Pappa Rich

Saturday, June 25, 2011 0 comments
Penat pusing-pusing sekitar KL dgn family, terasa lapar dan dahaga la plak.  Lewat malam mcm ni best juga lepak-lepak sambil minum coffee.  Since dah 2.00 a.m. tak byk pilihan yg ada.  Antaranya Pappa Rich kat area Wangsa Maju yg buka until 4.00 a.m.  Panjang sikit masa utk makan sambil bersantai.  Saya agak suka environment Pappa Rich kat sini yg agak suram & tenang.  Tapi last sekali saya pergi, Pappa Rich ni buka sampai 2.00 a.m je.  Alaaa.. makin kurg pilihan utk org-org mcm kami ni.. 
Kue Teow jadi pilihan saya... asalnya nak mkn roti bakar je, tapi tersalah order plak.. oppss..
Rasa kue teow ni mengingatkan saya dgn kue teow Little Penang Mid Valley.  Bahan dlm ni simple je, kerang, udang, telur, kucai & tauge.  Okla utk ubah selera sekali sekala.
Hah... nasi goreng & fish & chip?  Portion agak besar  & mengenyangkan coz  siap ada nasi goreng, fries, fish fillet, telur, timun & tomato.  Tapi my husband kurg enjoy dgn meal pilihan dia ni.  Nasi goreng tu mmg takde rasa.. too plain.. tapi dah order, kena la habiskan.. tak elok membazir tau

Tiha dgn roti bakar susu & telur separuh masak yg terpaksa dikongsi dgn ieqa.  Tiha ni sentiasa ada menu sendiri bila masuk sesebuah kedai, dtg la 10x pon, dia akan order benda yg sama. Susah sgt nak suruh dia test makanan baru. Ieqa pula  akan mintak apa sahaja mknn yg org lain makan. 
Overall kat sini best utk buat port lepak, instead of utk dinner/lunch.  Sebaris dgn Pappa Rich ni ada juga Old Town, tapi saya lebih terpanggil ke sini sbb environment kat sini nampak tenang je.  Tambah lagi utk bawa anak-anak.  Mungkin juga saya suka tempat yg not too bright.. more privacy utk spend time dgn family.

Oooo ye.. since skrg byk sgt isu ketidakhalalan kopitiam ni, saya makin tawar hati nak dtg kat tpt mcm ni.  Walaupun saya mmg tak akan order menu ber "ayam" if pergi mana-mana kopitiam (saya rasa kembang tengkuk kalau nak makan ayam kat restoran non muslim, kecuali ada halal JAKIM je).  Ingatkan selamat le kalu tak order menu berayam, tapi kalau kopi they all pon boleh jadi tak halal.. camno tu??? 

Roti, tuna & cheese

0 comments
Brunch utk weekend.  Biasa la.. celik je mata, perut mula menyanyi riang.  Terik sungguh matahari di luar nun.. dilema ni nak masak breakfast ke lunch? Kejap ye semua... less than 30 min mama hidang brunch.

Mama pakai uniform, bukak peti just grab mayonis, tomato & cheddar (yg slice pon boleh).  Buka lak kabinet, grab tuna.  Gaul Mayo & tuna, sapu atas roti, tomato, tabur mozarella & grill (double grill) 10 minutes (oven toaster pon ok). Sambil tu jerang & bancuh air.  Mmmm.. siap dah.. mari makan!!!!

Bagi saya menu ni sangat simple & sangat sedap.  Sekali makan 3-4 keping pon boleh habis begitu saja.

Ni kalau ada french loaf ke, pita bread or roti arab ke, lagi sedap.  Since kat dapur just ada whitebread, sambar aje, janji kenyang.  Tiha tak suka rasa tuna & semestinya tak makan sayur (sigh).. so saya just tabur cheddar je atas tu sblm grill.  Anak saya ni janji ada cheese, ok aje dia.

Alahaiii...

Wednesday, June 22, 2011 0 comments
Teringin sesgt nak update blog ku yg satu ni.. tapi masa amat mencemburui ku.. ceewwaahh.. masa oh masa.. kalau lah boleh ku pinjam², dah belambak² interest kena caj ...

Ingat nak upload a few picture from aktiviti² senggang sekeluarga, boleh gak share & bg info ttg tempat² yg saya dah sampai.  But koleksi gambar² saya agak limited coz ada yg saya simpan just utk koleksi keluarga.. & most of the time.. too xcited & too tired utk ambik pic.  Bila dah habis vacation, mula la menyesal tak sudah.  Saya masih bercita² utk merajinkan diri mengambil byk gambar tiap kali berjalan.

Dari dulu saya berhasrat nak teroka setiap inci negara kita yg kecil ni.. so far alhamdulillah.. saya dah sampai ke semua negeri di Malaysia, cuma belum sampai ke tahap setiap pelusuk daerah... dah habis teroka malaysia, bolehla terlajak jauh sikit ke negara² jiran plak kan (alasan kukuh tu... sbb saya tak suka pegi tempat yg sama byk kali kecuali la ada alasan or requested by anak²). Makin lama saya makin enjoy travel guna jalan² lama, since we all akan menyinggah di sana sini spjg perjalanan & byk tempat baru yg saya jumpa.   Air² terjun yg tak terkata banyaknya.. hutan² tebal yg dipenuhi monyet² liar menghiasi perjalanan, jalan yg sunyi sepi & damai.. indah sungguh!!

Masa mencemburuiku.. dah lewat nii!! Esok nak kena bangun goreng-menggoreng di pagi hening.  By 5.00 a.m. memekak la alarm tu menggerakkan tuannya yg susah bangun pagi ni... tapi ku gagahi juga la... kalau tak, kesian  my hubby nak menjawab.. mee takde ke?  bihun takde ke??... Alahaiiii...