Teringin sesgt nak update blog ku yg satu ni.. tapi masa amat mencemburui ku.. ceewwaahh.. masa oh masa.. kalau lah boleh ku pinjam², dah belambak² interest kena caj ...
Ingat nak upload a few picture from aktiviti² senggang sekeluarga, boleh gak share & bg info ttg tempat² yg saya dah sampai. But koleksi gambar² saya agak limited coz ada yg saya simpan just utk koleksi keluarga.. & most of the time.. too xcited & too tired utk ambik pic. Bila dah habis vacation, mula la menyesal tak sudah. Saya masih bercita² utk merajinkan diri mengambil byk gambar tiap kali berjalan.
Dari dulu saya berhasrat nak teroka setiap inci negara kita yg kecil ni.. so far alhamdulillah.. saya dah sampai ke semua negeri di Malaysia, cuma belum sampai ke tahap setiap pelusuk daerah... dah habis teroka malaysia, bolehla terlajak jauh sikit ke negara² jiran plak kan (alasan kukuh tu... sbb saya tak suka pegi tempat yg sama byk kali kecuali la ada alasan or requested by anak²). Makin lama saya makin enjoy travel guna jalan² lama, since we all akan menyinggah di sana sini spjg perjalanan & byk tempat baru yg saya jumpa. Air² terjun yg tak terkata banyaknya.. hutan² tebal yg dipenuhi monyet² liar menghiasi perjalanan, jalan yg sunyi sepi & damai.. indah sungguh!!
Masa mencemburuiku.. dah lewat nii!! Esok nak kena bangun goreng-menggoreng di pagi hening. By 5.00 a.m. memekak la alarm tu menggerakkan tuannya yg susah bangun pagi ni... tapi ku gagahi juga la... kalau tak, kesian my hubby nak menjawab.. mee takde ke? bihun takde ke??... Alahaiiii...
0 comments:
Post a Comment