Bersawang...

Friday, May 31, 2013 0 comments
Alahai. kembali bersawang la blog saya.  Memang schedule huru-hara sikit 2-3 minggu kebelakangan ni.  Saya tengah usahakan sesuatu untuk dapatkan balik hak saya.  Saya ni tak suka orang yang ambil mudah bab wang ringgit & harta benda orang lain.  Walaupun nilainya sesen, tapi ianya tetap hak kita.  Saya yakin tuhan akan memberikan jalannya, cuma usahanya mestilah dari pihak kita.

Esok saya akan ke Fraser's Hill bawak kanak-kanak kaki jalan ni ke sana.  Asalnya langsung takde plan nak vacation ke mana-mana cuti ni.  Nak kurangkan sikit aktiviti bercuti jauh² ni, mostly dah dekat nak masuk Ramadhan.. budget kena jaga beb.  Bulan puasa cafe ditutup,  setakat bazar takde la lumayan mana,  lepas bayar gaji staf je pon.. :( ..

Tapi nak jadi cerita, parent in law ajak ke sana beramai².  As usual, father in law la jadi tukang sponsor.  Asalnya nak pergi 2 hari, tapi ada plak yg tak available, jadi pegi le sehari aje.

Lepas bincang² dengan suami, we all plan pegi awal sehari dari orang lain.. hehehe.. kesian plak budak² ni tak sempat membuas sangat nanti.  Baru je booking Shahzan Inn Fraser's Hill.. dalam dok jimat, bedebuk caj RM211.00 dalam kad.. hehehe.. jimat la sangatkan.

Actually nak booking Puncak Inn sebab cheaper & hotel pon cantik sebab masih baru .  Tapi penuh beb!  Takpelah.. kita try hotel lain pulak.  Entah² jatuh hati dengan hotel ni pulak ke kan.. (tapi harganya tak berapa nak jatuh hati..)..

Apapon kita tengok servis yg ditawar dulu rite..  Berbaloi tak dengan rate nya tu.. Lepas vacation, struggling study law & cari resolution terbaik untuk kes saya ni.  Moga semuanya dipermudahkan.


Cucur Lemak Manis

Tuesday, May 21, 2013 0 comments
Ini le cucur bersusu.. lemak² manis rasanya.  Air diganti dengan susu segar & letak secubit baking powder.  Semua ni habis dimakan oleh 3 beradik tu... Kalau ada Babanya, mau kena ganda bancuhan... 

Pernah makan cucur manis tak?  Masa kecik² dulu, Mak saya suka juga buat.  Tapi saya lagi suka Cucur bilis, jadi kalau buat cucur manis ni, saya akan buat juga cucur bilis.  Saya memang dari kecik kurang suka makanan manis.  Kalau makan pun, mesti kena cover balik dengan makanan masin.  Kalau tak macam ada benda tak kena aje...

Tapi tak sangka plak suami saya suka cucur ni.  Jadi tiapkali dia request cucur ni, saya akan buat 2 jenis sekaligus.. Yg manis utk dia, bilis utk saya.  Kalau cucur manis dulu², just bancuhan air, gula, tepung & garam aje...  Sekarang ni untuk tarik perhatian anak & menaikkan lagi rasa, saya ubahsuai sikit... :)

Maka jadilah cucur manis bersusu ni.  Ala.. senang aje nak buat, sama je macam cucur biasa.  Cuma gantikan air dengan susu segar & letak sedikit baking powder untuk kasi kembong².  Satu tips nak buat cucur ni, bancuhan tu yg menentukan cucur tu berminyak ke tak.

Kalau bancuhan cair... lebih banyaklah minyak yg diserap, tapi rasanya lebih rangup... Saya pula suka bancuh pekat sikit kalau nak tambah baking soda atau telur supaya cucur tak terlalu gebu & berminyak (cucur boleh dijemput dgn jari).  Pendek kata pandai² le budget ikut selera masing²...

Strawberry Sauce

Sunday, May 19, 2013 0 comments
Alah.. macam mana boleh lupa ni? Dah lama post resepi New York Cheese Cake, tapi lupa pulak nak letak resepi sauce nya.. Makin nyanyuk ni.. hehehe...

Buah strawberry ni dah lama sangat saya beli... kononnya nak buat froyo.. tapi tak terbuat plak.. so sebelum strawberry tu rosak, saya beku kan.  Ni barulah saya keluarkan balik dari peti beku.  Buat cheesecake ni pon sbb nak perabis stok strawberry ni le... 

Senang aje nak buat sauce ni.  Tapi saya cari jugak resepi, bimbang jugak teknik hentam keromo ku tak jadi.  Benda mahal ni oooiii... 

Resepinya saya ambik yang Chef John jugak, tukang kasi resepi Cheesecake aritu... 

1 pint strawberries, rinsed, green tops removed (frozen will work)
1/4 to 1/3 cup sugar (depends on sweetness of berries)
1/2 teaspoon balsamic vinegar
2 tablespoon water
1 teaspoon cornstarch dissolved into 2 tablespoons water

Rasanya tak sampai pun 1 pint ni.. ala.. lebih kurang le kan...  So just masak strawberry ni dengan sedikit air, 15 minit


Tambah gula & sedikit tepung jagung yg dibancuh dengan air.. masak lagi sampai semuanya mesra
Dah siap masak, blend aje guna blender & sedia dihidang..  Sedapnya makan sauce ni dgn Cheesecake... nyumm..nyummm...

Black & White Cupcakes

Saturday, May 18, 2013 4 comments
Black & White Cupcake ready dibakar... 
Selamat Hari Guru buat semua para guruku yang sentiasa di kenang, kawan² & adik² yang kini bergelar guru serta semua para guru sekelian... (para blogger pun ramai di kalangan guru kan.. antaranya Aisy & Cik Chinta yg rajin bertandang ke blog saya ni).

Hari Guru kali ni tidak disertai oleh Tiha sebab dia still nampak weak & pink eye nya pun still ketara.  Jadi saya pontengkan dia Khamis tu, maka melepaslah dia dari merasai sambutan Hari Guru pertamanya.

Malam Jumaat, saya ada mention tentang Hari Guru yg dia dah missed tu.  Sekali dia tanya.. "Mama... ada ke kek nak bagi present kat teacher nanti?"...  Aiseh.. Mama menggaru kepala & just bagitau "Mungkin takde kot, hari tu plan nak buat, tp Tiha tak sihat plak lagipun dah lewat ni..."

Menjelang lewat malam, di kala semua orang dah nyenyak tidur, tiba² rasa guilty plak kalau tak prepare apa².  Tambah² Tiha ni jarang meminta²,  kalau saya cakap takde.. dia pun jawab "OK"..  walaupun respondnya slow & jauh ke dalam aje bunyinya.. 

Benda² macam ni yg buat Mama alah... Walaupun agak kepenatan & hari dah lewat, tapi bila difikir bukan selalu pun kan... sekali-sekala happy kan anak².. 

Lepas di belek² resepi, terjumpa lah resepi cupcake yg simple ni.  Dah 1.00 pagi baru nak start jadi ambik je resepi yg senang & takde risiko sangat.  Kang tak menjadi ke.. tak ke naya.. hehehe..

Saya paste balik resepinya eekk.. resepi ni dari Mai yg duk nun jauh di Amerika... Ini antara blog terawal saya follow sebab seronok baca tulisan Mai tentang gelagat Cik Aiyu kita yg berwajah mat saleh tu... 

Cream Cheese Layer
8 oz cream cheese
1/4 cawan gula
1 telur

Cake Layer
1-1/2 cawan tepung
1 cawan gula
1/4 cawan + 1 tbsp tepung koko
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
1/2 cawan air
1/3 cawan minyak jagung
1 telur
1 tsp vanilla
1/2 cawan chocolate chips

Cara-Cara:-
1. Panaskan ketuhar ke 350 deg F (175 deg C). Alas 12 cawan muffin dengan paper cups.

Cream Cheese:-
1. Pukul cream cheese hingga hilang ketul-ketulan. Masukkan gula & telur, pukul hingga sebati.

Cake:-
1. Campurkan tepung, gula, tepung koko, soda bikarbonat & garam ke dalam satu mangkuk.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul air, minyak jagung, telur dan vanilla.
3. Campurkan adunan ke bekas tepung tadi, kacau hingga sebati (jangan terlebih kacau). Masukkan separuh dari chocolate chips tadi.

2. Isi cawan muffin tadi hingga setengah. Guna lebihan adunan kek tadi dan semua adunan cream cheese untuk membentuk hitam putih di atas cupcakes itu (isi separuh kek, separuh cream cheese menggunakan sudu)

3. Tabur baki chocolate chips tadi di atas.

4. Bakar untuk 30 - 35 minit.

Kek ni memang sedap & senang dibuat... malam tu jugak saya habiskan seketul.... (kena la test dulu sebelum bagi kat orang kan).  

Tapi macam biasa le, tiapkali buat benda² manis, saya akan kurangkan gula kepada separuh sukatan aje.  So far tak menjejaskan rasa, in fact kami sekeluarga lagi enjoy sebab manisnya tu cun² dgn selera kami.. :)

Ni rupa first batch yg dah siap masak... masa ni bimbang je dapat sikit, tu yg budget² je masuk dalam paper cup.. 

Ni batch ke 2... haa.. yg ni dah takde control² lagi dah... main humban je semua sampai habis... 

Tengah sejukkan sblm transfer masuk bekas...

Pagi² buta sementara tunggu Tiha bersiap, saya pack kan dalam plastik...  Since buat keje last minute, sticker dapur jadi mangsa... hehehe...
Bukan main ceria rupa budak yang baru kebah demam pergi & balik sekolah.  Rasa bestlah dapat bawak buah tangan kat para Cikgu kann... (saya rasa dalam beg dia pun banyak buah tangan dari para guru sebab dah seminggu ponteng kan... heheheh..)... 

Cinnabon

Thursday, May 16, 2013 0 comments
Cinnabon yg bakal dibekukan... 
Dua hari lepas buat cinnabon lagi, makan dengan cream cheese yg sedap tu.  Sekali buat, dapat 2 casserole ni, 1 saya bakar & 1 lagi saya simpan dalam peti.  Kalau tak cukup ke, boleh bakar lagi.  Tapi malam tu semua org makan seketul aje, siap berbaki lagi 2 ketoi.  So.. memang tak termakan le yg dalam peti ni..

Maka saya pun keluarkan dari peti biasa, transfer ke peti beku plak.  Bila-bila teringin nanti... bwk keluar aje & bakar.. :)

P/s :  Jiwa kacau & stress dengan agen yg tak pulangkan lagi passport & permit pekerja.  Dah berbulan mintak, ada je alasannya.. tawakal aje la... :( 

Sinki Kina cafe..

0 comments
Ingat lagi tak sinki buatan Kina Cafe dulu tu?  Ada la sebulan lepas saya turun ke Cafe, nampaknya masih utuh bertahan.  Kalau pakai sinki stainless steel dah lama kena rembat ni.. heheheh..

Besen plastik & meja terbuang boleh dijadikan sinki rupanya.. long lasting plak tu... :)

New York Style Cheesecake

Wednesday, May 15, 2013 0 comments

Bila tah saya buat cheesecake ni (yang pasti time Ieqa tengah demam, nak umpan dia makan la ni)...  Memang sedap & puas hati sangat sbb first time buat menjadikk!! 

Saya ni kan jarang buat mende-mende cenggini (manis & teramat menyihatkan)... Dah peel saya kalau masak apa² mesti nak habiskan... end of the day..boleh boolaatt nanti!!

Lagipun kekangan masa menjadi faktor jugak.  Belum lagi nak berebut oven dengan roti benggali kan.... campo jugak.. MALAS.. hehehe...

Resepi ni saya ciplak dari Fodd Wishes yg boom tuu...  Saya copy paste kat sini balik eekk..

Original recipe makes 1 9-inch cheesecake
(Saya buat separuh dari resepi asal, so semua bahan di bahagi 2)
3 tablespoons melted butter
18 graham crackers, crushed (saya guna separuh pack biskut Digestive)
1/4 cup all-purpose flour
1 cup sour cream (saya gantikan dengan yogurt)
1 tablespoon vanilla extract
4 (8 ounce) packages cream cheese (saya guna 500gm cream cheese)
1 1/2 cups white sugar
2/3 cup milk
4 eggs
1 teaspoon finely grated lemon zest
1 teaspoon finely grated orange zest

Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Lightly grease the bottom and sides of a 9-inch springform pan.
  3. Mix graham cracker crumbs and melted butter in a bowl until evenly moistened. Press crumb mixture into the bottom and about 1/2-inch up the sides of the springform pan.
  4. Whisk flour, sour cream, and vanilla extract in bowl. Set aside.
  5. Stir cream cheese and sugar with a wooden spoon in a large bowl until evenly incorporated, 3 to 5 minutes.
  6. Pour milk into cream cheese mixture and whisk until just combined.
  7. Whisk in eggs, one at a time, stirring well after each addition.
  8. Stir in lemon zest, orange zest, and sour cream mixture; whisk until just incorporated.
  9. Pour mixture into prepared springform pan.
  10. Bake in the preheated oven until the edges have nicely puffed and the surface of the cheesecake is firm except for a small spot in the center that will jiggle when the pan is gently shaken, about 1 hour.
  11. When the cheesecake is done, turn off the oven and let it cool in the oven for 3 to 4 hours. This prevents any cracks from forming on the top of the cheesecake.

Saya ringkaskan resepinya seperti berikut....
STEP 3 : Saya tak guna springfom pan.. saya gunakan bekas foil ni aje (nak perabis stok).  Transfer biskut yg digaul butter tadi dalam bekas (saya dapat 9 bekas ni).  Tekan² sikit & simpan dalam peti.

STEP 4 : Saya gaulkan yogurt, tepung & esen vanilla
STEP 5 : Gaulkan cream cheese & gula sampai mesra (tenyeh jangan tak tenyeh.. sampai takde ketulan & sebati okeh)

STEP 6:  Tambah susu & gaul

STEP 7 :  Tambah telur sebiji, gaul rata & tambah lagi sebiji, gaul rata-rata okess...

STEP 8 : Tambah lemon & orange zest (kalau tak nak takyah letak... tapi saya sukaaa..).  Then tambah campuran yogurt tadi dalam ni, gaul rata.

Tuang dalam bekas membakar tadi.... Saya bakar dalam preheated oven 180c selama 30 minit... 
Dah masak... tak sabarnya nak rasa (saya korek jugak walau masih panas...ssyyy!!!)

Walaupun sedap, banyak hari jugakle nak perabis cheesecake ni.  Sehari we all makan 2-3 aje sbb budak² ni tak makan sgt.  Misha kemain suka tp saya tak nak dia craving for sugar lak nanti².  Jadi mende² manis ni saya try tak nak bagi dia sangat.  

Hari yg last tu, rasa macam tak cukup aje... Esoknya plak.. masih teringat-ingatkan cheesecake ni... Tak bleh jadi ni.. Saya kena malaskan diri sikit, sbb kang asyik makan cheesecake aje... heheheh...

Kalau sapa² nak try amat digalakkan sbb pembuatannya teramat mudah.. tak mencabar langsung tau.. heheh,.. (kerek nampak?).. 

Oh ye, saya hidangkan cheesecake ni dengan strawberry sauce yg dibuat sendii macam Chef John jugak.. ahaakkss.. nanti-nanti le saya share resepi ekk.. Malam ni tak de mood lak nak membebel banyak²... Tataaaa...


Shepard Pie lagi..

Tuesday, May 14, 2013 0 comments
Last few days ada buat Shepard pie... lama dah tak buat sbb kemuakan yang amat.... ekeke.. kebetulan terajin nak ambil gambar, jadi saya letak aje kat sini... 

Tiha dah tak berapa enjoy makan (dulu dia lah hantu pie ni).. tapi si Ieqa plak makan dengan banyaknye.. Baby pun suka gak.  Tapi dia tak sempat dinner dengan pie ni sbb tido awal.  Schedule tido dia bukan main huru-hara sekrg...


Layer pertama... whipped potato (saya spray minyak dulu kat dasar casserole)...

Then baru letak intinya...

Lastly tutup semula dengan whipped potato tadi...

Ratakan... saya guna spatula.. tu yg senang.. nak guna senduk or belakang sudu pun boleh...

Design standard.. hehehe... Lorekkan dengan garfu!!
Dah siap bolehlah dibakar... untuk resepi refer kat sini ye.  Buat inti banyak-banyak, boleh bekukan..  Saya ni buat pun guna baki baked bean dalam peti beku & whipped potato dari peti beku.  Rimas tengok berbekas² baked bean yg dibeku tak bersentuh.  

Sekarang ni malas dah saya bukak baked beans kalau takat nak makan berdua dengan Ieqa, last² bakinya akan masuk peti beku!  Punya la banyak baki-baki tu kalau di campur dapat hampir 2 tin... hehehe

Si Misha dah mula sibuk nak panjat² Mama...Eloklah Mama pegi sambung kerja rumah yg tergendala (Mama curi² update blog sementara tunggu Tiha & Ieqa kemas toys).. hehehe..

 Hari ni rasa lega sikit coz pagi ni mata kanannya dah terbuka  sendiri.  Kalau tak jadi baby spero.. heheheh...  Even sepetnya pun makin berkurang.  Ubat still kena continue until next week.  

Tengah dok pk macam mana nak balik kenduri adik bulan 6 nanti... Bimbang Misha akan alahan lagi... 

Harap-harap alahan ni sementara aje macam kakak²nya.  Dulu masa baya ni diorg pun sama juga (tapi kesan alahannya sehari aje).  

Syukur sangat bila makin membesar semua alahan hilang dengan sendirinya... :)





Rewang-rewang

4 comments
Aduuhhh.. Tiha masih demam.  Semalam masa Mama dok sibuk blogging, temp dia naik ke 40 c! Padahal sebelum tu saya dah masukkan supp Voren, lepas sejam langsung tak turun.  Kemudian saya masukkan Poro pula,  by rite boleh masukkan kedua-dua serentak kan coz kedua² supp ni bertindak dengan cara berbeza.  Tapi biasanya saya buat jadi back up, kalau suhu makin meninggi baru saya sumbat yg satu lagi.

Saya memang tak bagi budak² ni ubat minum tu time demam sebab - diorang ni teramat SUSAH nak makan ubat,  kalu dipaksa sure akan MUNTAH.  Jadi saya memang sentiasa ada stok ubat muntot dalam peti tu.  Lagipun kelebihan ubat ni,  tak perlu le gerak kalau diorg tengah tido ke, londeh aje seluar & sumbat.. hehehe..  Kesannya pun cepat.  Entah kenapa anak² saya tak lut dengan Paracetamol biasa tu.  Bila guna supp baru le jalan.... 

Esok pun saya terpaksa pontengkan dia lagi sbb lewat petang tadi suhunya naik semula... Mmmm.. anak-anak Mama ni kalau demam memang lama.  Cuma yang pelik tu, diorang ni nampak sihat walafaiat je, berselera makan semua.. just bila suhu naik, baru le terkulai layu.  Masukkan ubat,  elok je suhu turun balik, terus bangun lompat-lompat macam tak demam.. kekeke..

Penat tak korang baca pasal demam je sejak sebulan lebih ni?  Saya ni lagi penat, asyik membebel pasal demam aje... Tido malam pon kena alert sbb sentiasa kena cek suhu diorg.  Memang tak aman la tido...

Kat bawah ni gambar rewang² kami lagi.  Pepetang pusing Tasik Perdana & layan playground.  Lepas Maghrib saya pusing KL.  Terkagum tengok Dataran Merdeka dah berwajah baru!!  Tapi hp kami ni memang fail kalau capture gambar dalam gelap tau.. so bear with it ok.. :P

Ambik gambar kat beca Tasik Perdana... dah selalu datang sini, kalau dulu bleh kata seminggu sekali kami jalan-jalan ambil angin...
Ini aje gambar area Dataran Merdeka yang saya share... semua gambar tak berapa clear pun... tapi memang agak meriah suasana kat sini.  Cuma we all hati-hati jugak sbb area sini banyak drug addict & homeless, jadi kami pun tak lepak lama-lama & berjalan berdekatan family lain.  
Bukan main terang lagi kat seberang sana.. jom kita terjah!!

Bangunan Sultan Abd Samad namanya kan?  Sekarang ni dah jadi Kementerian Penerangan punya pot.  Cantik sangat kalau tengok malam-malam sbb pencahayaannya... 

Potret bekas-bekas PM...

Pancuran air yg bertukar colour... 




Dekat lantai pun ada lampu-lampu, suka kemain Tiha & Ieqa main lompat-lompat & pijak.. (alaa.. budak², semua benda la korang suka..!!)
Tapi ada jugak benda yang tak syoknya kat sini... adala couple² tua berdating kat sini (jangan laki or bini orang berdating sudah)...  Dok bermanja-manja plak.. eeuuwww!!  Ni le salah satu sebab saya kurang suka ke Dataran atau Tasik Titiwangsa.. port org dating!!  Kalau kat Tasik Perdana takde la ketara sangat.  Lebih banyak yang bersenam or family..

Hilang mood nak meronda... Jomlah kita gi dinner plak!!

Agar-agar Peach

Monday, May 13, 2013 0 comments
Baby & Ieqa dah tak demam.  Tinggal Tiha aje lagi, dari Jumaat saya bagi dia ponteng.  Malam ni naik pula suhunya, jadi esok ponteng lagi lah.  Bimbang suhunya tinggi time kat sekolah nanti.  

Misha masih bertarung dengan alergik nya.  Last week saya bawak Misha jumpa pakar coz mata kanannya bengkak & merah.  Pagi-pagi mesti takleh buka sbb penuh dgn tahi mata keras.  Since masa tu dia pun demam, jadi saya bimbang juga dia ni kena infection bukan².  Dahla start diarrhea plak... Kalau setakat demam panas biasa, saya takde la sibuk bawak ke pakar kan...

Lepas jumpa pakar, baru dapat tau... Misha alergik kucing.  Sama macam kakak-kakaknya, tapi kesan alergiknya remain walaupun dah lebih 4 hari exposed dengan kucing.  Kan rumah parent saya banyak kucing, jadi esposure tu memang takleh nak elak.  Patutla dia macam perangai sikit kat kampung kali ni, saya ingatkan sbb demamnya.  Rupanya alahannya semakin teruk.

Akibat dari alahan tu, matanya terkena infection pulak.. since mata kanannya memang selalu berair (mmg dah lama saya pelik).  Ikut kata paed,  kedudukan saluran air mata dia yg buatkan matanya selalu berair & senang terkena infection tu.  So now kena treat dulu alergi tu then baru le matanya akan ok.  Dia kena makan 3 jenis ubat & ambil masa almost 2 minggu juga le untuk recover.  

Weekend baru ni saya terpaksa balik ke Jengka semula.  Walaupun memang berjaga-jaga tak bagi dia sentuh kucing,  saya nampak matanya makin merah.  Bengkaknya makin teruk.. dia pun nampak rimas sbb hidung mula berair.  So malam sabtu tu kami terus balik KL, kesian tengok condition Misha macam tu.  Sensitif betul dia dengan kucing ye... 

Alhamdulillah.. after 24hours kat KL matanya dah tak merah & bengkak sangat.  Still nampak sepet, tapi tak membimbangkan sangat.  Ubat pun continue macam biasa.  Nasib baik Misha ni senang makan ubat tak macam kakak²... hehehe...

Kali ni saya just nak share resepi agar² peach ni.  Saya buat ni masa Ieqa demam tonsil,  jadi senang dia nak makan.  Tapi macam banyak sgt, jenuh jugakla we all nak perabih.  Lagipun saya & suami lagi suka cocktail pudding... jadi for the sake of 'tak nak membazir',  perabis juga la... hehehe


Saya bagi tugas kepada Tiha untuk susun peaches.. sambil tu saya masak agar-agar.

Tuang atas peach, sejukkan & simpan dalam peti (basahkan dulu bekas dengan air supaya agar² tu senang lekang nanti)

Dah sejuk.. sedia dipotong.. (boleh tahan huru-hara susunan peach Tiha ni..)
Resepi : Agar-Agar Peach
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup - Amie guna jenama Ayam Brand
1 tin susu krimer sejat -  Amie gunakan F&N
air (campur bersama syrup peach dan susu krimer menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
setitik pewarna kuning telur
acuan agar-agar

Cara:
1. Susun buah peach di dasar acuan agar-agar. Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
3. Masukkan campuran 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur.
4. Masak hingga mendidih.
5. Tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach.
6. Biarkan seju dan membeku.
7. Untuk rasa lebih enak, simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.

Birthday Ieqa

Saturday, May 11, 2013 0 comments
Tengah bermalas-malasan atas sofa kat kampung ni.  Malam ni takde mood nak layan movie.  Biar le suami layan movie dia aje (saya takkan tengok movie yg ada scene perang or animal kena bunuh.. cencitip sikit...).  Suami pun dah tau & asingkan siap-siap movie mana yg boleh & takleh ditonton bersama.. hehehe..

Saja je gatal nak update blog.  Ikutkan tetiap hari teringin nak membebel kat sini.  Lately ni selera menaip macam menjadi-jadi plak.  So saya ambil je le dari koleksi draf yg terperam lama ni...

Birthday Ieqa ni dah lama berlalu pun.  17 Jan lepas.  Dahla Mama & Baba langsung tak ingat & tak plan apa-apa.  Masa ni jalan-jalan kat One Utama,  aktiviti petang Jumaat kami macam selalu - merewang tanpa hala tuju. 

Masa masuk ke Toy's R Us, tiba-tiba saya teringat...Ehh.. arini 18 Jan.. dah terlepas Birthday budak badut ni.  Aiseh, kesian la.. dah 3 tahun umurnya, lgsg tak pernah celebrate Birthday dia.. heheheh...

So saya bisik kat suami.. "Jom kita buat Birthday Surprise kat Ieqa"...  Mula-mula kami buat-buat tanya apa benda yg paling dia suka dalam tu.  Lepas dia dok ulang tunjuk benda yg sama, saya suruh suami ajak dia p pusing jauh-jauh. Saya belikan barang tu, bungkus & letak dalam plastik.  

Bila dah siap, saya pegi cari diorag.  Sibuk dia tanya "Present sapa tu Mama?".. Mama cakap.. "Syy.. jangan sibuk, present friend Mama ni..".. respond standard dia pastinya.. "Present Ieqa mana?  Present Ieqa?"... dan ayat tu akan diulang-ulang sambil memancarkan cahaya harapan dari bebola mata besarnya tu... hehehe... 

Budak yang tak tau ada surprise menanti...
Since nak buat Birthday, mesti la ada kek kan... Jadi tempat paling senang nak pilih kek, pastinya Secret Recipe.  Mula-mula masuk Secret Recipe One Utama... TAPI... adoila.. environment teramatlah tak best.  Restorannya nampak agak kotor & chiller keknya siap berkabus sakan!! Terkejut kan ada Secret Recipe lousy camni.  Patut la lengang aje walaupun tengah peak hours utk dinner...

Last-last kami ke arah Bangsar South.  Kat situ ada sebuah Secret Recipe yg besar & privacy.  Jadi rasa santai sikit untuk lepak sekeluarga.  Sampai-sampai aje Mama heret semua orang pilih cake.  One slice aje sorang, beli banyak-banyak bukannya habis pun.

As predicted Ieqa pilih Chocolate Indulgence,  Tiha dengan Yogurt Cheese yg juga pilihan saya & suami.  Then kami try satu lagi cake baru.. lupa namanya sebab lepas makan, Yogurt Cheese tetap no. 1 di hati kami... heheheh...

Budak notti ni tak cukup umo lagi, semua pon takleh makan... heheheh... setakat layan fries or sayur aje... sian diaaa...

Birthday girl yg takleh control senyum sepanjang malam.   Sambil tak henti-henti ucap "Thank You Mama:".. as usual diulang-ulang sepanjang malam.  Haaiisshh budak ni, sampai Mama & Baba jadi terharu tengok excitement dia...

Mama & Baba pun happy sangat tengok si badut ni takleh nak cover senyum langsung sepanjang malam tu.. heheheh

Dah besar pun anak-anak Mama... Ieqa yg Mama rasa still baby, dah 3 tahun pun.  Pasti  Mama akan miss kenangan membesarkan anak-anak bila semua dah besar nanti... Mama sayang anak-anak Mama ni tau!! 


Nak tau apa hadiah pilihan Ieqa yang didakap kemas, sampai tak mau lepas ni??
JIGSAW PUZZLE SPONGEBOB yg 3D & materialnya boleh tukar gambar... murah aje.. less than RM30.  Fuuhh... Jimat & selamat poket Mama & Baba. Saya dah agak dia akan pilih jigsaw puzzle sbb jigsaw puzzle yg ada kat rumah tu dah nak hancur sebab dia tak henti-henti dok susun.  

Ieqa ni suka susun Jigsaw puzzle dari kecik.  Dari 2 tahun dia akan masuk online game & susun puzzle sendiri!!  Kalau puzzle yg bawah 50 pieces tu kejap aje dia buat.  Tapi sekarang ni dah lama saya tak tengok dia bukak game Jigsaw Puzzle tu.. dah muak kot or too easy for her.. 

Itu aje le sambutan Birthday Ieqa kali ni.  Yang Mama tak tahan tu, lepas-lepas tu dia sibuk cakap.. "Mama.. bestkan Birthday Cake Princess.. "  & seperti biasa diulangnya berkali-kali sampai ke hari ni.  Mama tau dia bagi hint nak Mama buatkan Birthday Cake Princess macam Kak Tiha tahun lepas... hehhe...  Mama buat derk ajee.. lama-lama bosan la dia nak tanya.. hahahaha... :)

(Mama akan buat jugak kek special utk Ieqa, but not now ok.. at least dah masuk kindergarten ke... buat kek besau-besau sekarang, sapa nak perabis???).  

Pancakes

Friday, May 10, 2013 3 comments
Sorry le lately I nak cheating sket okeh.  Entry ltk yg simple² aje.  Bukannya apa, anak-anak sorang demi sorg demam.  Entah virus apa la menyerang tak abis².  Dalam tempoh sebulan ni, Ieqa 2x demam (1x jumpa pakar),  Misha 3x demam (2x hadap pakar).  Sampaikan Tiha yg dah lama tak demam tu pun gugur.. 

Adesshh.. penattt!!  Mostly bila yg paling kenit tu demam.  Memang tak jadi kerja.  Memang masak yg simple² aje.  Langsung takde mood nak try menu baru.  Kadang² suami balik baru saya start ngadap dapur.  Roti benggali pun tak terkejar nak bakar.  Manjang je cafe keputusan stok..  Mana lepas nak masak benggali 3,4 trip dlm keadaan camni kan... 

Okes... saja nak share antara resepi yang dicuba & menjadi breakfast favourite we all.  Pancakes ni seriess sedapp!!  Kalau nak tau, every week suami & anak-anak request!

Cuma Mamanya je nak buat ke tak... heheheh.. (saya ni tak suka masak benda yg sama selalu sbb takut dorg muak, nanti saya jugak yg pening nak cari favourite baru diorang..).. hehehe..

Yang paling kronik si Ieqa.. kalau nak tau, tiapkali breakfast dia akan tanya "MAMA NAK MASAK PANCAKES KE?".. Aduuhh.. hari² tu.. budak ni memang consistent & persistent sikit (macam sapa la agak²nya tu.. hehehe)..

Kalau dulu saya bancuh 1 cup tepung aje, sekarang ni memang kena gandakan!  Gelojoh kan?  Cara diorang makan ialah dengan menyapu butter (Anchor butter favourite dorg tu la..) & Maple syrup.  Saya pun naik ketagih tau (walaupun saya ni kurg suka breakfast dengan benda manis)..

Inilah rupa pancakes kegilaan saya sekeluarga.  Memang berbaloi saya cuba resepi ni.  Disapu butter & disiram Maple syrup pula.. berhantu!!  

Saya tengah prektis Tiha buat pancakes, sng sikit ada tukang  buat pancakes nanti.  Tapi carca-marba sikit la.. Banyak ni tak cukup tau, Misha aje bleh habiskan hampir sekeping.. Tu yg perlukan assistant...

Dia masak pancakes, saya clearkan dapur, bancuh air..etc.. (Mama yg berwawasan nih... kekeke).. Kalau masak sambil tinggal, selalu terhangus sikit (pan saya guna bukan yg tebal sangat, jadi sensitif sikit la)...

Nampak tak kat dalam jug ada lagi bancuhan pancake tak siap masak?  Biasanya akan ada baki suku jug aje.  Baki batter ni bleh simpan dalam peti, tahan sampai 3 hari... 

Kalau korang nak cuba boleh try resepi pancakes ni kat sini.  Bagi saya inila the best pancakes yg pernah saya makan... Korang try buat tau.

TIPS:

*Entry lama tu saya guna pan IKEA lama yg dah melekat² tu yg pancakes pun menggerutu semacam.  Plus baru 1st time buat, jadi tak pandai adjust lagi.

*Teknik terkini : saya tak gunakan minyak/butter masa masak utk dapatkan pancakes yg lebih cantik & sekata

*Cara shortcut saya nak buat pancakes :
  1. Tuangkan susu dalam jug & dicampurkan cuka (biarkan seketika sehingga susu nampak berkeladak -  +- 10 minutes).  
  2. Gaulkan semua bahan kering dlm besen/mangkuk (tepung, gula, garam, soda dll) dengan whisk (ini cara shorcut utk mereka yg tak nak mengayak).
  3. Campurkan semua cecair lain dalam jug susu & kacau rata (butter cair & telur)
  4. Then masukkan bahan kering dalam jug susu tadi sikit² sambil kacau rata dengan whisk sampai habis.
  5. Panaskan pan & tuang aje terus dari jug tu.  
- Ini cara saya le... kalau korg rasa tak selesa dgn cara ni, boleh reka teknik masing².. :)


Nak Oven Besauuu!!!

Thursday, May 9, 2013 3 comments
Alahaii... budak yang dah lama tak demam, tiba-tiba demam.  Rasanya dah setahun si Tiha tak demam.  Org lain semua rebah, dia rilek je, langsung tak berjangkit.  Tup..tup.. kali ni tewas juga.  Balik sekolah tadi tiba-tiba ngadu dia demam.  Bila saya cek, 38.5 suhunya.  Patutla muka muram je balik sekolah tadi...

Kejap lagi nak bwak Misha ke pakar.  Bimbang tengok dia start cirit & mata kanannya cepet & merah.  Dah banyak simptom pelik keluar ni, eloklah ke paed terus.  Kang melarat, lagi susah.  Demamnya pun tak kebah lagi walaupun nampak dia aktif aje..

Sebenarnya nak story keinginan nak beli oven besar.  Tapi banyak faktor tengah difikirkan.. antaranya takde space!!  Nak beli oven built in tu, katanya kuat letrik berbanding convection biasa, walaupun yg convection tu nampak koman.  Saya ni beli untuk berniaga so faktor kuat letrik ke tak ni memang amatlah penting.... 

Ni le rupa roti benggali yg saya bakar semalam.  Ada cust order, jadi saya guna loyang 5x12, memang muat-muat aje oven ku...
Haa.. siap kena bumbung lagi tu.  Seb baikle tak hangus bahagian atas.  Masa tak tau teknik dulu, mmg asyik hangus je kat atas ni.  Kalau nasib tak baik, renyuk terus(colapse) coz heat yg teramat kuat... Lepas banyak kali eksperimen, berjaya jugak buat Benggali buncit tanpa hangus.. hehehe..
Saya ni ada gak teringin nak ambik tempahan biskut raya.  Tapi rasanya tak terbuat nanti bila memikir kapasiti oven ni.  Buat kuih raya untuk bawak balik kampung pun seharian membakar untuk satu jenis biskut.  Belum lagi berebut guna dengan masakan untuk rumah lagi... adduhh.. 

Haaii.. bila la nak dapat oven besau ni... :(

The Curve

Wednesday, May 8, 2013 0 comments
Lama dah tak pegi The Curve... biasa kalau ke sini asyik ke IKEA aje.  Lagipun budak-budak ni tak penah sampai ke sini lagi.  Mama & Baba dah biasa sgt dgn area ni dulu².  Macam biasa, Jumaat petang hari santai & shopping kami.  Nak elak orang ramai & boleh bermalas-malasan kat rumah aje sepanjang weekend...

Berjalan-jalan sambil mencari makan
Panas rupanya bejalan kat luar ni sesiang camni.  Bahang semacam... 

Lepas mundar-mandir, last-last layan O'briens aje... kebanyakkan kedai takde tanda halal or tak menarik perhatian kami.. hehehe...
Lepas makan, masuk meronda serata alam.. tup-tup dah nak malam... budak-budak ni nampak pokok berlampu-lampu.. haa.. kemain excited.  Nak cari tempat dinner, macam takde pot yg kami suka.  Jadi kena cari kat tempat lain le nampaknya...


Dalam syok berlari tengok lampu, dengar alunan muzik Scotland.  Ala-ala tema Brave Heart gitu... makin laju la budak-budak ni berlari sambil mencari
Rupanya ada live performance.  Band ni berpakaian tradisional Scotland sambil bermain alat muzik Scotland.  Macam kat oversea plak...




Dah habis performance baru semua org berganjak.  Ala sempat layan kejap je... agaknya dah lama they all perform, kitaorg yg tak sedar. 
Sibuk nak bergambar depan fountain... Your wish is granted!!
Ada lagi satu sebab kami berjalan kat sekitar ni.  Kononnya nak cari cereal & cheese yg pelbagai sikit.. tapi betapa sengalnya sbb tak tau dekat The Curve ni takde jual barang-barang cenggitu.. hehehe... Jadi tukar plan...

Kami nak try menyopping dekat Tesco la plak lepas ni.  Tesco kat area ni bukak sampai 1 a.m, boleh shopping sampai midnite.. I suka sangatlah... heheheh...

So park dekat Tesco, jalan kaki makan kat Mc D (semua kedai makan dalam Tesco dah tutup!!).  Harap maklum, Tesco aje yg tutup lewat tu ye. Kedai yg lain tutup macam biasa.  Hampeh!! 

Lepas makan, semua kanak² ribena habis bateri.  Awal betul bateri korang weak arini ye.  Jadi kami campak Ieqa & Tiha dalam trolley, lapik Diapers pek besar tu.  Tido la korg.  Misha lak ada stroller sendiri, so no hal... hehehe

Shopping la Baba & Mama dengan aman.  Takde gangguan orang ramai & juga anak-anak!!! Sukaaa.. (tapi sebenarnya Baba & Mama pun pancit jugak,  time shopping tu dah macam zombie.. main grab je barang tanpa perasaan.. tup..tup dengar announcement Tesco dah nak tutup!!).

Adehh.. tak mau le shopping kat sini lagi.  Frankly saya kurang suka shopping kat Tesco Mutiara Damansara ni sebab kat tempat barang basahnya teramatlah sadis.. semuanya dah rosak or kosong aje raknya.. tak syiok!