KINA KITCHEN, BANGSAR UTAMA

Saturday, December 26, 2015 2 comments
Lama betul saya menghilang kali ni.  Sampai 5 orang follower blog pun hilang sama... hehehe... Sorry ye... Banyak kali nak update, tapi saya takde proper gambar Kina Kitchen yang baru aje beroperasi 2 Disember lepas.  Inilah antara sebab kami Suami Isteri makan tak lalu, tidur tak lena.  Entah sampai bila lah nak berkeadaan macam ni... Semuanya berserah kepadaNya.  Saya tak boleh nak berceloteh panjang... Banyak lagi urusan yang perlu dibereskan.  Jemput belek a few photo yang sempat saya snap ni.  Actually banyak sangat yang belum complete.  Tapi kami nak start business cepat, tak mau customers tertunggu².  Jadi kami niaga dulu, slow² upgrade mana yang patut.  Lagipun budget pun ala kadar.. Terpaksalah korbankan banyak plan asal kami.  
Kina Kitchen di petang hari.. sunyi sepi... Memang kebosanan juga menunggu closing... Sabo je lah..
 Kat bawah ni time lunch.. Biasa full house, tapi time ni slow sikit... so sempatlah jugak saya snap gambar dari celah kaunter...

Haa.. baru je nak ambik gambar, dah pakat bangun serbu cashier... Alamakkk!!


Bawah ni semasa proses renovation... Premise ni asalnya berdinding dan bersyiling rendah.  Tingkap kaca dan pintu tepi tu kami buat semula supaya kedai lebih 'open' & bagi pengudaraan yang lebih baik...

 



Kalau sesiapa nak menyinggah ke Kina Kitchen, Alamatnya 12 G, Wisma Hamid Arshat, Jalan Bangsar Utama 9, Bangsar Utama, KL.  Kedai saya ni di bawah Klinik Pergigian Bangsar Utama (Bangsar Utama Dental Specialist Center)... 

Menu kami buat masa sekarang :

Nasi Lemak (All Day) - Sambal sotong, Kerang, Udang, Rendang Ayam, Ayam Goreng Rangup, Bergedil, Telur 
Nasi Ayam - Roasted or fried Chicken
Noodles - Bihun, Mee, Kue Teow Sup and Laksa Utara

Ada lagi menu sampingan macam cucur, benggali toast, kuih² dan lain².  Jemput datang ye...