Showing posts with label Kina Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kina Kitchen. Show all posts

KINA KITCHEN - TEMPAHAN

Friday, December 22, 2017 0 comments
Baru-baru ini kami menerima tempahan yang agak besar kuantitinya.  Memang dilemma juga kami nak menerima atau menolak sebab tenaga kerja kami tak seramai mana.  Nak tutup kedai sehari pun, kasihan pula customers lain yang datang jauh-jauh tengok kedai tutup.  Jadi 2 hari sebelum function saya dah buat persediaan dan perbincangan dengan staff tentang tugasan.  Alhamdulillah.. Abang saya pun datang menolong dan ketiga-tiga staff bermalam di kedai untuk prep.  

Esoknya sesudah subuh terus kami ke Kina Kitchen untyk menyediakan tempahan 400 orang makan dari MYIPO.  

Kanak-kanak ribena dikurung dalam bilik stor/bilik rehat

Pagi tu ada pulak a few delivery untuk Lontong, Nasi Lemak, Sambal Sotong juga.  Maka Tiha cover tugas cashier

KAmi di dapur bertungkus lumus... 
Punyalah mengejar masa... Ini aje gambar yang sempat kami snap



Saya punyalah plan nak make sure kami boleh siapkan makanan on time.. Langsung tak terlintas tentang proses pembungkusan yang ambil masa yang sangat lama!  Bayangkan nak bungkus sup aje 200bungkus!  Kuah kari 150bungkus, Asam Pedas 50 bungkus.  Until now bahu saya masih sakit effect dari kerja-kerja membungkus tu.  Kebelakangan ni mmg bahu saya agak sensitif bila overused, tapi nak tak nak memang kena lawan dan letak ke tepi segala kesakitan tu.  Mujur jugak abang yang memang dah biasa berniaga juga.  Nasi Ayam Abang Mi yang uruskan... Kalau tak.. entahla apa jadi.  

Apapun syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan segala kekurangan datangnya dari kami.  Diharap semua pelanggan Kina Kitchen terus menyokong kami.  Sayang anda semua!



KINA KITCHEN BANGSAR UTAMA

Friday, December 15, 2017 0 comments
Inilah tempat kami mencari rezeki.. Kina Kitchen yang ditubuhkan pada 2010 dan masih beroperasi di Bangsar Utama.  Sesiapa yang mengenali saya, pasti tahu saya amat meminati bidang F&B sejak dari kecil lagi.  DI masa lapang, hobi saya ialah mengenali masakan-masakan dari seluruh dunia.  Saya suka mengkaji sesuatu makanan tu sebelum saya memasaknya.  Saya amat particular dengan bahan-bahan dan teknik memasak supaya masakan yang terhasil setanding dengan resepi asal (originaliti sesuatu makanan dikekalkan).  Melalui Kina Kitchen, saya amat berharap, masakan saya dikenali dan dapat dirasai oleh orang lain juga.  

Di bawah ialah antara proses penyediaan pes asam pedas dan Kari Ikan kami....



 Ini pula tempahan cucur.  Selain Nasi Lemak, tak kurang juga peminat Cucur Labu dan Cucur Sayur Kina Kitchen ni tau..

Cucur Labu


Breadpudding 
Cucur Labu dan Cucur Bilis

Cucur Sayur
Jumaat ni ada tempahan function yang terbesar yang pernah kami terima.  Doakan kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya.  Tiada apa yang saya harapkan selain dari kepuasan pelanggan setiapkali menikmati hidangan dari kami.  \

Kalau korang terlajak ke Bangsar Utama, carilah Kina Kitchen ye.  Kami beroperasi Setiap Isnin-Jumaat jam 7.30am to 5.30 pm dan Sabtu 7.30a.m -3pm.  Kami ditutup setiap hari Ahad dan cuti umum.  Untuk Lokasi, boleh cari di Waze dan Google Map.  Atau boleh Like FB Kina Kitchen untuk update terkini... :)




KINA KITCHEN - DESSERTS DAN TEMPAHAN/DELIVERY

Sunday, February 12, 2017 0 comments
Kat bawah ni antara makanan yang ada kat Kina Kitchen.  Dessert tu tak selalu ada.  Biasanya saya buat ektra jika ada yang menempah atau jika saya rajin!!!.. Nak tau detail, masuk FB Kina Kitchen lah ye.  Banyak lagi tempahan atau permintaan untuk penghantaran makanan.  Alhamdulillah atas rezeki Mu ya Allah.  Kami akan cuba lakukan yang terbaik demi kepuasan pelanggan.  

Saya agak kerap mengemaskini FB KinaKitchen kerana sudah ada customer yang mengikuti perkembangan dan memantau menu² yang ada kat situ aje.  Banyak lagi menu yang bakal menyusul.. jadi follow aje FB KinaKitchen ye.
Cucur labu... Antara menu sarapan kami


Lembut, lemak² manis.  Labunya banyak.. Saya sangat 'alert' bab rasa makanan ni ye.  Siapa yang biasa makan masakan Saya, pasti tahu apa maksud saya ni...


Bread pudding & puding jagung

Ini juga menu sinonim kami sejak dulu.. Tapi hanya ada bila ada permintaan...


Bread Pudding with Custard Sauce... Sedap tau!


Haa.. belum pun sejuk, Saya dan Suami dah testting dulu.. Must try ni!!

Murah aje harga kami.  Memang berbaloi...
Antara tempahan yang diterima... Banyak lagi kat FB Kina Kitchen.  


Oh ye.. Nak maklumkan bahawa kami buat delivery untuk order RM30 ke atas.  Kawasan penghantaran sekitar Bangsar Utama sehinggalah ke KL Sentral dan kawasan berdekatan.  Nak order boleh PM di Page Kina Kitchen or WhatApps 012-3123546

Thx semua!!!



KINA KITCHEN ON FB

Friday, December 2, 2016 0 comments


Kalau diikutkan sudah 6 tahun kami membuka perniagaan dalam bidang F&B ni.  Dari kecil saya memang dah terbiasa dengan suasana berniaga ni.  Malah ada saja benda yang saya niagakan masa sekolah dulu.  Masa sekolah rendah, Saya niaga aiskrim, sagon, jeruk amra bila ke sekolah Agama di sebelah petang.  Bila sekolah menengah pula saya berniaga karipap (balik sekolah, lepas settle homework mengadap karipap sambil menonton TV).  Saya juga biasa menolong Mak buat kuih muih, sambal nasi lemak dan lain-lain.

Habis U, saya kerja dengan co F&B (setahun di Belissini & A&W) then join pula Deli & Meals dan O'briens (7 tahun).  Masa zaman  ni juga saya jadi Tukang Masak / Fasilitator / Balaci... hehe.. untuk Kelab Arus.  Weekend tertentu saya ikut diorang masuk hutan & masak untuk group ekspedisi.  Penat tauuu... Pukul 5.00 pagi  kena start masak dah sebab peralatan dalam hutan sangat limited then jumlah peserta 40-60 orang pada satu-satu masa.  Sampai patah² sudip besi dikala kacau nasi goreng... tangan ni lenguh & sakit toksah cakapla.  Tapi memang seronok bila peserta makan sampai licin & siap puji² masakan kita tu.. hehehe..

Biasanya saya ada sorang Assistant untuk membantu.  Dia jugalah yang intro saya dengan group ni.  Mr Topoy ni asalnya chatmate saya masa zaman² belajar dulu.  Yang paling kelakar, punyalah lama berchatting, barulah tau dia senior saya di UUM... hahaha... Siap jaga CC dekat The Mall lagi.  Rupanya ramai jugalah geng chat saya yang se Uni... Zaman² chatting Mirc dulu memang sukar dilupakan.  Sahabat² chatting saya punyalah ramai & syukurlah sampai dah beranak pinak pun kami masih keep in touch.  We all chatting bukan sebab nak 'pancing' ikan... memang pure friendship.  Cuma secara tak sengaja salah sorang chatmate yang paling suka kutuk saya end up nya jadi husband & pastinya business partner saya sekarang... Hahaha... ehh.. kami bukan bercinta masa chatting ye.  Hampir 8 tahun kami hanya berstatus kawan.  Dia siap dah bertukar ganti aweks lagi... hahaha... Agaknya dah takde awek dah dia nak ngorat, tu yang cari membe dia suka kutuk sangat selama ni.

Ehhh... merepek.. merepekkk... Bab melalut memang no 1.  Ingatkan nak update tentang Kina Kitchen yang sekarang ni dah wujud di FB.  So nak bagitau la yang dunia bisnes & masakan ni bukanlah asing untuk saya.  Memang Saya dah biasa menyaji/memasak makanan untuk orang ramai sejak dr zaman sekolah lagi.  Baru² ni kami ditugaskan menjamu 100 orang di rumah Mak Mertua.. Alhamdulillah... sampai sekarang Saudara Mara masih lagi bertanyakan tentang resepi masakan & memuji² kelazatan makanan hari tu... Ewwwaaahh... promote.. jangan tak promote!!!


Antara hidangan yang sempat kami ambil gambar... Saya berdua dengan Suami aje yang uruskan... Ikan² dan ayam saya goreng panas².  Ulam² pula Tiha yang handle... Syukur, makanan cukup² untuk semua tetamu.  Keli 50 ekor, Ayam 10 ekor, Pari dan Pelaling... 
 Kemudian ada majlis di Taman Selayang Mulia pula.  Tempahan dari regular customer kami...







Ini pula feedback beliau...


Lama juga saya ambil masa nak buat FB untuk Kina Kitchen ni.  Banyak sangat faktor kenapa saya tak buat dari dulu.  Antaranya... takde material/gambar yang mengancam kalbu, kami Laki Bini adalah makhluk yang agak kurang pandai berkomunikasi dengan manusia lain... jangan ditanya mengapa... sebab kami berdua ni memang spesis planet lain sikit.jadi dibimbangi jika kami cuba mendekati orang, makin ramai yang lari... hahaha...

Oooppsss.. merepek lagi!  Ini juga satu sebabnya... Saya memang suka terbabas atau melalut.

Oklah.. tanpa mengarut lebih panjang lagi... jemputlah ke FB kami ye... Cari aje Kina Kitchen... Sila like reramai OK.  Bagi kami confident lebih sikit... hihihi.. (gelak mengilai... )... hihihi...