New Baby & New Cafe!!!!!!!!!!!

Saturday, February 20, 2010 0 comments
Penattt!!!!!!!!!!!!!!!.. Penat minda & tenaga.. Sorry la.. maybe ambik masa sikit utk upload resepi baru & update blog ni.. bz with my newborn baby (1mth +) & my new cafe.  Sedih nak tinggal 1 mth old baby coz nak jaga cafe.. for the time being.. mmg diri sendiri la jadik tukang masak. Lagipon aku mmg suka masak.. kalo bleh semua benda nak masak & jual kat cafe ni.  Byk sgt menu dlm kepala ni.. tapi entah bila terlaksana.. masa amat limited, plus x boleh guna gas kat cafe.  Nak masak 1 kuah pon ambik masa.  Still tgh struggling nak selesaikan masalah ni.........

So.. to all my blog viewer, aku mmg dah stop ambik tempahan melalui blog ni.  Skg ni mmg bz yg amat dgn cafe ni.  Nantila.. bila x bz sgt aku upload gambar cafe dlm ni.  Sapa² nak try boleh la dtg nanti yee.........  x berani nak offer skrg (right now x sempat nak cater permintaan).. bimbg x de makanan je nak serve nanti.

Wish me luck ok!!!

Oh Tortilla ku!!

Saturday, January 9, 2010 0 comments



Percubaan pertama buat tortilla.. crowded sgt sampai xleh nak gulung.. heheheh..


2nd trial.. kali ni letak sikit je isi .. bleh la gulung tapi still x cukup kemas & memuaskan.  Bantai je la since teringin sangat nak makan (sebenarnya teringin kyros kebab tapi susah nak cari sekrg ni).  Bahan kat dlm tu aku just letak salad, timun, tomato & nugget je.. then just tambah sos cili & mustard.  If x suka mustard bleh ganti dgn mayonis je..

Garlic Bread & Mushroom Soup

0 comments



Celik2 mata.. perut lapar.. dah x de apa nak makan, buat je garlic bread & masak mushroom soup.  Garlic spread ni ada dijual kat pasaraya tapi biasanya x terhabis nak guna sbb sapu sikit je.  So better buat sendiri je.. caranya mcm dlm resepi garlic bread ni.  If ada oven toaster, lepas sapu trus je toast (gambar atas ni dimasak guna pan).

Kalo nak lagi sedap, ambil sekeping cheddar cheese & letak atas roti tu semasa toast.. yummy!!!

Grill Chicken & Potato with Gravy

0 comments

Potong kentang ikut citarasa.. then gaulkan dgn bwg putih yg diketuk, olive oil / butter, garam, pepper & mixed herb.  Perapkan seketika...
Then perapkan juga isi ayam dengan paprika, oregano (jika suka), pepper & sedikit garam.
Then sediakan pan utk memasak.. boleh tambah sayur² lain utk lagi best.  Carrot, brokoli, cendawan butang ke...

Renjiskan mixed herb semasa memasak ayam.


Kuah
Bahan²
2 cawan Air rebusan ayam/ 2 cawan air +kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil tepung gandum
1 kpg Bay leave (daun salam) - jika ada
Sedikit mixed herb
Sedikit oregano
Sedikit pepper

Masak stok ayam hingga sebati, bancuhkan tepung jagung & gandum dgn sedikit air.  Masukkan daun salam, mixed herb, oregano, pepper & tambah bancuhan tepung tadi.  Kacau² sampai sebati, if kurg pekat, tambah tepung lagi (kuah akan semakin memekat bila semakin sejuk.  Pastu rasa & hidang.



Inila lebih kurg rupa kuah yg dah siap.. tepung gandum tu sebenarnya nak bagi kuah ni x nampak clear sgt.. nanti nampak mcm gam tepung kanji lak.. heheheh

Scramble eggs

Wednesday, December 23, 2009 0 comments


Breakfast yg simple and not too heavy.  Just toast roti, baked beans & scramble eggs.  Nak buat scramble eggs ni simple je.. pukul telur & campur sikit susu segar.  Boleh tambah butter jika suka.. panaskan pan & terus kacau2 telur tu supaya hancur.  Time hidang taburkan pepper kat atas.. dah siapp!!!


Ni saja upload gambar breakfast yg simple gak.. resepi ni dah ada kat French Toast ni..