MENGEJAR MASA

Wednesday, August 9, 2017 4 comments
Assalamualaikum... Amat merindui blog sendiri.  Namun apakan daya, masa memang sentiasa mencemburui.  Kadangkala rasa terlalu banyak yang perlu saya kejar.  Hari-hari fikir macam mana saya nak selesaikan satu-satu tugas.  Melayan anak-anak, pada masa yang sama mengemas rumah yang tak pernah bertahan lebih dari sejam, memasak, settle urusan Kina Kitchen, siapkan tempahan ketupat, tempahan sambal, jahit baju-baju sekeluarga and the list goes on and on..  Itu belum lagi kena keluar ke sana sini cari barang, lately ni pula asyik berulang alik ke dentist, KK, Tawakkal, Hospital Ampang...

Ditambah pula kami kehilangan 3 kucing tersayang dan 3 newborn.  Paling kami sedih, newborn tu diambil oleh jiran kami juga walaupun tak pasti siapa.  Hanya nampak newborn dlam kotak, pastinya anak Manja.  Bila saya turun semula untuk pantau, kittens tu semua dah takde.  Dengan kotak² sekali disappear... di sebalik tiang ternampak Manja dalam keadaan yang amat menyedihkan.  Kurus, lemah dan dihurung lalat.  Sebaknya hati tengok Manja macam tu.  Saya memang sudah duga Manja sakit.  Attitudenya berubah, jadi saya tak benarkan masuk ke rumah.  Makanan saya letak di luar pintu bimbang kalau penyakit tu tersebar ke kucing-kucing lain.  Lama juga saya tak nampak kelibatnya sehinggalah saya ternampak kittens yang baru lahir tu... Manja masih hidup, tapi enggan makan.  Setiapkali kami cuba bg makanan, nanti dia akan berpindah lokasi.  Memang itu attitude kucing yang dah nak 'pergi'... Saya harap manja tak suffer sangat...

Sebelum terjumpa Kittens, kami kehilangan Belang secara mengejut.  Sebelah petang, Belang & Caca ikut saya dan husband turun.  Diorang memang suka main kat bawah petang².  Memang biasa diorang ni jogging atau kejar basikal budak² ni dari dulu lagi.  Ke mana-mana anak² pergi, menderu² segala mak dan anak² kucing mengikut.  Tapi hari tu anak² kat atas, Ila tidur.  Saya ke Melawati Mall cari barang dengan Suami.  Sampai ke rumah, hari dah Maghrib.  Macam biasa, nampak caca menyambut kepulangan... Belang takde!  Selang 2 biji kereta, nampak Belang terbaring... Ya Allah!!!  terdapat sedikit lelehan darah di tepi telinga dan lelehen kencing.  Belang Mati!!  Saya dah tak boleh tengok... Suami angkat dan belek² Belang.  Bangkai Belang masih lembut, seolah² sedang tidur.  Belang yang gemuk dan comel nampak sempurna.  Tiada kecederaan atau apa-apa kesan pelik.  Mulanya kami sangkakan Belang di patuk Ular.  Lepas google dan cari info, kami yakin Belang kena heart attack.  Beberapa hari juga kami rahsiakan dari anak².  Tapi saya dah tak tahan tengok setiap hari anak² merayau sekitar blok panggil Belang.  Saya minta Baba terus terang aje... Sebak sungguh. Belum lagi reda kesan kehilangan Kiki.. Belang pula pergi.

Hari ni kami sekali lagi dilanda kesedihan.  Sungguh tak sangka jiran kami enggan memulangkan Caca.  Siap marah² lagi bila Baba cuba tanya elok².  Tak mengaku dia simpan Caca.  Ya Allah.. jahatnya manusia.  Tergamak dia nak berebut kucing dengan budak² kecil ni.  Semua pun tahu Caca tu kucing kami.  Setiap hari Caca dan BElang ikut saya jemput anak² dari sekolah.  Dari baby lagi berlari-larian dengan anak² keliling blok.  Cukup sekadar kami goncangkan kunci rumah, atau deruman enjin... berlari-lari semua datang.  Kami tak kurung kucing² ni.  Saya tak suka kurung diorang.  Malahan lepas beberapa kali kami nampak Caca di balkoni rumah jiran terbabit, kami masih bersangka baik.  Walaupun kami hairan, kenapa Caca meraung teruk bila nampak kami.  Mulanya dia cakap, Caca yang datang sendiri, diorang memang tak pernah tutup pintu.  In fact kami cakap tak kisah pun kalau diorang nak jaga Caca, as long as jangan dikurung and budak² ni boleh main dengan dia bila² masa.  Tapi 2 hari lepas keadaan makin pelik... Masa nak masuk kereta, saya nampak Caca dah meraung² di balkoni jiran tu.  Agaknya dia nampak saya atau terdengar kunci kereta.  Masa tu saya nampak anak jiran tergesa² ambil Caca.  Saya sangkakan dia nak lepaskan Caca pulang, tapi tak... dia masuk dalam rumah & tutup sliding door!  Balik dari sekolah, anak² cuba bagi salam dan sebegainya (rumah dia yang tak pernah bertutup pintu tiba² berkunci rapat!).  Padahal baru aje nampak dia bawak masuk Caca dari balkoni tadi!  Langsung tak buka pintu walau jenuh anak² bagi salam.  Petang tadi Baba pula pergi... wife tuan rumah siap keluar cakap "Kenapa cari kat sini, kenapa tak cari kat rumah sana ke... bla...bla.. dengan kurang ajar.  Terkejut betul Baba sebab Suami dia memang biasa bertegur sapa dan Suami dia lah yang bagitau diorang tak kurung pun Caca tu... Tak tahulah Suami nya tahu tak wife dan anak² dia memang kurung Caca selama ni.  Yang buat saya makin geram, dua² ni dah berumur, anak² dah habis sekolah pun.  Sampai hati nak buli budak-budak!  Entahlah.. kesian saya dengan anak-anak.  Caca & Belang memang favourite semua sebab comel, bijak and ada cute attitude.  Cumanya Belang memang takkan bagi strangers sentuh dia.  Caca pula terlebih friendly.. sebab tu Caca yang jadi target walaupun Belang lagi comel.  Plus Caca aje kucing Jantan kami.  Hanya kepada Allah tempat saya berserah.  Kami tak boleh buat apapun... Harap² Caca tak terlalu sedih dikurung macam tu.  Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk Caca.

Sekarang hanya tinggal 3 ekor kucing dalam jagaan kami.  Comel,Comot dan Tompok yg memang rupa kucing kampung.  Yang ni gerenti takde orang teringin..  Takpelah.. kami bela kucing bukan sebab rupa ke apa.  Hanya atas dasar bantu membantu sesama makhluk.  Tapi kalau dah dijaga dari newborn, jaga sakit demam dia... of course la rasa sayang tu kuat.. Bila jadi macam ni, saya serik sangat nak bela apa² binatang.  Kehilangan tu yang paling saya tak dapat terima.  Setiap hari seekor demi seekor bayangan kucing² kesayangan menghantui.. nak tak nak, menitis jugak air mata.  Start hilang 2 anak Manja bernama Lala (berbulu grey yang sangat cantik), kemudian Kiki, Belang, Manja dan Caca... siapa tak sedihkan... Itu belum lagi baby comot yang saya cuba selamatkan sampai berjaga malam bangun untuk susukan setiap 2 jam.  Satu² mati dalam tapak tangan saya... Entah kenapa dari dulu saya memang tak boleh ada binatang kesayangan.  Lagi saya sayang, lagi cepat binatang tu pergi...

Aduh.. panjang lebar betul saya merapu malam ni.  Maaf.. saya memang sangat beremosi... depan anak² aje saya berlakon macam takde apa².  Hampir setiap malam pun saya doa mintak saya boleh lupakan kucing² kami ni.  Saya redha kehilangan satu demi satu kucing kesayangan ni.. Cuma nak meulupakan tu... aduhh.. perit sungguh.

Okaylah.. terpaksa mengundur diri dulu.. saya tengah siapkan baju Laieqa tadi ni.. tapi stop kejap nak shut down pc.. tup..tup.. terus lepaskan segala perasaan kat sini plak... huhuhu... Takpe.. saya rasa takde sapa pun nak baca entri mengarut macam ni kan.  that's y saya merapu kat blog bukan FB... hehehe.. Sorry juga tak dapat nak share pasal masakan or jahitan malam ni.  Saya masih struggle dengan macam² perkara sekarang ni.  Doakan supaya semua urusan saya dipermudahkan Nya ye...

Caca & Kiki

Caca.. Leader of the pack

Caca ni kesayangan Mama & Tiha

Caca & Kak Yana

Tinggal kenangan...  Caca, Kiki dan Belang

Comot yang pantang jumpa kotak!!

Manja.. Sob..sob... (Manja dan Comel seiras, bezanya comel anak Manja gedebab!)  Selalu aje we all confuse... 

Caca & Ila.. 

Belang kesayangan Baba (Mama pon sayang Belang sangat² tau)... RIP Belang.  Kami sentiasa merindui Belang..

Comot

Projek ketupat petang tadi.  Ini untuk jualan di kedai & tempahan.. 


Caca & Tompok
Baju Tiha saya jahit semalam.  Baju ni guna konsep peplum.  Malam ni tengah siapkan peplum Ieqa pulak.. 

I'M SORRY KIKI

Tuesday, July 11, 2017 0 comments
Hari ni antara hari yang pasti jadi igauan ngeri buat saya dan anak².  Sebak, sedih, guilty, ngeri, trauma... semua pun ada.  Mana taknya, secara tak sengaja saya terlanggar Kiki sewaktu reverse kereta untuk ambil anak² dr sekolah.  Salah satu anak bulus peliharaan kami.  Kasihan Misha dengan Ila tertengok saat² akhir Kiki tadi.  Sorry tak boleh nak cerita detail sebab tak tertanggung sedih & sepanjang hari masih tebayang² tragedi tadi.  Sorry Kiki.. Mama betul² tak sengaja.. Mama sayang semua kucing² Mama tak kira lah notti atau tak.  Korang demam pun Mama susah hati, inikan pulak... :(.  Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini untuk buang bayangan Kiki selama²nya...  Dari dulu saya dah warning semua orang yang saya tak nak ada pet.  Bukan sebab tak suka.. sebab saya amat sensitif dengan binatang.  Jadi saya bimbang kalau kehilangan diorang akan ganggu emosi saya... tapi.. akhirnya saya tewas sebab biarkan anak² bela Manja.  Tak sampai hati bila Manja datang ke rumah sambil mengusung baby.. Terpaksa Mama langgar janji... 

Yang paling atas ni lah Kiki.. Paling lincah antara semua.  Habis semua benda dia panjat...

Semasa Lala hilang.. berbulan² anak² kesedihan.  Tadi.. meraung² diorang bila tau Kiki dah takde.  Mama tahan jugak air mata walaupun sebenarnya Mama rasa nak meraung sama² diorang... 

Tiha & Kiki
 Kalau diorang sakit.. Mama akan ikhtiar berubat.  Mama tak bawa ke klinik Haiwan sebab kos rawatan amatlah tinggi untuk 7 ekor kucing ni.  Alhamdulillah masalah fungal yang menelan kos yang tinggi berjaya kami rawat sendiri.  Setiap hari saya atau Tiha akan sapu kawasan yang ada fungal dengan bancuhan apple cider dan air.  Telinga pula disapu minyak masak terpakai.. Alhamdulillah... kami dah berjaya Jimatkan beratus-ratus ringgit.  YAng penting, anak² bulus semua kembali sihat dan ceria!
Contoh fungal... Fungal kucing² masa ni amat teruk.  Tumbuh di hampir semua bahagian sendi

Selepas dirawat.. dah hampir lega ni...

Tompok yang paling teruk kena fungal... hampir kesemua pelipat kaki dan tapak kaki pun ada


Caca pun mengalami fungal teruk... 

Kiki sorang aje yang bebas fungal masa ni..

Kiki.... 
 Kiki ni kesayangan Misha... Tadi masa nampak Kiki menggelupur dia menangis sampai ternganga² tp tak keluar pun suara sebab sedih sangat.  Sepanjang jalan e sekolah Misha meraung² dan tekup mulut... Agaknya dia tak nak saya dengar.  Tapi boleh anmpak dengan ekor mata memang dia melalak sungguh².  Bila Tiha masuk kereta... dia terus meraung... habis satu kereta bersahut² dengan raungan anak² dok panggil Kiki... Mama hanya terdiam... Terlalu sedih untuk menangis!
Manja.. Ibu kepada semua kucing²

Belang yang gemok 



Kiki dan Caca

Semua fungal dah luruh!!  Treatment berjaya... Now bulu Caca dan tumbuh sepenuhnya...

Kaki Tompok paling last recover.. Syukurlah sekarang semua dah bebas fungal
 Walaupun kucing² ni banyak menambahkan kerja.. tapi saya anggap ini adalah satu amanah & tanggungjawab serta terapi untuk kami sekeluarga...
Habis bersepah rumah kalau dgn budak² notti ni


Nampak tak ada makhluk menyorok bila kantoi menyepahkan kain² perca Mama!!!  



Setiap hari.. lapik kaki wajib disusun semula... habis digumpal dan tercampak sana sini... Nak basuh pinggan pun jenuh mengelak diorang sbb depan sinki tu pot tido kucing² rumah ni

Bila Baba potong kain... diorang pun tid atas pola Baba!  Baba hampar kain, dorg landing jugak.  Tiapkali nak potong kain, Baba kena tutup anak² bulu ni dengan tudung saji atau kurung di luar balkoni!

Saya pasti Manja paling sedih kalau dia ada tadi.  Manja ni ibu yang sangat penyanyang...  Sepanjang saya tinggalkan Kiki, semua adik beradik masih menghidu² dan ada di sisi... Nampak seolah² diorang cuba tolong Kiki.  Belang sampai saat saya nak ambik bangkai Kiki, masih lagi menunggu di tepi.  Berkali² Tiha ajak dia naik, tapi Belang tetap tunggu tepi Kiki.  Sampai Tiha nangis² kat tangga cakap Belang tak nak naik... Bila saya clearkan Kiki.. Belang masih takut² nak datang dekat saya.  Saya pun tak pasti sama ada dia salahkan saya atau dia just ketakutan.  Jenuh juga saya panggil dan ikut dia sana sini sebelum berjaya ambik dia.  Biasanya cukuplah saya goyangkan kunci rumah... dia yang akan berlari² ikut.  Saya rasa Belang paling trauma.. malahan percikan darah Kiki pun ada di bulu Belang.  Kasihan Belang... 

TANGKAP MUAT

0 comments
Entri tangkap muat... main letak aje ikut list dlm hp.  Ni tah pizza zaman bila.. yang pastinya saya buat pizza yang amat simple.. gunakan kuah pasta dan cheese aje as topping!  Sedap sebab kuah pasta dah ada daging dgn vege... sekejap aje licin.. 
Saya suka guna resepi martha stewart (wholewheat pizza) tu.. takyah uli.. hasilnya yummy sangat!  memang menyihatkan sbb pakai olive oil.  Kalau base pizza Itali memang pakai olive oil.  Saya tak suka base pizza yang macam roti tu.  

Tugas topping mopping ni mmg bagi kat Tiha aje.  Dr prasekolah lagi dia dah biasa buat keje² sidekick macam ni.. hehehe..

Saya suka combine 3 jenis cheese atas pizza.. sedap woo.  Cheese yang wajib letak ialah Mozarella (nak dapat effect tarik-tarik).  Cheese lain saya letak cheddar & parmesan.. 

Masak aje, terus kena terkam.  Biasa saya buat 3 biji saiz besar tau

Last piece!... Serbuuu!!!
 Kat bawah pula projek Pavlova.  Jangan tak caya kalau saya katakan putih telur ni dah setahun usianya... Masa buat pulak saya main agak² aje sebab saya pun tak pasti berapa biji putih telur tu.

Menjadi tapi agak belum cukup kental, tu ada sesetengah x berapa cantik bentuknya.  
 Masa buat ni, tengah hujan... saya perhati pavlova saya jd lembab, tak kering macam selalu.  Lepas saya google, katanya pavlova akan jadi sticky kalau cuaca lembab.  Aisehh.. ye ke?  Tapi nampak disk pavlova org biasa simpan tu elok aje.. kering dan rangup.  Tak puashati jugak ni selagi tak tahu apa rahsia disk yang rangup tu.

Kat bawah ni pula tempahan makanan.. masa ni tengah gatal ambik tempahan dari SSM.  Kalau ikutkan saya jarang nak ambik tempahan atas faktor² tertentu.  Tapi bila mood tengah rajin & rasa serba salah juga kalau customer request makanan itu ini kan...
Karipap... Saya pass kat Tiha sikit bawak bekal untuk dia & Cikgu.  Masa ni dia ada masuk Pertandingan Catur di Kajang.  Tiha cakap Cikgunya suka, siap tanya Mama buat jual ke tak... hehehe..

Cucur badak, karipap & bihun goreng.  Bihun tu ada 2 bkas... ni tgh que tunggu saya masak 1 round
 Then ada bonus pula sessi merewang kami.  Tak ke mana pun.. nampak macam cantik aje area Bangsar South ni.  Dulu saya pernah tinggal di Vista Angkasa, Suami pulak di Pantai Hillpark.  Jadi kawasan ni meninggalkan memori jugaklah... hehehe.  Sekarang ni dah berubah habis... dah macam oversea lah rekabentuk bangunan² kat sini...










Okaylah... itu aje nak share kali ni... Saya masih lagi trauma dan bersedih ni... :(