DONUT MY STYLE

Sunday, December 23, 2018

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran, busy je manjang. Lately ni dilemma sikit, nak update FB or blog. Kalau update fb lg mudah bagi saya ni. Tapi susah nak cari balik. Jd nak tak nak, elok saya simpan resepi-resepi kat sini je. Ikutkan hati malasnya nak menaip, dahla susah nak ambik gambar-gambar kalau guna blogger ni. Tapi kesian pulak kepada yang mintak resepi and mana la tau satu hari nanti saya nak belek- belek semula ke.

Saya ni memang tak suka terikat dengan resepi, tiapkali buat roti, donut dan lain-lain resepi saya bertukar ikut mood. Saya bimbang sikit nak share resepi sebab saya tak sukat masa proses mengadun tu. Saya suka tengok pada keadaan doh dah adjust bahan ikut kesesuaian. Jd sukatan yang saya share adalah agak-agak ye.  Bagi saya resepi mana-mana bukanlah masalah, so far dah macam-macam bahan saya guna. Alhamdulillah hasilnya tetap lembut..

Saya share resepi ajelah ye sbb tak boleh nak cari gambar donut guna blogger ni. (ini antara sbb saya stress tiapkali guna blogger, gambar-gambar hanya a few je tersenarai.. 😠😠)


Sepaket Tepung Cap Ros (850gm)
*brand apapon bleh, sy guna cap ros ni sbb 850gm sepaket ngam2 dgn kemampuan breadmaker saya) 
450ml +- low fat milk (agak-agak sendiri ye) 
1 biji telur
1/2 cawan gula
1sk garam
1 sb yis
2sb shortening
2sb marjerin

Uli sampai lembut dan licin. Rounding dan rehatkan sekejap. Letak inti kesukaan. Rehatkan lagi sehingga doh licin dan ringan.

Untuk donut yang satu lagi ni, saya tambah lagi beberapa bahan dari resepi di atas. 


3 cup tepung roti
1 cup tepung gandum
1 sk garam
1/2 sb yis
1/3 cup gula
1/4 cup potato flakes
2 sb susu pekat
3 sb susu tepung
1 biji telur
1 biji kuning telur
350+- air
2sb butter
2sb shortening

Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.

Ni hanya 2 daripada pelbagai kaedah donut saya ye. Nanti next trip buat, mungkin saya guna bahan lain pulak.. Hehe..

Kalau ditanya mana lagi best.. Kedua2nya ada perbezaan dari segi tekstur dan rasa. Yg kedua tekstur lebih reput dan warna lebih cantik bila digoreng. Yg pertama tu ok juga tp ala-ala donut kampung sikit.

P/s : tiapkali buat donut saya tak pernah guna resepi yang sama.. 😅



0 comments:

Post a Comment