
3 cups shredded Muenster cheese
1/4 teaspoon salt
1/8 teaspoon ground black pepper

Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Lightly grease a 9 inch pie pan.
Heat oil in a large skillet over medium-high heat. Add onions and cook, stirring occasionally, until onions are soft. Stir in spinach and continue cooking until excess moisture has evaporated.
In a large bowl, combine eggs, cheese, salt and pepper. Add spinach mixture and stir to blend. Scoop into prepared pie pan.
Bake in preheated oven until eggs have set, about 30 minutes. Let cool for 10 minutes before serving.

- Ringkasannya :  

Tumis bawang & masukkan bayam, perasakan (saya letak rosemary, nutmeg & blackpepper sikit), ketepikan.  Kemudian pukul telur, masukkan  blackpepper, garam & cheese.  Campurkan semua & bakar aje... 

Saya masak 25 minit aje, tu pon dah hampir overcooked.  Maybe sbb saya guna casserole kaca so heat kuat sikit kot... So time memasak tu usha-usha la tgk, kalau telur dah nampak kering bolehlah tutup api.

Dah siap makan, baru teringat bekas pie saya ni ada tapaknya... jadi saya tutupkan aje baki makanan dengan tapak tu.  Lantakla kan.. janji makanan dalam tu tak kering... hehehe..

Breakfast Wraps

Thursday, February 21, 2013 4 comments
Breakfast yang mudah tapi amat mengenyangkan.  Nampaknya teknik mengawal pemakanan saya berjaya menurunkan berat 2kg.  Saya takdelah buat diet drastik ke apa, just elak memasak makanan bersantan, kurangkan memakan cheese & tak menambah makanan macam selalu.  Biasalah saya ni kalau menyusu memang terlebih berselera.  Kalau masa menyusukan Tiha & Ieqa, memang boleh makan apa saja.  Letak nasi bertimbun, belum lagi tukang perabis apa saja makanan yg orang lain tak nak.  Tapi lepas bersalinkan si Misha badan saya macam tak menyusut, makin naik ade le.. Jadi kena control makan la sikit.  Exercise tak terbuat, bila nak start ada aje yang menganggau.  So kena lebih kreatif makan benda-benda yang kurang lemak le.

Ini menu breakfast saya dengan suami minggu lepas.  Kebetulan ada lagi 2 keping wraps baki dinner a few days before.  Saya olah jadi breakfast wrap.  Sedaple.. nanti nak buat lagi!!
Saya letak scramble egg (dari sebiji telur).  Scramble egg saya biasanya diletak sedikit fresh milk & black pepper & dikacau atas pan.
Saya letak baked beans plak..
Tambah cheese.. kalau letak cheese parut lagi cun, tapi malas nak korek kat peti beku
Ooopss.. bab ni malas sikit nak tunjuk... rupa wrap yang digulung... Saya memang tak pandai gulung cantik... kalo orang lain buat mesti lagi presentable kot.. hehehe
Saya grill dengan api atas bawah, 8 minit.  Bila start makan, rasa macam tak cukup je 1.. hehehe.. mula la nak start buruk lantak tu... :)
Oh ye, kalau suka ada rasa pedas boleh le tambah sos cili or sos-sos lain.  Selamat mencuba!

French Toast Aneka Rasa

Wednesday, November 14, 2012 0 comments
Ini bukan sebarang french toast.. french toast ni dah diubahsuai mengikut citarasa.. hehehe

Yang ni diletak peanut butter (kasar) & strawberry jam

Yang ni pulak butter & honey

Telur dicampur sedikit susu & gula

Celup dalam telur & dimasak atas pan (saya suka guna butter so toast tu adela rasa buttery sikit).
 Toast ni sesuai kalau nak dijadikan breakfast.  Mostly kalau ahli keluarga bercitarasa berbeza.  Untuk anak-anak saya sapu nuttela aje ditengah.  Pasni nak try letak cheese slice le pulak.. hehehe.. Antara semua, saya & suami paling suka yang honey.  Lemak, manis & masin secukup rasa.  Breakfast yang mudah bukan?

Fluffy Pancakes

Thursday, November 8, 2012 0 comments
Asyik post fasal roti aje kan.. macam blog mari membuat roti la plak.. hehehe.  Orang tengah excited belajar, macam ni le.  Actually lunch saya makan nasi dengan kanak-kanak ribena ni macam biasa.  Tapi taklah snap gambar pun.  Lauk-lauk biasa aje, kari ikan, kurma telur, sayur goreng, ayam masak lemak cili padi, etc... macam orang lain jugak.  Tapi macam takde mood aje nak amek gambarnya.. sekarang ni saya banyak post resepi-resepi yang saya cuba dari orang lain aje.  Kalau menjadi & sedap, saya akan post kan kat sini.  Kalau tak sedap, saya diam-diamkan ajele.. hehehe.. Dah try resepi orang, tak nak komplen banyak-banyak.  Tak baik tau.. kalau tak sedap, takyah buat lagi dah, habis cerita.

Ok.. fluffy pancakes ni memang nampak menyelerakan.  Saya selalu buat pancakes guna resepi ni.  Tapi nak pula cuba cara baru, kot-kot lebih sedap ke.. Saya ambil resepinya dari sini .  Menurut Kak Nor, dia pun ambil dari sumber lain pula.. tak kisahlah kan, janji sedap.


Dapat banyak juga, tapi habis licin kena balun (lupa la plak berapa pieces)
Kalau nak cuba memang berbaloi.  Ini resepinya

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".


Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.


Saja gatai transfer dalam jug
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.


Jangan gelakkan pan saya ni ye.. banyak jasa ni.  Beli RM12.90 je kat IKEA 7 tahun lepas

Bila dah nampak bubble-bubble pecah macam ni, dah ready untuk dialih la nih

Okes.. dah alih, tunggu kejap dah boleh angkat.  Kalau pan yang tebal & masih  cun permukaannya, baru la  cantik kejadian penkek ni.  Kalau pan dah berkerak mcm ni, berkerak juga lah hasilnya.. hihihi..
Ok.. habis dah topik penkek.  Pasni kita cerita pasal roti balik.. kakakaka... nasiblah kalau ada yang muak tengok rooottiii je kat sini.. :P




Our Breakfast

Monday, October 22, 2012 0 comments
Weekend memang masanya we all layan heavy breakfast or lebih kena kalau digelar brunch (lewat + kenyang sampai petang).. :P.  Usually set American Breakfast yg jadi pilihan.. so heavy, so easy.. hehehe

American Breakfast set for Baba

Mine.. bukan ini saja tau.. rotinya tak muat pinggan.. hehehe
Biasanya set American breakfast we all mcm kat atas ni aje.  Just dari segi egg preparation berbeza sikit.  Baba suka scramble egg (telur, susu, garam, pepper & butter dimasak atas pan).  Saya pula sukakan sunny side up.. tapi bhgn atasnya kena cair sedikit tau.. saya suka lelehan telur kuning tu terasa pecah dalam mulut... mmm... yummy..

Sekarang ni our favourite utk digabungkan dgn set American Breakfast ni Ayamas Breakfast Sausage.. saya suka stimkan supaya tak masin sgt (sosej Ayamas sedap, tapi a bit salty for me..).  Kalau sebelum ni saya kurg suka sosej, tapi Ayamas Breakfast Sausage ni memang sedap.  Sampaikan Laieqa yg anti sosej tu pun boleh makan sampai 2 ketul... Ini sudah kes berat, boncit la anak mama nanti.. hehehe..

Oh ye, tak lupa juga Chicken Meatloaf Ayamas yg sedap!! Baunya memang membangkitkan selera.  Tiha cukup suka jika saya buatkan roti sandwich yg dikepit dgn chicken meatloaf, cheese & sos.  Sometimes saya just letakkan Meatloaf ni atas sekeping roti, tabur cheese & grillkan aje.  Cukup berselera budak² ni mkn benda² tak sihat macam ni.. hehehe (ala.. makanan frozen.. instant mcm ni mana ada sihatnya kan?).  Kasi can la Mama mengelat sikit.. :)

Hash Brown

Saturday, April 28, 2012 0 comments
Kentang ni  antara makanan favourite saya so apa-apa resepi yg menggunakan kentang mmg menarik perhatian.  Saya pernah beli hash brown frozen, disebabkan nak perabis stok, saya selalu sangat jadikan breakfast.  Until we both dah tak teringin dengan hash brown ever since.. hehehe.. Itu cerita 6 tahun lepas (haa.. 6 tahun tak teringin teruss).

Disebabkan stok kentang yg banyak, saya beranikan diri buat hash brown.  Senang aje nak membuatnya.  Yang penting.. rajin-rajinlah ke dapur.  Kalau senang pun tapi tak masuk ke dapur, tetap tak menjadi kann... (sedap je kata kat org ye)..

Oklah.. saya bagitau bahan-bahannya yee...
  • Olive oil (boleh ganti dgn minyak lain)
  • Kentang (ikutla berapa biji korang nak)
  • Black pepper
  • Garam 
* Kentang tadi diparut dgn pemarut kasar & ditapis airnya atau keringkan dgn kitchen paper.

Panaskan olive oil dan masukkan kentang (ratakan ye..).  Kalau nak rangup lebih, lebihkan le minyak tu

Renjiskan dengan garam & pepper sesedap rasa 

Terbalikkan bila bahagian bawah dah betul-betul masak /garing (kalau tak hancusss jadinya)..  Then angkat bila sebelah satu lagi pun dah garing
Sonang kan?  Hash brown ni sesuai sgt dijadikan breakfast.  Makan dgn mayonnaise & sos pon sedap.  Kegaringan kentang ni amat penting, kalau tak.. lembik aje time nak makan nanti.  Minyak pun kena letak extra utk elak kentang lembik. Sesetengah hash brown menggunakan bawang juga, so letak le kalau suka.

Resepi Ulangan...

Saturday, March 10, 2012 0 comments
Roti Tuna Cheese (time ambik gambar ni belum ditabur cheese)... 
Gara² stok tomato cherry still ada dlm peti, saya just buatkan Roti (pon stok dlm freezer) yg disapu butter, tuna, tomato & ditabur cheese.  Cheese tu tak kisahlah nak guna cheddar parut/keping & kalau nak jadi tangy  gunalah mozarella.. Lepas tu toast aje  5 -10 minit (ikut pada tahap kerangupan yg dikehendaki).. dah siap!!!

Tuna tu plak kalau tak habis, saya transfer masuk bekas kecik & bekukan (kalau simpan kat chiller kena habiskan within 3 days aje).  Biasa saya suka bekukan baki makanan, so bleh simpan berbulan². Roti pon kalau tak habis, saya bekukan, bila nak pakai saya keluarkan & toast mcm biasa.