Lama betul saya menghilang kali ni. Sampai 5 orang follower blog pun hilang sama... hehehe... Sorry ye... Banyak kali nak update, tapi saya takde proper gambar Kina Kitchen yang baru aje beroperasi 2 Disember lepas. Inilah antara sebab kami Suami Isteri makan tak lalu, tidur tak lena. Entah sampai bila lah nak berkeadaan macam ni... Semuanya berserah kepadaNya. Saya tak boleh nak berceloteh panjang... Banyak lagi urusan yang perlu dibereskan. Jemput belek a few photo yang sempat saya snap ni. Actually banyak sangat yang belum complete. Tapi kami nak start business cepat, tak mau customers tertunggu². Jadi kami niaga dulu, slow² upgrade mana yang patut. Lagipun budget pun ala kadar.. Terpaksalah korbankan banyak plan asal kami.
Kina Kitchen di petang hari.. sunyi sepi... Memang kebosanan juga menunggu closing... Sabo je lah.. |
Haa.. baru je nak ambik gambar, dah pakat bangun serbu cashier... Alamakkk!! |
Bawah ni semasa proses renovation... Premise ni asalnya berdinding dan bersyiling rendah. Tingkap kaca dan pintu tepi tu kami buat semula supaya kedai lebih 'open' & bagi pengudaraan yang lebih baik...
Kalau sesiapa nak menyinggah ke Kina Kitchen, Alamatnya 12 G, Wisma Hamid Arshat, Jalan Bangsar Utama 9, Bangsar Utama, KL. Kedai saya ni di bawah Klinik Pergigian Bangsar Utama (Bangsar Utama Dental Specialist Center)...
Menu kami buat masa sekarang :
Nasi Lemak (All Day) - Sambal sotong, Kerang, Udang, Rendang Ayam, Ayam Goreng Rangup, Bergedil, Telur
Nasi Ayam - Roasted or fried Chicken
Noodles - Bihun, Mee, Kue Teow Sup and Laksa Utara
Ada lagi menu sampingan macam cucur, benggali toast, kuih² dan lain². Jemput datang ye...
2 comments:
Wah.. tahniah Kina dan suami.. makin maju dah ada cawangan baharu nampaknya. Moga makin berjaya.. nak kena save alamat ni.. mana tahu terjumpa dan tersinggah nanti.. hihi
Thx Aisy.. Jemput datang bila ada kelapangan ye... :)
Post a Comment